Tuesday, May 12, 2009

MB Perak?....

Alhamdulillah, akhirnya pemimpin negeri Perak yang sah diketahui juga.....

Tahniah untuk MB Perak yang sah, Ir. Nizar....

sekadar coretan ringkas...=)

Sunday, May 10, 2009

hari ibu?...

Aish...lama jugak blog ni aku biarkan bersawang erk?......kesibukan yg melanda diri ni, mmg benar2 membuatkan aku x berkesempatan utk menaip kat blog usang nih,.....

erm.....smlm, tiba2 ada sorg kwn tegur kat ym...dia tanya..."dik, esok hari ibu ker?" dengan selambanya, aku menjawab," sorry la kak, sy pn x sure...sbb x pernah sambut hari ibu nih..."

memang aku x pernah sambut hari ibu selama ni... sbb bg aku, hari2 aku memang ingat ibu yg melahirkan, mendidik n mengasuh aku...hari2 yg aku lalui semuanya adalah hari yang aku amat syukuri n hargai kerana mak aku selamat melahirkan aku n telah mendewasakan aku sehingga sekarang..... aku rasa x perlu utk aku menyambut hari ibu, sebab bg aku setiap hari kita memang perlu mendoakan kesejahteraan ibu kita...kan?.... bukan hanya 1 hari daripada 365 hari dalam setahun kita menghargai ibu kita....

ni adalah antara lagu yg aku gemari...hayati liriknya....

You taught me everything
And everything youve given me
I always keep it inside
Youre the driving force in my life, yeah
There isnt anything
Or anyone I can be
And it just wouldnt feel right
If I didnt have you by my side
You were there for me to love and care for me
When skies were grey
Whenever I was down
You were always there to comfort me
And no one else can be what you have been to me
Youll always be you always will be the girl
In my life for all times

Chorus:
Mama, mama you know I love you
Oh you know I love you
Mama, mama youre the queen of my heart
Your love is like
Tears from the stars
Mama, I just want you to know
Lovin you is like food to my soul
Youre always down for me
Have always been around for me even when I was bad
You showed me right from my wrong
Yes you did
And you took up for me
When everyone was downin me
You always did understand
You gave me strength to go on
There was so many times
Looking back when I was so afraid
And then you come to me
And say to me I can face anything
And no one else can do
What you have done for me
Youll always be
You will always be the girl in my life
Chorus

Boyz II Men

~~Everyday is a mother's day to me.....

Thursday, April 23, 2009

lagu yang di banned: aku bukan musuh harta





Lagu karangan Dr Asri Zainul Abidin yang juga bekas Mufti Perlis, yang telah di banned. Kenapa di banned? baca lirik lagi ni, tentu faham kenapa lagu ni di banned...

insyaAllah aku upload lagu ni kat dlm box sebelah kanan...sama2 dengar n hayati... semoga bermanfaat bagi yang mahu berfikir dan menginsafi sindiran ini. bagi yang x nak mengambil iktibar, anda adalah org2 yg rugi.....

Friday, April 3, 2009

PM Malaysia ke-6..

R = Rahman
A = Abdul razak
H = Hussein Onn
M = Mahathir
A = Abdullah
N = Najib

Spekulasi mengenai turutan PM Malaysia, yang dikatakan menuruti perkataan/ nama rahman. adakah ianya hanya sebuah kebetulan...atau apa pun sebenarnya ia, tapi realitinya memang sudah ada PM yg ke-6.

Secara rasminya, PM ke- 6, najib telah ditabalkan pagi tadi, jam 10.10 pagi.

Adakah perkataan rahman ini hanya relevan digunapakai untuk barisan PM daripada BN. dan bakal berakhir di era najib, (sebab kalu ikut perkataan rahman, dah habis dah senarai peneraju negara selepas ini), dan bakal diganti dengan pimpinan selain daripada barisan pemimpin be end aka PR ?? ....atau adakah najib akan memerintah sehingga Malaysia hilang dr muka bumi?

tiada siapa yg tahu...suka atau tidak,apa yg pasti malaysia sudah bertukar pucuk pimpinan.....

x bole percaya sgt ngn spekulasi nama rahman ni...syirik plak nnt...
tp, kalu mmg ini yg disuratkan utk Malaysia, insyaAllah,...mungkin lpas ni, BN x menerajui Malaysia lg kot...agaknyerla.....heheheh

peace..no war..

Thursday, April 2, 2009

Gadis seksi=budaya org cina?

Gadis seksi pancing undi BN? tajuk berita di Malaysiakini klik sini

Apa dah jadi ngn BN ni? naper depa kata gadis seksi adalah budaya cina? saper yg ajar? aku bukan org cina, tp aku duk kat kwsn yg ramai org cina. w/pn mereka xder SOP pemakaian yang ditentukan oleh budaya mereka, tp setau aku, menari dlm keadaan yg terdedah camtu bukanlah budaya sebenar mereka...

adakah ini budaya cina yg ingin dihormati ATAU BUDAYA SONGSANG yg ingin diterapkan oleh BN kepada rakyat? budaya apa ni? ni bukan menghormati budaya namanya...ni adalah meruntuhkan budaya dan mempergunakan wanita.YA! inilah yang boleh dipanggil mencabul hak wanita...mengeksploitasi wanita dan apa2 jer perkataan yg sewaktu dengannya...

Dan Statistik menunjukkan Pengundi Melayu di Bukit Gantang 63.48%. Pengundi Cina 26.77%. Pengundi India 9.71% sini.

Jadi, melalui statistik ni, (bg aku, budak darjah 1 pn pandai nk bezakan yg mana 1 lebih ramai...) budaya mana yg perlu lebih dihormati? bukan sekadar budaya, malah agama yang mereka anuti adalah sama dgn agama calon be end tu sendri.....kalu nk sgt hormati budaya org lain, kenala pikir suruhan agama dulu...tulah padahnya bila manusia meminta restu manusia sahaja...patutnya, jgnlah hanya memohon restu rakyat, tp pohonlah jugak restu dr Allah

Dahla mmembawa budaya x sihat, keluarkan statement itu adalah salah satu menghormati budaya org lain plak.....ish3...apa nk jadi la ngn depa nih?......

bak kata nabil...lu pikirlah sendiri

Wednesday, April 1, 2009

macam2

wah...cukup lama x update blog ni....

macam2 yg terjadi sepanjang aku x mengupdate blog ni sebenarnyer..... bumi Malaysia sekarang dihangatkan dengan fenomena pilihanraya di 3 buah tempat secara serentak. 2 bukit dan 1 batang. tumpuan sudah tentu diberikan kepada bukit gantang kerana kedudukannya yang berhampiran dengan bumi ayang aku huni buat masa ini, dan tambah menarik kerana salah seorang calon adalah MB perak yang ditarik haknya oleh be end. walaupun begitu, aku cukup kagum dengan semangat dan pendirian YB Ir Nizar.

aku berkesempatan melawat sebuah bukit yang bakal bergegar dengan PR 7 April ni, bukit gantang. macam2 ada disana...yang paling jelas kelihatan adalah bertrak2 polis n FRU ditempatkan di sana. seakan-akan menghadapi peperangan besar.dan apa yang menarik, penempatan mereka mereka yang ramai, dan khemah2 yang didirikan disana....sangat banyak...khemah2 yang dilengkapi penghawa dingin dan juga katil2 double-decker.... pelik jugak bila aku fikirkan, apakah keperluan penempatan polis2 yang ramai ni disini....sedangkan yang bakal berlaku hanyalah kutipan suara rakyat bagi menentukan bakal pemimpin mereka, insyaAllah 7 April ni.....namun begitu, x boleh juga nak salahkan polis2 n fru2 ni, sebab mereka hanya menerima arahan dadri pihak atasan mereka....

namun persoalannya, x ker rasa macam mmbazirkan wang kerajaan=wang rakyat dengan perbelanjaan yang semestinya amat besar bagi menempatkan begitu ramai anggota keselamatan disana? entahla...bagi aku, mmg pembaziran sungguh. adakah kerana calon yang bertanding di bukit gantang sangat digeruni oleh kerajaan be end? maka mereka menganggap bahawa kawalan yang pada tahap tertinggi adalah perlu? kalu polis2 sumer dah berkampung di bukit gantang, mcamana dengan kawasan asal yang spatutnya polis2 ini bertugas? erm..... mungkin polis x diperlukan di kawasan asal tempat mereka bertugas kot....susah nk komen. nak kata kadar jenayah rendah, rasa mcm jenayah byk jer kat malaysia ni.... tapi, mungkin 'mereka' lebih 'berminat' untuk menjaga parti2 pihak lawan yang nak mengadakan ceramah berbanding mernjaga keselamatan rakyat kot....huhuhuhu

sekitar penamaan calon plak, aku rasa mmg ditenggelami oleh lautan manusia yang menzahirkan sokongan keatas YB Nizar. untuk buat perbandingan dengan lawannya, e. Ismail, apa yang aku nmpak, jumlah penyokong adalah sangat sedikit. aku x pandai nak anggarkan jumlah, tapi mmg sedikit dan jauh bezanya dengan penyokong PR..... macam2 sepanduk dan slogan yang dilaungkan oleh penyokong. begitu bersemangat!....

erm.... lain2 berita tu, mungkin bole dapat dengan lebih kerap di blog2 yang sentiasa di update dan juga web rasmi ni... klik sini.

perkara lain: alhamduliLlah, aku dah dapat agreement tuk scholarship, jadi perlu menguruskan surat2 n dokumen2 tu plak...huhuhu...

erm....selain tu, aku akan balik johor lagi minggu depan. dlam tempoh masa 2 minggu lagi, mak aku perlu menerus rawatan. menjadikan total 7 minggu rawatan. harap2, perkembangan bertambah +ve.doakan segalanya berjalan lancar..insyaAllah...

Tuesday, March 10, 2009

ermm......

berada dirumah lagi...sejak jumaat yg lpas, (6 March 2009) n insyaAllah akan bercuti selama seminggu sehingga hujung minggu ni....

sekadar coretan untuk mengucapkan selamat ulang tahun buat adik (Ammar- 14thn) pada 6 mac dan mak (8 Mac).....

Semoa kedua-duanya dikurniakan kesihatan yang lebih baik dan melalui hidup yang lebih bermakna....

Semoga mak bertambah sihat lepas ni..... hope for the best....