Thursday, January 29, 2009

macam-macam ader...

cuti lagi....wah, rakyat Malaysia ni selalu jer dapat bercuti yer...al-maklumlah, rakyat majmuk yang menghuni negara yang dicintai, Malaysia.....AlhamduliLlah...aku baru jer sampai ke kampus pagi tadi (jam 5.45 pg), setelah bercuti selama 3 hari di rumah...walaupun cuti yang agak singkat, dan masa yang agak banyak aku habiskan diatas jalan ( pergi dan balik), namun aku gembira sebab dapat juga aku balik bercuti bertemu dengan famili....=).

sebenarnya dikalangan rakan2, aku dikenali sebagai seorang yang paling pantang melepaskan peluang untuk balik ke rumah..aku akan sentiasa cuba untuk balik ke rumah seawal mungkin dan pulang semula kesini selewat mungkin, selagi tiada apa yang menghalang.sebab tu selalunya pada hari Jumaat aku akan bertolak ke kampung. namun pada kali ini, aku cuti agak lewat disebabkan janji yang sudah diatur untuk membantu melaksanakan sebuah program. namun begitu program dibatalkan disaat2 akhir. aku cuba utk menukar tiket balik lebih awal, agak kecewa, tp alhamduliLlah...xdpt tukar tiket =)

disebabkan aktiviti yang sepatutnya aku jalankan x dapat dijalankan, jadi aku berfikir apa yang aku nak buat dikala kesunyian, keseorangn ketika kampus sudah kosong tanpa penghuni? alhamduliLlah...aku diberi kesempatan olehNya untuk menghadiri perhimpunan bagi menimbulkan kesedaran bagi masalah ummah Islam yang berlaku di Palestin sekarang, bersama 2 org lg rakan. mungkin inillah hikmahNya bila aku x dapat balik awal kali ini.... sekurang2nya, dapat refresh semula apa yang terjadi pada saudara seIslam kita di Palestin..

Banyak aktiviti dijalankan pada perhimpunan tersebut; bermula dengan solat hajat, ceramah untuk menimbulkan kesedaran pengunjung, ceramah daripada pemimpin dan persembahan daripada kumpulan nasyid in-team. selain itu, ada juga aktiviti sampingan seperti membaling kasut kearah pemimpin yang 'mencekik darah' rakyat palestin sebagai tanda mengutuk serangan yang mereka lakukan terhadap saudara kita di Palestin, dan juga kutipan derma....

InsyaAllah derma yang dikutip akan disalurkan terus pada mujahid2 di Palestin,sebab ustaz dan pemimpin yang hadir pada malam tersebut insyaAllah akan ke bumi tersebut ( x ingat plak bila tarikhnya)..... pada malam tersebut, ramai yang hadir dan insyaAllah akan lebih menginsafi apa yang terjadi pada bumi Palestin .....salah satu ceramah pada malam itu sempat juga menyentuh hati yang keras ini..muhasabah diri, betapa lemahnya aku, betapa tidak pedulinya aku akan kehidupan saudara seagamaku....ayuh kawan2, walaupun usaha sedikit yang kita cuba laksanakan, insyaAllah itulah salah satu usaha kita....

menunjukkan kita tidak redha akan kekejaman yang dilakukan terhadap saudara2 kita....

erm...habis sahaja program pada malam tu, kami pergi ke tempat kami parking motor kami. disana kami bercakap2 dengan pakcik polis ni...sempat la beramah mesra dengan pakkcik2 yang secara x langsung menjaga motor kami....=). kemudian baru jalan sket jer, ada polis wat pemeriksaan la plak...aku kena tahan, aku tanya kenapa puan? dia x jawab la plak...xper la...nasib baik bukan dapat surat saman...cuma amik nama jer....

ok la...sampai sini jer kali ni...
insyaAllah sambung lagi lain kali....
WAllahu'alam.... =)

Thursday, January 22, 2009

cerita menyentuh hati

saifulislam.com merupakan salah satu blog kegemaranku...banyak sungguh ilmu yang boleh diceduk dari situ....sangat berguna sebagai santapan minda dan rohani.....

aku sangat tertarik dengan artikel yang bertajuk pengorbanan seorang adam. sangat menyentuh jiwa...

klik tajuk tu, n try baca...=)

Saturday, January 17, 2009

15th anniversary, school of chemical engineering

alhamduliLlah...akhirnya habis pun celebration 15th annivesary yang dibuat pd hari ini...dengan menampilkan tuanku zara salim sebagai tetamu jemputan. seorang yang berlatarbelakangkan pendidikan chemical engineering dan pernah menjadi chemical engineer sebelum menjadi salaah seorang kerabat diraja Perak apabila berkahwin dengan raja nazrin... banyak cerita yang boleh diungkapkan....tapi tengoklah mood untuk menulis nanti.

insyaAllah mlm ni plak akan diadakan dinner yang dipaksa bayar dan datang dalam memeriahkan majlis......sabor jer lah....sebab dah bayar, terpaksa la aku datang!!...huhuhu

sekian

........

update selepas dinner berlangsung..
kalau aku tau akan dilayan sebegitu, konfirm aku x nak join.... xnak bantu pun tuk meramaikan crowd pd mlm tu...lantaklah walaupun ader org kata tu adalah tanggung jawab sebagai student tuk hadir (selepas dipaksa join n dipaksa bayar plak tu..)...sebab aku x rasa tu tanggungjawab pun..aku hanya rasa kehadiran aku adalah untuk membantu pihak pengurusan supaya majlis yang dianjurkan x 'gagal'...... ( x kira..aku x nak klasifikasi sebagai tanggungjawab jugak apa pun yg terjadi!!...)


Friday, January 16, 2009

“jangan berikan duit bantuan kepada kedutaan Palestin di Malaysia”

Rejim Zionis sehingga hari masih berdegil meneruskan serangan ke kawasan2 padat di Gaza. Jumlah terkini kematian adalah 765 orang sehingga hari ke 13 serangan. Kebisuan negara2 Arab masih menjadi persoalan. Aksi heroic Presiden Venezuela terus menjadi buah mulut. Senjata2 yang di haram kan oleh masyarakat antarabangsa terus digunakan untuk menyembelih rakyat Palestin. Pejuang2 Hamas terus komited untuk mempertahankan Gaza.

Ikuti temubual terbaru wartawan Pkini, Gunx bersama Maszlee Malik seorang tutor di University Durham UK dan juga penuntut peringkat Phd di universiti yang sama.






1- serangan sudah masuk hari ke 13, apa perkembangan terbaru di Gaza ?

Seperti yang dapat dilihat di kaca-kaca televisyen, keadaan semakin parah. Inilah malapetaka paling dahsyat di Gaza semenjak tahun 1948. Malah inilah malapetkaa paling teruk di dalam sejarah kemanusiaan seperti kata PM Turki, Tayyip recip Erdogan. Jenayah yang dilakukan oleh rejim Zionis ini lebih dahsyat dari jenayah yang telah dilakukan oleh Nazi.

2- pendapat saudara ttg tindakan Presiden Venezuela yang mengusir kedutaan Israel. kenapa beliau tidak berdiplomasi dalam hal ini ? adakah ia patut di contohi oleh negara umat islam lain ?

Tindakan Chavez sepatutnya menjadi pembuka mata kepada pemimpin-pemimpin negara Arab dan Islam yang mempunyai hubungan diplomasi dengan Israel. Chavez tidak mempunyai kepentingan dengan Israel dan AS, maka beliau mampu melakukan sedemikian. Israel perlu diajarkan erti keadilan dan kemanusiaan. Tindakan Chavez merupakan satu langkah untuk mengajar Israel erti diplomasi yang sebenar yang tidak pernah diamalkan oleh Israel. Malangnya bagi para diktator Arab khususnya, kebanyakan talian hayat mereka bergantung kepada sokongan AS dan Israel.

Sokongan terhadap Gaza bermakna sokongan terhadap nilai demokrasi yang telah mengangkat HAMAS melalui pilihanraya yang bersih. Inilah yang paling ditakuti oleh para diktator tersebut. Mereka boleh kekal di atas takhta masing-masing di atas sokongan AS dan bukannya di atas dokongan rakyat. Mereka menindas rakyat lebih zalim dari rejim Zionis menindas rakyat Palestin. Maka apa yang diharapkan dari para diktator tersebut? Masyarakat dunia wajib memberikan tekanan kepada para diktator negara-negara Arab.

3 - saudara telah mengikuti demo anti Zionis di hadapan kedutaan Israel di London. perbuatan berdemonstrasi pada sesetengah golongan mengatakan ia adalah sia2 ? natijah nya , teriakan kita selama ini hanya di pekak kan sahaja oleh Israel dah sekutunya dan pembunuhan terus berlaku hari demi hari. atau saudara mempunyai pendapat tersendiri ?

Hanya orang buta sahaja yang tidak dapat membuka matanya terhadap kebangkitan masyarakat dunia. Hanya orang pekak sahaja yang tidak mendengar jeritan bantahan masyarakat dunia. Apa yang berlaku di seluruh dunia, malah di Tel Aviv dan seluruh bandar-bandar AS sendiri menunjukkan bahawa Israel dan pentadbiran AS sedang menghadapi masyarakat dunia. Jenayah mereka bukan hanya terhadap rakyat Gaza, malah terhadap masyarakat dunia dan tamadun moden.

Saya tidak setuju mengatakan vox populi tersebut tiada nilainya. lihatlah bantahan negara-negara barat kebanyakannya disebabkan oleh demo-demo tersebut. Lihatlah tindakan Chavez dan negara-negara lain yang akan menyusul, kesemuanya adalah disebabkan oleh tekanan para demonstran. Mungkin jika kita inginkan keputusan segera, kita akan kecewa, tetapi lipatan sejarah akan merakamkan bahawa Israel dan AS pernah menjadi musuh dunia, hal ini akan ditanggung oleh keturunan mereka di dekad-dekad mendatang, ianya akan menjadi pengajaran kepada generasi masa depan.

4- jika di tinjau situasi di Malaysia, setiap kali ada tindakan Israel menyembelih umat Palestin , ribuan akan turun di jalanan berteriak, membakar bendera , membakar semangat masing2 agar membenci Zionis-Israel. Episod ini berulang saban tahun … bagai mana saudara melihat perkara ini ? atau mungkin demostrasi kita tidak terarah ?

Lihat di UK, demo berlangsung setiap hari di depan kedutaan Israel memaksa mereka menghentikan serangan. Hal ini memberikan tekanan terhadap para petugas di kedutaan tersebut. Di Turki para demonstran samada Islamis, Sekularis, golongan kiri, Krisitian dan Yahudi berkampung di hadapan kedutaan Israel sehingga peperangan berhenti ataupun mereka keluar meninggalkan Turki. Begitu juga demo-demo di negara-negara Aab dan eropah di seluruh dunia.

Ada demo khas para peguam di Turki, Tunisia, Algeria, Libya dan negara-negara lain yang menatijahkan memo dan prosedur untuk membawa Israel ke mahkamah jenayah antarabangsa. Di Tunisia ada demo para penggiat seni yang menyeru rakan-rakan artis di seluruh dunia untuk bersama melakukan sesuatu. Mawi dan lain-lain rakan artis perlu pro-aktif menyeru rakyat Malaysia untuk menyumbang dan berderma untuk Palestin.

Saya lihat di Malaysia, demo yang sepatutnya dilakukan ialah di hadapan kedutaan Mesir memaksa rejim Mubarak membuka pintu sempadan Refah agar bantuan kemanusiaan dan makanan dapat masuk ke Gaza. Di negara-negara barat demo dilakukan dan tekanan dikenakan ke atas Mesir. Malangnya di negara-negara Islam hal seumpama ini tidak berlaku…Mubarak terus tersenyum melihat rakyat Gaza disembelih dengan restu dan redha beliau. Mungkin para graduan al-Azhar boleh memberikan tekanan terhadap Syaikh al-Azhar agar mengeluarkan fatwa kepada Mubarak agar membuka pintu sempadan Refah. Mereka juga perlu mengeluarkan kenyataan keras terhadap Mubarak, ambil al-Jazeera untuk membawanya ke udara, insha Allah graduan al-Azhar di seluruh dunia akan bangkit…sudah sampai waktunya para ulama seluruh dunia mengajar Mubarak.

Pertubuhan doktor-doktor dan pengamal perubatan di seluruh Malaysia juga boleh berkempen seorang seribu ringgit sumbangan perubatan untuk dikirimkan ke Gaza, dan jika dapat mereka pergi ke Gaza untuk membantu. Begitu juga para peguam yang selama ini kononnya bergiat untuk hak asasi manusia wajib tampil memperjuangkan nasib rakyat Palestin…

.........

untuk isi2 seterusnya, sila klik sini (aku copy dari web ini)

semoga apa yang aku copy n paste disini memberikan kita sedikit manfaat....

AlhamduliLlah, semalam aku sempat mengikuti usrah, walaupun hampir2 aku melepaskan peluang berusrah disebabkan kekangan masa yang berlaku semalam....dalam usrah tersebut, kami diingatkan agar mengambil peristiwa peperangan yang dilakukan oleh regim zionis ini sebagai perkara yang perlu sentiasa diambil perhatian...jangan menganggap perkara ini adalah bermusim...waktu kita melihat saudara2 kita dibunuh dengan sewenang-wenangnya oleh yahudi laknatuLlah ini,kita perlu turut besimpati dengan nasib mereka...berdoalah untuk mereka sepanjang masa...

satu perkara yang agak menarik, yang aku nak share disini adalah persamaan antara muslim dan yahudi...aku agak tersentak bila mendengar pendapat ni, sebab x pernah terfikir untuk aku memperumpamakan muslim dengan yahudi.... persamaannya adalah, kaum yahudi menganggap bahawa kaumnya adalah kaum yg termulia didunia, merupakan pemimpin dunia...oleh sebab itulah mereka sedaya upaya ingin menguasai dunia, dari apa jua segi. begitu juga dengan Islam yang mengajar bahawa setiap manusia beriman adalah khalifah di muka bumi. agama Islam adalah agama yang suci dan wajib bagi setiap ummat Islam menuntut ilmu dan memimpin dunia diatas jalan yang berlandaskan Islam.maka dengan sebab itulah yahudi memerangi Islam...bukannya yahudi membedil Palestin, tetapi pada hakikatnya yahudi memerangi Islam...

Bila difikirkan, ada logiknya persamaan ini, maka dengan sebab itulah sedaya upaya mereka mengambil segenap peluang yang adda bagi menghancurkan Islam, sebab mereka nak berkuasa didunia ini.....

namun begitu, sebagai ummat Islam, sekali lagi persoalan yang aku nak lontarkan adalah, apakah yang mampu kita lakukan? bila tgk mcD yang selalu menjadi santapan makanan utk kita semua disini. dengan enaknya kita makan prosperity burger, big mac dsb, dengan duit yang kita belanjakan itulah yang membantu yahudi membedil saudara seakidah kta di Palestin...alangkah sampainya hati kita....na'udzubiLlah

bagi aku, kalu dah x mampu nak boikot barang yg dah xder pilihan, janganlah pulak sampai terdetik dihati atau terluah dibibir perkataan2 seumpama ini....."lantaklah, nak wat camner, dah mmg kena gak guna benda tu", atau" ala....xder effect pn, brg tu mmg kita guna dr dulu" atau "lantaklah apa nak jadi" atau "malaslah aku nk layan".... sekurang2nya, ingatlah dalam hati kita hanya mampu menolong sedikit sahaja saudara2 kita disana...namun, dah xder pilihan utk aku....dan insaflah akan kekerdilan kita dalam membantu saudara seakidah kita sendiri!....jangan luahkan ayat2seumpama yang aku tulis diatas di depan aku....better kunci jer mulut kalu x bole nak support usaha kita yang terlalu sedikit ni....

Friday, January 9, 2009

bumi PALESTIN...kekejaman israel laknatuLlah...

Oh...lama sungguh x update blog ni...

kali ni hanya nak share gambar2 yang bisa menyayat hati kita...tatkala melihat saudara2 kita diperlakukan lebih teruk lagi berbanding binatang...apa daya kita untuk menghalang kekejaman daripada terus berlaku?....

aku tanya diri aku sendiri, tapi aku xder jawapan untuk itu....mengapa? adakah kalau ujian tu datang seperti ujian yang hadir untuk saudara2 kita yang berada di bumi bertuah Palestin, barulah kita nak insaf? atau soalan lain, adakah kita mampu untuk menghadapi ujian yang seperti itu?......

Apa pasal aku nak share gambar2 ni?...sebagai peringatan utk kita, sedang kita makan enak2 dibumi Malaysia ni, ramai saudara kita yang terpaksa berhadapan dengan bedilan peluru sepanjang hari, waktu breakfast,lunch, dinner....sepanjang masa itu ditemani dengan hujanan peluru dan bunyi2 berdentuman....

AlhamduliLlah, syukur dan pujian bagi Allah...bukan semata2 kerana kita tidak perlu berhadapan dengan peperangan selama 60 tahun lamanya(lebih tua dari usia hidupku)...tetapi masih diberi kesedaran dan kewarasan untuk sama2 menginsafi apa yang terjadi kepada saudara kita.....





Making sure they get to school. ??




Helping Ladies across the street..


Providing childcare. ??

Allowing them a place to rest (permanently)

Construction projects (demolition)


Respecting American and British pacifist resisters (such as American Rachel Corrie)
the fact is.....as stated above!!



Using images of your enemy dead or alive (violation)








Semoga saudara2 di Palestin mendapat lebih kekuatan dan bertambah keimanan agar bantuan Allah segera tiba. kerana DIA dah berjanji utk membantu hamba2 Nya yang beriman...dan bagi kita yang tidak mengalami face 2 face ujian tersebut...insyaAllah dapat mengambil iktibar daripadanya...dan sentiasa berdoa agar saudar2 seIslam kita dikurangkan penderitaan mereka...insyaAllah


TAKBIR!!

ALLAHUAKBAR!!

Thursday, January 1, 2009

tragedi 26 disember...

pd 26 disember 2008, semasa perjalanan pulang ke kampung halaman, aku mengalami suatu perkara yang x terduga. sudah beberapa tahun, aku memperhatikan trend tragedi pd bulan disember dan x pernah 1 pun yang menimpa batang hidungku sendiri sebelum ini. namun, apa yang berlaku mungkin ada hikmah disebaliknya...

menyebabkan aku berfikir, dan selepas apa yang terjadi, aku hanya pasrah sahaja, walaupun perasaan sedih yang teramat sangat....

apa yang terjadi? bukanlah perkara besar,...cuma beg yang aku isi laptop didalamnya terjatuh...dan yang paling parah adalah skrin laptopku pecah...tiada apa yang boleh aku katakan lagi bila memerhatikan skrin pecah seorang diri pada waktu itu....itulah nasibku dihujung tahun 2008....

xperlah....sumer yang terjadi ada hikmahnya, aku percaya itu....

sepanjang hari aku menjelajah di plaza low yat untuk mendapatkan pengganti teman hidupku itu...alhamduliLlah, aku dapat pengganti yang baru...mungkin itulah hikmahnya.... walaupun aku terpaksa 'mengikat perut' sebab perkara ini memang diluar perancanganku sama sekali...

WAllahu'alam....
sekadar coretan peribadi...
pesanan ringkas: sentiasa berhati2 walau dimana pun anda berada...!