Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Wednesday, December 17, 2008

Tutup aurat vs tutup rambut??

Dengarnya... Perihal tudung Siti
Oleh Normah Becok

Untuk tulisan seterusnya ni, tulisan cik normah, aku copy drpd berita hairan online...

CIK Normah tahu sangat, kalau Cik Normah sentuh perihal penyanyi yang seorang ini pasti ramai peminatnya akan melenting. Tapi memandangkan Cik Normah tak suka nak pilih bulu atau pilih kasih, jadi Cik Normah tetap hendak paparkan ceritanya dalam ruangan yang boleh tahan glamor ini. Lagi pun perkara ini juga turut diperkatakan peminat setia ruangan ini iaitu Miss Sukhinova yang mengirimkan e-mel kepada Cik Normah mengadu mengenai tudung penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza yang dilihatnya semakin lama semakin ke belakang sehingga menampakkan sebahagian rambutnya. Kata Miss Sukhinova lagi, memanglah sebelum ini Siti tidak menutup keseluruhan rambutnya, tetapi tak adalah macam sekarang yang menurut pandangan matanya tidak manis. Bebelnya lagi, kalau begitulah fesyen tudung Siti sejak kebelakangan ini, baik dia buka terus tudung atau selendang yang menghiasi kepalanya itu.

Lagi pun Siti akan lebih cantik jika dia kembali dengan imej terdahulu. Wah! Panas betul kata-kata yang disiarkan dalam e-mel itu. Banyak juga sebab yang diberikan, cuma Cik Normah tak mahu siarkan saja bimbang ruangan ini terbakar pula. Cik Normah kalau boleh tak mahu ikut campur tangan dalam hal seperti ini. Cik Normah pun tak bertudung dan masih lagi berkebaya ketat atau kadang-kadang memakai skirt kalau berjalan ke sana sini. Bagi Cik Normah terpulang kepada Siti hendak memakai tudung yang bagaimana. Lagi pun sebelum ini Siti pernah berkata yang dia akan memakai mengikut keselesaan sendiri.


Tak apalah Siti, anggap sajalah teguran itu sebagai sesuatu yang positif daripada peminat setia. Yang pasti, Cik Normah tak sabar nak dengar album terbaru Siti yang berjudul Lentera Timur. Khabarnya album itu akan berada di pasaran pada 26 Disember ini. Pada peminat Siti tu, jangan lupa dapatkan album itu di pasaran tau.
Ish3...apa nak jadila dengan manusia sekarang ni agaknya.....mungkin agak kasar perkataan aku kalau aku katakan, lebih baik x payah pakai tudung terus!sebab yang dia pakai tu, bukan tudung pun, cuma kain tutup kepala...tujuannya? WAllahu'alam..aku pun x tahu...
sebabnya, kalau kata nak ikut perintah Allah, memang x sempurna langsung.....malah, lebih teruk lagi, seakan memperlekeh suruhan ALlah...Allah dah terangkan dengan jelas dalam surah surah an-Nuur (24:31) yang bermaksud ; Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
Jelas bukan?...aku ingatkan n harapkan, dengan isu pemakaian 'tudung' DATUK SITI sebelum ni, dapatlah kiranya pemakaian 'tudung' bertambah baik, tp, sekarang inilah yang terjadi... bukan niat aku nak menghentam SITI jer.....tp, disebabkan beliau adalah public figure yang begitu tersohor, maka apa yang dilakukannya besar kemungkinan akan menjadi ikutan orang ramai...dan apa yang membimbangkan adalah bagi anak2 muda n budak2 sekolah yang hanya 'nampak' golongan artis jer depan mata depa.....walaupun bukan secara 'live' tapi hakikatnya depan mata mereka disogokkan dengan kehadiran selebriti2 ni....
Nampaknya rakyat malaysia sekarang ni, menjadikan artis2 dan selebriti2 pujaan mereka sebagai ikutan dan panduan. tidaklah aku membuat kajian dan penyelidikan yang mendalam mengenai hal ini, tapi semua ni berdasarkan kepada pemerhatian mataku secara kasar.....
Natijahnya?....apa yang dilakukan n dikatakan oleh mereka ini akan dijadikan sebagai rujukan.... amboi3...sedap2 jer mereka keluarkan statement seperti, "nak pakai tudung ikut keselesaan sendiri"...kalau macamtu, better x payah pakai....
Aishh.... susah nak terangkan bab ni sebenarnyer.... susah sangat ker nak faham, menutup aurat tu adalah tuntutan agama...bukan sebagai option... dan sebenarnya suruhan Allah adalah menutup aurat, bukan menutup kepala.... cuba lihat semula ayat surah an-Nuur diatas...bukan sahaja Allah memerintahkan hambanya yang beriman untuk melbuhkan tudung ke dada sahaja, malahan perhiasan2 yang sepatutnya tersimpan pun x boleh ditunjukkan kepada lelaki ajnabi...inikan pula anggota tubuh yang telah digariskan sebagai aurat bagi perempuan....
Abah aku selalu ingatkan, bawalah apa yang kita lakukan didalam sembahyang, ke luar sembahyang.Salah satu maksudnya, kalau kita sembahyang, kita tutup aurat dengan sempurna kan? kalau bagi rakyat Malaysia, kaum perempuan suka memakai telekung putih. tujuannya? untuk menutup aurat...jadi aurat yang kita tutup itu, samalah aurat yang perlu kita tutup bila berada di khalayak ramai dan dihadapan lelaki2 ajnabi. bukan aku nak suruh org2 perempuan di Mlaysia memakai telekung di jalanan, tapi cukuplah sekiranya pakaian yang kita pakai cukup panjang, cukup lebar, dan tudung juga cukup labuh ketika diluar sembahyang sehinggakan kita x merasa was2 untuk memakai pakaian tersebut tanpa telekung ketika hendak menunaikan ibadah sembahyang.....Kalau didalam sembahyang kita takutkan ALlha, maka diluar sembahyang kita juga perlu takutkan Allah...sebab Allah MAHA MELIHAT, MAHA MENGETAHUI.....
mungkin silibus pelajaran subjek pendidikan Islam perlu di'revise' semula... tekankan semula tuntutan2 fardhu ain ni dengan lebih jelas...bukan sekadar mengadakan ujian KAFA (ujian secara lisan sewaktu aku berada dizaman persekolahan dulu...xtau la sekarang ni ader lg atau x)
Jadi, perempuan2 beriman...ingatlah perintah dan lakukanlah suruhannya sebaik mungkin...bukan ammbil sekerat-sekerat jer...sebab kita perlu melakukan sesuatu kerja dengan sempurna...barulah kita akan merasai nikmatnya..insyaAllah
peringatan terakhir...WAHAI PEREMPUAN2 BERIMAN, TUTUPLAH AURATMU SEBELUM AURATMU DITUTUPKAN OLEH KAIN KAFAN.....
WAllahu'alam.....

Friday, September 5, 2008

Entry ke-50 =)

Sedar x sedar ini adalah entryku yang ke-50,dlm masa hampir 5 bulan baru dapat memasukkan 50 entry...kalu aku lebih rajin mengupdate, mungkin sekarang dah menghampiri 100 entry...tapi xper, at least dlm masa x sampai 5 bulan, aku dah mencapai 50 entry....=)
dalam entry kali ni, aku nak mewar-warkan berita gembira ....kebenaran berita ni, aku x dapat nak memberi jaminan, sebab aku copy drpd berita arus perdana, Berita Hairan. tapi, kemungkinan ianya akan terjadi amat tinggi. xpercaya? aku agak yakin, sebab sebelum pilhanraya kecil P.44 harga minyak turun kan?hehehehhe....(faham2 sendri jer la apa yang aku nak cakap...)
disini aku copy n pastekan berita tersebut.....
Petrol turun 15 sen lagi Jika pasaran dunia terus susut: PM
PUTRAJAYA: Kerajaan akan menurunkan 15 sen lagi harga petrol dan diesel akhir tahun ini jika harga minyak mentah dunia terus susut di bawah paras AS$109 setong, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. "Harga minyak mentah dunia turun naik, tetapi kalau ia boleh kekal pada paras AS$109 setong sehingga hujung tahun, sudah tentu saya gembira untuk mengurangkan 15 sen lagi daripada harga sekarang.
"Kita sentiasa membuat kajian serta pemantauan mengenai harga minyak mentah dunia dan mengikut kaedah serta formula yang digunakan sekarang, maka rakyat akan menikmati penurunan harga bahan api 15 sen," katanya. Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2008, semalam. Hadir sama, Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah. Sebelum ini, kerajaan memutuskan harga petrol diselaraskan setiap 1 hari bulan berdasarkan purata bulanan harga minyak mentah dunia dan penetapan subsidi 30 sen seliter. Formula pelarasan itu hanya dilaksanakan jika harga pasaran bulanan minyak mentah dunia susut di bawah paras AS$125 setong, iaitu kadar ketika penstrukturan semula subsidi minyak diumumkan kerajaan pada 4 Jun lalu.
Pada 22 Ogos lalu, kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON97 dan RON92 masing-masing sebanyak 15 sen dan 22 sen kepada RM2.55 dan RM2.40 seliter manakala harga diesel turun lapan sen kepada RM2.50 seliter, berkuat kuasa keesokan harinya. Abdullah berkata, kerajaan sentiasa berusaha memberi yang terbaik kepada rakyat dan keputusan menurunkan harga bahan api bulan lalu itu adalah antara langkah yang diambil untuk mengurangkan beban orang ramai, terutama golongan berpendapatan rendah. "Jika harga minyak mentah dunia terus menunjukkan penurunan yang stabil, maka kita akan memberi sesuatu yang terbaik kepada rakyat," katanya. Sementara itu, Perdana Menteri yakin kerajaan dapat menurunkan defisit fiskal tahun depan kepada 3.6 peratus daripada 4.8 peratus tahun ini menerusi pelbagai pendekatan ekonomi yang akan dilaksanakan.

Abdullah berkata, defisit fiskal tahun ini meningkat kerana perbelanjaan mengurus dan pembangunan bertambah kepada RM9.6 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun lalu, berbanding lebihan sebanyak RM975 juta bagi tempoh sama tahun lalu. Mengenai nilai ringgit, Abdullah berkata: "Walaupun pada waktu ini nilai ringgit berkurangan, belum sampai pada peringkat membimbangkan" Terdahulu, ketika berucap pada mesyuarat itu, Abdullah berkata, Kementerian Kewangan akan memantau secara berterusan bagi memastikan jumlah pinjaman dan pendahuluan dibuat kerajaan negeri dijelaskan mengikut jadual. Katanya, tunggakan bayaran balik pinjaman kerajaan negeri sehingga 31 Disember 2007 berjumlah RM3.036 bilion manakala bayaran balik pinjaman yang dibuat kerajaan negeri daripada tempoh 1 Januari hingga 30 Jun lalu sebanyak RM87.54 juta berbanding jumlah anuiti sebanyak RM274.01 juta bagi tempoh sama.
Sama-sama kita nantikan.....=)

Tuesday, August 26, 2008

pilihanraya kecil parlimen permatang pauh P.44 (edited)

walaupun badan ni penat, tapi aku still nak share jugak citer aku pada harini...

mungkin tarikh 26 ogos bakal membuka lembaran sejarah baru untuk Malaysia,sebab dengan adanyer pilihanraya kecil ini, insyaAllah kerajaan mungkin akan bertukar. ini berdasarkan perjalanan pilihanraya kecil yang baru jer berlangsung td.

daripada penglihatan kasar, aku lihat DSAI mempunyai peluang yang cukup cerah bagi memenangi pilihanraya kecil pada kali ini...insyaAllah, sumernyer jika dan hanya jika diizinkan Allah.ini kerana sepanjang 10 jam aku berada disalah sebuah tempat pembuangan undi, aku lihat kebanyakannya menyokong pakatan rakyat...jika pihak kerajaan umno n bn tidak 'main kotor', mungkin DSAI boleh masuk parlimen esok...

sumernyer kita perlu tunggu kiraan undi selesai malam ni,....

banyak sgt cerita sepanjang pilihanraya kecil pada kali ini...tapi aku penat sgt utk menulis, insyaAllah kalu aku rajin, aku sambung semula, selepas kiraan undi selesai...=)

aa...yang ni aku nak share dulu....sebagai warm up,....
aku dapat bergambar dengan wife DSAI, DSWan Azizah....jgn jeles..heheheh.


tambahan...
erm, sepanjang perjalanan aku ke destinasi, aku rasa agak nervous, sbb pilihanraya pd kali ini bakal mengubah sejarah negara.tambah2 lg, mak dah call aku mlm sblm hari mengundi.waktu tu, aku ader kat school,sebab student master n phd membuat program- 'makan-makan' pd mlm tu....mak mengingtkan aku, spy jgn pergi ke tempat yang bakal huru-hara.sbb mak aku cuma tgk verita TV3suku jer....sbb tu dia fikir camtu....mak aku cakap berkali-kali...jgn join sgt politik,(sbb ayah aku mmg x gemar politik2 ni...)..huhuhu.so, aku pn terpaksa la berhelah. aku cakap ngn mak (sambil gelak2 sket,spy mak percaya); "yer...kak uda (sebut sebagai kokde) xkan join benda yg bukan2, merusuh segala tu...xkan la kokde nk buat camtu...... insyaAllah xder aper2 punyer..."dan panjangla lagi peringatan daripada mak pada mlm tu..xtau la kenapa dia boleh terfikir aku akan join,kuat betul instinct mak ni erk.....(nasib baik kwn2 sumer tgh hidupkn api tuk bakar mknn, so xder la aku kerugian x dpt menjamu selera...hehehheh).

Ok, teruskan cerita...pagi tu, aku ke PP dengan menaiki motor, bersama seorang sahabat.jadi, awal2 pg kami dah kuar dr kampus menuju ke destinasi.alhamduliLlah...sampai dengan selamat...setibanya di salah sebuah tempat mengundi, aku pun bersalam2an dengan bonda2 yg telah sampai lebih awal..oleh kerana aku x turut membantu drpd hari2 sebelumnya, jadi, aku pn tanya la pd mslmt yg ader, apa tugas yg boleh kami bantu? nak p mana?

kami disuruh duk kat pondok panas/tepi jln, tuk merayu undi sebelum pengundi2 masuk mengundi.jadi sepanjang hari aku n sahabat duk la tepi jln, sambil mem'promote'kan DSAI..(walaupun aku rasa, kalu x promote pn, insyaAllah ramai yg akn menyokong beliau..).sepanjang kami bertugas, macam2 aksi yang aku boleh lihat.

waktu awal2 pusat mengundi dibuka, aku n beberapa org mslnt lg, mencari tempat untuk membolehkan kami menjalankan tugas. kemudian, x berapa lama kemudian, dtg la sekumpulan manusia, untuk mempromote BN..jln depan kami dengan gaya yang 'bajet hebat'.mentang2 la depa sumer lelaki muda..kami ni, sumer org prmpuan ,jd kami pun beranjak sedikit ke belakang, (xnak plak nnt jd isu kami plak yg meraba depa ker, ape ker....huhuhuhu). dah jln dpn kami, depa pun, lepak dekat sebelah kwsn kami...sorg akk ni pn, bertanya (borak2) pd adik2 ni..."baper hangpa dpt mai trn kibar bendera ni?" salah sorg drpd depa pn menjawab, "150 jer"...dtg situ pgg bendera pn, bole dpt duit...dah la tu, duk kejap jer, bila matahari naik sket jer, trus blah....sekali lagi depa jln dengan gaya depa...aku ni jahat sket...konon2, xnak la mengalah sgt...so, kalu nak lalu depan kami, pandai2 jaga keselamatan sendri, malas aku nak kasi ruang lebih tuk depa jalan...pandai plak tu jln baik2....sajer jer nk tunjuk lagak erk...

DSAI sampai di kwsn aku bertugas sewaktu pemuda2 BN ader lg di sebelah kawsn kami berdiri. macam2 kata2 kotor disampaikan kepada DSAI.ntah aper2 la depa ni...tp, kat TV dan berita arus perdana xkan tunjuk sumer tu.kalu yg cakap merepek n mencarut, barisan rakyat.kalu wat rusuhan,pun barisan rakyat.kalu yg baik2, sumer BN...x telus langsung....

selain itu, pelbagai ragam lg yg aku jumpa.jika sebelum ini, aku cukup menyampah bila aku berdiri di tepi jalan dihon oleh pemandu,tapi pada hari tersebut, aku cukup gembira mendengar bunyi hon....(ntah apa2 jer aku ni...).setiap bunyi hon menandakan sokongan mereka kpd DSAI,jd bila byk sokongn, peluang utk menang semakin la tinggi....jika selalunya berjalan menunduk jer...tp sepanjang hari aku berdiri tepi jln dan melambai org ramai, agar menyokong barisan rakyat.siap tersenyum plak tu....huhuhu.kronik betul!! bukan la aku nak kata niat menghalalkan cara,tapi pada waktu itu, memang aku rasa perlu untuk tersenyum pada sumer org,utk aku melaksanakan tugas yg diberikan...

kebanyakan uncle2 chinese yang berlalu di depan kami akan mengungkapkan kata2 semangat seperti,"jgn risau,misti minang punya", "sy mesti undi ini (DSAI)" dsb....dan bila ader kenderaan yang lalu makcik2 thumbs up pd kami, kami menjadi semakin bersemangat.x rasa penat walau berjemur....

cerita yg kurang enak, tentu sahaja timbul daripada barisan lawan. bukan disebabkan aku menyokong DSAI, jd aku nak mengutuk barisan lawan, tapi tu lah hakikatnya....depa lalu depan kwsn kami, gaya jer lebih...bajet hebat. tapi, bukan aku nak kata la, antara pemuda, wanita dan puteri umno, aku lihat puteri memang kurang berakhlak.yang lebih banyak menyakitkan hati kami, memang puteri....wanita n pemuda, aku tgk mcm xder la lebih2 sgt...tp, puteri2 ni, bila lalu jer depan kami, mesti nak mengutuk kami.kata rakyat xnak ngn barisan rakyat la, menunjukkn sign2 yg ntah aper2, mengutuk makcik2 dsb......ish3..naper la sampai jadi mcm ni? walaupun kami x sokong umno,tp xder la sampai kami diajar dan berkelakuan biadab mcm tu..... UMNO, tlg la didik puteri2 hangpa tu..aku yg berstatus wanita ni pn rasa malu dgn perangai yg semacam tu...iush3.....

ermm....status sebagai pelajar postgrade, walaupun x terikat ngn auku, aku masih ader rasa sedikit cuak...sebab tiba2 aku terlihat kelibat kaunselor universiti.nasib baik aku perasan.so, sempatla aku mengcover muka aku waktu tu...sbb dia mmg cam muka aku, n selalu gak tegur menegur kat kampus, kalu terserempak kat kafeteria dsb...jadi, mmg sah la dia akan cam muka aku.lama plak tu dia ada kat kwsn ni....xtau la apa yg dia duk buat...dr pg sampai ke ptg dia ader, tp alhamduliLlah, dia x menyapa aku (kalu dia perasan aku ader kat situ la).kalu dia sapa aku, mesti aku akan gabra..hehheheh.walaupun xder aper yg perlu ditakutkan sebenarnyer...

ermmm...sblm balik, kwsn kami dikunjungi oleh DSAI n wife.jadi, sempat la bersalaman n menangkap gambar bersama DSWA.

satu pengalaman yg x mungkin akan aku lupakan, utk sepanjang hari tersebut ....=)

Saturday, August 2, 2008

AUKU: Pelajar dibenar berpolitik

Aug 2, 08 6:36pm
Penuntut Institusi Pengajian Tinggi akan dibenarkan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan ahli politik termasuk dari pembangkang apabila Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) selesai dipinda dan diluluskan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata pertemuan dan perbincangan bleh dilakukan menerusi seminar, ceramah atau forum berbentuk ilmiah.

"Saya tidak fikir mana-mana parti politik akan menggunakan cara berucap dan berkempen politik jalanan apabila masuk kampus kerana mereka yang ada di sini (universiti) adalah orang yang berpengetahuan, ada ilmu dan mereka akan buat ukuran," katanya dalam laporan Bernama.

Bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Tahunan Pemimpin Mahasiswa Malaysia di ibunegara hari ini, Mohamed Khaled bagaimanapun menegaskan bahawa penuntut universiti tidak dibenarkan untuk menyertai parti politik.

Ditanya sama ada ia juga tertakluk kepada individu yang telah melibatkan diri dalam politik dan kemudian menyambung pelajaran di universiti, Mohamed Khaled berkata perkara itu hanya perlu dimaklumkan kepada naib canselor sesebuah universiti.

"Contohnya seperti saya yang seorang menteri yang juga ahli parti, tidak perlulah saya kena berhenti dari parti untuk sambung belajar.
Saya hanya perlu maklum dan beritahu pada naib canselor sahaja," katanya.

Persidangan dua hari itu yang dihadiri hampir 700 pelajar Malaysia di luar negara membincangkan tentang perpaduan nasional, kesaksamaan gender, korporat Malaysia, politik, ekonomi dan isu sosial.

Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua dan Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad turut diundang untuk membincangkan isu berkaitan pemberian susbsidi oleh kerajaan kepada rakyat.

http://www.malaysiakini.com/news/87177

Pelajar dibenarkan berpolitik... satu perkembangan dan berita terbaru drpd AUKU....mungkin Malaysia dah mula sedar yang pelajar juga sememangnya perlu memikirkan soal politik negara. Bukan sekadar menjadi student yang cemerlang diatas kertas peperiksaan semata-mata, tapi kurang mempunyai sifat kepemimpinan. Diharap dengan perkembangan terbaru bagi dunia pelajar ni, akan membuka lebih ruang kepada pelajar menyuarakan pendapat dan pandangan masing-masing.

Namun begitu, terdetik juga perasaan curiga dihati aku ni. Betul ker depa akan bagi kebenaran kepada semua ahli politik? termasuk bagi ahli politik pakatan rakyat seluruh negara? Akan adakah diskriminasi nanti? Adakah mereka hanya ingin meng'halal'kan kemasukan ahli politik mereka secara terang-terangan kepada siswa-siswi? kerana pada akhirnya nanti, kertas kerja projek akan dinilai dan hanya akan disahkan oleh HEP...sedangkan projek dalam kategori biasa2 pun, kadangkala susah mendapat kelulusan...inikan pula apabila ahli politik menjadi penceramah, atau ahli panel program?......

teringat pula usaha membawa masuk penceramah Aqyl Hayy (betul ker eja nama ni?...huhuhu). Dibatalkan pada saat2 terakhir....Semua dah tersedia, kerusi dah tersusun, dan kalau x silap, penceramah pun dah nak sampai...tiba2,arahan pembatalan majlis dikeluarkan oleh HEP..... Aku harap jangan la pulak lepas ni sumer kertas kerja x disahkan oleh HEP plak.....

WAllahu'alam....

P/s: Erm.... sama2 kita nantikan, apa yang akan jadi seterusnya... Tunggu dan lihat....=)

Monday, July 28, 2008

pelajar + kuliah

erm...dah 2 hari aku x update blog.
(Actually, ni adalah entry yg tertunda...sajer jer nak post gak ...sbb internet kat blk dah ok....=) )

1st of all....alhamduliLlah, surat tawaran meneruskan pelajaran ke peringkat master telah selamat sampai ke tangan aku. Mula2, surat tu sampai ke rumah. Abah periksa, apa yang ada dalam surat tu, kemudian abah kata ada 1 bahagian perlu tandatangan penjaga. Jadi abah dah sign siap2 tuk aku... terima kasih abah, x perlu la aku nk pos semula surat ni ke rumah, dah tu pos semula pada aku....hehehhe.

Sebenarnyer, surat tu abang aku yg tlg poskan. xtau naper dia terlupa plak nak tulis nama n nombor bilik adik dia ni. abang aku ingat aku ni glamour sgt ker? sumer org tau, surat tu milik aku? (xder kena mengena pn surat tu ngn keglamouran..hahaha)..apa2 pun, alhamduliLlah sekali lagi kerana akhirnya aku dapat juga surat yang aku nanti2kan selama 3 bulan ni...=). kalaulah staff pejabat desa pulang semula pada alamat pengirim, xker tambah lagi 1 kerja tuk abah nk kena resend surat pd anak dia ni?huhuhu

Erm.....Jadi, sekarang aku sudah boleh mendaftar sebagai pelaja postgrade..x perlu bergelar staff lagi...hehehhe.bukan x seronok bergelar staff, cuma aku lebih gembira jika bergelar sebagai pelajar... :-P

2nd: aktiviti hujung minggu.... aku hanya berkesempatan menghadiri majlis himpunan bicara ilmu yang dianjurkan oleh Pusat Islam kampus. AlhamduliLlah, banyak input yg aku perolehi pd majlis tersebut. pada slot pertama, ustaz Fauzi yang aku kira sangat berilmu dalam bidang fiqh mu'assir (feqah semasa) telah memberikan ceramahnya. tajuk kali ini lebih kepada mu'amalah.

tajuk yang dibincangkan adalah hukum2 sekiranya menternak dan membekalkan ternakan2 pelik seperti katak,cacing, lintah dsb. Apa yang boleh aku simpulkan adalah, harus bagi kita menternak ternakan tersebut selagi ianya digunakan untuk kegunaan luaran sahaja. Dan haram sekiranya ternakan tersebut dimakan, atau dicucuk ke dalam tubuh manusia.

1.Najis (cth: tahi ayam)-boleh digunakan sebagai baja, jadi najis tersebut adalah harus dalam jualbeli.
2.Cacing .-boleh digunakan dalam pembuatan baja.maka diharuskan untuk menternak cacing dan menjualnya selagi syarat kegunaan dipatuhi. cth:digunakan bagi pembuatan baja,kerana manusia tidak dapat menghasilkan baja komposit tanpa bantuan si cacing.
3. Lintah.-harus untuk menternak dan menjual, selagi kegunaan hanya untuk luaran sahaja. Rasulullah bersabda, hendaklah kamu berubat menggunakan lintah, (al-hadith)

jadi, walaupun kita bermuamalah dengan najis sebagai produk, ianya masih lagi diharuskan selagi najis2 ini memberi manfaat kecuali najis2 yang telah jelas diharamkan olehNya didalam al-Quran.

Namun begitu, apa yang terjadi pada masa sekarang, ilmu fiqh 'disalahgunakan' oleh sesetengah pihak yang xtau la apa kepentingan pada mereka. Hanya perkataan harus yang diambil, sedangkan syarat2 tidak dipatuhi. Sekiranya syarat2 dilanggar, maka hukum yang berlainan akan timbul. Oleh itu, kita sebagai manusia yang bertanggungjawab diatas segala tindakan kita didunia ini perlulah mengambilkira sumer syarat2 yang terkandung dalam sesuatu urusan yang dilakukan sehari-harian. jangan hanya nak fikirkan kemudahan kita disini sahaj, tapi fikirkanlah kesudahan kita di alam yang satu lagi. Alam Akhirat yang kita semua akan duduk kekal didalamnya....insyaAllah peringatan khas ditujukan kepada diri aku sendiri juga, semoga aku tidak lupa dan leka.Ameen...

penceramah ke-2, Ustz Ellyas, mengupas tajuk 'benarkah pelajar muslim lemah?'. Jawapannya ya dan tidak.Kenap ya? dan kenapa tidak?

InysaAllah aku sambung di lain entry, sebab mata dah mula mengantuk.Takut2 aku menaip diluar sedar. Aku perlu bertanggungjawab terhadap apa sahaja yang aku katakan (atau lebih tepat, apa yang aku taipkan...) =).

Sebab apa aku cakap macam ni? sebab ustz Fauzi ader keluarkan beberapa fatwa yang telah dikeluarkan seorang yang berilmu (cukup hebat dari segi kelulusan), tapi mengeluarkan fatwa sesuka hatinya sahaja.....banyak kali dah kesilapan yang beliau lakukan...mula2 dgn kes penghalalan pelacuran, kemudian talak yang tidak jatuh kalau x serius, dan ada beberapa lagi kes yang aku rasa malu nak ingat, sebab yang mengeluarkan statement tersebut adalah seorang ilmuan dan boleh dikira pakar dalam bab tersebut. Itu yang membuatkan aku terkilan.

Jadi, dalam membicarakan soal agama, kita perlulah mendapat dari sumber yang betul dan boleh dipercayai. Janganlah main suka2 hati jer nk ikut...so, mari kita bersama2 menambah ilmu didada.....peringatan khas pd aku jugak sebenarnyer...heheheh
k la....dah mula merapu ni...nk kena rehatkan otak dan mata buat seketika

WAllahu'alam

Thursday, July 17, 2008

Debat minyak



Pada hari selasa lepas (15 julai 2008) aku telah berpeluang menyaksikan siaran langsung ‘hari ini memerintah, esok harga minyak turun’ antara penasihat pakatan rakyat, DSAI dan juga menteri penerangan Malaysia Datuk Shabery Cheek. Satu isu yang panas, sejak keputusan Pak Lah dan menteri2 kabinetnya membuat keputusan bukan popular, iaitu menaikkan harga petrol sebanyak 78 sen, pada awal Jun lalu.

Telah lebih sebulan berikutan kadar baru harga minyak yang perlu dibayar oleh rakyat Malaysia telah berjalan. Dalam perdebatan yang berlangsung selama 1 jam, banyak informasi yang kita boleh teliti. Samada benar ataupun tidak, logik ataupun retorik, otak kita boleh menilai. Kredit dan pujian aku berikan pd DSAI kerana berjaya membincangkan perdebatan ini secara ilmiah dan penuh dengan fakta dan angka2, yang aku kira memang beliau layak utarakan berikutan kedudukannya sebagai mantan menteri kewangan dan timbalan perdana menteri suatu ketika dulu. Berbeza dengan lawan debat, iaitu menteri penerangan yang aku lihat lebih banyak menyerang peribadi DSAI berbanding isu yang sedang dibincangkan.

Untuk tidak bias, aku telah melihat 3 kali ulangan siaran,pertama siaran langsung, kemudian siaran pada jam 11 mlm, dan untuk lebih kepastian akan isi2 perdebatan, aku telah mendownload di youtube. Menjadikan total 3 kali siaran yang aku ikuti. dan, semakin aku amati, semakin aku lihat ketandusan fakta penerangan yang dibuat oleh menteri penerangan terhadap isu yang dibincangkan.

Bagi yang boleh dan mahu berfikir, mungkin dapat menimbang apa yang diperkatakan oleh DSAI. Kebejatan ekonomi yang dialami sepanjang pemerintahan Pak lah sebagai PM Malaysia memang amat dirasai. Kadar inflasi yang semakin meningkat membebankan rakyat. Pembangunan dan pembinaan infrastruktur pula, tidak selari dengan penjagaan kebajikan rakyat.

Jumlah tanggungan kerugian akibat kebocoran dan ketirisan pengurusan adalah tinggi,dan akhirnya rakyat yang menjadi mangsa akibat ketidak-bijakan YB-YB dan menteri-menteri mentadbir dan menguruskan hak-hak rakyat. Apabila dana disumbangkan oleh negara bagi membantu mengatasi masalah syarikat-syarikat besar daripada jatuh bankrap dan muflis, dipanggil insentif. Manakala duit rakyat daripada hasil khazanah negara yang dipunyai oleh rakyat keseluruhannya, juga duit hasil daripada kutipan cukai daripada rakyat dan sebagainya, akan dipanggil subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk rakyat! Adakah ini adil?

Memang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menguruskan harta rakyat. Mereka dipilih menjadi menteri bukan untuk menebalkan poket mana-mana pihak, tapi mereka diupah oleh rakyat dengan harga yang tinggi untuk mengurskan harta dan menjaga kebajikan rakyat.
Namun, mungkin semua rakyat Malaysia telah terlalu biasa dengan istilah-istilah yang digunakan oleh kerajaan BN yang memang dilihat rakyat ini sebagai orang yang suka meminta-minta. Penerangan dan penerapan ideologi ini amat berkesan dilakukan oleh kerajaan BN, sehinggaa ada yang mengatakan,’kalau bukan kerana kerajaan BN, mgkin negara kita tidak akan maju seperti sekarang’, ‘jgn tentang kerajaan BN, kalau kita tentang dan jadi pembangkang, macamana nak dapat kerja? macamana nak hidup?’. Sekiranya sampai ke tahap seperti ini, kita seakan-akan menafikan bahawa rezeki adalah ditangan Allah!

Bagi yang telah mendengar perdebatan ini, harap dapat diambil iktibar daripadanya, dan disampaikan pada sahabat-sahabat yang lain. Kita cuba gerakkan minda dan buka minda lebih luas agar kita tidak diperkotak-katikkan selepas ini.

WAllahu’alam

Friday, June 6, 2008

HOW TO CONTROL GAS PRICE???

Cara ini aku dapat daripada emel seorang sahabat...
kalau betul.....why not try?.....kalau harga boleh turun semula, mmg byk membantu diri kita sendiri kan?.......

Tolong baca sampai habis*.buah fikiran yg sangat baik*.mari kita renung dan fikir fikirkan*kemudian kita lakukan.

Idea daripada orang-orang yang kerja kat PETRONAS - price control

Idea yang sangat menarik? Tapi adakah ianya berkesan?

Nampaknya
sekarang harga petrol akan menghampiri RM 3.00. Mahu supaya harga petrol turun? Kita perlukan satu tindakan bijak dan bersepadu.

Philip Hollsworth menawarkan idea bagus ini. Ianya LEBIH BERKESAN berbanding kempen "jangan beli petrol pada hari tertentu" yang dilakukan pada April atau Mei lalu. Syarikat minyak hanya akan mentertawakan sebab mereka tahu dengan tidak membeli petrol, kita akan menyusahkan diri sendiri. Ia lebih menyusahkan pengguna sendiri berbanding penjual.

Tapi, tak kiralah dari siapa idea ini yang mencadangkan pelan yang benar-benar berkesan. Sila teruskan membaca dan ambillah bahagian dalam rancangan ini.

Mengikut kenyataan dari negara-negara pengeluar minyak anggota OPEC harga seliter petrol adalah semurah 89 hingga 95 sen sahaja. Tetapi syarikat syarikat pembekal minyaklah yang mengaut keuntungan besar dari situasi sekarang ini.

Kita sebagai pengguna perlukan tindakan agresif untuk 'mengajar' mereka bahawa PEMBELI juga ada kuasa untuk yang mengawal harga, bukan penjual sahaja.

Dengan harga petrol yang naik begitu tinggi sekarang ini, kita pengguna perlu bertindak segera. Satu cara yang disarankan untuk menurunkan harga petrol ialah dengan memberikan tamparan 'market leader' industri berkenaan, iaitu dengan tidak membeli petrol dari penjual tertentu. Ini dapat kita lakukan tanpa menyusahkan diri kita sendiri.

Ideanya begini :-

Untuk sepanjang tahun ini, JANGAN beli petrol dari TIGA SYARIKAT
MINYAK TERBESAR DI DUNIA iaitu

1) ESSO/MOBIL
2) SHELL
3) PROJET

Tiga syarikat gergasi inilah yang sebenarnya mengawal harga runcit petrol dan mengaut keuntungan untuk diri mereka sendiri.

Jika mereka tidak merasa penjualan petrol mereka menurun secara tiba-tiba sedangkan pesaing mereka akan terus maju, mereka akan mula menurunkan harga. Dan jika mereka berbuat demikian yang lain akan turut serta. Tetapi, untuk kaedah ini memberi kesan, kita kena memberitahu berjuta pembeli ESSO/MOBIL,SHELL dan PROJET.

Ia sangat mudah dilakukan. Saya akan terangkan disini caranya:-

Saya menghantar mesej ini kepada ramai orang.Jika setiap kita menghantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (30 x 10 = 300)? Dan 300 orang ini hantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (300 x 10 = 3,000)? dan seterusnya.

Sebaik mesej ini sampai kepada generasi penerima yang ke 6, ia sebenarnya telah disebarkan kepada lebih TIGA JUTA pengguna petrol. Sekali lagi, apa yang perlu anda lakukan ialah :

1) Menghantar mesej ini kepada 10 orang atau lebih, itu saja.
2) Berhenti dengan serta merta membeli petrol dari ESSO/MOBIL, SHELL dan
PROJET.
Itu sahaja.....

Berapa lama ia akan berlaku? Jika setiap kita menghantar email kepada 10 orang dalam satu hari, semua 3 JUTA orang akan dapat dihubungi dalam masa 8 hari sahaja..

Saya cabar anda, jangan sangka anda tiada kuasa, bertindak secara bersama. Ia pasti akan membuahkan hasil.

Jika anda terima sar ana n ini, sila sebarkan email ini.
TOLONG KEKALKAN KOMITMEN ANDA SEHINGGA MEREKA TURUNKAN HARGA DALAM LINGKUNGAN 80 SEN SELITER...

Mudah saja, anda cuma perlu....... ......

1. Forwardkan email ini kepada kawan-kawan dan kenalan,
2. Beli petrol dari PETRONAS , dan CALTEX sahaja ..... jauhi diri anda
dari stesyen petrol ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET.

hmmm....kalau syarikat2 gergasi ni dah menurunkan harga mereka, semestinya harga pasaran dunia akn turut turun...
so, sila sebarkan idea ini.....

Thursday, June 5, 2008

harga minyak naik lagi....!!!!thanx to BN

aku betul2 bengang bila dapat tau harga minyak naik petang smlm ( 4 jun). aku keluar waktu tu, tp tiba2 dapat sms drpd sorang kwn, suh isi tangki penuh2 ngn petrol berharga rm1.92, sebelum naik kepada rm2.70 selepas 12.00mlm (5 jun).kebetulan sebelum keluar ke pekan, aku berbincang tentang harga minyak yang bakal naik....

tapi, pak lah mmg suka beri kejutan demi kejutan pada rakyat..!! aku 'SUKA' sangat!!!! 3 jun kata xkan naikkan harga minyak segera,tapi, keesokannya umum akan naik pada 5 jun plak....dia ingt rakyat ni j***l mcm dia ker?dulu pun wat camtu gak, sblum PRU 12.....ntah aper2 ntah...mcm x serius jer ......kalu nk main ngn cucu2 boleh la, ni nak persendakan rakyat2 plak.....

apa yang paling aku takuti adalah, keadaan ekonomi rakyat yang semakin meruncing dan akan semakin kehidupan rakyat....bila orang dah hidup dalam keadaan tertekan ni, macam2 boleh berlaku......

xder perkataan lain yang boleh menggambarkan kebengangan dan kemarahan yang aku rasai sekarang ni...bagi aku sumer ni berpunca dari kejahilan pemerintah, atau lebih tepat lagi, pm tercinta! sibuk nk hias negara, tapi hasilnyer, rakyat yg kena kuar duit byk.....cuba potong separuh gaji menteri2 tu....mau mengamuk!!!...

ish3...aku dah x bole berfikir dalm kewarassan lantaran kemarahan yang menyelaputi jiwa. menjadikan otak aku asyik mencari kesalahan jer....

natilah, insyaAllah kalu suhu kemarahan aku menurun, aku akan bincang semula pasal topik ini, dengan sudut yang lebih ilmiah dan dari pandangan seorang pemimpin.....

buat masa sekarang, aku mmg x boleh nak berhusnu zhon dgn insan bernama pak lah ni....
astaghfirullah.....
maaf untuk diri sendiri, atas posting yg penuh dgn kemarahan ini....


p/s: aku nk join mana2 demonstrasi pasal kenaikan harga minyak ni, kalu ader....kalu ader sebarang info, tlg la bgtau aku yer......tq!