Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Sunday, September 14, 2008

Kita hanya merancang.....

AlhamduliLlah,pagi ini aku berada di rumah (kampung halamanku). semuanya tanpa dirancang. tiada dalam perancanganku untuk pulang ke rumah sebelum cuti hari raya yang bakal menjelma,namun perancanganku hanyalah sebagai perancangan,sedangkan segala yang berlaku adalah ketentuan Allah jua....

Sebenarnya, kebetulan pada petang Khamis aku turun ke KL, atas urusan2 tertentu yang aku tahu pada pagi Khamis jam 9 pagi, sedangkan urusanku yang perlu diselesaikan di tempat yang telah ditentukan adalah pada jam 8.30paagi, hari Jumaat. Juga, tiada dalam jadual perancangan. terima kasih yang x terhingga kepada 2 org sahabatku yang menerima nasib yang sama dan juga kepada supervisorku, yang x putus2 memberikan sokongan kepada kami.walaupun x berkesempatan nak berjumpa....

InsyaAllah, ptg ni aku akan bertolak balik ke Penang semula, sebab juga tiada dalam perancanganku untuk bercuti sebelum raya,kerana jika aku bercuti, maka perjalanan kerjaku mungkin sedikit sebanyak akan terganggu....dan banyak lagi aktiviti yang telah aku lakukan sepanjang hujung minggu ini yang bukan dalam perancanganku...

Kesimpulannya, kita hanya merancang dan sesungguhnya semuanya adalah dibawah ketentuan Allah...maka apabila berjanji atau merancang sesuatu, sebutlah insyaAllah dihujung. sebab sekiranya Allah tidak mengkehendaki sesuatu itu berlaku, kita tidak akan dapat melakukannya walau macamana rapi sekalipun perancangan yang telah dilakukan....ada hikmah yang terselindung disebaliknya....=)

Umar r.a yang bertanya Nabi s.a.w tentang amalan dengan mengatakan:
"Apakah pandanganmu tentang amalan (manusia) yang dilakukan adakah ia sudah ditetapkan sebelumnya atau baru berlaku? Maka dijawab oleh baginda dengan bersabda: Sesungguhnya segala sesuatu telah pun ditetapkan pada setiap perkara. Lalu dibalas oleh Umar: Kalau begitu, adakah kita harus menyerah sahaja? Baginda bersabda: Beramallah wahai anak al-Khattab. Segala sesuatu itu sudah dipermudahkan. Sesiapa yang tergolong di kalangan ahli kebaikan (syurga), maka dia dijadikan beramal dengan amalan ahli syurga dan sesiapa yang tergolong dalam ahli seksa, maka dia dijadikan beramal jahat untuk ke neraka."- Hadis sahih riwayat Ahmad, jil. 1, ms. 29).

WAllahu'alam...


Monday, July 28, 2008

pelajar + kuliah

erm...dah 2 hari aku x update blog.
(Actually, ni adalah entry yg tertunda...sajer jer nak post gak ...sbb internet kat blk dah ok....=) )

1st of all....alhamduliLlah, surat tawaran meneruskan pelajaran ke peringkat master telah selamat sampai ke tangan aku. Mula2, surat tu sampai ke rumah. Abah periksa, apa yang ada dalam surat tu, kemudian abah kata ada 1 bahagian perlu tandatangan penjaga. Jadi abah dah sign siap2 tuk aku... terima kasih abah, x perlu la aku nk pos semula surat ni ke rumah, dah tu pos semula pada aku....hehehhe.

Sebenarnyer, surat tu abang aku yg tlg poskan. xtau naper dia terlupa plak nak tulis nama n nombor bilik adik dia ni. abang aku ingat aku ni glamour sgt ker? sumer org tau, surat tu milik aku? (xder kena mengena pn surat tu ngn keglamouran..hahaha)..apa2 pun, alhamduliLlah sekali lagi kerana akhirnya aku dapat juga surat yang aku nanti2kan selama 3 bulan ni...=). kalaulah staff pejabat desa pulang semula pada alamat pengirim, xker tambah lagi 1 kerja tuk abah nk kena resend surat pd anak dia ni?huhuhu

Erm.....Jadi, sekarang aku sudah boleh mendaftar sebagai pelaja postgrade..x perlu bergelar staff lagi...hehehhe.bukan x seronok bergelar staff, cuma aku lebih gembira jika bergelar sebagai pelajar... :-P

2nd: aktiviti hujung minggu.... aku hanya berkesempatan menghadiri majlis himpunan bicara ilmu yang dianjurkan oleh Pusat Islam kampus. AlhamduliLlah, banyak input yg aku perolehi pd majlis tersebut. pada slot pertama, ustaz Fauzi yang aku kira sangat berilmu dalam bidang fiqh mu'assir (feqah semasa) telah memberikan ceramahnya. tajuk kali ini lebih kepada mu'amalah.

tajuk yang dibincangkan adalah hukum2 sekiranya menternak dan membekalkan ternakan2 pelik seperti katak,cacing, lintah dsb. Apa yang boleh aku simpulkan adalah, harus bagi kita menternak ternakan tersebut selagi ianya digunakan untuk kegunaan luaran sahaja. Dan haram sekiranya ternakan tersebut dimakan, atau dicucuk ke dalam tubuh manusia.

1.Najis (cth: tahi ayam)-boleh digunakan sebagai baja, jadi najis tersebut adalah harus dalam jualbeli.
2.Cacing .-boleh digunakan dalam pembuatan baja.maka diharuskan untuk menternak cacing dan menjualnya selagi syarat kegunaan dipatuhi. cth:digunakan bagi pembuatan baja,kerana manusia tidak dapat menghasilkan baja komposit tanpa bantuan si cacing.
3. Lintah.-harus untuk menternak dan menjual, selagi kegunaan hanya untuk luaran sahaja. Rasulullah bersabda, hendaklah kamu berubat menggunakan lintah, (al-hadith)

jadi, walaupun kita bermuamalah dengan najis sebagai produk, ianya masih lagi diharuskan selagi najis2 ini memberi manfaat kecuali najis2 yang telah jelas diharamkan olehNya didalam al-Quran.

Namun begitu, apa yang terjadi pada masa sekarang, ilmu fiqh 'disalahgunakan' oleh sesetengah pihak yang xtau la apa kepentingan pada mereka. Hanya perkataan harus yang diambil, sedangkan syarat2 tidak dipatuhi. Sekiranya syarat2 dilanggar, maka hukum yang berlainan akan timbul. Oleh itu, kita sebagai manusia yang bertanggungjawab diatas segala tindakan kita didunia ini perlulah mengambilkira sumer syarat2 yang terkandung dalam sesuatu urusan yang dilakukan sehari-harian. jangan hanya nak fikirkan kemudahan kita disini sahaj, tapi fikirkanlah kesudahan kita di alam yang satu lagi. Alam Akhirat yang kita semua akan duduk kekal didalamnya....insyaAllah peringatan khas ditujukan kepada diri aku sendiri juga, semoga aku tidak lupa dan leka.Ameen...

penceramah ke-2, Ustz Ellyas, mengupas tajuk 'benarkah pelajar muslim lemah?'. Jawapannya ya dan tidak.Kenap ya? dan kenapa tidak?

InysaAllah aku sambung di lain entry, sebab mata dah mula mengantuk.Takut2 aku menaip diluar sedar. Aku perlu bertanggungjawab terhadap apa sahaja yang aku katakan (atau lebih tepat, apa yang aku taipkan...) =).

Sebab apa aku cakap macam ni? sebab ustz Fauzi ader keluarkan beberapa fatwa yang telah dikeluarkan seorang yang berilmu (cukup hebat dari segi kelulusan), tapi mengeluarkan fatwa sesuka hatinya sahaja.....banyak kali dah kesilapan yang beliau lakukan...mula2 dgn kes penghalalan pelacuran, kemudian talak yang tidak jatuh kalau x serius, dan ada beberapa lagi kes yang aku rasa malu nak ingat, sebab yang mengeluarkan statement tersebut adalah seorang ilmuan dan boleh dikira pakar dalam bab tersebut. Itu yang membuatkan aku terkilan.

Jadi, dalam membicarakan soal agama, kita perlulah mendapat dari sumber yang betul dan boleh dipercayai. Janganlah main suka2 hati jer nk ikut...so, mari kita bersama2 menambah ilmu didada.....peringatan khas pd aku jugak sebenarnyer...heheheh
k la....dah mula merapu ni...nk kena rehatkan otak dan mata buat seketika

WAllahu'alam

Thursday, July 24, 2008

Annual Grand Meeting

Satu lagi entry untuk hari ini..:-P

InsyaAllah pd malam ini akan diadakan AGM atau dalam bahasa melayu disebut Mesyuarat Agung. AGM apa? AGM tuk persatuan yang bergelar Persatuan Mahasiswa Islam (PMI). Menurut adik2, akan bermula selepas solat isya'.


Sudah tentu aku tidak mahu ketinggalan dalam mengikuti mesyuarat pada kali ini. kali yang ke-5 untuk aku menghadiri majlis ini sepanjang berada dikampus, insyaAllah =). Kali ini aku akan mengahdiri mesyuarat sebagai rakyat kebanyakan, dan akan melihat aksi-aksi ahli persatuan sebagai super senior.hehehe :-P.

Bagi 4th year yang akan meletakkan jawatan,mungkin sudah mula berasa tanggungjawab yang dipikul akan semakin meringan. Sebab mulai malam ini, perletakan jawatan yang berlaku akan menamatkan silibus amanah yang dipegang oleh setiap pimpinan yang memegang sebarang jawatan. Tapi, untuk adik2 3rd dan 2nd year year, insyaAllah akan ada yang perlu terus memikul amanah. Sekiranya bukan didalam exco yang sama, mungkin akan dinaikkan pangkat pula, maka semakin besarlah tanggungjawab yang perlu dipikul.

Aku ingat lagi suasana AGM PMi yang pernah aku hadiri sebelum ini. Bagi sesiapa yang dilantik sebagai pimpinan tertinggi, akan diketahui pada malam ini juga. Dan, satu ungkapan yang akan diucapkan kepada pimpinan baru adalah ucapan 'tahniah dan takziah'.

Kenapa tahniah, dan kenapa takziah?
Tahniah kerana telah menjadi insan yang terpilih memikul tanggungjawab dalam menegakkan biah Islamiah didalam kampus. Bukan semua orang berpeluang mendapat tempat tersebut, kerana dalam pimpinan, insyaAllah, lebih banyak idea yang boleh direalisasikan terus dalam pelaksanaan. Dalam pimpinan juga kita berpeluang untuk menegakkan Islam dalam kampus. Alangkah banyaknya usaha yang insyaAllah akan diganjari pahala olehNya kelak akan terkumpul.(tu pun kalu ikhlas dan menjaga amanah yang diberi tu dengan betul la..:-P)

Takziah pula kerana bukan mudah dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Sebagai pimpinan, seumpama sebelah kaki telah melangkah ke neraka ;sekiranya tidak menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan keatas bahu.

Tapi, insyaAllah kakak2 dan abang2 yang telah meletakkan jawatan secara rasmi pada malam ini, akan setia dan sedia untuk membantu..kerana dengan mendaftar keahlian sebagai ahli PMI, bermaksud kami telah mendaftar sebagai ahli seumur hidup, tanpa sebarang yuran pendaftaran.

Untung kan? menjadi ahli, tapi xyah bayar yuran. ahli seumur hidup plak tu...hehhehe rugi bagi sesaper yang x mendaftar lagi. Lepas ni, cepat2 mendaftar yer...

Akhir kata, buat renungan bersama:
Kita bukanlah pemula pada perjuangan, dan kita juga bukan pengakhirnya. Kita adalah mata-mata rantai perjuangan yang saling bergantung antara satu sama lain dalam melaksanakan perjuangan Islam di bumi kampus yang dicintai ini secara khusunya dan dimana-mana sahaja kita berada amnya.
Jadi, bagi yang akan meletakkan jawatan, jangan lupa pada pimpinan baru yang memerlukan bantuan dan sokongan. Bagi adik2 yang bakal memegang amanah baru pula....tahniah dan takziah. InsyaAllah semoga apa yang kita kerjakan didunia ini akan diberi ganjaran di akhirat kelak, kerana gerakerja dalam Islam tidak pernah menjanjikan wang mahupun sebarang kesenangan, sebaliknya penuh onak ranjau dan duri.... be strong yer...=)

TAKBIR!!

Kem BTN (Biro Tatanegara)

Sempena kemasukan baru pelajar-pelajar ke IPTA, aku ingin kongsikan pengalaman mereka yang pernah menjalani kem ini. Kem ini adalah keperluan universiti untuk bergraduat...Jom, baca dulu pengalaman peserta kem ini.....(aku copy n paste daripada emel yang ada dalam inbox aku)..=)

From :
Malaysian,
By attending this Biro tatanegara suppose to be patriotic to country but the Instructor been modified the content, ia akan menghancurkan keharmonian /bangsa dan negara.
*My friend is Teacher and she also attended this Biro tata and the content she told me very racist and talk bad about PR.
http://www.malaysia waves.com/ 2008/07/umnos- latest-psy- war-materials- exposed.html
------------ --------- --------- --------- --------- --------- -----
(NOTE: This is an email i received from a reader exposing the latest brain washing tricks deployed by UMNO's apparatus called Biro Tatanegara(BTN) . Mind you BTN is 100% funded by tax payer's money)

Biro Tatanegara. Does it ring a bell? Government propaganda or honest student development programme? For those who aren't aware of it, Biro Tatanegara or BTN for short is under the Jabatan Perdana Menteri and it has several modules which all public university students have to attend in the name of "Student Development" . On the 6th of July 2008 in UiTM Shah Alam, there were three separate talks being held under BTN with the first one being titled "Pendidikan" , second one titled "Ancaman Keselamatan Negara" and the third one titled, "Patriotisma" . Smell anything funny yet? No? Read on. You won't even have to smell it after you are done reading this. It'll be stuffed down your throat.

I would like to only focus on the first speaker, Dr. Idris bin Md. Noor. He was supposed to talk about education as that was the title of his speech, but the content was far different. He first went on with the usual introductions but in less than a few minutes, he suddenly touched on the forum on the discussion of social contract in Malaysia that the BAR council organized. He criticized it with all his heart, saying no one should discuss about it as it is unquestionable. Fair enough, I thought at first. Freedom of speech right? But what if he suddenly accuses the "Malay" speaker in the forum, which I'm guessing is Farish A. Noor, as a traitor to the Malay race as a whole? And while he was browsing through his files on the laptop which was projected on the big screen, it was no surprise for me that I saw files entitled "Ketuanan Melayu". He also then went on about the Malay's obsession with magic and ghosts, he said that it is all wrong beliefs through the perspective of Islam because if they really could use magic and other dark arts for fighting, then they should kill Karpal Singh with it.

There are so many quotable sentences, if only I could remember it all. He even said, "Kalau ular dengan India depan mata, ketuk India dulu." He then started to become more impassioned in his speech towards the end, like someone campaigning for a political seat yet failed, and resorted to a multi-purpose hall with bumiputra students. He said so many atrocious things that I will list them down in point form.

-Explained how the Malays aren't racist but others are racist towards us.
-Bangsa Malaysia does not exist, neither does Malaysian Chinese and Indians, only in the strict Malay, Chinese and Indians. (Interestingly, behind a booklet provided to us, one of the objectives of the programme is to produce a -"Bangsa Malaysia". Obviously, he was ignorant).
-Bahasa Malaysia does not exist, it is Bahasa Melayu.
-Nothing wrong with waving the Keris.
-Bumiputra hanya 55% di Malaysia, give birth more people!
-The University and Colleges Act was partly made to ensure a Malay Vice-Chancellor in Universities which should be the way.
-Blogs are "berdosa" or sinful.
-Christians will not like Muslims.

But that isn't even the best part. The best part is, he showed a short film on the
dangers of Zionism and the illegal occupation of Palestine which was probably the only part of the speech I agreed with and I thought to myself this could be the only fact of the speech but surprise, surprise, at the end of the film, there was a montage of so-called Zionist supporters with the pictures of Anwar Ibrahim, Tian Chua, Teresa Kok, Hishamuddin Rais and Ezam Md. Nor. Then a question popped up in my head. Is Ezam still a Zionist supporter since he is in UMNO now? Does that mean the government has a Zionist supporter as well as the opposition? And expectedly, the speaker was being more anti-semitic than anti-zionist. He even explained how the Pakatan Rakyat ruled states are all going down the drain and he says, "this is what you get if you vote for the opposition!" He criticized Anwar Ibrahim and his colleagues so much along with Pakatan Rakyat while being completely oblivious towards Barisan Nasional's mistakes. As if they have perfect policies.

This was supposed to be a speech touching on education and look how it ended up. It did not even smell anything of education. It was a speech that was not meant for national unity at all. How could it be when you spread hate? I could only sit and ponder quietly while all this was happening. But the speech was not the saddest part. The saddest part was that the majority of students in the hall were cheering him on. I will type out part of the lyrics that were supplied to us, entitled, "Warisan".

Anak Kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat engketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman ini

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Melayukan gagah di nusantara.


Who were those words referring to? Foreign powers or non-malays?

Perfect welcome to the new intake of University Students. Please spread this to others. People need to know.

I know you should.

written by A Worried Student,
06.07.2008

seperti yang aku katakan pada awal entri ini, kem BTN adalah suatu kem yang wajib dihadiri oleh semua pelajar IPT. Atas alasan patriotisme dan pembinaan jatidiri, setiap pelajar wajib menghadiri kem ini. Tapi, isi yang dibicarakan dalam kem tersevut tidak mencapai objektif yang diwar-warkan. Entahlah, aku pn x sure, sebab aku x pernah join program ni, hanya mendengar daripada sahabat-sahabat, senior-senior dan adik-adik juniorku sahaja.

Namun, alhamduliLlah, pada batch kemasukanku ke IPTA bagi pengajian ijazah pertama, tahun pengajian 2004-2008, pelajar baru hanya didedahkan dengan slot ceramah didalam kampus, dimana penceramah diimport khas daripada BTN sendiri. Tapi, aku dengan selamba badaknya, tidak menghadiri kem tersebut pun. Aku p dengar talk bertajuk 'Science in Islam' yang dianjurkan oleh PMI (persatuan mahasiswa Islam) yang kebetulan dianjurkan pada hari tersebut. Nasib baik PMI anjurkan talk yang sangat bermanfaat pada pagi 11 September 2004 tu(siap ingat tarikh tu...hehehhe)...thanx PMI! Kalau x, terpaksa la aku menadah telinga mendengar perkara yang bukan-bukan daripada penceramah BTN tu...

Apa yang aku nak sampaikan disini adalah proses pendoktrinan yang dilakukan adalah sangat keji. Sedang mereka menjadikan AUKU sebagai sekatan kepada pelajar, namun mereka pula mendoktrin pelajar dalam kem yang dikatakan wajib untuk keperluan pengijazahan. Sebenarnya, x payah join program tu pun xper, buat selamba badak jer, mcm aku pn bole. Bole jer nk grad. (InsyaAllah 15 Ogos ni aku nak konvo dah pun :-P).

Apa yang menjadi kemusykilan aku adalah, mengapa mereka, orang melayu Islam nak menakut-nakutkan adik2 yang masih fresh lagi ni dengan perkara yang semacam ini? Ingin menanam dalam pemikiran mereka bahawa mereka yang mengamalkan gaya hidup Islam sebagai sesuatu yang negatif? Sangat sedih dengan perkembangan yang semacam ni...

Semoga adik-adik freshie yang bakal menjalani kem ini dapat menggunakan anugerah akal yang dikurniakan oleh Allah untuk berfikir, sejauh mana kebenaran tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan kepada pihak yang tertuduh...dan mereka tidak akan menjauhi kakak-kakak dan abang-abang yang seiras dengan apa yang diperkatakan oleh penceramah-pemceramah dalam kem tersebut....insyaAllah..

WAllahua'lam

Tuesday, July 1, 2008

Balik kampung....

AlhamduliLlah...akhirnya aku sampai juga ke kampus.....
Seperti post sebelum ini, aku merancang untuk balik semula ke kampus pada petang Ahad. Tiket telah aku beli pada hari Jumaat, sebelum bertolak ke KL, sebab takut sekiranya lambat, aku x dapat mengikut perancangan balik ke kampus pada ptg Ahad...

Tapi, aku merancang, Allah juga merancang dan Dia lah sebaik-baik perancang... aku x sempat balik ke kampus pada petang Ahad seperti yabg dirancangkan...disebabkan oleh kelewatanku selama 5 minit....sedey... dan ader juga perasaan marah, walaupun ku tahu, memang kesalahanku, sebab lewat 5 minit..... bukan rezeki aku untuk menaiki bas itu pada petang itu kot... dan insyaAllah, syarikat bas itu akan di'banned' olehku, akan aku naiki jika dan hanya jika tiada bas lain yang boleh aku naiki...huhuhu. Disebabkan ketinggalan bas pada petang Ahad, maka aku terpaksa beli tiket baru, keesokan paginya sebab dah tiada kekosongan sehingga makam Ahad tersebut...jadi, terpaksalah aku menumpanag dirumah kakakku. Nasib baik aku ader kakak...huhuhu...dan aku menaiki bas pada jam 10 pagi, hari Isnin,....

Xperlah, walaupun x mengikut perancanganku, tapi sekurang-kurangnya, aku dapat temankan kakakku pada malam tersebut, sebab kedua-dua housematenya kebetulan tiada dirumah pada malam itu...hehehe. Dan pada malam itu, aku menemankan kakakku study untuk tugasan yang diperolehinya daripada bos dan akan 'diuji' kefahaman pada pagi Isnin,walaupun sbenarnya aku x faham apa yang dibaca, tapi teman jer la... n bila kakak tanya, aku jawab ikut kefahamanku jer....bantai jer la.... yer la kan, mana nak sama terms2 yang digunakan oleh orang2 IT n engineering kan? dah la aku amik chemical engineering. kalu electrical or software engineering lain la jugak kot....huhuhu..dan aku terlelap ditepi kakak, sebelum sempat kakakku menghabiskan bacaannya...hehehe.

Erm.... cuti hujung minggu ini aku rasakan sangat2 pack. Cuti selama 2 hari memang x mencukupi bagiku, rasanyer banyak masa habis dalam perjalanan jer berbanding berada di rumah... tapi, aku bersyukur juga, selamat pergi n selamat juga kembali.=) Aku n kakak sampai ke rumah hampir jam 12.00 tgh mlm...sedikit terlewat, sebab banyak singah ke tempat lain dalam perjalanan kot...=) dah sampai umah tu, kami pun berborak-borak sekeluarga, kebetulan semua orang ader di rumah pada hujung minggu lepas...borak sampai jam hampir 5 pagi...x sedar pun..uhuhuh. Keesokan paginya, mestilah aku qadha' tidur,...hehehhe

Tengahari Sabtu, kami sekeluarga keluar, nak sambut birthday adik bongsuku.... seronok jugak, sambil makan di pizza hut, kami beli kek dan makan2 dan borak2.....adikku suka bila dapat potong kek,...hehehhe. Mungkin sebelum ni, dia x dpat ingt memori potong kek, sebab masih terlalu kecil, tapi kali ini, dia memang bersungguh... comel jer aku tengok...untung jugak jadi adik bongsu ni, sumer org nak kasi sumthin pada dia...hehehhe.

Balik daripada sambut birthday adik, kami singgah ke umah tok sedara, dia accident waktu balik solat Jumaat, tapi isterinya saja yang kami panggil nyai uda ada di umah, sedangkan yai uda xder, dia pergi ke hospital, kata nyai uda.... so, xderla rezeki tuk berjumpa yai uda.... kesian juga ngn yai uda, yer la... dah lanjut usia, masih mengalami accident. moga accident tu menjadi asbab penghapus dosa....n semoga yai uda cepat2 sembuh....

Eh, macam banyak sangat plak aku berceloteh. Ok lah, aku stop dulu.... insyaAllah lain kali sambung lagi...

Friday, May 16, 2008

Aktiviti hujung minggu

Pada hujung minggu ni, aku akan menyertai 1 program yang dianjurkan, khusus bagi 'fresh graduate' seperti aku. jadi, hujung minggu ni, mahasiswa/mahasiswi Muslim yang baru menamatkan pengajian akan berkumpul. Agenda utama, x lain dan x bukan adalah bagi mendapatkan hala tuju yang lebih jelas selepas berijazah...

Hala tuju yang aku maksudkan disini, bukan mengenai karier yang berkaitan dengan ijazah yang bakal diperoleh semata-mata, tapi lebih menjurus kepada 'karier' yang lebih awal dipertanggungjawabkan kepada diri kita..iaitu karier sebagai khalifah Allah dimuka bumi....

Kadang-kala, kita hanya memikirkan karier yang memberikan kita hasil segera a.k.a DUIT. Tapi, kita lupa bahawa tanggungjawab kita lebih daripada itu...Ya, kita mmg perlu berusaha keras mendapatkan duit, itu salah satu sebab kenapa kita melanjutkan pelajaran kan?...huhuhu. Ada sesetengah peserta yang x dapat menyertai program ini, disebabkan oleh kekangan tertentu... Tapi aku harap, bukanlah salah satu simptom futur...dan aku mmg ber husnu zhon dengan sahabat- sahabiah.... Apa pun, bagi yang akan menyertai program ini bersama-sama aku, selamat berprogram aku ucapkan...

hehehhehe....

Sebelum program bermula, aku dijemput oleh seorang junior datang ke rumahnya. Walaupun aku rasa agak malu nak bertandang ke rumah adik ni, tapi insyaAllah aku akan pergi juga...dan bermalam 1 malam disana. X sampai hati rasanya nak menghampakan adikku yang seorang ni.... =)

Dan, plan seterusnya untuk hujung minggu ni adalah, berkumpul dengan kakak dan adik perempuan yang dah lama x jumpa. Balik bercuti ke rumah sebelum ni, diorang xder cuti...so, kebetulan dah dekat dengan tempat program, aku akan mengambil peluang untuk berjumpa dengan mereka...=)