Wednesday, December 29, 2010
suara siswa-ikon; artis atau intelektual?
Labels: pelajar, perbincangan
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 9:37 AM 0 bicara anda
Sunday, August 3, 2008
Hiburan vs Pendidikan
Apa yang aku nak tulis kat sini adalah, fenomena stereotype cerita melayu dewasa ini, yang bagi pendapat dan pandangan aku, hanya memaparkan kisah2 dan cerita2 yang sama sahaja.... Kalau x pasal anak derhaka, isteri derhaka, penzinaan, anak luar nikah dll seangkatan dengannya dipaparkan, semacam x sah, dan x boleh digelar cerita melayu agaknya....ermmm
Cerita cerekarama semalam (x tau plak apa tajuknyer...huhuhu) memaparkan kisah seorang anak yang cacat penglihatan dan berkaki tempang (akibat kemalangan kalu x silap). Moody semacam jer...x sabar2 untuk menjadi sempurna seperti orang lain...mak n adik perempuannya cuba utk beri yg terbaik pada si kakak,kumpul duit dsb...tp, tetap x mampu nk membiayai pembadahan.Kemudian, muncul pula watak hero yang mulia, menolong membiayai pembedahan mata. watak hero ni sebenarnya bf si adik, tp adik melepaskan hero ni, utk kebahagiaan kakaknya, sbb si kakak berminat pada si hero....
Pada awal perkahwinan, kira Ok n bahagia la....tp akhirnya perangai moody si kakak ni muncul semula.....menjadi anak derhaka. Semuanya serba x kena...setiap orang disekeliling, dianggap ada jer kesilapan pada dia. Apa?dia ingat dia bagus sgt ker?....Si mak yang hanya ada 2 org anak perempuan sentiasa mengharap yg terbaik untuk anak2...tapi si anak (kakak) boleh pulak mengherdik2 si mak.... Mak sedang menonton tv, disuruhnya masuk ke bilik, ditutup lampu sedangkan mak masih duduk disofa, dipanggil org tua dan org tua pekak dihadapan maknya, dan byk lg ayat2 yg kurang ajar!...mengamuk sakan kat depan mak, siap baling2 pinggan sampai pecah...dan byk lagi la...malas nk tulis...huhuh.sampaikan mak yg sedang lapar nak mintak makan (sbb pintu blk mak dimangga oleh si anak dr luar), dihambur nasi ke muka si mak...derhaka punya anak!....
Kenapa dia jadi macam tu? sebab perasaan rendah diri yang dia bina pada diri dia sendri, sedangkan mak n adik dia melayannya dengan baik...kemuncak kederhakaan adalah si mak dihalau keluar daripada rumah dalam keadaan hujan lebat...Memang anak dalam kategori derhaka la...aku x pasti apa yang terjadi pada si mak, yang aku tau, si adik sibuk mencari si mak, tapi si kakak mengatakan mak pergi ke rumah si adik..(10 minit terakhir aku bercerita dengan roommate, jadi memang xleh nk dengar n tgk apa yg terjadi...) kemudian, last sekali, apa yang aku nampak adalah azab dunia yang menimpa si anak derhaka...
Apa yang aku nak kaitkan dengan pendidikan disini adalah...cuba tengok berapa banyak list keburukan yang aku tulis, berjela-jela sampai malas nak ingat semula n tulis...sedangkan, apa plak pengajaran yang ader? hanya seksa azab dunia yang sekejap jer...(mungkin bole tambah 10 minit yang aku tertinggal).Azab yang aku nampak tu, muka yg sgt horror, dengan kedua belah mata yang buta semula, kalu x silap...n sikap baik n murah hati si adik n hero..tu jer!
Dalam duration 2 jam, hanya berapa minit pendidikan yang ader? maksud aku, pendidikan yang mengajar ke arah kebaikan....kalu pendidikan ke arah kederhakaan, memang la byk... Sebenarnya aku sedih dgn penerapan cerita2 sebegini kepada penonton Malaysia...masa kebanyakan rakyat Malaysia memang banyak dihabiskan didepan tv. lebih2 lagi dalam waktu prime time. sedangkan, hidangan untuk santapan minda dan rohani yang disediakan oleh kebanyakan cerita2 di tv adalah menghampiri sifar..(aku x buat survey pun....cuma pada pandangan peribadi).
Cerita2 sekarang menunjukkan seakan2 zina menjadi perkara yang biasa, anak luar nikah dah xder aper2 makna, anak derhaka pada ibu n bapa menjadi trend! apa ni?! sebab nak puaskan kehendak penonton, maka penghasil drama n filem hasilkan cerita2 sebegini...hasilnya, tiada apa2 nilai penerapan yang baik boleh diberikan pada penonton....
Hasilnya, terhasillah rakyat Malaysia yang ada sekarang. Bukan aku nak kata rakyat Malaysia sekarang x baik....cuma yang aku lihat dan perhati, memang semakin lama, perkara seperti ini menjadi kebiasaan, yang x perlu lagi nak diheboh2kan....kalau dulu Sofea Jane berkemban dalam filem perempuan isteri dan ... menjadi isu hangat, tapi sekarang, mandi sambil berkemban bukanlah apa-apa lagi...xder hal dah!... biasa jer....kalau dulu, anak2 ikut jer kata ibu bapa, sekarang berapa ramai anak yang derhaka? berpa banyak lahirnya anak2 luar nikah? kes buang n bunuh anak yang baru lahir? dan macam2 lagi lah!
Sedar ataupun tidak, mentality kita seakan2 dibentuk oleh apa yang disajikan di kaca televisyen. Sesuatu yang menjadi kebiasaan di kaca tv, akan menjadi kebiasaan di dalam kehidupan seharian jugak! Soalnya sekarang, bagaimana nak mendidik penonton kalau sesuatu cerita yang disajikan, dalam masa 2 jam, hanya 10 minit jer pengajaran? tu pun kalu tgk sampai habis..kalu x (mcm aku mlm td...) maknanya hanya tgk cerita keburukan shj!
Kalau nak mendidik anak bahawa mencuri itu perkara yang x baik, perlu ker kita mencuri di depan anak dan ditangkap polis. kemudian, kata ngn anak, "tgk, hasil perbuatan mencuri, mak kena tangkap! jadi, jgn sesekali mencuri!" logik ker nak wat camtu? w/pn aku xder anak lagi, tp aku xkan wat camtu tuk mengajar anak...tunjukkan yang baik2 depan anak, cukuplah...didik anak dengan kebaikan! itu yang aku harapkan dengan hidangan dalam kaca tv...bukan mcm sekarang, yg hanya menunjukkan perkara2 buruk yang lebih byk...
Sewaktu aku membebel pasal hal ni mlm td pd roommateku (kesian roommate kena dgr aku membebel), roommateku berseloroh, kalu mcm tu, ko jer la yg jadi penerbit n pengarah... hasilkan cerita2 yg baik2....
ish3....kalau la aku mampu n boleh.....tentu saja menjadi salah satu perancangan dalam jangka masa panjangku....cuma takut x tercapai jer, sbb aku xder 'otak seni' yang mampu mengolah cerita... (nak tulis blog ni pn ayat tunggang langgang)..huhuhu.tp, masalahnya aku dapat rasakan yang aku x mampu....huhuhu
Ok la, kesimpulannya, hiburan ni bole menjadi medium untuk pendidikan...tapi, yg boleh memberi pendidikan melalui hiburan ni hanyalah orang2 yang 'berotak' dan berkeinginan untuk mendidik jer..kalu x, susah nak mendidik. Akan jadi macam ketam yang berjalan bengkok, tp suruh anak berjalan lurus... (ada kaitan ker?..hehhe)
P/s: aku bukan kata orang yg buat cerita drama n filem sekarang ni x berotak erk....cuma xder kombinasi 'berotak' n keinginan tuk mendidik jer....
Sorry if bahasa entry kali ni macam kasar sket...sbb bila ingat balik kederhakaan dlm cerita mlm td membuatkan aku marah.... dah bole duk serumah ngn mak pn x bersyukur...hari2 tgk muka mak, layan mak baik2, bole tambah pahala....tu pn x nak grab opportunity. aku ni, nak harap sebulan sekali tgk muka mak secara live pn susah..huhuhuuh. (padan muka..saper suh x balik umah..hahah)
Ok la, sampai sini jer dulu....
WAllahu'alam....
Labels: perbincangan, rasa hati
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 11:57 AM 2 bicara anda
Tuesday, July 22, 2008
Hari interaksi pusat pengajian
Sepanjang hujung minggu yang lepas, aku x dapat nak online, berikutan 'kesemputan' talian internet di kampus. Sudahnya, sumer kerja x dapat berjalan seperti yang dirancang pada awalnya. Plan untuk mendapatkan maklumat dan menyiapkan tugasan baru yang diberi oleh supervisor pada hari Jumaat terpaksa ditunda. Namun alhamduliLlah, sempat juga aku menyiapkan tugasan pada hari yang ditetapkan, tapi, mungkin hasil kurang memuaskan, sebab agak kelam kabut membuatnya, iaitu bermula pada pagi isnin talian internet kembali ok...
Ok lah, tinggalkan bab kerja ni dulu..heheheh
Hujung minggu lepas, pusat pengajian telah membuat program interaksi sempena kemasukan pelajr baru ke kampus kami. Jadi, kami pun perlu terlibat sama dalam menjayakan program tersebut. Apa yang sedikit pelik untukku (aku secara peribadi yang berasa pelik jer sbenanyer..xleh terima kenyataan...hehehe) adalah, aku belum lagi bergelar pelajar postgrade tapi, aku bergelar staff pusat pengajian.
X dapat dinafikan, perasaan sedikit kekok apabila bergelumang dengan staf2 dan berada sama level dengan mereka.huhuhu. Interaksi bermula pada jam 7.45 pagi, jadi aku n sahabat bergerak ke kompleks sukan pagi tu...acara yang diadakan adalah acara sukaneka.
Bila acara yang diadakan adalah sukaneka, tentu anda sumer dapat membayangkan apa yang terjadi pada waktu itu kan? Sukaneka ni diadakan utk tujuan merapatkan hubungan sesama warga pusat pengajian, tidak kira staf mahupun student. 2 hari sebelum tarikh interaksi, sumer staf diminta berkumpul, urusetia membuat sedikit taklimat dan perbincangan.
Apa yang menarik perhatian aku mengenai meeting ini adalah, perjalanan meeting itu sendiri, yang dihadiri oleh semua lapisan staf; dekan, pensayarah daripada yang bergelar profesor sehingga Dr.,juruteknik2, kerani2 dan sumer yang ader dan bergelar staf di pusat pengajian. Urusetia program adalah terdiri daripada tjuruteknik dan kerani2.. Semasa meeting, banyak perkara baru yang aku lihat. Mungkin disebabkan latarbelakang yang terlalu berbeza, jadi cara dan corak pemikiran memang sangat berbeza. Bagi golongan intelektual, lain caranya, dan bagi golongan staf biasa, lain pula caranya....Tetapi, mereka tetap dapat berinteraksi dengan baik...(aku n sahabt menjadi pemerhati jer la...kami budak baru belajar...kihkihkih)
Ok, berbalik pada acara sukaneka,secara keseluruhan, permainan mungkin boleh dianggap ok, memandangkan 50% non-muslim n 50% muslim, dan xder acara yang pelik2 sgt. Namun aku rasakan sedikit kurang selesa sebenarnya, sebab terdapat acara2 yang aku kira memperbodohkan diri. Ya, memang ni acara sukaneka, tapi aku rasa, boleh buat acara yang tidak menjatuhkan air muka. Contohnya, ada acara 'Gorilla Walk' (ni la permainan yang aku nk tgk pn, malu...huhuhu). Dalam acara ni, peserta perlu mengepit 3 biji bola dan bergerak kepada rakan sepasukan yang lain. sebiji bola dibahagian bawah ketiak kanan, sebiji lagi sebelah kiri dan sebiji lagi dikepit di bahagian kelengkang ( aku panggil kelengkang, xtau org lain panggil apa:kat bhgn bwh la...).Cuba bayangkan, memang sangat memalukan bagi aku.
Mungkin pelajar dan staf perempuan bernasib baik pada kali ini, kerana acara tarik tali wanita dan futsal wanita terpaksa dibatalkan. Aku bersyukur sgt2 dua acara ini dibatalkan, aku dengar ini disebabkan VIP yang x bole stay lama kat program..bagus2..=). Ini salah satu sebab aku rasa interaksi kali ni Ok2 sahaja...
Setelah habis acara sukaneka, kami bergerak ke dewan utama, untuk makan tengahari. Apabila kami sampai, makanan telah terhidang dengan cantiknya diatas meja...dan ramai la jugak yang dah x sabar2 menunggu acara makan dimulakan, dengan selambanya, terus jer makan...memalukan betul. macam xder etika duk dalam majlis jer.... tp, mgkn sbb dah lapo sgt kot...waktu pn dah tghari kan... heheheh. kami yang mula2 sopan2 n beretika pn, berubah jadi kurang beretika, majlis x suruh makan lagi, kami dah mula makan. Sebab sumer meja yg lain dah nak abis mkn pun...huhuhu.
Satu yang silap bagi kami adalah, kami duk kat bahagian students. sedangkan kami sekarang bergelar staff! sedangkan staff dan pelaja2 postgrade disediakan tempay khas, diruang yang best. so, rugi sket.tapi xper...walaupun duk kat tempat students, still dapat lyanan vip...akk2 staff pn 2-3 kali menjenguk kami.tanya ook ker x? he3. lg 1, kebetulan catering yg serve makanan tghari tersebbut dimiliki oleh pak sedara salah seorang sahabat. oleh kerana kehadiran anak menakannya disedari, jadi pak sedara sahabat aku pun bgtau pekerjanya " jaga meja ni elok2,anak menakan sy ni...heehhe", pekerja dia pn patuh la pd arahan bossnya, kami dapat extra buah-buahan,dan lauk pn extra gak. mcm best la jugak, lg pn, ader gak staff lain yg menanyakan kami samada ada kekurangan apa2 ker?heheheh...mcm dapat lyanan istimewa jer...
So, moral of the story; xder moral sebenanyer. huhuhu.sajer jer nak update blog, tp xtau nk isi aper...sbb tu tulis pasal ni...
muhasabah sket,
sepatutnya, dlm meetg staff aku perlu bersuara apa yang aku x puas hati.
"erm....tapi, tu briefing jer...sumer perancangan dah dibuat..."(alasan la tu). nasib baik la perjalanan interaksi tu x melampau, kalau x, mesti rasa bersalah! (padan muka kalu rasa bersalah).huhuh.lain kali kalu bole, tegur la apa yang patut.jangan nak lepaskan diri sendiri jer yer.....insyaAllah..
lagi 1, sikap kroni ni mmg xleh nk dipisahkan rasanyer dlm masyarakat kita. dlm kes aku kali ni, semeja ngn anak menakan boss catering yg uruskan lunch, n kami dpt lyanan sedikit istimewa. xtau camner nk komen yg ni...sbb staff pun mmg ajak kami makan bersama2 dengan mereka, n ader kelebihan2 juga kalu mkn kat meja staff, hidangan lebih best kot...
Sikap double standard: vip n staff ngn student berbeza hidangan makanan, even kerusi pn dah berbeza sebenarnyer...yg ni pn xtau nk komen apa, kena fikir sendiri perlu ker x terdapat double standard camni...tp, dlm kes ni, x byk sgt beza pun, cuma yang paling ketara kedudukan, meja n kerusi n sedikit beza dlm menu hidangan.
ish...apa la aku melalut ni...ni la akibat menulis dlm keadaan mengantuk n pening2...k la, nak berhenti dulu.
insyaAllah lain kali aku edit entry ni...tu pun, kalu rajin la,...
insyaAllah, sambung dimasa akan dtg, kalu umur panjang...=)
Wassalam...
Labels: pelajar, perbincangan
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 10:31 PM 0 bicara anda
Thursday, July 17, 2008
Debat minyak

Pada hari selasa lepas (15 julai 2008) aku telah berpeluang menyaksikan siaran langsung ‘hari ini memerintah, esok harga minyak turun’ antara penasihat pakatan rakyat, DSAI dan juga menteri penerangan Malaysia Datuk Shabery Cheek. Satu isu yang panas, sejak keputusan Pak Lah dan menteri2 kabinetnya membuat keputusan bukan popular, iaitu menaikkan harga petrol sebanyak 78 sen, pada awal Jun lalu.
Telah lebih sebulan berikutan kadar baru harga minyak yang perlu dibayar oleh rakyat Malaysia telah berjalan. Dalam perdebatan yang berlangsung selama 1 jam, banyak informasi yang kita boleh teliti. Samada benar ataupun tidak, logik ataupun retorik, otak kita boleh menilai. Kredit dan pujian aku berikan pd DSAI kerana berjaya membincangkan perdebatan ini secara ilmiah dan penuh dengan fakta dan angka2, yang aku kira memang beliau layak utarakan berikutan kedudukannya sebagai mantan menteri kewangan dan timbalan perdana menteri suatu ketika dulu. Berbeza dengan lawan debat, iaitu menteri penerangan yang aku lihat lebih banyak menyerang peribadi DSAI berbanding isu yang sedang dibincangkan.
Untuk tidak bias, aku telah melihat 3 kali ulangan siaran,pertama siaran langsung, kemudian siaran pada jam 11 mlm, dan untuk lebih kepastian akan isi2 perdebatan, aku telah mendownload di youtube. Menjadikan total 3 kali siaran yang aku ikuti. dan, semakin aku amati, semakin aku lihat ketandusan fakta penerangan yang dibuat oleh menteri penerangan terhadap isu yang dibincangkan.
Bagi yang boleh dan mahu berfikir, mungkin dapat menimbang apa yang diperkatakan oleh DSAI. Kebejatan ekonomi yang dialami sepanjang pemerintahan Pak lah sebagai PM Malaysia memang amat dirasai. Kadar inflasi yang semakin meningkat membebankan rakyat. Pembangunan dan pembinaan infrastruktur pula, tidak selari dengan penjagaan kebajikan rakyat.
Jumlah tanggungan kerugian akibat kebocoran dan ketirisan pengurusan adalah tinggi,dan akhirnya rakyat yang menjadi mangsa akibat ketidak-bijakan YB-YB dan menteri-menteri mentadbir dan menguruskan hak-hak rakyat. Apabila dana disumbangkan oleh negara bagi membantu mengatasi masalah syarikat-syarikat besar daripada jatuh bankrap dan muflis, dipanggil insentif. Manakala duit rakyat daripada hasil khazanah negara yang dipunyai oleh rakyat keseluruhannya, juga duit hasil daripada kutipan cukai daripada rakyat dan sebagainya, akan dipanggil subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk rakyat! Adakah ini adil?
Memang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menguruskan harta rakyat. Mereka dipilih menjadi menteri bukan untuk menebalkan poket mana-mana pihak, tapi mereka diupah oleh rakyat dengan harga yang tinggi untuk mengurskan harta dan menjaga kebajikan rakyat.
Namun, mungkin semua rakyat Malaysia telah terlalu biasa dengan istilah-istilah yang digunakan oleh kerajaan BN yang memang dilihat rakyat ini sebagai orang yang suka meminta-minta. Penerangan dan penerapan ideologi ini amat berkesan dilakukan oleh kerajaan BN, sehinggaa ada yang mengatakan,’kalau bukan kerana kerajaan BN, mgkin negara kita tidak akan maju seperti sekarang’, ‘jgn tentang kerajaan BN, kalau kita tentang dan jadi pembangkang, macamana nak dapat kerja? macamana nak hidup?’. Sekiranya sampai ke tahap seperti ini, kita seakan-akan menafikan bahawa rezeki adalah ditangan Allah!
Bagi yang telah mendengar perdebatan ini, harap dapat diambil iktibar daripadanya, dan disampaikan pada sahabat-sahabat yang lain. Kita cuba gerakkan minda dan buka minda lebih luas agar kita tidak diperkotak-katikkan selepas ini.
WAllahu’alam
Labels: perbincangan, petrol, semasa
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 6:06 PM 0 bicara anda
Tuesday, June 10, 2008
apa kata Dr. M?
w/pn dah 5 hari berlalu, aku masih lagi mahu berbicara mengenai isu ini...kali ini, aku copy n paste drpd pandangan mantan PM, Dr.
Harga Minyak
Harga minyak mentah naik sebanyak 400 peratus sejak tiga tahun lepas. Lambat laun harga barangan juga akan alami kenaikan. Di negara-negara lain harga petrol sudahpun naik. Di United Kingdom satu liter petrol dijual pada kadar lebih satu pound sterling atau lebih kurang RM7. Di Amerika Syarikat harganya lebih kurang RM5.
Petunjuk bahawa harga minyak di negara-negara jiran mengalami kenaikan ialah bagaimana kenderaan Thai dan juga Singapura berpusu-pusu mengisi minyak di Malaysia.
Kerajaan umumkan kenaikan petrol sebanyak 78 sen ke RM2.70, kenaikan melebihi 40 peratus.
Saya mungkin tersilap, tetapi ternampak kekurangan jumlah kenderaan di jalanraya hari ini. Tetapi kesannya bukanlah terhad kepada itu sahaja. Barangan pengguna, perkhidmatan dan barangan mewah akan mengalami peningkatan harga.
Kos sara hidup sudah tentu meningkat. Dilihat daripada sudut lain akan tercetus inflasi dan taraf kehidupan akan menurun.
Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat.
Kenaikan ini menyakitkan, tetapi sakitnya lebih dirasai bukan kerana kenaikan dari segi peratusan adalah lebih tinggi daripada negara-negara maju, tetapi kerana cara kenaikan tersebut dibuat.
Beberapa hari lepas Kerajaan putuskan untuk haramkan penjualan minyak kepada kenderaan milik asing. Tunggang. Sekarang kenderaan asing dibenar membeli semula. Terbalik!
Mengetahui yang ianya akan menaikkan harga minyak dalam beberapa hari dan orang asing akan dibenar membeli, kenapa Kerajaan tidak menunggu sahaja daripada keluaran arahan larangan dan kemudian benarkan semula.
Namun begitu apakah yang Kerajaan boleh lakukan untuk meringankan beban kepada rakyat hasil daripada kenaikan harga petrol.
Pertamanya, Kerajaan tidak patut mengapungkan Ringgit. Kadar apungan menyebabkan ketidak-tentuan nilai Ringgit dan kita tidak akan meraih apa-apa keuntungan daripada kekuatan Ringgit. Sudah tentu rakyat tidak menikmati peningkatan kuasa membeli walaupun terdapat peningkatan nilai Ringgit dari segi tukaran dengan Dollar Amerika.
Sebenarnya Ringgit mengalami peningkatan lebih kurang 80 sen (daripada RM3.80 ke RM3.08 pada 1 US Dollar) satu US Dollar, melebihi 20 peratus. Jika Kerajaan teruskan sistem tambatan kadar dan menaikkan nilai Ringgit pada kadar 10 peratus pada satu masa, kos import, dalam Ringgit boleh dipantau dan dikurangkan sebanyak 10 peratus. Pada kadar kenaikan 20 peratus, kos import patutnya turun 20 peratus. Tetapi kita tahu harga barangan import dan perkhidmatan tidak kurang. Ini bermakna kita bayar 20 peratus lebih tinggi untuk import termasuk bagi bahan mentah dan komponen untuk industri
Oleh sebab harga minyak disebut dalam Dollar Amerika, kenaikan harga minyak dalam Dollar sepatutnya dikurangkan sebanyak 20 pertaus dalam Ringgit Malaysia.
Tetapi Kerajaan hendak turut Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia dan telah putuskan untuk mengapung Ringgit. Akibatnya kekuatan Ringgit hanya meningkatkan kos export tanpa memberi sebarang keuntungan kepada rakyat menerusi kekurangan kos import.
Ini bukanlah kecerdikan selepas sesuatu itu terjadi. Saya telah beritahu seorang Menteri Kerajaan supaya Ringgit tidak diapungkan tiga tahun lalu. Memanglah saya bukan pakar dan saya hanya tahu serba sedikit tentang rejim kewangan antarabangsa.
Saya percaya umum terpaksa menerima kenaikan harga petrol. Tetapi apa yang menimbulkan kemarahan ialah jumlah kenaikan serta keadaan tergesa-gesa. Perdana Menteri sebelum ini seolah-olah mencadangkan kenaikan hanya pada bulan Ogos, tetapi ianya datang dua bulan lebih awal, sejurus selepas pengharaman penjualan kepada orang asing.
Jika kenaikan berperingkat, rakyat tidak akan terlalu terasa. Tetapi ini bermakna Kerajaan perlu terus beri subsidi walaupun tahapnya akan menurun.
Mampukah Kerajaan terus beri subsidi? Saya “penasihat” Petronas tetapi saya tahu sedikit sahaja berkenaannya dan tidak lebih daripada apa yang dilaporkan dalam akaunnya yang diumumkan. Apa yang saya tahu mungkin tidak begitu tepat tetapi cukup untuk saya membuat beberapa penilaian.
Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong di export.
Tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong. Hari ini ianya USD130 – kenaikan sebanyak USD100. Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran oleh itu lebihan USD100 boleh dianggap untung bersih.
250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi kita pulangan 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (Dua puluh tujuh bilion Ringgit).
Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan.
Kerajaan ini melimpah dengan wang.
Selain minyak, harga minyak sawit, getah dan timah juga meningkat lebih kurang 400 peratus. Keuntungan syarikat perladangan dan bank-bank juga mencecah sehingga RM3 billion tiap satu. Cukai yang dibayar juga sudah tentu mengalami peningkatan yang tinggi.
Saya percaya jika subsidi dikekalkan dan dikurangkan secara berperingkat ianya tidak akan mengekang kewangan Kerajaan.
Di dalam jangka masa terdekat cara untuk mengurangkan pembaziran dan menaikkan pendapatan mestilah diperkenal. Kita mungkin tidak dapat menetapkan gaji minima, tetapi sudah tentu kita boleh meningkatkan sedikit jumlah gaji minima.
Sebenarnya pendapatan kita tinggi berbanding sesetengah jiran kita. Pelabur yang datang ke sini tertarik bukan dengan harga buruh murah, tetapi faktor-faktor lain termasuk sikap dan pendekatan Kerajaan tehadap komuniti perniaga terutamanya pelabur.
Daripada apa yang saya dengar, sikap mesra peniaga amat berkurangan pada Kerajaan sekarang hinggakan orang Malaysia juga melabur di luar negara. Terdapat cakap-cakap berkenaan hubungan politik mempengaruhi keputusan. Secara amnya ahli politik Kerajaan dikatakan sombong.
Malaysia tidak punyai cukup tenaga kerja. Industri yang memerlukan tenaga pekerja yang ramai tidak menguntungkan Malaysia. Pekerja asing menghantar jumlah wang yang besar ke negara asal mereka.
Polisi industri mestilah bertukar agar teknologi tinggi dapat dipromosikan untuk memberi rakyat Malaysia lebihan pendapatan bagi menampung kos sara hidup yang meningkat.
Dunia sedang menghadapi kecelaruan ekonomi akibat penurunan nilai Dollar Amerika, krisis pinjaman sub-prima, kenaikan harga minyak dan bahan mentah, kekurangan makanan dan akiviti tamak “hedge funds” yang berterusan. Kemungkinan berlakunya resesi ekonomi Amerika Syarikat adalah benar. Sebenarnya Amerika Syarikat sedang mengalami kelembapan ekonomi. Ekonomi dunia akan turut ditarik turun.
Malaysia juga akan terjejas kesan daripada semua masalah ini. Saya tertanya adakah Kerajaan bersedia untuk menghadapi semua ini.
Kita tidak boleh lari daripada akibat negatif tetapi mestilah ada cara untuk mengatasinya agar beban yang terpaksa ditanggung rakyat dapat dikurangkan. Saya harap yang Kerajaan tidak akan melepaskan sahaja segala masalah ini kepada rakyat seperti ynag digambarkan cadangan untuk menilai harga minyak setiap bulan.
Labels: perbincangan, petrol
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 12:41 AM 0 bicara anda
