Tuesday, January 18, 2011

terbukti sudah...

Isu azan yg terjadi baru-baru ni di pantai dalam (lembah pantai)....

dalam surat aduan yg mengaku dirinya ahli MCA seumur hidup, terbukti memang dia adalah ahli MCA apabila keluar dlm utusan pg ni,mengenai permohonan maafnya....

jadi, bagi yg menuduh DAP yg sengaja merekayasa cerita ini, harap dapat buka mata!!! pihak yg menuduh kononnya DAP yg saja2 mencipta kontroversi ini dan mahu memalit nama pada MCA harus sedar, tiada tindakan sebegitu yg dilakukan dengan pengakuan jujur dan ikhlas dari pengadu. sedih juga bila dengar pengakuan, x dapat beza antara azan dan ceramah setelah 53 tahun negara kita digelar negara Islam. jadi, sama2lah muhasabah, kenapa terjadi sebegini? sedangkan azan pn x dapat nak bezakan, apatah lagi tentang Islam itu sendiri yg selalu dimomokkan oleh pemerintah, tentang hudud dsb....inilah realiti yg terjadi...

Bagi demonstran yg lbh kurg seramai 100 org yg membantah aduan tersebut pula, marilah kita sama2 berharap akan ada lbh kurg seramai itu jemaah utk solat Subuh setiap hari....sebab ternyata bunyi azan di kawasan itu cukup kuat utk mengejutkan semua penduduk sekitar kawasan tesebut. janganlah kita hanya pandai melatah dan memarahi og bukan Islam yg x tau pasal Islam, tapi kitalah yg sebenarnya lebih2 lagi bertanggungjawab utk mengembalikan ke'izzahan Islam itu sendiri dengan mengamalkan Islam yg sebenar2nya...

WAllahu'alam...

0 bicara anda: