Wednesday, August 26, 2009

Askar Yahudi curi organ mayat remaja Palestin

Tajuk akhbar berita hari ni..ni beritanya...


Israel turut biar pendeta cemar Masjid al-Aqsa hari ke-2 puasa

STOCKHOLM: Kerajaan Israel digegarkan dengan pendedahan mengenai kekejaman terbarunya di bumi Palestin apabila akhbar Sweden, Aftonbladet, menuduh tentera Yahudi mengambil organ mayat warga Palestin sebelum menyerahkannya semula kepada keluarganya.

Di Baitulmaqdis, laporan berita Palestin pula mendedahkan Israel cuba menghasut kekacauan pada Ramadan apabila sekumpulan pendeta Yahudi memasuki pekarangan Masjid al-Aqsa serta mengadakan majlis keagamaan pada hari kedua umat Islam berpuasa.

Yayasan al-Aqsa menggesa penduduk Palestin segera melindungi tanah suci ketiga Islam itu.

Artikel kedua Aftonbladet yang disiarkan Ahad lalu, melaporkan kejadian di kampung Imatin, utara Tebing Barat, lokasi Bilal Ahmad Ghanem, 19, terbunuh dalam satu pertempuran dengan tentera Israel pada 1992.

Mereka menuduh tentera Israel mengambil organ remaja Palestin dan mengembalikan mayatnya beberapa hari selepas itu.

Keluarga mangsa mendakwa, mayat Bilal dipulangkan dengan dibungkus dalam balutan hospital. Akhbar itu menyiarkan gambar mayat terbabit dengan kesan jahitan di leher hingga badan.

Artikel kedua bertajuk, Mother never stopped suffering; she never stopped wondering, memetik adik mangsa berkata, Bilal diburu Israel kerana mempertahankan Palestin.

"Sekumpulan askar Israel (IDF) menyerang dan melepaskan tembakan. Tembakan pertama mengenai dada (Bilal) dan kakinya.

Ibunya, Sadija memberitahu Aftonbladet 'mereka boleh menahan beliau tetapi memutuskan untuk membunuhnya. Keluarga itu mendakwa, IDF menuntut 5,000 shekel untuk menyerahkan mayat Bilal.

Mengulas isu itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang memulakan lawatan ke Eropah, semalam, berkata: "Kami tidak mahu kerajaan Sweden memohon maaf, kami mahu mereka mengutuk laporan akhbar itu."

.....................................................................


Astaghfirullahal'azhim...begitu byk dugaan yg dihadapi oleh saudar2 kita di Palestin sana.... semoga segala kekejaman yg dilakukan oleh pihak zionis laknatuLlah ini akan dibalas dengan balasan yang setimpal dr-Nya.....

Tuesday, August 25, 2009

taubat seorang hamba

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...

-hafiz hamidun feat irsyadee

Thursday, August 20, 2009

dia dtg lg...

pejam celik-pejam celik, bulan Ramadhan bakal menjelma lagi...bulan dimana kita diberikan masa selama sebulan utk mendidik diri dan jiwa. selama sebulan, insyaAllah hari2 kita akan diisi dengan perkara2 bermanfaat...dimana semua syaitan dibelenggu sepanjang bulan ini.....yang ada pd diri kita, itulah kita...bukan lagi atas dasar hasutan syaitan...jd, pd waktu inilah kita berpeluang mendidik diri menjadi hamba yang lebih baik...

insyaAllah, pd siang hari, kita belajar menundukkan nafsu makan yg selama 11 bulan sebelum ini diajar makan berkali-kali sehari....malam plak, disediakan hiburan khas bulan Ramadhan, yg hanya boleh dilakukan pd bulan yg penuh barakah ni jer...iaitu solat terawih. lain2 waktu mmg x akan dpt peluang nk lakukan aktiviti ni....waktu inilah semua surau2 dan masjid2 insyaAllah akan dipenuhi dgn org ramai.... rindunyerr dgn suasana ni....

semoga Ramadhan kali ini lebih baik dr Ramadhan yg sebelumnya, dan semoga kita semua diberi kekuatan utk melakukan amalan di bulan yg mulia ini....

renung2kanlah dan selamat beramal...~_^




Tuesday, August 11, 2009

cuti-cuti malaysia

fuh....bersawang blog ni..lamanya x update....hampir sebulan x update...macam2 perkara berlaku sepanjang x update blog ni...dengan kes selsema H1N1 yang semakin menjadi2....dengan isu2 semasa yang lain2nya.....

1st part, aku nak cerita pasal cuti2 malaysia la....hehehhe....setelah lama merancang dan asyik tertangguh jer..., aku bersama 4 org rakan yg lain berjaya berjalan2 di langkawi.... 3 hari 2 malam.. alhamdulillah, selamat pergi n selamat balik....seronok, dapat melihat kebesaran Allah mencipta alam yang SubhanAllah...sungguh cantik...=)

ermmm.....tp, kami x sempat pergi mengunjungi sumer tempat, sbb masa yg agak terhad... kami hanya sempat ke pekan kuah, pantai cenang, island hoping -tasik dayang bunting, pulau beras basah n eagle feeding...selebihnya, kami melawat ke tempat membeli belah yang bagi aku, agak suram suasananya....heheh

tp, bagi aku, kawasan paling cantik yg kami kunjungi adalah pulau beras basah....subahanAllah, sangat cantik...=)... tp, ada 1 masalah kat pulau ni, iaitu kera2 yg berkeliaran dan mengganggu ketenteraman.tp, xleh la nk slahkan kera2 tu, sbb tempat tu mmg tempat depa awalnya kan.....cuma mmg aku yg mmg x berani sgt bila berhadapan dengan binatang2 berbulu mcm kera ni, mmg rasa takut jer...sbb depa x takut manusia, selalu sgt nmpak manusia berkeliaran kat pulau tu kot.....hehehhe

nak up gambo x leh plak, tenet slow....erm..tgkla nnt lain kali kalu rajin,up gambar pemandangan2 yg cantik tu...=)

balik drpd langkawi, kampus plak mendapat arahan tutup, sbb penyakit berjangkit H1N1..maka terpaksalah membuat medical chek up...aku p klinik ngn housemate....sorg jer suhu yg tinggi sket, yg lain alhamdulillah ok jer...tp, yg sorg tu, w/pn suhu tinggi sket, alhamdulillah bukan H1N1, demam biasa jer kot...hehhehe...

disebabkan kampus ditutup (tapi tutup tuk student under grade jer n student undergrade jer yg diarah balik bg yg x demam)... staff n postgrade boleh melakukan aktiviti seperti biasa,tp x logik la jugak kan, apa beza undergrade ngn yg lain?xkan yg lain tu kebal kot...erm....ntahler.....olehkerana kampus pn dah tutup, maka aku pn bgtaula s/visor ttg kes ni (msg jer, sbb s/visor xder kat kampus sejak bulan April lpas...dia ada tugas lain kat pejabat MOSTI)...n s/visor x kisah kalu student2 dia x masuk kampus, so aku ambik peluang balik johor...heheheh...

lama gak duk kat umah...n waktu sumer adik beradik aku balik umah, kitorg p pantai air papan, mersing...erm....tempat ni pn cantik jugak, tp mgkin x diuruskan dengan baik, jd chalet2 tempat2 penginapan sekitar pantai ni, agak mengecewakan dari segi kebersihannya ...n kami x jadi bermalam disini. so, kami balik ptg tu jugak....

apa yg best waktu ni adalah perasaan seronok sbb dapat bercuti ngn sumer ahli famili...rasa2nya, mmg dah lama kitorg sumer x kuar n wat aktiviti camni....kesian kat adik bongsu aku, nabil tu...hehhehe.....mula2 sampai pantai tu, adik aku ni mmg takut sgt dgn air, sbb selama ni kalu p pantai, atau tempat2 yg berair ni, mak aku mmg x bagi kitorg sumer dekat ngn air, so nabil yg umurnya cuma 7 tahun ni, mmg x pernah la main air kat tepi pantai..kalu p pantai pn, main2 pasir , sentuh air sket2 jer....hehehhe.mula2 kena air tu, dia mmg takut2, tp bila dah lama2 tu, mmg x nak balik dah...penat aku suh dia naik, nak kena tarik dari air baru dia naik.....seronok...hehhee