Monday, September 14, 2009

masa semakin mencemburui...

owh....harini dah 14 september....bermakna lebih kurang 5 hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita....dan perlu menunggu 11 bulan lagi sebelum bertemu dgn Ramadhan seterusnya. entahkan sempat ketemu atau x, wAllahu'alam...kita semua x tahu samada boleh ketemu lg dgn bulan yg penuh barakah ini lagi....

oleh itu, marilah sama2 kita mempertingkatkan amalan di hari yg hanya tinggal baki2 ni...... fasa ke-3 Ramadhan, insyaAllah fasa dimana dijanjikan pembebasan dr api neraka...alangkah beruntungnya jika kita dapat memenuhi syarat2 tawaran yang sangat berbaloi ini.... dibebaskan dari api neraka...saper yg x mahu kan?.....

fasa ini jugak, fasa dimana ada 1 malam, malam yg lebih baik dr 1000 bulan... "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

SubhanAllah...betapa pemurahnya sang Pencipta...menawarkan ganjaran yang x terfikir dek aqal.....untuk mengupas malam al-qadr ni, aku bukanlah org yg mahir...jadi...silalah berkunjung ke sini atau mana2 laman sesawang ustaz2 yglebih bertaulaih bagi menerangkan ganjaran2, fadhilat2, dan segala apa yg dikatakan dengan malam al-qadr tersebut....

erm.....takut jugak aku menghadapi malam2 terkhir dlam bulan Ramadhan ni..yerla kan, bila dah sampai hujung2 bulan Ramadhan ni, pastinya sumer sibuk nak balik ke kampung halaman masing2...takut bila dah excited sgt nak balik kampung tu, kita terlupa akan hadiah2 yg dijanjikan Allah yg pastinya jauh2 lebih bermakna lagi ni.....

insyaAllah aku pn akan balik ke johor malam esok....utk meraikan kemenangan sebulan ummat Islam berpuasa bersama2 dgn famili....1 Syawal adalah saat yg menggembirakan bagi ummat Islam, sebab tulah kita nak share ngn famili kan....tp, jgnlah pulak gembira sampai gembira berlebihan yang membawa kepada pembaziran....( ada kaitan ker gembira n boros..hehehe...lantakla..) yang penting , keypoint disini adalah: jgn membazir!! =). pesanan utk semua n diri sendiri terutamanya.....

erm...

1 more thing....
pejam celik, pejam celik...

aku dah pn berumur 24 tahun secara rasminya pada 11 september yg lpas.....

dah x bole nak mengaku umur 23 dah...hehehe...

xperlah, mudah-mudahan dengan pertambahan usia ni akan mematangkan aku, menambahkan ilmu, mencambah pengalaman, dsb...

terima kasih pd sumer sahabat2 yg mengingati tarikh bermakna dalam hidup temanmu ini...segala ingatan kalian sangat bermakna utk diriku yg x seberapa ini...=)

n aku amat bersyukur n berterima kasih pada mak n abah, kerana merekalah asbab aku lahir ke dunia ini, dan kerana asuhan n didikan merekalah aku menjadi seorang aku.... (teringat plak pertandingan pidato yg telah diubah format oleh seorang peserta menjadi sajak semalam... nampak n rasa mcm lawak jer tp sebenarnyer banyak muhasabah yg ada dlm tu....)

Utk hari2 terakhir ni....selamat bermuhasabah n selamat beramal....=)

wAllahu'alam....


0 bicara anda: