Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Saturday, November 29, 2008

Gossip

Gossip..... satu perkara lazim yang amat digemari oleh manusia yang dipinjamkan oleh Allah lidah untuk bercakap, telinga untuk mendengar dan otak untuk berfikir....

Bila duduk beramai2, salah satu perkara yang sering berlaku adalah penyebaran gossip....aku pun tergolong dalam kalangan yang selalu gak bergossip sejak akhir2 ni... walaupun hanya sebagai 'pendengar setia', namun 'saham' yang sama tetap aku perolehi....kalau saham tu bernilai xper gak, tapi masalahnya saham tu memang sah akan rugi teruk di akhir nnt....

tp, aku tetap juga tertarik utk 'membeli' saham tersebut...kenapa erk?.... susah aku nak cakap, sebab kalu aku cakap mengapa aku sama2 terjebak dalam dunia gossip ni, nnt dikatakan hipokrit la plak......

sewaktu membelek2 'surat cinta' dari sang pencipta, aku terkesima dengan teguran yang ada didalam tu.... sebab teguran tersebut terkena betul2 depan batang hidung aku.... huhuhu

jom kita baca sket tafsir ni...surah al-humazah (surah ke 104)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
1.Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela
2.yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung
3.dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengkekalkannya
4.sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah.
5.Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?
6.(yaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan,
7.yang (membakar) sampai ke hati.
8.Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka,
9.(sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.

Surah ini mengandungi 9 ayat, dimana di dalam surah ini, ditekankan mengenai ancaman Allah terhadap orang-orang yang suka mencela orang lain, suka mengumpat dan suka mengumpulkan harta tetapi tidak menafkahkannya di jalan Allah.

Mengapakah ayat ini diturunkan?Menurut hadis, terdapat beberapa perkara yang menyebabkan ayat ini diturunkan.Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa Utsman dan Ibnu Umar berkata:
"Masih segar terdengar di telinga kami bahwa ayat ini (surah al humazah) turun berkenaan dengan Ubay bin Khalaf, seorang tokoh Quraisy yang kaya raya, yang selalu mengejek dan menghina Rasul dengan kekayaannya." Diriwayatkan oleh Ibnu Abi hatim yang bersumber dari Utsman dan Ibnu Umar.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ayat ini turun berkenaan dengan al-Akhnas bin Syariq yang selalu mengejek dan mengumpat orang. Ayat ini turun berkenaan sebagai teguran terhadap perbuatan seperti itu.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi hatim yang bersumber dari as-Suddi.)

Dalam riwayat lain ada juga dikemukakan bahawa ayat ini turun berkenaan dengan Jamil bin Amir al-Jumbi seorang tokoh musyrik yang selalu mengejek dan menghina orang.
(Diriwayatkan oleh Ibnu jarir yang bersumber dari seorang suku Riqqah.)

Dalam riwayat lain pula, dikemukakan bahawa Ummayah bin Khalaf selalu mencela dan menghina Rasulullah apabila berjumpa dengannya. Maka Allah menurunkan ayat ini sebagai ancaman siksa yang sangat dahsyat terhadap orang-orang yang mempunyai anggapan dan berbuat seperti itu.
(Diriwayatkan oleh Ibnul Mundzir yang bersumber dari Ibnu Ishaq.)

Uish...takut aku bila teringat teguran2 dan ancaman daripada Allah....

kawan2, seandainya aku melakukan perkara2 yang x sepatutnya, tolonglah tegur yer, sebab aku ni manusia, yang fitrahnya adalah selalu lupa...perlu diingtakan berkali2, dan perlu dimarah teruk2 agaknya, baru bole jadi manusia yang baik.....

so, saper2 yang kenal aku, tolonglah tegur aku kalu aku buat silap yer.....sama2 kita saling ingat memperingati.....

WAllahu'alam

Saturday, November 1, 2008

Ulang tahun ke 17....+ pilih sahabat

Yer, ulang tahun kelahiran yang ke-17.bukan utk aku, tapi utk adikku yang ke-5. sebenarnyer, ulangtahun adik lelakiku yang ke-5 ni jatuh pada hari semalam, 31 oktober. tapi disebabkan x berkesempatan nak mengupdate blog, jadi aku nak cerita sikit perihal adikku sorg ni...

adik yang bagi aku 'special' sket berbanding dengan adik beradik lain, bukan yang lain tu x special, tapi bagi adikku yg sorang ni, mmg boleh dikira lain daripada adik beradik yang lain....lain dari segi apa? kalau dari segi rupa, mungkin sama jer kot kami 7 beradik...(sbb sumer org yg nampak kami adik beradik akan cakap macamtu...huhuhu). tapi, apa yang lain adalah dari segi personaliti, pemikiran dsb. bagi aku, dia ni 'hyper', dari segala sudut, sampaikan mak pun susah nak control.

Ingat x, aku ada kata banyak perkara berlaku waktu cuti deepavali baru2 ni? salah satu cerita adlah pasal adikku yang sorg ni... insyaAllah, tahun ni dia akan menduduki peperiksaan SPM, 11 november jika x silap.... tapi, buku latihan yang mak belikan, beberapa helai jer yang disentuh. mungkin disaat umur 17 tahun ni sememangnya menjadi cabaran hebat bagi pembentukan diri seseorang tu...n cabaran utk adikku ni, x kurang hebatnyer....

aku x pasti apa yang silap. bukan niat untuk menyalahkan takdir, ataupun x redha dengan ujian kecil dalam keluarga ni. tapi kadang2 aku terfikir apakah yang menyebabkan adikku ini x boleh menjadi seperti anak2 biasa yang lain? sentiasa ada jer idea2 pelik yang ingin ditimbulkan... dan suka bergaduh disebabkan perkara yang kecil. ya, aku dan adik beradik lain pun sememangnya suka bergaduh...tp, sbg salah satu cara megeratkan hubungan. tapi, bila adikku yang sorg ni naik angin, tangan pun turut sama 'naik', mungkin disebabkan pengaruh 'kekuatan' yang diperoleh hasil belajar silat separuh jalan kot....huhuuhu

daripada satu sudut, aku puji sikap dia yang aktif ni. x takut cabaran! tapi, dari sudut yang lain plak, disebabkan keberaniannya, menyebabkan kami selalu risau, apa yang bakal terjadi pada adikku yg sorg ni....dia terlalu berani, sampai cikgu kat sekolah pun dia nak lawan juga.dia juga seorang yang terlalu percaya pada diri sendiri. apa shj yang dia nak, dia pasti akan usahakan untuk mencapainya...dia terlalu ramai kawan, dan berkawan orang lain senang nak berkawan dengan dia.tapi, apa yang membimbangkan kami adalah sekiranya dia salah memilih kawan.... sebab kawan dan sahabat adalah cermin peribadi seseorang.sekiranya baik sahabat yang dipilih, insyaAllah kita akan menjadi baik, tapi jika sebaliknya........

melihat perkembangan adikku ini, memang x dapat dinafikan umur dalam lingkungan belasan tahun ni mempunyai cabarannya yang tersendiri, dan jika x dikawal dan dibimbing, mungkin akan ada insiden2 yang bakal ditimbulkan.... begitulah perangai adikku secara kasarnya......

oleh kerana aku ada menyentuh perihal kawan disini, disini ada pesanan daripada al-Qamah (sahabat Rasulullah) panduan dan cara nak memilih sahabat....

Pertama:
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan...

Kedua:
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga:
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat:
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima:
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Sememangnya sahabat amat penting dalam kehidupan seharian. sebagai manusia, kita memang x mampu utk hidup sendirian sepanjang masa. apa yang penting adalah, dalam memilih sahabat, kita kena pastikan hala tuju hidup sebagai seorang muslim akan sentiasa terjaga bersama dengan sahabat yang kita pilih!

kembali kepada hal adikku, satu lagi perkara yang aku boleh share disini adalah, konsep kesederhanaan yang perlu kita amalkan. janganlah terlalu berlebihan dalam melakukan sesuatu perkara. kalau kita ingat kita kuat, kita perlu ingat DIA lebih kuat dari kita. kalau kita ingat kita bijak, DIA jauh lebih bijak daripada kita.

Once again, happy 17-th birthday AP!! ( i call my bro as ap ). may ALLAH bless you always. and may you will be a better person soon.....

WAllhu'alam.....

Monday, September 22, 2008

Semoga tak terlepas..

AlhamduliLlah...akhirnya dapat juga buka blog ni, setelah beberapa hari mencuba....beberapa hari kebelakangan ini, talian internet teramatlah slow....sehinggakan hampir keseluruhan blog dan website x dapat aku buka....xtau la samada bilik aku jer yg ader masalah atau semua pn mempunyai masalah yang sama dgn aku....
Antara sedar dan tidak, kita telah pun memasuki fasa terakhir Ramadhan, iaitu fasa yang dijanjikan pembebasan api neraka. Inilah peluang terakhir kita untuk merebut peluang mendapat keampunan setelah 2 fasa pertama yang telah kita lalui...
Pada fasa ke-3 ini juga, telah dijanjikan satu malam yang menyamai malam seribu bulan dan dipanggil malam al-qadr.
Berikut ini adalah di antara keutamaan malam Lailatul Qadar berdasarkan dalil-dalil yang sahih.

1. Keutamaan Lailatul Qadar (Malam al-Qadar)
Cukuplah untuk mengetahui tingginya kedudukan Lailatul Qadar dengan mengetahui bahawasanya malam itu lebih baik dari seribu bulan dan merupakan malam yang diberkahi, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:“Sesungguhnya Kami menurunkan al-Qur’an pada malam al-Qadar, tahukah engkau apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turunlah malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Rabb mereka (untuk mengatur) segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar.” (al-Qadar, 97: 1-5)Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan yagn penuh hikmah:“Sesungguhnya Kami menurunkan pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (ad-Dukhan, 44: 3-6)

2. WaktunyaDiriwayatkan dari Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa malam tersebut terjadi pada tanggal malam ke 21, 23, 25, 27, 29 dan malam-malam terakhir dari bulan Ramadhan. (Pendapat-pendapat yang terdapat dalam masalah ini berbeza-beza, Imam al-Iraqi telah mengarang suatu risalah khusus yang diberi judul Syarhush Shadr bi Dzikri Lailatil Qadar yang membawakan perkataan para ulama berkaitan permasalahan ini)Imam asy-Syafi’i berkata, “Menurut pemahamanku, wallahu a’lam, Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab bertepatan dengan yang ditanyakan, ketika ditanyakan kepada beliau, “Adakah kami mencarinya di malam ini?” Beliau menjawab, “Carilah di malam tersebut”.”Pendapat yang paling kuat, terjadinya Lailatul Qadar itu pada malam-malam terakhir bulan Ramadhan berdasarkan hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda:“Carilah Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/225) dan Muslim (1169))Jika seseorang merasa lemah atau tidak mampu, janganlah sehingga terluput dari tujuh hari terakhir, kerana riwayat dari Ibnu Umar, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka janganlah sampai terluput tujuh hari yang selebihnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/221) dan Muslim (1165))“Aku melihat mimpi kalian telah terjadi, barangsiapa yang mencarinya carilah pada tujuh hari terakhir.”

Telah diketahui di dalam as-sunnah, pemberitahuan ini wujud adalah kerana pada masa itu berlaku perselisihan di antara para sahabat. Dari Ubadah bin Shamit Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam keluar pada malam al-Qadar, ada dua orang sahabat berdabat, beliau bersabda:“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))Telah banyak hadis yang mengisyaratkan bahawa Lailatul Qadar itu pada sepuluh hari terakhir, yang lainnya menegaskan di malam-malam ganjil sepuluh hari terakhir. Hadis yang pertama sifatnya umum, manakala hadis kedua adalah khusus, maka riwayat yang khusus lebih diutamakan daripada yang umum. Dan ada beberapa hadis yang lain turut menjelaskan bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada tujuh hari terakhir bulan Ramadhan dan yang ini terikat kepada yang mengalami ketidakmampuan dan kelemahan, sehingga tidak ada masalah. Makanya, di sini hadis-hadis yang berkaitan adalah saling bersesuaian dan tidak bertentangan.Kesimpulannya, jika seorang muslim ingin mencari Lailatul Qadar, maka carilah ia pada malam-malam ganjil di sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, 21, 23, 25, 27 dan 29. Sekiranya tidak berupaya mencarinya pada sepuluh hari terakhir, maka carilah pada malam-malam ganjil tujuh hari terakhir iaitu 25, 27 dan 29. Wallahu a’lam.

3. Bagaimana Mencari Lailatul Qadar
Sesungguhnya malam yang diberkahi ini barangsiapa yang terhalang dari mendapatkannya, maka bererti dia telah terhalang dari seluruh kebaikan (baginya). Dan tidaklah terhalang dari kebaikan itu melainkan (bagi) orang yang rugi. Oleh kerana itu dianjurkan bagi kaum muslimin (agar) bersemangat dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah untuk menghidupkan Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan terhadap pahala-Nya yang besar, jika telah berbuat demikian niscaya akan diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu.Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Barangsiapa berdiri (solat) pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/217) dan Muslim (759)).

Disunnahkan untuk memperbanyakkan do’a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?” Beliau menjawab,“Ucapkanlah, Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)Semoga Allah memberkati dan memberi taufiq kepada kita dalam usaha mentaati-Nya. Berdasarkan beberapa penjelasan tadi, maka kita telah mengetahui serba sedikit bagaimana keadaan Lailatul Qadar dan keutamaannya untuk berusaha mendapatkannya.

Maka wajarlah kita berusaha untuk bangun (menegakkan ibadah, solat, dan berdoa) pada sepuluh malam-malam yang terakhir. Bersungguh-sungguhlah dalam menghidupkannya dengan ibadah dan menjauhi hubungan suami isteri. Juga perintahkanlah kepada keluarga kita untuk tujuan yang sama iaitu memperbanyakkan perbuatan ketaatan.Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha:“Adalah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam apabila memasuki sepuluh hari (terakhir bulan Ramadhan), beliau memperkuatkan ikatan kainnya sambil menghidupkan malam tersebut dan membangunkan keluarganya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/233) dan Muslim (1174))Juga dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata:“Adalah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam bersungguh-sungguh (dalam beribadah) apabila telah masuk sepuluh malam terakhir yang tidak beliau lakukan pada malam-malam pada bulan selainnya.” (Hadis Riwayat Muslim (1174))

4. Tanda-Tandanya
Mudah-mudahan Allah membantu kita dengan pertolongan-Nya dalam memahami datangnya malam al-Qadar. Dalam hal ini, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam menggambarkan (menyifatkan) paginya Lailatul Qadar agar seseorang muslim dapat mengetahuinya.Dari ‘Ubai radhiyallahu ‘anhu ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Pagi hari (setelah) Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinar), seakan-akan ia bejana sehinggalah ia meninggi.” (Hadis riwayat Muslim (762))

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu ia berkata, “Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, dan beliau bersabda:“Siapa di antara kalian yang masih ingat ketika terbit bulan yang ianya seperti syiqi jafnah (separuh mangkuk).” (Hadis Riwayat Muslim (1170). Kalimat syiqi jafnah, syiq membawa erti setengah, jafnah pula ertinya bejana. Al-Qadhi ‘Iyadh berkata, “Dalam hadis ini menunjukkan isyarat bahawa Lailatul Qadar hanya di akhir bulan, kerana bulan tidak akan berbentuk (berupa) sedemikian rupa ketika terbit melainkan ketika di akhir-akhir bulan”)Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar mataharinya kelihatan melemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat ath-Thayalisi (394), Ibnu Khuzaimah (3/231), al-Bazzar (1/486) dan sanadnya hasan)
malam ni adalah malam ke-23, semoga kita tidak terlambat dalam mengejar malam seribu bulan pada kali ini....Jom!! bangkit dan lebih bersemangat...
WAllahu'alam....

Wednesday, August 6, 2008

Si Syahid Kecil

Ermm....cerpen si syahid kecil ni, pernah aku baca suatu ketika dulu....dah lama dah... sangat menyentuh hati..puas aku cari semula cerpen ni, AlhamduliLlah..berjumpa akhirnya..disini aku kongsikan cerpen ni..moga beroleh manfaat daripadanya.... aku copy cerpen ni dari sini

Silakan baca...



Dari Abdullah bin 'Amr lah.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat... Bacalah dan Hayati Setiap Baris Kata Cerita Di bawah.....

Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik selimut semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik.

Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk, walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru.

Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu Akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga, lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik. Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar.

Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar, tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa. Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid, kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk, adik rukuk. Walid sujud, adik sujud.

Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi. Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tabir kelopak mata adik. Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!"

Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali.

Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid, abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi. Adik tanya ummi, mana perginya walid. Diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk.

"Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.

Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang adik sangkakan. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid, mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menangis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan- kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang, cium abang berkali-kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik, usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang nak pergi mana?" tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.

Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil." terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang rongak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh. "Ummi, Kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan. "Cantik macam syurga ke ummi?" adik tanya lagi. Ummi senyum. "Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar, nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi. Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad.

Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al-Quran. "Bismillahirrahmanirrahim.." Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran. Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung- laungkan dari luar. "Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid", muncul Mak Cik Fatima di depan rumah. "Anakmu, anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar.

Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil, bukan..Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.

Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan. Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri orang munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid, kemudian abang dan akhirnya Jamal.

Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad..Ahad. Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar di wajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba..... "Muhammad!!!!!!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuh adik untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu- mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit.

"Ummi.adik rasa mengantuk, adik nak tidur. Adik nak jadi mujahid, adik nak ikut walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk, berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran. Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik. Wallhua'lam.

"Sesungguhnya kami mendidik generasi pejuang hari ini 20 tahun sebelum kelahiran mereka."- Osama Ben Laden

" Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu." - Al-Fajr: 27-30-

Begitu besar jihad dan pengorbanan yang mereka (rakyat Palestin) perlu lakukan. Demi Agama dan negara yang dicerobohi oleh yahudi laknatuLlah..... sedangkan apakah jihad yang telah kita lakukan?......

Saturday, July 26, 2008

Tokoh: Zainab Al Ghazali Al Jubaili

Dah lama nk share pasal salah seorang tokoh mujahadah ni...tp, copy n paste jer la yer...x mampu nk karang artikel berat2 ni, lantaran ceteknya ilmu..huk3..moga mendapat sumber inspirasi daripada keberanian tokoh ini, insyaAllah.

Zainab al-Ghazali;
Dilahirkan pada 1917 , Zainab Al Ghazali Al Jubaili merupakan pengasas Jama'at Muslimat . Penubuhan Jama'at Muslimat pada tahun 1937 ini bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada wanita-wanita Islam disamping memberi bantuan kepada ahli keluarga yang kehilangan tempat pergantungan setelah ketua keluarga mereka dipenjarakan oleh pemerintah Mesir pada masa itu.


Dalam tahun 1937 ini juga, Zainab telah bertemu dengan pemimpin Ikhwanul Muslimin pada masa itu iaitu As Syahid Hassan Al Banna yang sedang cuba menubuhkan satu cabang khusus untuk muslimat dalam Ikhwanul Muslimin. Jama'ah Muslimat kemudiannya dijadikan satu cabang dari gerakan Ikhwanul Muslimin . Bagaimanapun, pada awal penubuhannya, ia tidak terikat dengan Ikhwanul Muslimin hinggalah berlakunya peristiwa pembubaran Ikhwanul Muslimin pada tahun 1948. Segala harta Ikhwan telah dirampas, cawangan-cawangannya ditutup dan beribu-ribu ahli Ikhwan telah ditangkap. Setelah peristiwa ini, Zainab memikirkan semula saranan awal Hassan Al Banna agar Jama'at Muslimat bergabung dengan Ikhwanul Muslimin dan akhirnya pada tahun 1948, Zainab Al Ghazali sebagai pengerusi Jama'at Muslimat telah memberikan bai'ah kepada Hassan Al Banna.


Bagaimanapun tanggal Februari 1949, komplot untuk membunuh Hassan Al Banna telah dilaksanakan dan akhirnya gugurlah seorang pejuang Islam yang gigih. Perjuangan beliau telah disambung oleh Al Imam Mursyid Hassan Al Hudaibi. Terdapat satu peristiwa menarik berkenaan dengan Hassan Hudaibi ini. Dalam tahun 1954, Jamal Abdul Nasser telah mengeluarkan perintah hukuman gantung kepada As Syahid Abdul Kadir Audah, As Syeikh Muhammad Fargali, Hassan Hudaibi dan beberapa orang lagi. Walaubagaimanapun, Hassan Hudaibi diserang penyakit jantung secara tiba-tiba dan doktor meramalkan bahawa beliau hanya boleh hidup beberapa jam sahaja lagi. Jamal Abdul Nasser mengampuni beliau kerana menyangka bahawa beliau akan mati keesokan harinya. Dengan kekuasaan Allah, umur Hassan Hudaibi masih panjang dan beliau akhirnya ditangkap dan dihantar ke penjara tentera buat kali kedua. Hassan Hudaibi merupakan seorang pejuang yang sejati dan begitu berani . Sewaktu beberapa orang Ikhwan yang sudah lemah kerana berada lama dalam perjuangan mengajukan cadangan agar Ikhwanul Muslimin bekerjasama dengan golongan pemerintah yang taghut, beliau telah menyuarakan pendapatnya yang masyhur:"Aku tidak memaksa seseorang bersikap tegas dan berani mengikut pendirianku tetapi aku mengingatkanmu bahawa sesungguhnya dakwah Islam tidak pernah tertegak walau sehari dengan orang-orang yang telah mengambil sikap bertolak ansur".


Pendapatnya ini dilahirkan sewaktu beliau berumur 80 tahun dan beliau terus kekal dalam penjara dan hanya dibebaskan setelah kematian Jamal Abdul Nasseer. Awal Ogos 1965, Jamal Abdul Nasser mula membuat perancangan untuk menangkap barisan Pemimpin Harakah Islamiah. Perancangan ini didalangi oleh perisik-perisik Amerika dan Russia yang di susun oleh Zionisme Antarabangsa. Untuk mengaburi mata orang ramai, rejim Jamal Abdul Nasser telah menuduh Zainab dan pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain seperti Syed Qutb dan Hassan Hudaibi merancang pembunuhan Jamal Abdul Nasser dan 4 orang menterinya. Hasilnya, beribu-ribu orang ahli Ikhwanul Muslimin telah ditangkap. Zainab sendiri telah ditahan pada Jumaat, 20 Ogos 1965. Beliau kemudian telah disumbat ke penjara dan di sana beliau melihat bagaimana anggota Ikhwanul Muslimin diseksa dengan teruk. Ada yang digantung, dicambuk dan dicakar-cakar oleh anjing ganas setelah mereka disebat. Zainab sendiri disiksa dengan kejam termasuk dipukul dengan teruk, dimasukkan ke dalam penjara air dan diancam untuk dirogol. Walaupun beliau berada dalam kesakitan kerana disiksa, namun dengan pertolongan Allah beliau berjaya menewaskan askar yang diperintahkan untuk merogolnya.


Untuk mengaburi mata rakyat, pihak pemerintah telah mengaturkan agar ahli-ahli Ikhwan yang ditangkap dihadapkan ke muka pengadilan pada 17 Mei 1966. Hasil dari perbicaraan yang berat sebelah ini, barisan Pimpinan Ikhwan seperti Syed Qutb, Abdul Fattah Ismail, Yusuf Hawash dan lain-lain dijatuhkan hukuman gantung. Zainab dan Hameedah Qutb pula masing-masing dijatuhkan hukuman penjara selama 25 tahun dan 10 tahun dengan kerja berat Semasa berada dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nassser mati. Akhirnya pada 10 hb Ogos 1971, Zainab telah dibebaskan dari tahanan setelah 6 tahun mengalami pelbagai penderitaan dan beliau telah menulis sebuah buku menceritakan tentang segala pengalaman selama berada dalam tahanan tersebut yang bertajuk : 'Hari-Hari dalam Hidupku'. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 2005.

Siti Najihah Asli

Thursday, July 24, 2008

Annual Grand Meeting

Satu lagi entry untuk hari ini..:-P

InsyaAllah pd malam ini akan diadakan AGM atau dalam bahasa melayu disebut Mesyuarat Agung. AGM apa? AGM tuk persatuan yang bergelar Persatuan Mahasiswa Islam (PMI). Menurut adik2, akan bermula selepas solat isya'.


Sudah tentu aku tidak mahu ketinggalan dalam mengikuti mesyuarat pada kali ini. kali yang ke-5 untuk aku menghadiri majlis ini sepanjang berada dikampus, insyaAllah =). Kali ini aku akan mengahdiri mesyuarat sebagai rakyat kebanyakan, dan akan melihat aksi-aksi ahli persatuan sebagai super senior.hehehe :-P.

Bagi 4th year yang akan meletakkan jawatan,mungkin sudah mula berasa tanggungjawab yang dipikul akan semakin meringan. Sebab mulai malam ini, perletakan jawatan yang berlaku akan menamatkan silibus amanah yang dipegang oleh setiap pimpinan yang memegang sebarang jawatan. Tapi, untuk adik2 3rd dan 2nd year year, insyaAllah akan ada yang perlu terus memikul amanah. Sekiranya bukan didalam exco yang sama, mungkin akan dinaikkan pangkat pula, maka semakin besarlah tanggungjawab yang perlu dipikul.

Aku ingat lagi suasana AGM PMi yang pernah aku hadiri sebelum ini. Bagi sesiapa yang dilantik sebagai pimpinan tertinggi, akan diketahui pada malam ini juga. Dan, satu ungkapan yang akan diucapkan kepada pimpinan baru adalah ucapan 'tahniah dan takziah'.

Kenapa tahniah, dan kenapa takziah?
Tahniah kerana telah menjadi insan yang terpilih memikul tanggungjawab dalam menegakkan biah Islamiah didalam kampus. Bukan semua orang berpeluang mendapat tempat tersebut, kerana dalam pimpinan, insyaAllah, lebih banyak idea yang boleh direalisasikan terus dalam pelaksanaan. Dalam pimpinan juga kita berpeluang untuk menegakkan Islam dalam kampus. Alangkah banyaknya usaha yang insyaAllah akan diganjari pahala olehNya kelak akan terkumpul.(tu pun kalu ikhlas dan menjaga amanah yang diberi tu dengan betul la..:-P)

Takziah pula kerana bukan mudah dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Sebagai pimpinan, seumpama sebelah kaki telah melangkah ke neraka ;sekiranya tidak menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan keatas bahu.

Tapi, insyaAllah kakak2 dan abang2 yang telah meletakkan jawatan secara rasmi pada malam ini, akan setia dan sedia untuk membantu..kerana dengan mendaftar keahlian sebagai ahli PMI, bermaksud kami telah mendaftar sebagai ahli seumur hidup, tanpa sebarang yuran pendaftaran.

Untung kan? menjadi ahli, tapi xyah bayar yuran. ahli seumur hidup plak tu...hehhehe rugi bagi sesaper yang x mendaftar lagi. Lepas ni, cepat2 mendaftar yer...

Akhir kata, buat renungan bersama:
Kita bukanlah pemula pada perjuangan, dan kita juga bukan pengakhirnya. Kita adalah mata-mata rantai perjuangan yang saling bergantung antara satu sama lain dalam melaksanakan perjuangan Islam di bumi kampus yang dicintai ini secara khusunya dan dimana-mana sahaja kita berada amnya.
Jadi, bagi yang akan meletakkan jawatan, jangan lupa pada pimpinan baru yang memerlukan bantuan dan sokongan. Bagi adik2 yang bakal memegang amanah baru pula....tahniah dan takziah. InsyaAllah semoga apa yang kita kerjakan didunia ini akan diberi ganjaran di akhirat kelak, kerana gerakerja dalam Islam tidak pernah menjanjikan wang mahupun sebarang kesenangan, sebaliknya penuh onak ranjau dan duri.... be strong yer...=)

TAKBIR!!

xder tajuk...

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya." (al-Maidah ayat 2)
"Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya seumpama bangunan saling mengokohkan satu dengan yang lain. (Kemudian Rasulullah Saw merapatkan jari-jari tangan beliau)." (Mutafaq̢۪alaih)
"Allah selalu menolong selama orang itu selalu menolong saudaranya (semuslim)." (HR. Ahmad)
Maksudnya: “Kamu tidak akan masuk ke dalam syurga sehingga kamu beriman, kamu belum beriman (dengan sempurna) sehingga kamu saling sayang menyayangi. Apakah kamu tidak suka ku tunjukkan akan sesuatu yang apabila kamu kerjakan, pasti kamu akan saling sayang menyayangi? Sebarkanlah salam di antara kamu.”
(Hadis riwayat Muslim)

Thursday, June 26, 2008

perasaan vs tarbiyyah

Semalam aku sedih sgt2....
sedih sebab rasa tertipu
sedih sebab rasa kecewa
sedih sebab rasa 'kenapala ader manusia macamni?'

Aku sedih sebab aku sayang sahabat2ku
aku sedih sebab aku dah anggap mereka sumer seperti keluargaku sendiri
aku sedih sebab sahabat2ku adalah sahabat2 yang aku anggap keluarga yang mengecewakan aku.....

Sahabatku adalah ibarat keluargaku sendiri, yang sentiasa ada bersama2ku diwaktu aku keseorangan, yang mengajarku erti kehidupan dan sama2 berusaha untuk menegakkan Islam dialam kampus, bahkan apabila tamat pengajian, kami berusaha untuk tidak futur dalam perjuangan......

Mungkin perkara yang menyebabkan aku sedih ini akan dianggap perkara biasa2 bagi kebanyakan orang dizaman ini. tapi tidak bagi seseorang yang telah mengaku diri sebagai mata rantai perjuangan Islam.... sebab Islam itu bersih, maka perlukan orang2 yang bersih juga untuk menegakkannya.....

'Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan? Sangatlah benci disisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan'

(As-Saff 61:2-3)

Sebagai seorang dai'e dan mereka yang mengaku diri sebagai mata rantai perjuangan, perlu sentiasa ingat akan ayat ini. perlu jadikannya sebagai ayat yang sentiasa mentarbiyyah diri. perlu ingat bahawa proses tarbiyyah adalah sanggup untuk ditarbiyyah dan mentarbiyyah, dimana bermaksud kita menyiapkan diri kita untuk ditarbiyyah oleh orang lain dan mentarbiyyah diri kita sendiri....

Tarbiyyah bukan sekadar melafazkan ayat2 suci al-Quran dan hadith didalam percakapan, tapi lebih2 perlu lagi untuk kita sendiri mengamalkannya. Mad'u x akan respect pada dai'e yang cakap x serupa bikin... bahkan lebih dahsyat lagi, akan menjadi fitnah plak pada orang lain... sebab, sudah menjadi fitrah manusia, untuk mendengar apa yang diperkatakan oleh orang yang dipercayai dan dihormati ....bukan semata-mata mendengar dan mengambil iktibar dari apa yang diperkatakan sahaja. tapi ingat! bukan kehormatan orang yang kita cari, tapi keredhaan Allah yang kita kejar..

Sememangnya manusia itu tidak sempuran dan sering melakukan kesalahan dan kesilapan, tapi Allah itu maha Pengampun dan menerima taubat hamba-hambaNya....
Nasihat aku kepada diri aku sendiri dan sahabat2 yang lain, jagalah diri, jaga perilaku, jaga iman dan jagalah perhubungan. jangan jadikan diri sebagai asbab fitnah pada sahabat2 yang lain.

Ya Allah, hindarkanlah aku daripada melakukan kesilapan yang sama...kerana aku takut menjadi fitnah dalam Islam....

p/s: kesilapan yang dilakukan x jelas aku bicarakan disini diatas sebab2 tertentu...tapi, ambillah sedikit pengajaran dan peringatan sekiranya ader....

Wallahu'alam..

Tuesday, June 24, 2008

Kebersihan....

Hadith Rasulullah s.a.w ada menyebut, 'Kebersihan adalah sebahagian daripada iman'

Hari ini aku nak tulis pasal kebersihan...aku nak share cerita hujung minggu aku pasal kebersihan. kenapa kebersihan? cerita ni diambil sempena keadaan yang menimpa sahabat aku pada hari jumaat lepas.

Biar aku cerita dari awal erk...
hari Jumaat lepas,sahabat aku mendapat berita gembira, sbb permohonan untuk mendapatkan bilik di hostel dah diluluskan (sahabat aku ni, nak sambung master gak, sblm ni duduk kat desasiwa lain, dan memohon ke desasiswa yang aku huni sekarang, sbb pengurusan boleh berlebihkurang dengan student.). Jadi bermulalah episod mengemas bilik dan angkut mengangkut.... sebagai sahabat, aku pun dgn rela hatinya nak tolong mengankut barabg2 ke bilik baru yang bakal dihuni oleh sahabatku ini.... sama desasiswa dengan aku, tapi berlainan blok...

Setelah siap berkemas2, kami pun mula mengankut barang. kami mengangkut dan mengusung barang2 dengan troli jer,sbb aku ader motor jer,so x boleh la nak mengangkut kotak2 yg besar...nasib baik la blok tu x jauh sgt...hehhehe

Sahabatku ini dah dapat kunci bilik baru pada pagi Jumaat, tapi x jenguk pun bilik tu, sbb rasa malas n fikir, kemas lpas dah siap2 angkut brg jer la..... n 1st time we entered dat room, we were shocked...rasa x cayer jer tu bilik student perempuan...bukan aku nk kutuk atau aper... cuma nak dijadikan pengajaran.....

MasayaAllah, terperanjat beruk aku sbb 1st time masuk dalam bilik yg sgt3 horror.... dgn keadaan yang bersepah2 n bau yg x dpt nk aku describe, but for sure, perasaan yang aku ader waktu tu adalah rasa nk muntah...uwekk..(tapi berjaya la kawal diri n x muntah la lagi...hehehe) erm....bilik tu ader 4 katil, tapi ader sorg jer penghuni, perempuan muslim... tuan bilik xder waktu tu, tapi aku tau la dia muslim, sbb nampak sejadah...of course la muslim kan... xkan org cina ader sejadah plak...huhuhu

Walaupun dia berseorangan sahaja duduk dibilik tu, tapi ke 4-4 compartment dlm bilik tu dipenuh brg2...kalu x bersepah n x berbau, xper la jugak,....tapi masalahnya, mmg aku x sanggup nak berlama-lama disitu..... siap ader lilin putih yang dah separuh guna melekat kat salah satu meja studi...sahabat aku dah takut2 dah....dia kata...'entah2, dia hisap dadah kot'...huhuhu.dan macam2 lagi yang bersepah-sepah. x payah la rasanyer aku cerita detail sgt, memalukan kaum wanita jer.....huhuhu

nak x nak, kami terpaksa jugak mengangkut brg2 lain milik sahabatku ini ke bilik ni, sbb bilik yg diduduki sebelum ni wajib dikosongkan pd ptg itu juga...n nk buat rayuan tukar bilik pun x boleh, sbb dah habis waktu pejabat....so, mmg terpaksa la memindahkan sumer brg2 ke blik baru ni..... n buat rayuan pagi isnin berikutnya sahaja

2nd trip ke blk ni, aku dah x sanggup nak masuk.....tapi sbb kesian kat sahabatku ini, aku masuk la jugak, kalu x, xder saper nk tlg dia angkut brg2....waktu ni, tuan bilik asal dah ader kat blk.... aku hanya sempat tersenyum sumbing jer ngn akk ni, dah tu terus berjalan dengan lajunya sambil mengangkut brg ke tingkap..... (sbb dah sgt3 x tahan dgn bau yg ader dlm blk ni...) huhuhuh...aku xtau la akk bilik ni kecik ati ngn aku x, masuk2 bilik jer, trus buka tingkap luas2...huhuhu...terpaksa la kan....kalu aku muntah kat situ, saper susah kan?....lpas penat mengangkut brg2, kami pun keluar beli makanan,nak mkn sebelum solat maghrib.sampai dibilik, sahabatku bercerita pada roommate aku tentang bilik barunya.... n disebbkan aku mmg x suka sgt3 dgn keadaan tu, aku pun, mmg meluahkan la perasaan pada roommate aku. sampai mata roommate terbeliak... sbb x sangka aku boleh bereaksi sebegitu sekali....huhuhu. roommate mcm x percaya apa yg kami ceritakan. kami cakap 'ok, kalu camtu mlm ni tlg kitorg angkut brg2 baki kat bilik lama, tgk sendri keadaan blk tu...' sbb ader brg2 x siap angkut lagi..huhuhu....tapi mlm tu, dah bersih erbanding siang tadi, jadi rommate cakap, kami ni berlebih2 plak bercerita....tapi dia x tahu, tu selepas dikemas (w/pn dah kemas, aku pn x sanggup lagi nk masuk, mcm fobia jer...huhuhu)

Oleh sebab betul3 x tahan, sahabatku ini pun menumpang la dibilik aku dari ptg jumaat hinggalah ke pagi isnin. x tido pun kat bilik tu.... cuma letak brg2 jer....mmg kalu nk suh aku tido kat situ pun, aku mmg x sanggup...

Erm....As a muslim, patutnya, akk ni kena la jaga kebersihan, camner nk solat dlm keadaan yang x terurus camtu? dgn makanan2 yg terbuka sana sini dan macam2 lagi,.... sedih aku melihatnya. aku mmg x dpt terima bila ader student perempuan yang mmg x tahu langsung nk jaga kebersihan ni..... ish3..xkan la nak uruskan diri sendiri pun x boleh kan.... aku bukanla seorang yang suka menghias2 bilik....sbb bilik aku pun sgt3 simple, cukup dgn brg2 keperluan jer...tapi x bermakna kita simple, kita x perlu jaga kebersihan...

"...Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri (menjaga kebersihan diri rohani dan jasmani)".

(S. Al-Baqarah: 222).

Sedangkan dalam al-Quran n hadith pun sebut pasal kebersihan, kita sebagai penganut Islam ni, perlula ikut apa yang disuruh... Dalam Islam pun dah diajar tentang thaharah..xkan la x bole nk ikut...kalu kebersihan dijaga, bukan ker kita boleh beribadat dengan selesa?...ni, kalu nak masuk bilik pun x der selera, camner nk beramal dgn selesa?huhuhuh.... sedih3....

Alhamdulillah, sekarang sahabatku dah dapat bilik baru yang boleh dipanggil bilik yang selesa....

Peringatan pada diri sendiri: sentiasalah jaga kebersihan diri dan persekitaran.semoga hidup lebih sempurna dengan keadaan yang bersih =)



Friday, June 20, 2008

alasan ker sebab?

Assalamualaikum....

waahh, lama rasanyer aku x update blog ni, bz sket beberapa hari kebelakangan ini...huhuhu

hmm..aku nk cerita sket...semalam semasa menaiki kereta bersama seorang sahabat, lalu sebuah motor disebelah kereta yang kami naiki...diatasnya ada 2 orang manusia yang sedang menunggang motor tersebut.seperti biasa, mata aku akan selalu memandang ke depan.dan sepasang lelaki dan perempuan yang menaiki motor tersebut telah menarik perhatian aku.! bukan sebab aku kenal mereka, ataupun mereka adalah seseorang yang terkenal, tapi disebabkan pakaian penumpang yang dibonceng.daripada jauh aku nampak susuk tubuh penumpang yang dibonceng (seorang perempuan). dah la ketat, terselak plak kat bahagian belakang bajunya......ish3

aku pun beristighfar....apalah nak jadi dengan anak muda sekarang ni.....huhuhu. mungkin sahabat disebelahku perasan akan perubahan riak mukaku dan segera menangkap, apakah sebabnya aku berubah.....kemudian tiba2 dia berkata : 'kak baju terselak la',tapi bukanla dikatakan pada pembonceng motor tersebut....tapi hanya aku sahaja yang mampu mendengar.... perbualan menjadi panjang..... kemudian, kami berkata, 'mungkin kita sepatutnya menegur suami akk tu kan.....sebab kalu suami yang tegur, si isteri wajib la menurut perintah....'(kami membuat assumption yang mereka adalah suami isteri, sebab nak bersangka baik pada mereka)......tapi, malangnya, kami ternampak plak abang yang membonceng kakak kat belakang tu berseluar pendek.....

kemudian, tanpa insurans mulut, aku pun dgn selambanya berkata dgn nada yang kecewa..'patutla isteri dia x tutup aurat dgn betul..' huhuhu (sebab si suami pun x dapat tutup aurat dgn sempurna, macamana plak dia nk suh isteri pakai tudung, baju x boleh ketat2 kan....)

kisah tu dah pun berakhir(disitu jer yang berakhir, sedangkan hakikatnya, byk jer berlaku kat mana2 sekalipun...), tapi perbualan kami x berakhir lagi..... kami sedar akan kelemahan iman kami, hanya mampu membenci dengan hati jer...nak menegur secara berdepan mmg kami x sanggup... yer la kan... kat tgh2 jln raya, mlm2 plak tu...xkan la kami nak suh depa berhenti tepi jalan, dah tu nk kasi lecture pd depa kan?..... tapi, kalu aku nak, bole jer aku buka cermin tingkap, dan cakap, 'kak, baju akk terselak kat belakang la...'...tapi sangat la x sopann kan?......huhuhh banyak jer la alasan tu kalu xnak buat...

kenapa yer kita x mampu nak menegur kemungkaran yang berlaku di depan mata kita? macamana kita nak jadi berani mnegur org lain? bukanlah aku merasakan yang diri aku ni betul sangat.....tapi, tau la jugak yg mana betul dan yang mana salah. hmm...sahabat aku kata, dia dapat tips dari seorang sahabat yang lain, kalu nak berani mengatakan kebenaran, kita perlu berpuasa.......apa kena mengena puasa dgn keberanian untuk menegur org lain plak? konpius gak pada mulanya...tapi, sahabat aku kata lagi, 'sebab kita dikawal oleh nafsu, bukan kita yang mengawal nafsu.... sebab tu la, kalu kita berpuasa, nafsu kita dapat ditundukkan, dan insyaAllah, lama kelamaan kita akan menjadi semakin kuat......'

setelah berfikir, aku rasakan, logik jugak apa yang dikatakan oleh sahabat aku ni....mungkin selama ini kita hanya memberi alasan x berani nak menegur kemungkaran...tapi, sebab yang sebenarnya adalah kita sendiri yang tau mana yang betul dan salah ni, dikongkong oleh nafsu juga.......

sepatutnya, kita perlulah menghakis dan menghapuskan sebab yang lama tersimpan dalam diri kita ni untuk menjadi seorang penegak kebenaran.....jangan biarkan sebab itu sentiasa menjadi alasan untuk kita menjauhkan diri daripada tanggungjawab kita sebagai seorang muslim yang disuruh oleh Rasulullah s.a.w untuk berpesan2 dan menyampaikan walaupun satu ayat....

Dan, dalam kitab suci al-Quran juga, Allah mengingatkan kita supaya berpesan pada kebenaran

"Demi masa. Sungguh, manusia dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" (al-Asr 103:1-3)


Wallahu'alam.....

Saturday, June 14, 2008

tanpa tajuk

hari ini.....
aku sendiri...
sendirian yang menggamit aku untuk banyak berfikir,
mengingati masa-masa yang telah aku lalui
dan muhasabah diri....

apakah aku telah menggunakan masa yang dipinjamkan oleh Sang-Pencipta dengan sebaiknya?
ataupun aku telah mensia-siakannya?
apakah aku telah menjadi orang yang rugi?
apakah aku telah bersedia untuk menghadapi hari esok?
apakah aku telah bersedia untuk mati?....

mati.....satu kepastian yang akan hadir dan tiba,
cuma aku xtau bila....mungkinkah sesaat slpas aku post entry ini? ataupun setahun lagi? 5 thn? 10 thn? bertahun2?......aku pun xtahu, dan x akan ader sesiapa pun yang akan tahu.....

teringat aku akan ceramah ustz fahmi minggu lepas.....ustaz tanya soalan ni pada sumer peserta, tanya semula pada diri sendiri!!
siapakah aku???
untuk apakah aku hidup???
kemanakah aku akan pergi???

siapa aku?
aku manusia....memanglah manusia, xkan monyet kot?huhuh.manusia yang semacam apakah aku?
aku adalah anak kepada seorang mak dan abah, aku adalah seorang yang dilahirkan dalam Islam, aku bangga menjadi seorang Muslim, aku ingin menjadi menjadi pejuang Islam, pejuang kebenaran...aku mahu mati sebagai syuhada!!

untuk apa aku hidup?
makan?minum?study? tido? kerja cari duit byk2?tu jer ker tujuan hidup?....ish3..rugi3
tapi sumer tu mmg kena wat dlm hidup sehari2...kalu x, badan x berdaya...makan n minum tu asbab untuk kita dapat tenaga... tapi yang berkuasa hanya ALlah...
sebab tu la, Allah dah sebut : tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepadaKu....
ooo.....jadi sebenarnyer aku hidup didunia ni adalah untuk beribadat kepada Sang Pencipta.... mengabdikan diri kepadaNya, dan semua amalan dikira sebagai ibadat selagi aku niatkan apa yang aku lakukan kerana Allah....senang kan nak dapat ganjaran pahala? aku nak buat ibadah byk2....nk kumpul pahala....aku nak pahala mati syahid!!

kemanakah aku akan pergi?
aku nk balik umah....dah rindu sgt3 nk balik umah, tapi kakak aku kata balik minggu depan... tapi lpas aku balik umah, balik kampus semula, aku nk p mana?....
aku tau, aku akan balik ke alam yang kekal abadi... tapi sebelum tu, aku akan transit kat kubur dulu, nk tunggu sang Pencipta panggil tuk dihisab. hitung amalan2 aku, xtau la nanti samada dosa atau pahala yang lebih banyak....Ya Rasulullah, aku mengharapkan syafaatmu.... aku ingin disatukan dalam golongan yang beramal soleh dan aku inginkan nikmat syurga...

besarnya harapan aku....tingginya cita2 aku... tapi, apakah amalan aku cukup untuk mengharapkan itu semua?.....

sebenarnyer, aku tgh berserabut dan keboringan ni.....sbb tu la entry kali ni byk sgt tanda soal... hehheeh.... satu lagi soalan aku nk tanya utk diri sendiri: baper erk umur aku sbenanyer? naper dah selalu jer sakit2 pinggang?hukhukhuk




aa....pesanan akhir, aku dgr lagu ar-ruhul jadid tadi, tajuk ar-ruhul jadid, dengarlah,semoga dapat meningkatkan semangat bagi semua para mujahid dan mujahidah dakwah..=)

Wallahu'alam