Loading...

Thursday, September 29, 2011

PROMO3

assalamualaikum......


entry ni utk promo blog ni


silakan melawat ...=)

Thursday, February 17, 2011

berlawan kata

bila boring2 buat kerja, klik ke link harakah.....baca pulak komen dr chedet. di laman FB beliau...

aku pulak nak cakap kat blog aku...hehehhehe

jangan hanya melihat PAS sebagai salah sebuah parti yg bertanding dlm pilihanraya
di Malaysia. kerana PAS adalah lebih daripada itu
mgkn ada yg mengatakan PAS menggunakan Islam utk tujuan politik.
bukan! bukan PAS menggunakan Islam utk tujuan politik
tapi sebaliknya, PAS hanya menggunakan politik utk menegakkan Islam
itulah tujuan utama, mengapa PAS ditubuhkan.

jadi, apabila sokong Islam, mendukung Islam, merpertahankan Islam,
memperjuangkan Islam, apakah bukan janji Allah syurga kepada hamba2Nya?

bukanlah sebagai jaminan, tetapi itulah janji2 Allah keatas mereka yg menegakkan
agamaNya diatas muka bumi Allah....

point ke 10.
apakah yg cuba disampaikan disini? adakah Tun M memuji mustafa Kamal atartuk
diatas segala perbuatannya? alangkan bumi pn x menerima jasad MKA apabila dia telah mati...
adakah negara diperintah oleh bangsa sendiri lebih penting drpd menegakkan hukum Sang Pencipta?

persoalannya, dimana duduk letak keutamaan, itu yg penting
Islam x melarang utk menegakkan hak bangsa n negara...
tp, mana 1 keutamaannya? mana 1 yg perlu didahulukan?itu yg penting
sekiranya perjuangan bangsa mengatasi perjuangan agama, maka itulah kepincangannya

x sempat nak baca sampai habis sebenarnya....byk koreje...huuuhu
hanya sekadar yg termampu dibaca jer....

wAllahu'alam...

Sunday, January 23, 2011

Treasure Hunt n bengkel

Salam....

Sabtu lepas (22 januari 2011), aku sempat join program yang dianjurkan oleh CEPS n ACEPRO persatuan postgrad skool kimia n awam iaitu Treasure Hunt 2011. 1 pengalaman yg menarik.... tapi, walaupun telah lebih 6 tahun bergelumang di kampus ni, bukanlah menjanjikan sebarang kelebihan kepada group kami.buktinya, tempat ke-3 dimenangi oleh kumpulan yang baru x sampai 2 tahun duk kat sini...hahaha.

berlari ke padang bermain paint ball...kemudian mencari point yg seterusnya (sesat sekejap sebab silap teka tempat),kami menuju pula ke tasik utk berkayak...setelah berkayak, pergi ke kompleks sukan utk pergi ke chek-point seterusnya, tapi rupanyer silap! kena pi ke jabatan keselamatan...menuju ke jabatan keselamatan, kena susun jigsaw puzzle dlm amsa 10 min-x selesai, kena penalti...depa suh nyanyi,nasib baik ada kak min menyelamatkan keadaan dgn menyanyikan lagu rasa sayang hey!.duk ulang ayat yg sama sampai ajk x larat nak dengar...hahhaa.kemudian, pergi pulak ke pusat kesihatan....kena main tendang2 botol plak, ala2 main bola sepak...baru tau, kaki ni memang x jitu n persis menyepak barang!hahahah. chek point akhir plak, main boling guna kelapa dan bukan di tempat yg lurus...tapi di kawasan berkecerunan 30 darjah...hehehhe.

akhirnya, selamat juga ke garis penamat...dari jauh x nampak org lain kat tempat penamat tu, dgn tiba2 bersemangat lari, ingtkn kami dapat jadi johan! hahahaha...sampai2, jer kecewa, sebab dah ada 5 kumpulan yg duk rehat2 kat sana....tp, nasib baik lg la, x dpt tempat yg corot..kekekek.

ermm...apa erk yg aku dapat main treasure hunt ni?
errmmm.....mgkin menguji stamina kot...kira ok la....sebab setelah badan dikerahkan bekerja sbegitu rupa, aku masih lg bertenaga n hari keesokannya pn, x sakit2 badan seperti dulu2, kalau bersukan melebihi had, akan sengal2 1 badan...mgkn sebab sukan yg konsisten setiap mggu, menyebabkan badan menjadi lebih sihat dan kuat...hehehhee
selain daripada itu, mgkn juga menanam sikap bekerjasama...biasa la kan, kalau duk dalam 1 pasukan, kemampuan mgkin akan berbeza2 kan...so, disinilah tempatnya utk menanam rasa sabar n bertolak ansur tu...=)
lg....bak kata prrof.azlina: menghayati kampus!...hehehhe.time dgr ni, mmg tergelak sket...sorry prof....sbb rasa mcm lawak jer..dah la tgh2 panas tu...
haa...1 lg, boleh kenal kawan2 dari skul lain...=)

tu jer kot...x dapat nak fikir yg lain....

next, keesokan harinya....pergi ke bengkel penulisan isu semasa yang diadakan di an Nahdhoh inn, Kubang Semang. awal pagi, dijemput oleh sahabat yg merangkap urusetia majlis... menuju ke tempat kejadian. macam2 jugak yg kami dapt dari bengkel yg hanya lebh kurg 4 jam shj tu. bermula dari penggunaan bahasa yg betul, susunan urutan peristiwa dsb. macam masuk semula ke kelas bahasa pn ada gak..hehhhehe. bila kena tulis semula contoh berita yg diberi tu...aku duk pertikai plak fakta dalam tu. padahal, moderator suruh tgk gaya bahasa n susunan jer....aku plak duk gatal cari kesalahan dalam fakta tu...hahhaha. lawak jer.

moderator nasihatkan supaya jgn guna shortform dalam penulisan, juga jgn campur adukkan bahasa dalm rencana...tp, aku rasa susah sket kot kalau nak buat rencana yg serius mcm tu...not my style...hahaha. degil sungguh anak murid ni! patut la x pandai waktu praktikal tu.hahahahha.
orang suruh wat lain, aku wat lain....aishhh

keseluruhan, byk yg dipelajari dalam bengkel ni...cuma menunggu masa untuk diaplikasikan apa yg dipelajari....mgkin, utk part2 yg basic tu, dah boleh start. tp, utk part2 yg lebih details, perlu lebih kekuatan utk mengikutinyer...hehehhe

WAllahu'alam....


Tuesday, January 18, 2011

terbukti sudah...

Isu azan yg terjadi baru-baru ni di pantai dalam (lembah pantai)....

dalam surat aduan yg mengaku dirinya ahli MCA seumur hidup, terbukti memang dia adalah ahli MCA apabila keluar dlm utusan pg ni,mengenai permohonan maafnya....

jadi, bagi yg menuduh DAP yg sengaja merekayasa cerita ini, harap dapat buka mata!!! pihak yg menuduh kononnya DAP yg saja2 mencipta kontroversi ini dan mahu memalit nama pada MCA harus sedar, tiada tindakan sebegitu yg dilakukan dengan pengakuan jujur dan ikhlas dari pengadu. sedih juga bila dengar pengakuan, x dapat beza antara azan dan ceramah setelah 53 tahun negara kita digelar negara Islam. jadi, sama2lah muhasabah, kenapa terjadi sebegini? sedangkan azan pn x dapat nak bezakan, apatah lagi tentang Islam itu sendiri yg selalu dimomokkan oleh pemerintah, tentang hudud dsb....inilah realiti yg terjadi...

Bagi demonstran yg lbh kurg seramai 100 org yg membantah aduan tersebut pula, marilah kita sama2 berharap akan ada lbh kurg seramai itu jemaah utk solat Subuh setiap hari....sebab ternyata bunyi azan di kawasan itu cukup kuat utk mengejutkan semua penduduk sekitar kawasan tesebut. janganlah kita hanya pandai melatah dan memarahi og bukan Islam yg x tau pasal Islam, tapi kitalah yg sebenarnya lebih2 lagi bertanggungjawab utk mengembalikan ke'izzahan Islam itu sendiri dengan mengamalkan Islam yg sebenar2nya...

WAllahu'alam...

Monday, January 17, 2011

Dunia akhir zaman (zaman sesumpah?)

Baru terjumpa video2 ni disini...
cuba la tgk...

macamana seorang yg jaga diri sendiri pn x pandai, claim nak jaga negara, bangsa n agamanya?
sibuk suruh org lain bertaubat, tapi diri sendiri tutup aurat pn x lengkap!

macamana org nak percaya pada seorang yg cakap akan kehebatan al-quran, tapi arahan dalam al-quran pn x ikut!!??

macamana kita nak percaya pada org yg senang2 bersumpah atas nama Allah, kemudian kata dalam masa setahun-x lebih walau sehari pn, akan terus menerima laknat dari Allah? saper dia yg nak tentukan bila Allah nak turunkan laknat padanya?*walaupun ada pendapat dari ulama'-Ibn Hajar Al Salam as Qualani pernah berkata, pada pengetahuannya, akibat sumpah akan dapat dilihat tidak lebih daripada satu tahun. kalau semua kes mcmni, senang....bila ada kes, pihak menuduh n tertuduh sumpah.tunggu setahun, keputusan pun keluar....ermmmm, ntahla....fenin....xtau ker dia, kadang2 laknat atau bala yg Allah turunkan tu, kadang2 diturunkan kepada seluruh ummat....cth: tsunami, adakah dia nak claim yg mendapat bala dari tsunami tu, semua adalah bala dari Allah kepada mereka?

sekarang dah menjadi trend suka bersumpah2 ni. saiful-najib- dan terbaru ummi hafilda. begitu mudah mereka meminta laknat dari Allah. nau'dzubiLlah....di zaman Rasulullah dulu, siti Aishah di fitnah menpunyai hubungan sulit dengan safwan. Perkara ini menyebabkan Rasulullah tertekan selama 30 hari sehingga turunnya ayat Allah meyatakan Aishah tidak bersalah. Rasulullah dalam hal ini tidak pernah meminta mereka bersumpah...

WAllahu'alam....

Wednesday, January 12, 2011

pertama kalinya...

semalam, tanggal 11.1.11...cantik tarikh tu....

buat pertama kalinyer setelah 25 tahun 3 bulan hidup, aku berjaya menghilangkan takut utk menderma darah...terima kasih kpd 2 org housemate yg slalu mengajak n mlm sebelumnya Allah telah membukakan hati utk turut serta dalam pendermaan darah tersebut.

prosedurnya mudah jer.isi borang,timbang berat badan, chek darah -Hb, BP dsb, isi buku derma utk 1st timer,kemudian ambil tempat utk menderma.dulu aku takut gak nk pi menderma darah ni, sbb terbayang2 jarum yg besar tu...penakut!! hahaha...padahal, x rasa apa pn cucuk jarum tu....

waktu Dr. chek BP- Dr tanya, stress sgt ker? BP tinggi ni?...138/71.. erkk, tingginyer....kena jaga pemakanan n kawal hati n perasaan jgn stress sgt. mgkin kebelakangan ni stress sket kot.huhuhu...sket jer lagi dah nak masuk tahap1 hipertension(darah tinggi). cakap sket psl hipertension.~ utk normal BP adalah bawah drpd 120/80..

Tabel Kategori Tekanan Darah Tinggi pada Orang Dewasa (dalam mmHg, atau milimeter merkuri) :

CategorySystolic
(angka atas)
Diastolic
(angka bawah)
Normalkurang dari 120dankurang dari 80
Prahipertensi120–139atau80–89
Tekanan Darah Tinggi
Tahap 1140–159atau90–99
Tahap 2160 atau lebihatau100 atau lebih

Ukuran pentahapan diatas adalah untuk kebanyakan orang dewasa (umur 18 atau lebih) yang tidak memiliki penyakit serius. Tekanan darah diatas 120/80 mmHg sangat beresiko, dan resiko terus bertambah mengikuti naiknya tekanan darah. “PraHipertensi” berarti tahap mendekati seseorang mengalami penyakit tekanan darah tinggi, kecuali dilakukan langkah-langkah untuk mengatasinya. copy dr sini

jadi, menurut table diatas, aku dikategorikan sbg pre-hipertension dan perlu mengambil langkah berjaga2 la lpas ni...huhuhu

tapi, disamping itu, mari kita sama2 perhatikan apakah kebaikan menderma darah bg setiap org yg menderma?

Pendermaan darah boleh merangsang badan menghasilkan lebih banyak sel darah baru. Secara tidak langsung ia meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik berbanding sel lama.

Ini menyebabkan ramai penderma darah merasa lebih segar dan sihat selepas menderma darah, di samping dapat membantu orang lain. Malah, rata-rata penderma memberi maklum balas mereka lebih tenang kerana mengetahui darah mereka digunakan untuk menyelamatkan nyawa pesakit.

“Selain itu, penderma darah boleh berasa tenteram kerana mempunyai tahap kesihatan baik. Ujian darah dijalankan ke atas semua penderma, walaupun mereka penderma tetap.

- Pakar Patologi Pusat Darah Negara (PDN), Dr Norris Naim
dalam artikel Derma Darah Sihatkan Badan

Dismping itu, ada jugak cerita lain, yg terjadi smlm...cerita tu, kalau rajin aku sambung..hohohoh...


Sunday, January 9, 2011

1 Hari 1 Kes !!


Tahun 2011 baru seminggu membuka tirainya tetapi dalam tempoh itu tujuh kes buang bayi dilaporkan.

Angka itu perlu diberi perhatian serius dan bimbang dengan gejala yang berterusan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kerajaan akan memperhebatkan kempen kesedaran dalam usaha menyekat gejala itu daripada berlarutan.

"Kerajaan komited terhadap usaha membanteras perbuatan membuang bayi yang kini menuntut tindakan segera," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen 'Kami Prihatin' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.

Kempen itu adalah untuk mencetuskan rasa keinsafan dan menebalkan kembali nilai kemanusiaan di kalangan masyarakat dalam usaha menangani kes penderaan kanak-kanak dan buang bayi.

Shahrizat berkata kementerian akan terus mendekati golongan remaja hingga ke peringkat akar umbi selain mempergiatkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan dalam menjalankan kempen kesedaran mendidik masyarakat.

Beliau berkata media massa dan badan-badan agama juga perlu terus memainkan peranan yang lebih kritikal bagi membendung gejala itu.

- Bernama

AstaghfiruLlah.... perangkaan yg begitu meruncing! Kita memerlukan sebuah langkah yg lebih realistik, sebuah langkah yg lebih mendasar. bukan hanya sekadar mewujudkan sekolah utk pelajar yg mengandung Haram, bukan sekadar mengajar kanak2 matapelajaran seks, tapi lebih daripada itu!!

Rakyat Malaysia memerlukan suatu anjakan pembinaan jati diri yg solid dengan berpandukan al-quran sebagai panduan utama...bukan hanya berpandukan akal yg tidak sempurna. kita perlu membina semula kehidupan sekarang, utk kehidupan akan datang yg lebih terjamin insyaAllah....

sesungguhnya akal manusia adalah sangat lemah, tidak akan sesekali terbanding dgn semua aturan2 yg telah ditetapkan Sang Pencipta. Tapi, kita semua terlalu alpa n terlalu bangga dengan akal yg dianggap dapat memikirkan semua penyelesaian tanpa berpandukan manual Sang pencipta! kita terlalu bangga sehingga lupa untuk mengkaji semula bagi memahami manual tersebut...