Wednesday, December 29, 2010

suara siswa-ikon; artis atau intelektual?

okayy......is this a miracle? xtau mana dtg kerajinan tiba2 nak update n3 lg...hehehhe. hatrik, 3 post in a rows..hehehhe

ermm...mlm td ada perbincangan di rtm1, suara siswa-ikon; artis atau intelektual?

x dpt ikuti sepenuhnya, tapi rancangan di buka tirai dengan persembahan dari seorang artis mimi (x pasti samada mimi ni sama ngn memey atau x, sbb x cam sgt muka)...menyanyikan lagu yg boleh aku kelaskan sebagai gedik...rancangan yg berbentuk intelektual pn masih lagi memerlukan pembuka acara yg sebegini....
perlu ker aku hurai lg,betapa manusia sekarang begitu menjadikan hiburan sbg perkara asas?yes, hiburan x salah, tp, kalau acara diskusi intelek pn dibuka dgn persembahan n lagu yg x ilmiah lgsung, aku boleh katakan ini sebagai 'penghinaan' kepada panel yg terdiri drpd 3 orang pimpinan mahasiswa n 2 orang pensyarah ipta.

apa yg aku nampak, perbincangan ni hanyalah retorik, perbincangan yg habis sekadar dalam perbincangan, ditinggalkan dgn tanda tanya, adakah akan ada 'realignment' minda masyarakat? ...dimanakah tindakan selanjutnya? ada sesiapa ker yg ambil berat tentang perbincangan ini? mgkinkah hanya golongan intelektual(yg ntah baper kerat jer yg ada) yg meng'ikon'kan golongan intelektual? sedangkan rakyat terbanyak masih lagi menjadikan artis(baca:pelakon, penyayi dan yg seangkatan dgnnya pd waktu sekarang) sebagai ikon.

ya...mmg aku sentiasa skeptical dgn golongan artis ni, (atau, dipanggil selebriti oleh panel jemputan yg merupakan pensyarah dr ipta).lihat saja publisiti mereka secara besar-besaran sehingga kehidupan peribadi mereka pn, seakan2 menjadi hak 'peminat2'.sedangkan berapa ramai daripada golongan intelektual, yg 'diangkat' dan di publisitikan? sedangkan salah seorg panel yg terdiri dr pimpinan mahasiswa apabila ditanya oleh pengacara, buat masa sekarang, siapakah ikon di mata anda?nak jawab pn terkial2,pd ketika itulah minda berputar ligat, berfikir siapakah yg layak dijadikan IKON?...kalau jawab artis, kantoi, nk jawab golongan intelektual, sgt terhad....itulah realitinya....

salah seorg panel pn cakap, disinilah peranan media yg menjadi sumber utama utk mengenali sosok tubuh seseorang...ya, aku setuju . tidak dapat tidak, media massa sememangnya perlu memainkan peranan yg lbh dalam memastikan hala tuju pemikiran penonton yg menonton channel mereka ter'pandu' ke arah yg lbh intelek. bukan hanya sibuk memikirkan masalah2 picisan artis2 Malaysia yg semakin lama semakin hilang identiti, jati diri dan maruah diri!!

rimas bila tgk tv, semakin ramai artis yg hilang rasa malu, seakan2 dunia ni, dia yg punya...keluarkan statement merapu tanpa berpandukan panduan yg sepatutnya...

jd, sekiranya kita serius dalam memperbincangkan hala tuju pemikiran masyarakat yg kian terpesong ini, bukan lagi soalan siapa yg patut menjadi ikon..kerana pilihan itu jelas!! tp, bertanyalah BAGAIMANA menanamkan didalam minda dan hati rakyat terbanyak; golongan intelektual sebagai ikon?

yerla...buat apa kita nak menjadikan org2 yg hidupnya sendiri x terpandu sebagai ikon kan??hehehe

WAllahu'alam..

0 bicara anda: