Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Wednesday, December 17, 2008

Tutup aurat vs tutup rambut??

Dengarnya... Perihal tudung Siti
Oleh Normah Becok

Untuk tulisan seterusnya ni, tulisan cik normah, aku copy drpd berita hairan online...

CIK Normah tahu sangat, kalau Cik Normah sentuh perihal penyanyi yang seorang ini pasti ramai peminatnya akan melenting. Tapi memandangkan Cik Normah tak suka nak pilih bulu atau pilih kasih, jadi Cik Normah tetap hendak paparkan ceritanya dalam ruangan yang boleh tahan glamor ini. Lagi pun perkara ini juga turut diperkatakan peminat setia ruangan ini iaitu Miss Sukhinova yang mengirimkan e-mel kepada Cik Normah mengadu mengenai tudung penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza yang dilihatnya semakin lama semakin ke belakang sehingga menampakkan sebahagian rambutnya. Kata Miss Sukhinova lagi, memanglah sebelum ini Siti tidak menutup keseluruhan rambutnya, tetapi tak adalah macam sekarang yang menurut pandangan matanya tidak manis. Bebelnya lagi, kalau begitulah fesyen tudung Siti sejak kebelakangan ini, baik dia buka terus tudung atau selendang yang menghiasi kepalanya itu.

Lagi pun Siti akan lebih cantik jika dia kembali dengan imej terdahulu. Wah! Panas betul kata-kata yang disiarkan dalam e-mel itu. Banyak juga sebab yang diberikan, cuma Cik Normah tak mahu siarkan saja bimbang ruangan ini terbakar pula. Cik Normah kalau boleh tak mahu ikut campur tangan dalam hal seperti ini. Cik Normah pun tak bertudung dan masih lagi berkebaya ketat atau kadang-kadang memakai skirt kalau berjalan ke sana sini. Bagi Cik Normah terpulang kepada Siti hendak memakai tudung yang bagaimana. Lagi pun sebelum ini Siti pernah berkata yang dia akan memakai mengikut keselesaan sendiri.


Tak apalah Siti, anggap sajalah teguran itu sebagai sesuatu yang positif daripada peminat setia. Yang pasti, Cik Normah tak sabar nak dengar album terbaru Siti yang berjudul Lentera Timur. Khabarnya album itu akan berada di pasaran pada 26 Disember ini. Pada peminat Siti tu, jangan lupa dapatkan album itu di pasaran tau.
Ish3...apa nak jadila dengan manusia sekarang ni agaknya.....mungkin agak kasar perkataan aku kalau aku katakan, lebih baik x payah pakai tudung terus!sebab yang dia pakai tu, bukan tudung pun, cuma kain tutup kepala...tujuannya? WAllahu'alam..aku pun x tahu...
sebabnya, kalau kata nak ikut perintah Allah, memang x sempurna langsung.....malah, lebih teruk lagi, seakan memperlekeh suruhan ALlah...Allah dah terangkan dengan jelas dalam surah surah an-Nuur (24:31) yang bermaksud ; Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
Jelas bukan?...aku ingatkan n harapkan, dengan isu pemakaian 'tudung' DATUK SITI sebelum ni, dapatlah kiranya pemakaian 'tudung' bertambah baik, tp, sekarang inilah yang terjadi... bukan niat aku nak menghentam SITI jer.....tp, disebabkan beliau adalah public figure yang begitu tersohor, maka apa yang dilakukannya besar kemungkinan akan menjadi ikutan orang ramai...dan apa yang membimbangkan adalah bagi anak2 muda n budak2 sekolah yang hanya 'nampak' golongan artis jer depan mata depa.....walaupun bukan secara 'live' tapi hakikatnya depan mata mereka disogokkan dengan kehadiran selebriti2 ni....
Nampaknya rakyat malaysia sekarang ni, menjadikan artis2 dan selebriti2 pujaan mereka sebagai ikutan dan panduan. tidaklah aku membuat kajian dan penyelidikan yang mendalam mengenai hal ini, tapi semua ni berdasarkan kepada pemerhatian mataku secara kasar.....
Natijahnya?....apa yang dilakukan n dikatakan oleh mereka ini akan dijadikan sebagai rujukan.... amboi3...sedap2 jer mereka keluarkan statement seperti, "nak pakai tudung ikut keselesaan sendiri"...kalau macamtu, better x payah pakai....
Aishh.... susah nak terangkan bab ni sebenarnyer.... susah sangat ker nak faham, menutup aurat tu adalah tuntutan agama...bukan sebagai option... dan sebenarnya suruhan Allah adalah menutup aurat, bukan menutup kepala.... cuba lihat semula ayat surah an-Nuur diatas...bukan sahaja Allah memerintahkan hambanya yang beriman untuk melbuhkan tudung ke dada sahaja, malahan perhiasan2 yang sepatutnya tersimpan pun x boleh ditunjukkan kepada lelaki ajnabi...inikan pula anggota tubuh yang telah digariskan sebagai aurat bagi perempuan....
Abah aku selalu ingatkan, bawalah apa yang kita lakukan didalam sembahyang, ke luar sembahyang.Salah satu maksudnya, kalau kita sembahyang, kita tutup aurat dengan sempurna kan? kalau bagi rakyat Malaysia, kaum perempuan suka memakai telekung putih. tujuannya? untuk menutup aurat...jadi aurat yang kita tutup itu, samalah aurat yang perlu kita tutup bila berada di khalayak ramai dan dihadapan lelaki2 ajnabi. bukan aku nak suruh org2 perempuan di Mlaysia memakai telekung di jalanan, tapi cukuplah sekiranya pakaian yang kita pakai cukup panjang, cukup lebar, dan tudung juga cukup labuh ketika diluar sembahyang sehinggakan kita x merasa was2 untuk memakai pakaian tersebut tanpa telekung ketika hendak menunaikan ibadah sembahyang.....Kalau didalam sembahyang kita takutkan ALlha, maka diluar sembahyang kita juga perlu takutkan Allah...sebab Allah MAHA MELIHAT, MAHA MENGETAHUI.....
mungkin silibus pelajaran subjek pendidikan Islam perlu di'revise' semula... tekankan semula tuntutan2 fardhu ain ni dengan lebih jelas...bukan sekadar mengadakan ujian KAFA (ujian secara lisan sewaktu aku berada dizaman persekolahan dulu...xtau la sekarang ni ader lg atau x)
Jadi, perempuan2 beriman...ingatlah perintah dan lakukanlah suruhannya sebaik mungkin...bukan ammbil sekerat-sekerat jer...sebab kita perlu melakukan sesuatu kerja dengan sempurna...barulah kita akan merasai nikmatnya..insyaAllah
peringatan terakhir...WAHAI PEREMPUAN2 BERIMAN, TUTUPLAH AURATMU SEBELUM AURATMU DITUTUPKAN OLEH KAIN KAFAN.....
WAllahu'alam.....

Saturday, July 26, 2008

Tokoh: Zainab Al Ghazali Al Jubaili

Dah lama nk share pasal salah seorang tokoh mujahadah ni...tp, copy n paste jer la yer...x mampu nk karang artikel berat2 ni, lantaran ceteknya ilmu..huk3..moga mendapat sumber inspirasi daripada keberanian tokoh ini, insyaAllah.

Zainab al-Ghazali;
Dilahirkan pada 1917 , Zainab Al Ghazali Al Jubaili merupakan pengasas Jama'at Muslimat . Penubuhan Jama'at Muslimat pada tahun 1937 ini bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada wanita-wanita Islam disamping memberi bantuan kepada ahli keluarga yang kehilangan tempat pergantungan setelah ketua keluarga mereka dipenjarakan oleh pemerintah Mesir pada masa itu.


Dalam tahun 1937 ini juga, Zainab telah bertemu dengan pemimpin Ikhwanul Muslimin pada masa itu iaitu As Syahid Hassan Al Banna yang sedang cuba menubuhkan satu cabang khusus untuk muslimat dalam Ikhwanul Muslimin. Jama'ah Muslimat kemudiannya dijadikan satu cabang dari gerakan Ikhwanul Muslimin . Bagaimanapun, pada awal penubuhannya, ia tidak terikat dengan Ikhwanul Muslimin hinggalah berlakunya peristiwa pembubaran Ikhwanul Muslimin pada tahun 1948. Segala harta Ikhwan telah dirampas, cawangan-cawangannya ditutup dan beribu-ribu ahli Ikhwan telah ditangkap. Setelah peristiwa ini, Zainab memikirkan semula saranan awal Hassan Al Banna agar Jama'at Muslimat bergabung dengan Ikhwanul Muslimin dan akhirnya pada tahun 1948, Zainab Al Ghazali sebagai pengerusi Jama'at Muslimat telah memberikan bai'ah kepada Hassan Al Banna.


Bagaimanapun tanggal Februari 1949, komplot untuk membunuh Hassan Al Banna telah dilaksanakan dan akhirnya gugurlah seorang pejuang Islam yang gigih. Perjuangan beliau telah disambung oleh Al Imam Mursyid Hassan Al Hudaibi. Terdapat satu peristiwa menarik berkenaan dengan Hassan Hudaibi ini. Dalam tahun 1954, Jamal Abdul Nasser telah mengeluarkan perintah hukuman gantung kepada As Syahid Abdul Kadir Audah, As Syeikh Muhammad Fargali, Hassan Hudaibi dan beberapa orang lagi. Walaubagaimanapun, Hassan Hudaibi diserang penyakit jantung secara tiba-tiba dan doktor meramalkan bahawa beliau hanya boleh hidup beberapa jam sahaja lagi. Jamal Abdul Nasser mengampuni beliau kerana menyangka bahawa beliau akan mati keesokan harinya. Dengan kekuasaan Allah, umur Hassan Hudaibi masih panjang dan beliau akhirnya ditangkap dan dihantar ke penjara tentera buat kali kedua. Hassan Hudaibi merupakan seorang pejuang yang sejati dan begitu berani . Sewaktu beberapa orang Ikhwan yang sudah lemah kerana berada lama dalam perjuangan mengajukan cadangan agar Ikhwanul Muslimin bekerjasama dengan golongan pemerintah yang taghut, beliau telah menyuarakan pendapatnya yang masyhur:"Aku tidak memaksa seseorang bersikap tegas dan berani mengikut pendirianku tetapi aku mengingatkanmu bahawa sesungguhnya dakwah Islam tidak pernah tertegak walau sehari dengan orang-orang yang telah mengambil sikap bertolak ansur".


Pendapatnya ini dilahirkan sewaktu beliau berumur 80 tahun dan beliau terus kekal dalam penjara dan hanya dibebaskan setelah kematian Jamal Abdul Nasseer. Awal Ogos 1965, Jamal Abdul Nasser mula membuat perancangan untuk menangkap barisan Pemimpin Harakah Islamiah. Perancangan ini didalangi oleh perisik-perisik Amerika dan Russia yang di susun oleh Zionisme Antarabangsa. Untuk mengaburi mata orang ramai, rejim Jamal Abdul Nasser telah menuduh Zainab dan pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain seperti Syed Qutb dan Hassan Hudaibi merancang pembunuhan Jamal Abdul Nasser dan 4 orang menterinya. Hasilnya, beribu-ribu orang ahli Ikhwanul Muslimin telah ditangkap. Zainab sendiri telah ditahan pada Jumaat, 20 Ogos 1965. Beliau kemudian telah disumbat ke penjara dan di sana beliau melihat bagaimana anggota Ikhwanul Muslimin diseksa dengan teruk. Ada yang digantung, dicambuk dan dicakar-cakar oleh anjing ganas setelah mereka disebat. Zainab sendiri disiksa dengan kejam termasuk dipukul dengan teruk, dimasukkan ke dalam penjara air dan diancam untuk dirogol. Walaupun beliau berada dalam kesakitan kerana disiksa, namun dengan pertolongan Allah beliau berjaya menewaskan askar yang diperintahkan untuk merogolnya.


Untuk mengaburi mata rakyat, pihak pemerintah telah mengaturkan agar ahli-ahli Ikhwan yang ditangkap dihadapkan ke muka pengadilan pada 17 Mei 1966. Hasil dari perbicaraan yang berat sebelah ini, barisan Pimpinan Ikhwan seperti Syed Qutb, Abdul Fattah Ismail, Yusuf Hawash dan lain-lain dijatuhkan hukuman gantung. Zainab dan Hameedah Qutb pula masing-masing dijatuhkan hukuman penjara selama 25 tahun dan 10 tahun dengan kerja berat Semasa berada dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nassser mati. Akhirnya pada 10 hb Ogos 1971, Zainab telah dibebaskan dari tahanan setelah 6 tahun mengalami pelbagai penderitaan dan beliau telah menulis sebuah buku menceritakan tentang segala pengalaman selama berada dalam tahanan tersebut yang bertajuk : 'Hari-Hari dalam Hidupku'. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 2005.

Siti Najihah Asli

Tuesday, June 3, 2008

Sebaik-baik perhiasan........

Dunia itu perhiasan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita sholehah.” (HR. Muslim)



Islam telah mengiktiraf wanita.Dengan kemunculan Islam dizaman Jahiliyyah, kedudukan wanita dibela. tidak lagi dibunuh hidup2. tidak lagi menjadi alat pemuas nafsu serakah. malah diberi penghormatan. namun, wanita macamanakah yang diberi penghormatan?

Inilah yang disebut didalam hadis diatas...."sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah".

Ibu, yang melahirkan insan baru ke dunia adalah seorang wanita. boleh jadi anak itu adalah seorang anak perempuan, membesar dan dewasa sebagai seorang wanita. kemudian menjadi seorang isteri apabila melalui aqad nikah. Menjadi ibu apabila dikurniakan rezeki oleh-Nya.... begitulah kitaran hidup yang di susun oleh-Nya.... amat cantik dan kemas....

Namun begitu, dizaman yang serba mencabar ini, bukan mudah untuk menjadi wanita solehah. wanita harus sentiasa bermujahadah.kenapa? sbb kita dihidangkan dengan bermacam-macam godaan.bukan wanita shj yang pandai menggoda, ttp kehidupan juga sentiasa menggoda kita.ya!! kehidupan yang semakin lama semakin kembali ke zaman jahiliyyah....

Aku sayangkan wanita, sebab aku juga dilahirkan untuk menjadi seorang wanita...sedang belajar n belajar n belajar untuk mencapai tahap wanita solehah....aku menjadi sedih bila saban hari mendengar berita tentang keruntuhan akhlak...bukan sahaja remaja, tetapi kanak-kanak pun turut sama menjadi mangsa..
mengapa ini boleh terjadi?sebab anak2 yg lahir tidak dididik secara berkesan oleh seorang wanita bergelar ibu.wanita lagi!!

Wanita disebut (mahaguru 'alam), mahaguru yang mula-mula sekali berperanan untuk mendidik generasi kita (atau mana-mana generasi sekali pun.) Wanita yang tangan kanannya menghayun buaian dan tangan kirinya bisa menggegarkan dunia. Sehingga ada pepatah mengatakan bahawa wanita itu sungguh mempengaruhi hidup manusia di mana seorang ibu itu memerlukan masa 20 tahun untuk mendidik anaknya tetapi seorang
wanita jahat hanya memerlukan masa 20 saat untuk menjatuhkan seseorang.
Sebagai pendidik 'alam ini, setiap wanita Islam perlulah melalui proses Tarbiah Islamiah dan jika tidak terlaksana proses ini maka malanglah generasi Islam kerana mendapat didikan dari wanita-wanita yang tidak mempunyai persiapan Islam. Oleh itu wanita perlu memahami
peranan mereka kerana kesannya amatlah mendalam yang mana ia mampu memperbaiki masyarakat sekiranya dihalakan kesana
Oleh itu setiap daripada kita hendaklah memperbaiki diri dengan mendidik hati sanubari kita semoga mendapat asas untuk memperbaiki keluarga kita serta orang lain dengan Fikrah Islam. Sebenarnya wanita ini sungguh mendapat tempat yang mulia, ia sentiasa dihormati dan disanjung (tinggi oleh Islam. Pengurniaan taraf wanita ini adalah sungguh tercatit dalam Al Quran dan As Sunnah Rasulullah S.A.W.-(Mustafa Ramadhan,al-mukminah as-solehah)


Selepas ini, insyaAllah bicarahatiey akan bicarakan pula pasal golongan wanita yang terbahagi kepada 2 bahagian, menurut sebuah buku...

1.wanita bebas

2.muslimah =)


Semoga bicarahatiey dan semua wanita dapat menjadi sebaik-baik perhiasan....
Wallahu'alam

Monday, June 2, 2008

Azimat Ibunda

Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East


langit kirmizi menghantar dirimu menuju jln pulang
hari-hari indah bersamamu bertabur di tanah kenangan
wajah berona simpati kau tatapi buatkali t'akhir
sedih & sayu dari kamar atma mengundang air mata

Hanya rindu & doa buatmu
semoga kau tenang dan bahagia
agar syurga menjadi milikmu
bukan hanya di telapak kakimu

menumpang di segenap ruang yg ada di lubuk p'kasihan
begitu indah setiap detik di dlm rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu

setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam

di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan
bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan rindu
tiada yg terindah didunia dapat mengganti hilangmu
pilahan yg terbaik takkan dapat mengisi relung hatimu



Rasa makin rindu nk balik umah...hampir sebulan hari terakhir selepas percutian selama 10 hari sebelum ini.....masih ingat lagi mak menyuruh aku memanjangkan cuti... tapi apakan daya, ada tanggungjawab dan janji lain yang telah diatur.....insyaAllah, x lama lagi aku akan balik umah juga....hmm, x dapat aku bayangkan kalau aku duduk lebih jauh daripada keluarga, merantau ke negara asing contohnyer, mesti x tahan....jarak antara johor-penang pun dah rasa semacam jer...inikan pula kalau dipisahkan oleh lautan atau benua.....aku sgt respek pada mereka yang sanggup berjauhan dengan keluarga semata-mata untuk menimba ilmu....=)

Ntah aper yg aku merepek ni.....sebenarnyer, aper yg aku nak sampaikan melalui lagu ini adalah, betapa besarnya jasa ibu pada kita semua....sehinggakan kedudukan ibu adalah 3 kali lebih utama berbanding ayah....jasa ibu mengandungkan kita, melahirkan kita, mendidik, mengasuh, membelai, memanjakan kita....kita x mungkin akan dapat membalas segala jasa ibu n juga ayah kita sebenarnyer..... ibu n ayah bole menjaga n membesar kan 7,8,9, atau 10 orang anak. tapi, amat susah untuk mencari seorang anak yang boleh menjaga ibu n ayah dihari tua mereka...

IBUNDA adalah BIDADARI bagi setiap insan yang lahir ke dunia.....
bagi yang masih mempunyai ibu didunia yang fana ini, hargailah mereka...
...