Wednesday, August 26, 2009

Askar Yahudi curi organ mayat remaja Palestin

Tajuk akhbar berita hari ni..ni beritanya...


Israel turut biar pendeta cemar Masjid al-Aqsa hari ke-2 puasa

STOCKHOLM: Kerajaan Israel digegarkan dengan pendedahan mengenai kekejaman terbarunya di bumi Palestin apabila akhbar Sweden, Aftonbladet, menuduh tentera Yahudi mengambil organ mayat warga Palestin sebelum menyerahkannya semula kepada keluarganya.

Di Baitulmaqdis, laporan berita Palestin pula mendedahkan Israel cuba menghasut kekacauan pada Ramadan apabila sekumpulan pendeta Yahudi memasuki pekarangan Masjid al-Aqsa serta mengadakan majlis keagamaan pada hari kedua umat Islam berpuasa.

Yayasan al-Aqsa menggesa penduduk Palestin segera melindungi tanah suci ketiga Islam itu.

Artikel kedua Aftonbladet yang disiarkan Ahad lalu, melaporkan kejadian di kampung Imatin, utara Tebing Barat, lokasi Bilal Ahmad Ghanem, 19, terbunuh dalam satu pertempuran dengan tentera Israel pada 1992.

Mereka menuduh tentera Israel mengambil organ remaja Palestin dan mengembalikan mayatnya beberapa hari selepas itu.

Keluarga mangsa mendakwa, mayat Bilal dipulangkan dengan dibungkus dalam balutan hospital. Akhbar itu menyiarkan gambar mayat terbabit dengan kesan jahitan di leher hingga badan.

Artikel kedua bertajuk, Mother never stopped suffering; she never stopped wondering, memetik adik mangsa berkata, Bilal diburu Israel kerana mempertahankan Palestin.

"Sekumpulan askar Israel (IDF) menyerang dan melepaskan tembakan. Tembakan pertama mengenai dada (Bilal) dan kakinya.

Ibunya, Sadija memberitahu Aftonbladet 'mereka boleh menahan beliau tetapi memutuskan untuk membunuhnya. Keluarga itu mendakwa, IDF menuntut 5,000 shekel untuk menyerahkan mayat Bilal.

Mengulas isu itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang memulakan lawatan ke Eropah, semalam, berkata: "Kami tidak mahu kerajaan Sweden memohon maaf, kami mahu mereka mengutuk laporan akhbar itu."

.....................................................................


Astaghfirullahal'azhim...begitu byk dugaan yg dihadapi oleh saudar2 kita di Palestin sana.... semoga segala kekejaman yg dilakukan oleh pihak zionis laknatuLlah ini akan dibalas dengan balasan yang setimpal dr-Nya.....

0 bicara anda: