Monday, January 3, 2011

ceritera tahun baru 2011

tahun 2010 telah berlalu, kini 2011 pula telah membuka tirai secara rasmi 2hari yang lepas. maksudnyer, dah masuk hari ke-3 utk tahun 2011... selamat datang 2011

kalau dulu, waktu kecik2, aku rasa begitu lambat masa berlalu...bilalah aku nak menjadi dewasa, boleh bertanggungjawab terhadap semua perkara diatas bahuku sendiri. tapi kini, aku rasakan begitu cepat masa berlalu...rasanyer, setahun yg berlalu tu mcm sekejap sgt...x sempat mencapai apa2 pencapaian yang memberangsangkan, tiba2 setahun berlalu!!

tanggungjawab yg dulu aku kepingin sgt nak merasa diatas bahu sendiri, dah agak lama aku rasakan. rupanyer, menjadi kanak2 adalah jauh lebih seronok, tanpa perlu memikirkan banyak persoalan n percaturan hidup...

walaupun begitu, aku tetap bersyukur diatas peningkatan umur yang mengajar aku utk menjadi lebih matang. melalui fasa2 hidup; bayi-kanak2-remaja-belia insyaAllah utk fasa hidup seterusnya sekiranya Allah masih lagi berkenan utk meminjamkan aku masa, nyawa n kesihatan.aku juga bersyukur dgn pinjaman masa n kesihatan yg Allah berikan, banyak perkara yg aku dapat pelajari dlm hidup ini, utk kehidupan di sini dan insyaAllah di'sana' nnt...

erh...terpanjang plak intro..slalu jer mcm tu...hahaha
sebenarnyer, aku tgh berusaha nak menyiapkan abstract paper yg diminta oleh supervisor weekend lepas. tp, tiba2 tangan gatal nak menaip kat blog plak...hehehe

weekend lepas aku balik ke kampung tercinta; yong peng. hujung minggu diisi dengan aktiviti riadah bersama abg, kakak n adikku. 5 org termasuk aku...2 org lg malas nak join! kami memulakan perjalanan seawal jam 7.30 pg utk ke kluang. n bersarapan di kluang station, the original kluang station kopitiam! minum kopi dgn roti bakar yg sedap!




kami beriadah dengan mendaki gunung Lambak, Kluang. melakukan aktiviti fizikal, tadabbur alam, dan memberi sedikit pendedahan ilmu alam kepada adik bongsu kami yg baru berumur 8 thn. seronok melihat adikku teruja dengan aktiviti tersebut, sbb ini kali pertama kami mengajak dia bersama utk melakukan aktiviti lasak ni...x sangka plak, stamina dia begitu tinggi. x penat langsung sepanjang pendakian n turun semula dr gunung lambak tu. aku plak yg menjadi 'bahan' oleh adik bongsu kitorg ni...sbb aku lah yg paling 'pancit' sepanjang pendakian...hahaha.sabor jer la...

oleh kerana kami x tahu mana route yg mudah n mana yg susah, kami redah jer, n kebetulan route pendakian yg kami pilih adalah route yg mencabar. tapi, selepas melalui cabaran, barulah peroleh keseronokan dan kepuasan kan? hehehhe....1 jam setengah mendaki, barulah kami sampai ke puncak...2 meter sebelum sampai ke puncak, kami disapa oleh kepulan awan...subhanAllah, memang seronok, teruja n puas!



Baru nak memulakan perjalanan. sampai separuh jalan jer, ammar kata 'seruan alam' memanggil, dia terpaksa turun semula, n kejar kitorang, sbb kitorg teruskan jer perjalanan. tp, nasib baik la ammar selalu bersukan, so, utk mengejar kami yg jalan perlahan2 ni, mmg xder hal utk dia..hahhaa


ini adalah laluan yg kami daki...curam!


besarnyer ulat gonggok ni!!


kami sampai ke puncak!yeahh....subhanAllah mmg seronok bila melihat n mentadabbur alam seperti ini...






sarang labah2 yg besar!


ok la...tu jer utk kali ni...
nk kena sambung kerja plak..kang x siap plak abstract yg prof azlina mintak nnt....

adioss


3 bicara anda:

Qalam'Aini said...

bila la lagi...bila la lagi...
akak nk ajak kami mendaki gunung skali...
bile lagi...bile lagi...
sy akn trus menanti...he he
saye suka gambar bunga senduduk pink tu, nk amik!

bicarahatiey said...

hohohoho...
jom, hujung minggu pi bukit/gunung yg dekat2 ada kat sini...

bicarahatiey said...
This comment has been removed by the author.