Wednesday, August 27, 2008

BN kalah di P.44

Lambat sket aku update...huuhuhu...Aku rasa 1 DUNIA dah tau, DSAI menang dan menewaskan 2 lagi pesaingnya dengan sangat bergaya pada pilihanraya kecil semalam.sampaikan aku dukkat lab pg td pun, akak2 senior master n phd bercerita pasal kemenangn DSAI,sedangkan sebelum ni, aku x pernah melihat mereka berbual hal2 politik...=).begitu besar pengaruh pilihanraya kecil pada kali ini! dan hari ini, DSAI dijadualkan mengangkat sumpah..senagai ahli parlimen permatang pauh.

Anwar menang besar: Majoriti 15,671
Aug 26, 08 9:19am

9.47 malam: Keputusan rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti 15,671 undi.

Penasihat PKR itu mendapat 31,195 undi, manakala calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi.

Sementara calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.

Yang menariknya, majoriti undi yang diperolehi mantan timbalan perdana menteri itu, lebih tinggi daripada undi yang diperolehi oleh calon BN.

Seramai 81.1 peratus daripada 58,49 pengundi di Parlimen Permatang Pauh keluar mengundi hari ini.

9.15 malam: Keputusan awal setakat ini, daripada sumber rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti 14,551 undi.

Sebanyak 11 kotak undi belum dihitung. Pengiraan masih berjalan.

8.00 malam: Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi pilihanraya kecil Parlimen Permatang dengan majoriti tidak rasmi sebanyak 16,210 undi.

Menurut sumber-sumber yang mengetahui, Anwar mendapat 26,646 manakala calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah mendapat 10,436 undi.

Pengiraan masih dijalankan.

7.59 mlm: Pengiraan tidak rasmi menunjukkan Anwar setakat ini mendapat 16,101 undi mendahului Arif Shah yang mendapat 6,071 undi. Pengiraan masih dijalankan.

7.30 mlm: SPR mula mengumumkan keputusan mengikut kotak undi. Setakat ini Anwar mendahului dengan 3,507 undi atau 48.11 peratus, iaitu PKR 5,398, BN (1,891) dan Akim (9).

Sebanyak 20 daripada 111 kotak undi telah dikira.

6.55 ptg: Proses pengiraan undi sedang berjalan di 25 pusat pengundian. Menurut sumber-sumber dalaman, Anwar mendahului di semua saluran.

6.30 ptg: Ribuan penyokong, sebahagian besarnya dari PKR, berhimpun di semua pusat pengundian. Polis turut mengadakan sekatan jalanraya menuju ke pusat pengiraan.

Kira-kira 30 anggota polis dan trak FRU juga dilihat di tempat-tempat berkenaan.

6.05 ptg: Menurut Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman, seramai 38,144 atau 65.25 peratus keluar mengundi.

5.53 ptg: Polis telah menutup jalan utama menuju ke pusat penjumlahan undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun, tempat keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh akan diumumkan.

5.00 ptg: Proses pengundian tamat dan ini akan diikuti dengan proses pengiraan undi.

4.25 ptg: Menurut Setiausaha SPR, Kamaruzaman Mohd Noor berkata sehingga jam 3 petang tadi, hanya 53.5 peratus keluar mengundi. Beliau juga menafikan khabar angin yang tempoh pengundian dilanjutkan hingga jam 6 petang.


1.33 tghari: Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi Malaysiakini berkata, keadaan keseluruhan terkawal. Beliau mengesahkan seorang penyokong Pakatan ditahan pagi tadi kerana melempar objek dan menghalang tugas polis.

Menurutnya, kesesakan juga berlaku kerana faktor manusia yang tidak patuhi undang-undng dan ikut emosi sendiri.

1.30 tghari: Masih terdapat 200 penyokong Pakatan di SK Sri Penanti. Kelihatan 10 trak FRU serta trak meriam air ditempatkan di situ.

1.00 tghari: Menurut Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor, setakat jam 12 tengahari, 44.8 peratus pengundi telah membuang undi.

Manakala Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pula menganggarkan sehingga jam 1 tengahari, peratusnya dijangka meningkat kepada 53 peratus.

12.10 tghari: Seperti yang diramalkan oleh Jabatan Kaji Cuaca, hujan mulai turun di sekitar Permatang Pauh dan diramalkan juga akan berpanjangan hingga ke malam.

11.20 pagi: Bilik gerakan SPR di Permatang Pauh ketika dihubungi berkata, hanya Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor yang boleh memberitahu peratus pengundian. Kamaruzaman kini sedang meninjau perjalanan proses pengundian.

11.05 pagi: Ejen pengundian PKR, Rodziah Ismail, sahkan nama pengundi dalam kedua-dua versi daftar pengundi di SK Seberang Jaya 2, adalah sama, hanya muka surat yang berbeza.

11.00 pagi: Ramai penyokong BN dan Pakatan di SK Sri Penanti sudah beredar. Hanya tinggal kira-kira 100 penyokong BN dan kira-kira 200 penyokong Pakatan yang masih kelihatan di situ. Anggota polis masih mengawal keadaan di situ.

10.52 pagi Calon Akim, Hanafi Mamat memberitahu Malaysiakini, beliau dalam perjalanan untuk melawat pusat pengundian di Kubang Semang.

Beliau menaruh harapan dan menegaskan, jika kalahpun "mesej kita sudah sampai kepada pengundi dan mereka boleh menilai".

10.42 pagi: Ketua Penerangan PKR, Tian Chua sedang berunding dengan pihak polis untuk memberi lebih masa kepada penyokong parti politik beredar.

10.42 pagi: Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob tiba di tempat kejadian. Selepas berbincang dengan para pegawainya, polis mengarahkan penyokong kedua belah pihak supaya beredar.

Terdapat kira-kira 1,000 penyokong parti politik di situ, yang terdiri daripada kira-kira 400 penyokong BN dan 600 penyokong Pakatan.

10.30 pagi: seorang penyokong Pakatan ditahan di SK Sri Penanti kerana didakwa melontar objek ke arah penyokong BN.

10.10 pagi: Anwar berkata beliau berharap dapat angkat sumpah di Parlimen esok dan "kita akan masuk Parlimen dengan agenda yang jelas dan mereka (BN) patut bangun dengan menerima realitinya".

Dalam ucapan ringkasnya selepas membuang undi, Anwar berkata, beliau menerima sokongan kuat penduduk Permatang Pauh.

10.05 pagi: Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR, Fauziah Salleh berkata pihaknya sedang menyemak perbezaan muka surat dalam daftar pengundi yang diberi pada PKR dan yang digunakan di saluran dua, SK Seberang Jaya 2.

Katanya, muka surat 8 hingga 21 dalam daftar yang diberikan kepada PKR adalah untuk pengundi saluran dua, tetapi mengikut daftar pemilih yang digunakan oleh SPR pagi ini, bagi pengundi saluran dua adalah muka surat 1 hingga 14.

10.00 pagi: Anwar dan Dr Wan Azizah beredar dari SK Seri Penanti selepas kedua-dua mengundi di SK Sri Penanti. Ketika ditemui pemberita, Anwar berkata, ia bukan Anwar lawan calon BN, tetapi melawan seluruh jentera kerajaan. Bagaimanapun, Anwar yakin menang.

9.38 pagi: Anwar tiba di SK Sri Penanti untuk membuang undi. Beliau yang berbaju kameja biru dan bersongkok, bersama isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

9.31 pagi: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bertembung Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang di pusat pengundian di SK Seberang Jaya 2.

Penyokong Pakatan melaungkan 'Altantuya, pembohong, penipu' manakala penyokong BN pula melaungkan 'Hidup BN'

9.30 pagi. Menurut sumber yang layak dipercayai, 9 daripada 10 pengundi di SK Sri Penanti difahamkan memilih Anwar.

9.10 pagi PKR menghantar ‘alert' menyatakan senarai daftar pengundi yang digunakan di SMK Seberang Jaya 2, dalam DUN Seberang Jaya 2, berbeza dengan senarai yang diberi oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebelum ini. Bagaimanapun, difahamkan berlaku perbezaan muka surat dalam daftar pemilih yang digunakan oleh pihak parti dan SPR di pusat pengundian tersebut.

9.05 pagi: Jumlah penyokong Pakatan di SK Sri Penanti, semakin bertambah mencecah kira-kira 700 orang. Manakala penyokong BN pula dianggarkan seramai 300 orang.

8.45 pagi: Kira-kira 30 sedang berbaris untuk mengundi di SK Sri Penanti. Manakala jumlah penyokong BN bertambah kepada kira-kira 250 orang manakala penyokong Pakatan pula meningkatkan kepada kira-kira 300 orang.

Penyokong BN kedengaran melaung liwat, penyokong Pakatan ada kata Altantuya, Ada juga penyokong Pakatan tunjuk wang kertas RM50 ke arah penyokong BN. Ada penyokong Pakatan Tanya BN ‘Tak nyanyi lagu ke'. Penyokong BN jawab ‘liwat'. Bila kenderaan lalu, mereka bersorak.

8.30 pagi: Terdapat kira-kira 200 penyokong BN dan 200 penyokong Pakatan berada di SK Sri Penanti menunggu ketibaan Anwar. Kedua belah pihak dipisahkan oleh jalanraya dan berada kira-kira 20 meter dari situ. Penyokong PKR melaungkan ‘Reformasi' manakala di pihak BN, mereka menyanyikan lagi ‘Barisan Kita". Kelihatan kira-kira 50 anggota polis bertugas mengawal keadaan di situ.

Pengundi dijangka keluar awal untuk mengundi ekoran Jabatan Meteorologi meramalkan hujan dan ribut petir akan berlaku di sebelah petang.

8.15 pagi: Keadaan lalu lintas di sekitar Permatang Pauh terkawal dan kenderaan yang membawa lambang BN dan PKR mundar-mandir mengangkut pengundi.

Seramai 6,000 anggota polis ditugaskan mengawal keadaan keselamatan di Permatang Pauh untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar.

8.08 pagi: Calon BN, Datuk Arif Shah merupakan antara orang pertama membuang undi sebaik sahaja pusat pengundian di buka di SK Seberang Jaya 2. Anwar dijadual mengundi jam 9 pagi.

Ketika ditemui pemberita, Arif Shah menyifatkan angka 8 adalah nombor bertuah baginya. Isteri beliau, Datin Latifah Asmawi dan anak sulung mereka, Izwan Shah, turut mengundi di tempat yang sama.

Terdapat kira-kira penyokong kedua belah pihak membawa bendera parti masing-masing Penyokong Pakatan juga kelihatan memakain topeng Anwar dan bersorak antara satu lain.

8 pagi: Sejumlah 110 saluran di 25 pusat mengundi, dibuka kepada 58,459 pengundi membuang undi dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh. Tujuh daripada 25 pusat mengundi itu terletak di sekolah menengah kebangsaan manakala bakinya terletak di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan serta dewan orang ramai.

Pilihanraya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah 51; calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 61, dan Hanafi Hamat, 61, dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Ia diadakan berikutan peletakan jawatan anggota parlimennya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar bertanding di kawasan itu.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, Dr Wan Azizah menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,398 undi. Parlimen Permatang Pauh dikuasai PKR sejak pilihanraya umum 1999 dan sebelum itu dimenangi Anwar atas tiket BN sejak 1982.

Anwar mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Penanti manakala Arif Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Jaya 2.


Tuesday, August 26, 2008

pilihanraya kecil parlimen permatang pauh P.44 (edited)

walaupun badan ni penat, tapi aku still nak share jugak citer aku pada harini...

mungkin tarikh 26 ogos bakal membuka lembaran sejarah baru untuk Malaysia,sebab dengan adanyer pilihanraya kecil ini, insyaAllah kerajaan mungkin akan bertukar. ini berdasarkan perjalanan pilihanraya kecil yang baru jer berlangsung td.

daripada penglihatan kasar, aku lihat DSAI mempunyai peluang yang cukup cerah bagi memenangi pilihanraya kecil pada kali ini...insyaAllah, sumernyer jika dan hanya jika diizinkan Allah.ini kerana sepanjang 10 jam aku berada disalah sebuah tempat pembuangan undi, aku lihat kebanyakannya menyokong pakatan rakyat...jika pihak kerajaan umno n bn tidak 'main kotor', mungkin DSAI boleh masuk parlimen esok...

sumernyer kita perlu tunggu kiraan undi selesai malam ni,....

banyak sgt cerita sepanjang pilihanraya kecil pada kali ini...tapi aku penat sgt utk menulis, insyaAllah kalu aku rajin, aku sambung semula, selepas kiraan undi selesai...=)

aa...yang ni aku nak share dulu....sebagai warm up,....
aku dapat bergambar dengan wife DSAI, DSWan Azizah....jgn jeles..heheheh.


tambahan...
erm, sepanjang perjalanan aku ke destinasi, aku rasa agak nervous, sbb pilihanraya pd kali ini bakal mengubah sejarah negara.tambah2 lg, mak dah call aku mlm sblm hari mengundi.waktu tu, aku ader kat school,sebab student master n phd membuat program- 'makan-makan' pd mlm tu....mak mengingtkan aku, spy jgn pergi ke tempat yang bakal huru-hara.sbb mak aku cuma tgk verita TV3suku jer....sbb tu dia fikir camtu....mak aku cakap berkali-kali...jgn join sgt politik,(sbb ayah aku mmg x gemar politik2 ni...)..huhuhu.so, aku pn terpaksa la berhelah. aku cakap ngn mak (sambil gelak2 sket,spy mak percaya); "yer...kak uda (sebut sebagai kokde) xkan join benda yg bukan2, merusuh segala tu...xkan la kokde nk buat camtu...... insyaAllah xder aper2 punyer..."dan panjangla lagi peringatan daripada mak pada mlm tu..xtau la kenapa dia boleh terfikir aku akan join,kuat betul instinct mak ni erk.....(nasib baik kwn2 sumer tgh hidupkn api tuk bakar mknn, so xder la aku kerugian x dpt menjamu selera...hehehheh).

Ok, teruskan cerita...pagi tu, aku ke PP dengan menaiki motor, bersama seorang sahabat.jadi, awal2 pg kami dah kuar dr kampus menuju ke destinasi.alhamduliLlah...sampai dengan selamat...setibanya di salah sebuah tempat mengundi, aku pun bersalam2an dengan bonda2 yg telah sampai lebih awal..oleh kerana aku x turut membantu drpd hari2 sebelumnya, jadi, aku pn tanya la pd mslmt yg ader, apa tugas yg boleh kami bantu? nak p mana?

kami disuruh duk kat pondok panas/tepi jln, tuk merayu undi sebelum pengundi2 masuk mengundi.jadi sepanjang hari aku n sahabat duk la tepi jln, sambil mem'promote'kan DSAI..(walaupun aku rasa, kalu x promote pn, insyaAllah ramai yg akn menyokong beliau..).sepanjang kami bertugas, macam2 aksi yang aku boleh lihat.

waktu awal2 pusat mengundi dibuka, aku n beberapa org mslnt lg, mencari tempat untuk membolehkan kami menjalankan tugas. kemudian, x berapa lama kemudian, dtg la sekumpulan manusia, untuk mempromote BN..jln depan kami dengan gaya yang 'bajet hebat'.mentang2 la depa sumer lelaki muda..kami ni, sumer org prmpuan ,jd kami pun beranjak sedikit ke belakang, (xnak plak nnt jd isu kami plak yg meraba depa ker, ape ker....huhuhuhu). dah jln dpn kami, depa pun, lepak dekat sebelah kwsn kami...sorg akk ni pn, bertanya (borak2) pd adik2 ni..."baper hangpa dpt mai trn kibar bendera ni?" salah sorg drpd depa pn menjawab, "150 jer"...dtg situ pgg bendera pn, bole dpt duit...dah la tu, duk kejap jer, bila matahari naik sket jer, trus blah....sekali lagi depa jln dengan gaya depa...aku ni jahat sket...konon2, xnak la mengalah sgt...so, kalu nak lalu depan kami, pandai2 jaga keselamatan sendri, malas aku nak kasi ruang lebih tuk depa jalan...pandai plak tu jln baik2....sajer jer nk tunjuk lagak erk...

DSAI sampai di kwsn aku bertugas sewaktu pemuda2 BN ader lg di sebelah kawsn kami berdiri. macam2 kata2 kotor disampaikan kepada DSAI.ntah aper2 la depa ni...tp, kat TV dan berita arus perdana xkan tunjuk sumer tu.kalu yg cakap merepek n mencarut, barisan rakyat.kalu wat rusuhan,pun barisan rakyat.kalu yg baik2, sumer BN...x telus langsung....

selain itu, pelbagai ragam lg yg aku jumpa.jika sebelum ini, aku cukup menyampah bila aku berdiri di tepi jalan dihon oleh pemandu,tapi pada hari tersebut, aku cukup gembira mendengar bunyi hon....(ntah apa2 jer aku ni...).setiap bunyi hon menandakan sokongan mereka kpd DSAI,jd bila byk sokongn, peluang utk menang semakin la tinggi....jika selalunya berjalan menunduk jer...tp sepanjang hari aku berdiri tepi jln dan melambai org ramai, agar menyokong barisan rakyat.siap tersenyum plak tu....huhuhu.kronik betul!! bukan la aku nak kata niat menghalalkan cara,tapi pada waktu itu, memang aku rasa perlu untuk tersenyum pada sumer org,utk aku melaksanakan tugas yg diberikan...

kebanyakan uncle2 chinese yang berlalu di depan kami akan mengungkapkan kata2 semangat seperti,"jgn risau,misti minang punya", "sy mesti undi ini (DSAI)" dsb....dan bila ader kenderaan yang lalu makcik2 thumbs up pd kami, kami menjadi semakin bersemangat.x rasa penat walau berjemur....

cerita yg kurang enak, tentu sahaja timbul daripada barisan lawan. bukan disebabkan aku menyokong DSAI, jd aku nak mengutuk barisan lawan, tapi tu lah hakikatnya....depa lalu depan kwsn kami, gaya jer lebih...bajet hebat. tapi, bukan aku nak kata la, antara pemuda, wanita dan puteri umno, aku lihat puteri memang kurang berakhlak.yang lebih banyak menyakitkan hati kami, memang puteri....wanita n pemuda, aku tgk mcm xder la lebih2 sgt...tp, puteri2 ni, bila lalu jer depan kami, mesti nak mengutuk kami.kata rakyat xnak ngn barisan rakyat la, menunjukkn sign2 yg ntah aper2, mengutuk makcik2 dsb......ish3..naper la sampai jadi mcm ni? walaupun kami x sokong umno,tp xder la sampai kami diajar dan berkelakuan biadab mcm tu..... UMNO, tlg la didik puteri2 hangpa tu..aku yg berstatus wanita ni pn rasa malu dgn perangai yg semacam tu...iush3.....

ermm....status sebagai pelajar postgrade, walaupun x terikat ngn auku, aku masih ader rasa sedikit cuak...sebab tiba2 aku terlihat kelibat kaunselor universiti.nasib baik aku perasan.so, sempatla aku mengcover muka aku waktu tu...sbb dia mmg cam muka aku, n selalu gak tegur menegur kat kampus, kalu terserempak kat kafeteria dsb...jadi, mmg sah la dia akan cam muka aku.lama plak tu dia ada kat kwsn ni....xtau la apa yg dia duk buat...dr pg sampai ke ptg dia ader, tp alhamduliLlah, dia x menyapa aku (kalu dia perasan aku ader kat situ la).kalu dia sapa aku, mesti aku akan gabra..hehheheh.walaupun xder aper yg perlu ditakutkan sebenarnyer...

ermmm...sblm balik, kwsn kami dikunjungi oleh DSAI n wife.jadi, sempat la bersalaman n menangkap gambar bersama DSWA.

satu pengalaman yg x mungkin akan aku lupakan, utk sepanjang hari tersebut ....=)

Saturday, August 23, 2008

blog yang bersawang

wah3....keadaan dan perkembangan sekeliling dan negara sentiasa berubah2. setiap hari ader jer cerita baru yang akan kuar dan muncul.lebih2 lagi bila tarikh pilihanraya kecil permatang pauh semakin hampir ni....tapi blog ni dah lama x berkunjung....

ini pun, mencuri waktu cuti seminggu kat umah sebelum balik ke kampus esok utk menjenguk blog...heehhehe.seronok bercuti sampai x ingat apa2 dah...huhuhu.

insyaAllah lpas ni, akan sentiasa merajinkan diri lagi....x mahu jadi hangat2 tahi ayam...=)

Wednesday, August 6, 2008

Si Syahid Kecil

Ermm....cerpen si syahid kecil ni, pernah aku baca suatu ketika dulu....dah lama dah... sangat menyentuh hati..puas aku cari semula cerpen ni, AlhamduliLlah..berjumpa akhirnya..disini aku kongsikan cerpen ni..moga beroleh manfaat daripadanya.... aku copy cerpen ni dari sini

Silakan baca...



Dari Abdullah bin 'Amr lah.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat... Bacalah dan Hayati Setiap Baris Kata Cerita Di bawah.....

Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik selimut semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik.

Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk, walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru.

Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu Akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga, lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik. Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar.

Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar, tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa. Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid, kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk, adik rukuk. Walid sujud, adik sujud.

Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi. Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tabir kelopak mata adik. Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!"

Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali.

Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid, abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi. Adik tanya ummi, mana perginya walid. Diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk.

"Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.

Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang adik sangkakan. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid, mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menangis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan- kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang, cium abang berkali-kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik, usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang nak pergi mana?" tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.

Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil." terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang rongak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh. "Ummi, Kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan. "Cantik macam syurga ke ummi?" adik tanya lagi. Ummi senyum. "Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar, nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi. Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad.

Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al-Quran. "Bismillahirrahmanirrahim.." Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran. Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung- laungkan dari luar. "Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid", muncul Mak Cik Fatima di depan rumah. "Anakmu, anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar.

Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil, bukan..Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.

Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan. Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri orang munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid, kemudian abang dan akhirnya Jamal.

Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad..Ahad. Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar di wajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba..... "Muhammad!!!!!!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuh adik untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu- mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit.

"Ummi.adik rasa mengantuk, adik nak tidur. Adik nak jadi mujahid, adik nak ikut walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk, berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran. Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik. Wallhua'lam.

"Sesungguhnya kami mendidik generasi pejuang hari ini 20 tahun sebelum kelahiran mereka."- Osama Ben Laden

" Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu." - Al-Fajr: 27-30-

Begitu besar jihad dan pengorbanan yang mereka (rakyat Palestin) perlu lakukan. Demi Agama dan negara yang dicerobohi oleh yahudi laknatuLlah..... sedangkan apakah jihad yang telah kita lakukan?......

PROMOSI....

erm....disini, aku nak mengwar-warkan tentang program mega anjuran PMI yang bakal menggegarkan kampus hujung minggu ni... =)

kepada warga kampus, jangan segan2 atau buat2 lupa plak....

insyaAllah, byk aktiviti yang dirancang dan akan dijalankan sepanjang 3 hari program dianjurkan...
bukan sekadar santapan rohani, tapi byk lagi aktiviti2 menarik...

kalau nak tahu lebih lanjut,...sila ke web ini....=), (kalu x pun, kita borak kat shoutbox kat sebelah kanan nun...=) )

PMIUSMKKj

P/s : acara kemuncak, insyaAllah akan ader konsert nasyid UNIC...=)

Monday, August 4, 2008

Bingkai kehidupan...

Lirik nasyid yang membakar semangat

Album : Tak Kenal Henti !!!
Munsyid : Shoutul Harokah
http://liriknasyid.com


(Intro. Drum)
Ha hahaha hahaha hahaha
Haaa hahahaaa hahahaha hahahaha

Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan ﷲﺍ,
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allohu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Qur'anu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
Al Mautu fi sabilillah, asma amanina

ﷲﺍ adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Alqur'an pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan ﷲﺍ adalah,
Cita-cita kami tertinggi

Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan ﷲﺍ,
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allohu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Qur'anu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
AlMautu fi sabilillah, asma amanina

ﷲﺍ adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Alqur'an pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan ﷲﺍ adalah,
Cita-cita kami tertinggi
Cita-cita kami tertinggi

Rasanyer dah lama x share lirik lagu....ni antara lagu nasyid yg sering menjadi santapan telingaku dikala keboringan, mahupun sedang membuat kerja didepan laptop.... harap lirik ni memberi manfaat kepada sesaper yg membacanya (lagu ni dah lama dah...tp sajer jer nak share kat sini...). Kalau dengar sekali ngn dendangan shoutul harakah ni,lagi bagus.....

Wassalam...

Sunday, August 3, 2008

Hiburan vs Pendidikan

Kenapa aku menggunakan tajuk ni? Semalam aku berkesempatan menonton cerekarama di TV3suku...walaupun x menonton secara serius ( sebab, sambil menonton sambil buat kerja2 lain di depan laptop ni....malas nak bazirkan masa tgk citer yg apa2 ntah...so, lebih byk mendengar dialog dlm cerita drpd menonton sebenarnya....).

Apa yang aku nak tulis kat sini adalah, fenomena stereotype cerita melayu dewasa ini, yang bagi pendapat dan pandangan aku, hanya memaparkan kisah2 dan cerita2 yang sama sahaja.... Kalau x pasal anak derhaka, isteri derhaka, penzinaan, anak luar nikah dll seangkatan dengannya dipaparkan, semacam x sah, dan x boleh digelar cerita melayu agaknya....ermmm

Cerita cerekarama semalam (x tau plak apa tajuknyer...huhuhu) memaparkan kisah seorang anak yang cacat penglihatan dan berkaki tempang (akibat kemalangan kalu x silap). Moody semacam jer...x sabar2 untuk menjadi sempurna seperti orang lain...mak n adik perempuannya cuba utk beri yg terbaik pada si kakak,kumpul duit dsb...tp, tetap x mampu nk membiayai pembadahan.Kemudian, muncul pula watak hero yang mulia, menolong membiayai pembedahan mata. watak hero ni sebenarnya bf si adik, tp adik melepaskan hero ni, utk kebahagiaan kakaknya, sbb si kakak berminat pada si hero....

Pada awal perkahwinan, kira Ok n bahagia la....tp akhirnya perangai moody si kakak ni muncul semula.....menjadi anak derhaka. Semuanya serba x kena...setiap orang disekeliling, dianggap ada jer kesilapan pada dia. Apa?dia ingat dia bagus sgt ker?....Si mak yang hanya ada 2 org anak perempuan sentiasa mengharap yg terbaik untuk anak2...tapi si anak (kakak) boleh pulak mengherdik2 si mak.... Mak sedang menonton tv, disuruhnya masuk ke bilik, ditutup lampu sedangkan mak masih duduk disofa, dipanggil org tua dan org tua pekak dihadapan maknya, dan byk lg ayat2 yg kurang ajar!...mengamuk sakan kat depan mak, siap baling2 pinggan sampai pecah...dan byk lagi la...malas nk tulis...huhuh.sampaikan mak yg sedang lapar nak mintak makan (sbb pintu blk mak dimangga oleh si anak dr luar), dihambur nasi ke muka si mak...derhaka punya anak!....

Kenapa dia jadi macam tu? sebab perasaan rendah diri yang dia bina pada diri dia sendri, sedangkan mak n adik dia melayannya dengan baik...kemuncak kederhakaan adalah si mak dihalau keluar daripada rumah dalam keadaan hujan lebat...Memang anak dalam kategori derhaka la...aku x pasti apa yang terjadi pada si mak, yang aku tau, si adik sibuk mencari si mak, tapi si kakak mengatakan mak pergi ke rumah si adik..(10 minit terakhir aku bercerita dengan roommate, jadi memang xleh nk dengar n tgk apa yg terjadi...) kemudian, last sekali, apa yang aku nampak adalah azab dunia yang menimpa si anak derhaka...

Apa yang aku nak kaitkan dengan pendidikan disini adalah...cuba tengok berapa banyak list keburukan yang aku tulis, berjela-jela sampai malas nak ingat semula n tulis...sedangkan, apa plak pengajaran yang ader? hanya seksa azab dunia yang sekejap jer...(mungkin bole tambah 10 minit yang aku tertinggal).Azab yang aku nampak tu, muka yg sgt horror, dengan kedua belah mata yang buta semula, kalu x silap...n sikap baik n murah hati si adik n hero..tu jer!

Dalam duration 2 jam, hanya berapa minit pendidikan yang ader? maksud aku, pendidikan yang mengajar ke arah kebaikan....kalu pendidikan ke arah kederhakaan, memang la byk... Sebenarnya aku sedih dgn penerapan cerita2 sebegini kepada penonton Malaysia...masa kebanyakan rakyat Malaysia memang banyak dihabiskan didepan tv. lebih2 lagi dalam waktu prime time. sedangkan, hidangan untuk santapan minda dan rohani yang disediakan oleh kebanyakan cerita2 di tv adalah menghampiri sifar..(aku x buat survey pun....cuma pada pandangan peribadi).

Cerita2 sekarang menunjukkan seakan2 zina menjadi perkara yang biasa, anak luar nikah dah xder aper2 makna, anak derhaka pada ibu n bapa menjadi trend! apa ni?! sebab nak puaskan kehendak penonton, maka penghasil drama n filem hasilkan cerita2 sebegini...hasilnya, tiada apa2 nilai penerapan yang baik boleh diberikan pada penonton....

Hasilnya, terhasillah rakyat Malaysia yang ada sekarang. Bukan aku nak kata rakyat Malaysia sekarang x baik....cuma yang aku lihat dan perhati, memang semakin lama, perkara seperti ini menjadi kebiasaan, yang x perlu lagi nak diheboh2kan....kalau dulu Sofea Jane berkemban dalam filem perempuan isteri dan ... menjadi isu hangat, tapi sekarang, mandi sambil berkemban bukanlah apa-apa lagi...xder hal dah!... biasa jer....kalau dulu, anak2 ikut jer kata ibu bapa, sekarang berapa ramai anak yang derhaka? berpa banyak lahirnya anak2 luar nikah? kes buang n bunuh anak yang baru lahir? dan macam2 lagi lah!

Sedar ataupun tidak, mentality kita seakan2 dibentuk oleh apa yang disajikan di kaca televisyen. Sesuatu yang menjadi kebiasaan di kaca tv, akan menjadi kebiasaan di dalam kehidupan seharian jugak! Soalnya sekarang, bagaimana nak mendidik penonton kalau sesuatu cerita yang disajikan, dalam masa 2 jam, hanya 10 minit jer pengajaran? tu pun kalu tgk sampai habis..kalu x (mcm aku mlm td...) maknanya hanya tgk cerita keburukan shj!

Kalau nak mendidik anak bahawa mencuri itu perkara yang x baik, perlu ker kita mencuri di depan anak dan ditangkap polis. kemudian, kata ngn anak, "tgk, hasil perbuatan mencuri, mak kena tangkap! jadi, jgn sesekali mencuri!" logik ker nak wat camtu? w/pn aku xder anak lagi, tp aku xkan wat camtu tuk mengajar anak...tunjukkan yang baik2 depan anak, cukuplah...didik anak dengan kebaikan! itu yang aku harapkan dengan hidangan dalam kaca tv...bukan mcm sekarang, yg hanya menunjukkan perkara2 buruk yang lebih byk...

Sewaktu aku membebel pasal hal ni mlm td pd roommateku (kesian roommate kena dgr aku membebel), roommateku berseloroh, kalu mcm tu, ko jer la yg jadi penerbit n pengarah... hasilkan cerita2 yg baik2....

ish3....kalau la aku mampu n boleh.....tentu saja menjadi salah satu perancangan dalam jangka masa panjangku....cuma takut x tercapai jer, sbb aku xder 'otak seni' yang mampu mengolah cerita... (nak tulis blog ni pn ayat tunggang langgang)..huhuhu.tp, masalahnya aku dapat rasakan yang aku x mampu....huhuhu

Ok la, kesimpulannya, hiburan ni bole menjadi medium untuk pendidikan...tapi, yg boleh memberi pendidikan melalui hiburan ni hanyalah orang2 yang 'berotak' dan berkeinginan untuk mendidik jer..kalu x, susah nak mendidik. Akan jadi macam ketam yang berjalan bengkok, tp suruh anak berjalan lurus... (ada kaitan ker?..hehhe)

P/s: aku bukan kata orang yg buat cerita drama n filem sekarang ni x berotak erk....cuma xder kombinasi 'berotak' n keinginan tuk mendidik jer....
Sorry if bahasa entry kali ni macam kasar sket...sbb bila ingat balik kederhakaan dlm cerita mlm td membuatkan aku marah.... dah bole duk serumah ngn mak pn x bersyukur...hari2 tgk muka mak, layan mak baik2, bole tambah pahala....tu pn x nak grab opportunity. aku ni, nak harap sebulan sekali tgk muka mak secara live pn susah..huhuhuuh. (padan muka..saper suh x balik umah..hahah)

Ok la, sampai sini jer dulu....

WAllahu'alam....


Saturday, August 2, 2008

AUKU: Pelajar dibenar berpolitik

Aug 2, 08 6:36pm
Penuntut Institusi Pengajian Tinggi akan dibenarkan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan ahli politik termasuk dari pembangkang apabila Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) selesai dipinda dan diluluskan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata pertemuan dan perbincangan bleh dilakukan menerusi seminar, ceramah atau forum berbentuk ilmiah.

"Saya tidak fikir mana-mana parti politik akan menggunakan cara berucap dan berkempen politik jalanan apabila masuk kampus kerana mereka yang ada di sini (universiti) adalah orang yang berpengetahuan, ada ilmu dan mereka akan buat ukuran," katanya dalam laporan Bernama.

Bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Tahunan Pemimpin Mahasiswa Malaysia di ibunegara hari ini, Mohamed Khaled bagaimanapun menegaskan bahawa penuntut universiti tidak dibenarkan untuk menyertai parti politik.

Ditanya sama ada ia juga tertakluk kepada individu yang telah melibatkan diri dalam politik dan kemudian menyambung pelajaran di universiti, Mohamed Khaled berkata perkara itu hanya perlu dimaklumkan kepada naib canselor sesebuah universiti.

"Contohnya seperti saya yang seorang menteri yang juga ahli parti, tidak perlulah saya kena berhenti dari parti untuk sambung belajar.
Saya hanya perlu maklum dan beritahu pada naib canselor sahaja," katanya.

Persidangan dua hari itu yang dihadiri hampir 700 pelajar Malaysia di luar negara membincangkan tentang perpaduan nasional, kesaksamaan gender, korporat Malaysia, politik, ekonomi dan isu sosial.

Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua dan Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad turut diundang untuk membincangkan isu berkaitan pemberian susbsidi oleh kerajaan kepada rakyat.

http://www.malaysiakini.com/news/87177

Pelajar dibenarkan berpolitik... satu perkembangan dan berita terbaru drpd AUKU....mungkin Malaysia dah mula sedar yang pelajar juga sememangnya perlu memikirkan soal politik negara. Bukan sekadar menjadi student yang cemerlang diatas kertas peperiksaan semata-mata, tapi kurang mempunyai sifat kepemimpinan. Diharap dengan perkembangan terbaru bagi dunia pelajar ni, akan membuka lebih ruang kepada pelajar menyuarakan pendapat dan pandangan masing-masing.

Namun begitu, terdetik juga perasaan curiga dihati aku ni. Betul ker depa akan bagi kebenaran kepada semua ahli politik? termasuk bagi ahli politik pakatan rakyat seluruh negara? Akan adakah diskriminasi nanti? Adakah mereka hanya ingin meng'halal'kan kemasukan ahli politik mereka secara terang-terangan kepada siswa-siswi? kerana pada akhirnya nanti, kertas kerja projek akan dinilai dan hanya akan disahkan oleh HEP...sedangkan projek dalam kategori biasa2 pun, kadangkala susah mendapat kelulusan...inikan pula apabila ahli politik menjadi penceramah, atau ahli panel program?......

teringat pula usaha membawa masuk penceramah Aqyl Hayy (betul ker eja nama ni?...huhuhu). Dibatalkan pada saat2 terakhir....Semua dah tersedia, kerusi dah tersusun, dan kalau x silap, penceramah pun dah nak sampai...tiba2,arahan pembatalan majlis dikeluarkan oleh HEP..... Aku harap jangan la pulak lepas ni sumer kertas kerja x disahkan oleh HEP plak.....

WAllahu'alam....

P/s: Erm.... sama2 kita nantikan, apa yang akan jadi seterusnya... Tunggu dan lihat....=)

Friday, August 1, 2008

Fadhilat solat tarawih

Juz for the warming up for the becoming Ramadhan....=)

Bulan Ramadan adalah bulan yang diturunkan seribu rahmat oleh Allah S.W.T. kepada manusia untuk memperbanyakkan amal soleh. Selain dari kewajipan berpuasa di siang hari , Rasulullah S.A.W. juga menganjurkan supaya kita dapat mengerjakan solat tarawih sepanjang malam bulan Ramadan.

Tarawih juga membawa maksud ' bersenang-senang atau duduk istirehat '. Jadi solat tarawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam bulan Ramadan. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya yang bermaksud:Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ' Barangsiapa yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadan diampuni Allah dosanya yang telah lalu '.Riwayat Bukhari dan Muslim.

Di dalam sabdanya yang lain maksudnya:'Bahawasanya Allah telah mewajibkan puasa Ramadan, dan aku telah mensunahkan berdiri pada malamnya (solat tarawih), kerana mengharapkan akan Allah oleh seseorang iaitu dengan berpuasa pada siang hari dan solat (solat tarawih) pada malamnya, nescaya keluarlah (selamatlah) dia dari dosa seperti dia dilahirkan oleh ibunya' .Bagi sesiapa yang mengerjakan solat tarawih di sepanjang malam bulan Ramadan akan dijanjikan pahala yang amat besar oleh Allah.

Saidina Ali bin Abi Talib Radiallah Anhu pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W., kemudian baginda menjawab 'orang-orang mukmin yang melakukan solat tarawih pada bulan Ramadan akan mendapat kelebihan seperti berikut:

Malam pertama Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.

Malam kedua Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.

Malam ketiga Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan 'mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu '.

Malam keempat Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Malam kelima Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.

Malam keenam Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.

Malam ketujuh.Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir'aun dan Haman.

Malam kelapan.Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.

Malam kesembilan.Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Malam kesepuluh.Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam kesebelas.Bersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu.

Malam kedua belas.Muka bercahaya di hari Kiamat.

Malam ketiga belas.Datang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segi kejahatan.

Malam keempat belas.Disaksikan oleh malaikat jika telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

Malam kelima belas.Diminta ampun oleh para malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.

Malam keenam belas.Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.

Malam ketujuh belas.Diberi pahala seperti pahala para nabi.

Malam kelapan belas.Diseru oleh para malaikat bahawa Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu.

Malam kesembilan belas.Diangkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.

Malam kedua puluh.Diberi pahala para syuhada dan solihin.

Malam dua puluh satu.Dibina rumahnya dari nur di dalam syurga.

Malam ke dua puluh dua.Di hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.

Malam kedua puluh tiga.Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.

Malam kedua puluh empat.Pahala seperti dua puluh empat permohonan dikabulkan.

Malam kedua puluh lima.Dihapuskan dari seksa kubur.

Malam kedua puluh enam.Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh.Dapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.

Malam kedua puluh lapan.Allah mengangkat dengan seribu darjat.

Malam kedua puluh sembilan.Seperti pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ketiga puluh.Dipersilakan oleh Allah makan buah-buahan syurga dan mandi dengan air salsabil serta minum dari telaga Kausar.

WAllahua'lam....

Countdown...

Hari ini 1 hb Ogos... hari baru dalam bulan yang baru....maka bertambahlah hampir kepada bulan yang dinanti oleh sekalian ummat Islam...iaitu bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan barakah dan rahmah...
Bagi golongan muslimat yang ber'hutang' puasa, dah habiskah anda membayarnya semula? jangan nnt dah sampai tarikh 1 Ramadhan, baru teringat yang hutang puasa x habis di'bayar' lagi...
Rasanya terlalu cepat masa berlalu, dalam masa yang sekejap jer, dah muncul semula bulan Ramadhan. Aku tertarik dengan pelabelan bulan Ramadhan sebagai universiti pentarbiyyahan. InsyaAllah, selama sebulan kita akan melalui 1 bulan dimana amal ibadat akan diperbanyakkan...setiap malam, akan melakukan solat sunat tarawikh, solat witir, bangun pagi sebelum bersahur boleh bertahajjud, dsb....
Memang amat sesuai bulan ini digelar bulan pentarbiyyahan...bukan hanya pada diri untuk lebih berdisiplin, tetapi juga untuk menambahnilai pada diri sendiri....Aku harap aku dapat melalui lagi bulan yang mulia ini dengan lebih cemerlang daripada tahun2 yang sudah....Dan apa yang paling penting adalah, aku harap pentarbiyyahan selama sebulan ini dapat mendidik aku menjadi insan yang lebih cemerlang, terbilang dan gemilang....=)
Tingginya harapan pada diri sendiri...tapi, janganlah jadikan ia sebagai angan-angan sahaja. InsyaAllah kita akan sama-sama mengharungi bulan penuh barakah wa rahmah di universiti pentarbiyyahan ini bersama-sama...
Mari kita belajar untuk menajdi a real muslim...setahun hanya sekali kita berjumpa dengan pusat pengajian pentariyyahan, universiti pentarbiyyahan. Terbuka kepada sumer ummat muslim, kemasukan percuma....hanya perlu sediakan hati yang sedia untuk ditarbiyyah..=)
Countdown...
31 days to RAMADHAN al mubarak....