Friday, October 30, 2009

bajet 2010

walaupun dah agak basi isu ni...tp, meh kita sama2 review apa yg tersedia dlm bajet 2010 utk kita semua rakyat Malaysia....(sekurang2nya, aku boleh rujuk semula bila2 masa nk tgk isi kandungn bajet 2010 dgn mudah nnt...hehehehe....

1. Peruntukan wang berjumlah RM191.5 bilion yang meliputi RM138.3 bilion (72.2 peratus) untuk belanja mengurus dan RM53.2 bilion (27.8 peratus) untuk belanja pembangunan.

2. Bayaran khas RM500 kepada penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada bulan Disember ini.

3. Peningkatan pengecualian cukai pendapatan kepada penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus sebagai galakan untuk menarik lebih ramai pelancong kesihatan.

4. Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

5. Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.

6. Subsidi, insentif dan bantuan hampir RM2 bilion untuk membela nasib golongan petani dan nelayan.

7. Peruntukan lebih RM9 bilion untuk projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut serta projek lapangan terbang.

8. Peruntukan tambahan RM20 juta di bawah Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk usahawan kecil kaum India (Peruntukan sedia ada RM15 juta).

9. Peruntukan RM3 juta sebagai geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian.

10. Peruntukan tambahan RM20 juta untuk memberi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan sasaran 20 buah sekolah pada 2010.

11. Menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia.

12. Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.

13. Diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar bermula 1 Jan, 2010.

14. Pakej "netbook", termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.

15. Peruntukan RM100 juta bagi pelaksanaan Program PERMATA, yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara bersepadu dan terancang.

16. Perlindungan insurans dan takaful mikro untuk peniaga kecil-kecilan mendapat manfaat perlindungan dalam lingkungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.

17. Menubuhkan 14 lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah.

18. Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma dan cukai pendapatan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan mulai 1 Jan, 2010.

19. Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan setiap kementerian dan jabatan diberi peruntukan RM200,000 untuk penubuhannya.

20. Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuatkuasa tahun taksiran 2010.

21. Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000.

22. Hampir 50,000 isi rumah miskin tegar yang berdaftar di bawah program eKasih dan 4,000 isi rumah Orang Asli yang telah dikenal pasti akan dibantu untuk mencapai matlamat sifar kemiskinan tegar. Peruntukan RM41 juta untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.

23. Peruntukan RM48 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan bandar meliputi bantuan kebajikan dan program bayaran sewa rumah dan Kementerian Wilayah Persekutuan ditukarkan nama kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

24. Penyediaan 74,000 rumah kos rendah oleh Jabatan Perumahan Negara untuk disewa pada tahun 2010.

25. Pelancaran skim KWSP pada Januari 2010 bagi membolehkan pencarum mendapatkan jumlah pembiayaan lebih besar bagi pembelian rumah yang bernilai lebih tinggi atau bagi pembelian rumah tambahan.

26. Peruntukan RM224 juta kepada OKU untuk bantuan, melaksanakan Program Pemulihan Dalam Komuniti dan peruntukan RM174 juta untuk warga emas.

27. Kadar elaun kanak-kanak OKU di sekolah pendidikan khas kelolaan NGO dinaikkan daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap orang mulai 1 Jan 2010.

28. Penubuhan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diuruskan oleh KWSP.

29. Potongan caruman pekerja KWSP dinaikkan semula ke kadar 11 peratus secara sukarela berkuat kuasa serta-merta.

30. Membina jalan luar bandar sepanjang 510km dan jalan kampung sepanjang 316km dengan peruntukan RM857 juta termasuk jalan di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah.

BERNAMA

Thursday, October 29, 2009

SubhanAllah.....

juz a copy paste from email....

SubhanAllah...maha suci Allah..... begitu byk peringatan2 yg telah DIA turunkan kepada kita...semoga beroleh sedikit manfaat daripadanya....
....................................................................................................................................................

[2.164] Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

[3.190] Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

.................................................................................................................................................................

Subject: Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi

[7.7] Kemudian sesungguhnya Kami akan ceritakan kepada mereka (Rasul-rasul dan umat-umatnya), dengan (berdasarkan) pengetahuan (yang meliputi akan apa yang mereka lakukan), dan sememangnya Kami tidak sekali-kali ghaib (bahkan sentiasa Mendengar, Melihat dan Mengetahui akan hal ehwal mereka).

MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.
Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.
Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.
Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".
Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.
Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi


MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.
Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.
"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

[2.283] Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.


WAllahu'alam.....
semoga bermanfaat dan boleh diambil iktibar daripadanya..........

Monday, October 26, 2009

membebel + novel

Rasanyer dah lama x isi blog ni dgn perkongsian yg lebih bermakna....apakah hidup aku ni x bermakna sekarang?...huhuhu.

ermm....... mungkin x berdepan dgn insiden2 menarik sejak kebelakangan ini.... mungkin jugak berdepan dengan insiden menarik, tp aku yang gagal mengerjakan otakku utk meriwayatkan perkara tersebut sebagai perkara yang menarik....

mengarut betullah kalu hari2 yang dilalui adalah hari2 yang x bermakna. sedangkan ada orang lain di luar sana...dan dimana2 merasakan 24 jam sehari adalah suatu jangka masa xyg x mencukupi bagi melaksanakan semua tugasan, amanah n segala aktiviti.....oleh itu, ayat pertama dlm n3 kali ni mmg sama sekali SALAH n x relevan....

sedangkan as-syahid imam Hassan al-banna menyebutkan, masa yang ada bg seorang pemuda itu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan kerja yang perlu dilaksanakan...

oleh itu, muhasabah diri semula....mengapa terlalu banyak masa terluang? mengapa sampai terdetik perasaan yang sebegitu? adakah aku terlalu mandom, x melakukan sebarang aktiviti berfaedah....so, muhasabahlah diri n do some correction....

apalah yang aku tulis ni?...xperla, mumbling tuk diri sendiri sekali sekala...apa salahnyer kan?...hehehe

erm....nk share sket tentang sebuah novel yg baru dibeli...n alhamdulillah, dah habis baca pn...xpuas hati rasanyer kalu beli buku n x abis baca ni....eheheh....

ini adalah 1st novel yg aku beli sbenanyer...sebelum ni, mmg x tertarik nak beli novel....lebih kepada buku2 yg non-fiction jer....tp, disebabkan novel ni mcm ada tarikannya yg tersendiri, jd aku pn belilah...kisah yg dipaparkan kat dlm buku tu, aku boleh katakan sebagai bagus....ni ikut rate aku la...hehehhe. insyaAllah mampu menyaingi penulis novel seperti syarifah farhah, yg telah terkenal dgn novel berunsur islamik n mendidik...

gaya penulisan yang sempoi n ringan, tp banyak jugak menyelitkan unsur2 mendidik dan sirah2 secara langsung mahupun tidak.(n jugak kisah cinta yang x dpt dipisahkan dengan novel aku rasa.....). so, secara keseluruhan, aku boleh katakan, novel ni bagus..... novel ni bertajuk Sekilau Mutiara Raudhah ditulis oleh Saidatul Saffaa...(nama pena penulis). klik kat nama pena penulis tu, bole tgk blog dia....seorang pelajar perubatan, punya bakat terpendam sebagai penulis dan juga pendakwah..insyaAllah.....

erm...xtau dah nk tulis apa lg kat sini.....nk sambung fikir benda lain plak.....adioss....^_~. sekian aku membebel utk kali ini, apa yg baik adalah datang daripadaNya, yg buruk2 belaka sumer dtg dr diri yang lemah ini....namun, hakikatnya, kedua-duanya adalah daripadaNya jua,....

WAllahu'alam.....



Sunday, October 25, 2009

mujahid dakwah


kamus sejarah mencatat kisah
seorang pemuda mujahid dakwah
ditengah gelodah arus jahilliah
mujahid dakwah membina thoifah
memimpin manusia menuju Allah
membina asas sebuah ummah

langkahnya kemas penuh semangat
akhlaknya lembut sungguh memikat
menjulang tinggi panji-panji jihad
mahu mengubah hidup masyarakat

memberi tarbiyah juga nasihat
tidak kenal jemu dan penat
ada terdengar suara sumbang
penuh padat dengan tuduhan

usaha murni suci mulia
dianggap sebagai perosak agama
amalan sunnah dicaci difitnah
menjadi mainan bahan persenda
amalan soleh tradisi anbiya'
terus hidup berkembang semula

satu persatu menjelma rintangan
mahu menyekat gerak perjuangan
namun semuanya tidak berkesan
berkat restu keizinan Tuhan
tidak pun sedikit menjejaskan jiwanya
bahkan mujahid terus mara

mujahid dakwah jauh melangkah
merubah suasana dunia yg rosak
dengan pengalaman jihad dan iman
menuju zaman yang lebih gemilang
zaman ummah kali kedua
itulah isyarat Rasul mulia
marilah kita junjung bersama
Islam pasti agung semula

munsyid:nada murni

Thursday, October 22, 2009

drpdNya kita datang, kepadaNya kita kembali

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun....

begitu aku terdengar berita drpd status YM seorang sahabat, itulah sahaja ucapan yang mampu aku lafazkan.....sesungguhnya, daripadaNya kita datang dan kepadaNya lah kita akan kembali...

pada usia yang sangat muda, allahyarhamah adik nur fatimah, anak kepada ustz Ramadhan Fitri Ilyas telah dijemput pulang untuk berjumpa dengan sang Pencipta.....sungguh, umur yang masih amat muda juga akan dijemput pulang sekiranya masa telah tiba...usia tidak menjadi faktor bagi jemputan tersebut...dimana2, apa2 asbab sekalipun...apa yang pasti, ianya pasti akan berlaku.....

walaupun kesedihan pasti akan menjengah ibu dan ayah yang ditinggalkan bagi meneruskan kehidupan, insyaAllah adik nur fatimah akan menjadi pembela bg sang ayah n ibu di akhirat kelak n insyaAllah akan dijanjikan syurga...sedangkan kita yang hidup berpuluh2 tahun ini, x tau lagi, bagaimanakah pengakhiran hidup kita nanti......samada akan berakhir dlm husnul khatimah ataupun tidak....

semoga ustz Ramadhan n isteri dapat menghadapi ujian ini sebagai tarbiyyah dlm kehidupan yang perlu diteruskan, dan semoga ustz n zaujah dapat melahirkan lagi zuriat bagi menjadi mata rantai seperti ustz n isteri, atau mujahid2/mujahidah2 yang lebih cemerlang lg....insyaAllah....

mengenangkan cerita ini, teringat plak sebuah kisah sahabat yang terdapat dlm sebuah hadis....
nama watak sahabat, x ingat plak.....tp, antara isi kandungannya, berkaitan seperti kisah diatas....

pd suatu hari, seorang ibu mendapati anaknya sakit....dan dengan kehendak dan izin Allah, si anak dijemput pulang sewaktu ketiadaan suami dirumah....sang suami balik ke rumah pd mlm itu dan sang isteri x mengkhabarkan berita tentang kematian anaknya pd sang suami. sebaliknya, si isteri melayan suami pd mlm tersebut....hanya pd keesokan harinya sang isteri mengkhabarkan berita tersebut pd suaminya.....namun begitu, dengan izin Allah, seorang lagi anak telah dikurniakan kepada pasangan yang sabar dengan ujian Allah ini..... maka, lahirlah seorang lagi mujahid, menggantikan anak yang telah pergi....n anak tersebut melahirkan lagi zuriat yang juga mempunyai karisma yg tinggi....n seterusnya(dengan izin Allah)
p/s: aa....kalu saper2 tau psl cerita sahabat yg aku type ni, bole la share details nyer...buku tu xder ngan aku skang ni, so xleh nk rujuk semula...

moral of d story, yg pergi semestinya x akan kembali, namun yang tinggal perlu meneruskan kehidupan..... dan percayalah, bahawa setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya....hanya yang tinggal, samada kita nampak atau pun tidak pada waktu tu...jika apa yang kita mahukan x kita perolehi, mungkin Allah akan berikan sesuatu yang lebih baik lagi pada masa akan datang....kita hanya merancang, sesungguhnya, Allah lahh juga yang menentukan...

WAllahu'alam....


Monday, October 19, 2009

19 oktober

aduh..lama sungguh x update sebarrang cerita mahupun perkongsian kat sini. entah apa yang aku sibukkan pn, aku x pasti...sibuk dengan urusan dunia n peribadi yang sentiasa menanti. sebulan dah berlalu: last posting adalah 1 syawal...dan harini telah masuk ke 30 syawal....

sekadar coretan kosong, langkah mengelakkan blog dr terus bersawang....

*peace*