Tuesday, October 28, 2008

Cuti lagi...

Oh ho... lama betul aku x update blog ni, walaupun ada banyak citer yang aku nak share sebenarnyer....tapi, perasaan malas menaip menguasai diri ni...hahaha.apa nak jadi la... x abis2 dengan perasaan malas.... penyakit ni memang xder penawarnyer....

Bulan ni, 2 kali aku balik ke rumah. 1-raya aidilfitri, 2-deepavali. masyarakat india nak beraya, aku pun sibuk2 nak balik gak....masyarakat majmuk la katakan...hehehhe

skang ni pun aku masih kat umah lagi, insyaAllah malam ni baru balik penang....

macam-macam berlaku sepanjang cuti 5 hari ni...tapi, nantilah, kalu aku rajin, aku taip kat sini...

Saturday, October 18, 2008

Doa perpisahan

Sebenarnya, kebelakangan ini aku xtau apa yang boleh dikongsi di blog ni...setiap kali nak type, jari menjadi kaku...otak pun buntu semacam jer... harap2 sindrom kemalasan n kebuntuan ni x berterusan dalam jangka masa yang panjang...

Oklah, disebabkan aku xder idea nak tulis aper, harini aku cuma boleh share sebuah lirik lagu (betul ker sebuah? huhu)...ditujukan khas utk cik norayhunt yang bakal meneruskan kehidupan dialam baru, jauh dari bumi USM ni. sebagai seorang pekerja yang berdedikasi insyaAllah..... dan semoga sukses selalu...


Doa Perpisahan

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri ini
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu

Munsyid:Brothers

lagu ni adalah sebuah lagu lama. namun, setiap kali mendengar lagu ni, aku sentiasa akan teringatkan sahabat2ku, diamana sajer berada...x kiralah yang masih berada berdekatan dengan aku, atau pun yang dah sangat lama x berjumpa.dan lagu ni juga mengingatkan aku yang pertemuan dan perpisahan akan sentiasa berlaku. ini adalah salah satu lumrah kehidupan yang akan mengajar kita menjadi manusia.....

WAllahu'alam...


Monday, October 13, 2008

kisah malam n adab tdur..

Lama dah x update...ish3, semakin malas plak sejak kebelakangan ni...

erm...sekejap jer masa berlalu, tau2 dah masuk 13 Syawal...

Ptg td aku dikejutkan dgn suatu cerita daripada adikku... dia send sms pd aku. dlm sms tu tulis "a'kum.tau x umah terbakar?"...uishh.terkejut aku lepas membaca isi sms tu.terus aku teringat, mak ada call juga 2 jam sebelum ni. tapi kebetulan aku xder dalam bilik, so jadi miscall jer la...ingatkan nak call mak, tapi ber'ym' dengan kakak plak, then keluar ke kafe, sebab dah agak lewat ptg...jadi sms yg aku dapat tu, selepas aku siap beli makanan.

terus aku call adikku yg bertuah tu, kasi info sekerat2 jer....tp, dia cakap kat aku, call la mak..tau cerita dari mulut mak terus...dia xnak bgtau la plak...cesss..then aku pun terus call mak, nak tau citer sebenar....

AlhamduliLlah, rupanya sket jer kawasan umah yg terbakar malam semalam. bilik air jer yg terbakar. mak aku kata, black out mlm tu, so mak n abah pasang jer lilin kat 2-3 tempat. terang sket, so senang kalu ader saper2 nak p tandas ker, minum air ker....lg pun, ader nenek aku kat rumah, kalu gelap sgt, mesti susah tuk dia bergerak....tapi, salah satu lilin (yg ader dlm blk air) terjatuh n membakar toiletries n mak kata, habis berjelaga bilik air tu....nasib baik api x merebak keluar...

Mak aku kata, nasib baik abah terjaga daripada tidur.abah kata, macam ader org kejut drpd tidur, abah tgk kat pintu, xder org, then abah ke belakang, kot2 ader org kat blkg ker...AlhamduliLlah, disebabkan tu la abah perasan 'kebakaran' tu..then abah terus la memadamkan api yg menyala....

Moral of d story, mak aku teruskan dengan sesi peringatan dan nasihatnya seperti biasa... "jgn lupa baca surah al-waqiah setiap mlm, insyaAllah byk fadhilat bila kita baca surah ni sebelum tido, jgn lupa sunnah2 adab sebelum tido, insyaAllah kalu ader aper2 yang terjadi waktu kita x sedar, akan ader yang akan menolong....(dan pjg lagi..)"

so, mari kita review semula fadhilat2 yang terdapat dalam surah al-waqiah ni.... bukan bermaksud kita hanya membaca kalamAllah ni utk mendapatkan sesuatu manfaat jer, sebab ianya hanyalah sebagai asbab dan akhirnya segala yang terjadi adalah kehendak-Nya jua....

diantara fadhilat surah al-waqiah adalah..

Ibn-e Masud radi-Allaho'anho meriwayatkan bahawa Rasul-Ullah sall-Allaho'alaihe wa sallam bersabda, "Barangsiapa membaca surah Al-Waqi'ah pada setiap malam, kebuluran tidak akan menenainya." Ibn-e Masud pernah menyuruh anak-anak perempuannya agar membaca surah ini pada setiap malam.

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)


Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Selain itu, terdapat juga adab2 tdur yang disarankan kepada kita, ummat Muhammad s.a.w , amalan2 yang perlu dilakukan sebelum tidur....

Fatimah Az-Zahra’ puteri Nabi saw berkata: Pada suatu malam menjelang aku tidur Rasulullah saw datang kepadaku. Lalu beliau bersabda: “wahai Fatimah, janganlah kamu tidur sebelum kamu mengamalkan 4 hal:

1)menamatkan Al-Qur’an,

2)menjadikan para Nabi sebagai pemberi syafaat bagimu,

3)menjadikan orang-orang mukmin ridha kepadamu,

4)melakukan haji dan umrah.

Fatimah bertanya kepada Rasulullah saw: "Ya Rasulallah, engkau perintahkan aku empat hal yang tak mampu aku lakukan, Rasulullah saw tersenyum dan bersabda:

>Jika kamu membaca Surat Al-Ikhlash (3 kali), kamu seperti menamatkan Al-Qur’an;

>jika kamu bershalawat kepadaku dan para nabi, kami para nabi akan menjadi pemberi syafaat bagimu di hari kiamat;

>jika kamu memohonkan ampunan bagi orang-orang mukmin, mereka akan ridha padamu;

>jika kamu membaca Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar, kamu seperti melakukan haji dan umrah.


WAllahu'alam..

Tuesday, October 7, 2008

Selamat ulang tahun abah... + cerita raya

Hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran abah yang ke 54. Pagi2 tadi aku dah wish birthday abah. x sempat kami sumer nak sambut beramai2, sebab sumer cuti hanya sampai 5hb, kecuali adik perempuanku yang bercuti sehingga 13hb. Jeles dengan adikku sorang tu, dapat cuti lama duduk kat rumah....

Sekarang ni, abah dah bertambah lagi usia. mungkin abah x kisah dengan angka, tapi sejak kebelakangan ni, abah selalu jer cakap, abah dah x macam dulu....badan pun dah x secergas dulu... kalu dulu, abah sanggup memandu dari penang ke johor (dan rekod 2 jam 30 minit dari penang ke KL), tapi sekarang abah kata abah dah x larat sangat. sampaikan waktu kami beraya ke rumah saudara di KL baru2 ni, baliknya aku yang terpaksa memandu, sebab abah dah x larat sangat....walaupun mak x senang duduk kat belakang, tapi aku drive jer jugak, sebab kesian kat abah....(tapi, abahpun x boleh tido gak waktu aku drive..hahhaha)

Aku cuma berharap dan berdoa agar abah diberi pinjam lagi nikmat badan yang sihat. sebab aku tahu, bukan mudah untuk mendidik 7 orang anak (termasuk aku la tu...). dan aku juga harap dan berdoa usia abah dipanjangkan lagi, sebab aku belum lagi mampu membalas jasa abah dan juga mak ...walaupun aku tahu, jasa mereka memang x akan terbalas.....

selamat hari lahir abah.....

cerita raya sket,...

tahun ni, aku sambut dengan sederhana jer...pergi kerumah saudara2 yang dalam kategori 'wajib ziarah' sahaja...lagipun, 2 hari aku kurang sihat dan berselimut jer kat umah waktu cuti raya haritu. tapi, aku masih rasa seronok raya pada kali ni.....hari pertama, selepas bermaaf-maafan dirumah sesama ahli keluarga, kami ke rumah nyai (kami panggil nenek belah abah dengan panggilan nyai).rumah nyai kat sebelah rumah kami jer....pintu jer yang lain2....selangkah jer yang memisahkan kami...tapi, sepanjang Ramadhan, memang nyai sahur dan berbuka dirumah kami,tidur pun dirumah kami. waktu siang jer dia duk umah tu...

Selepas rumah nyai, kami bertolak plak ke rumah atok (sebelah mak- sebenarnyer, 2-2 pun kami panggil atok...datuk kami panggil atok, nenek pun kami panggil atok..kadang2 susah nak bezakan..hehhehe...). rumah atok pun dekat jer ngn rumah kami...x sampai 10 minit berkereta...=). jadi, memang setiap tahun kami beraya di kampung belah mak n abah....

kemudian, kami bertolak ke rumah mak long, (kakak abah)...borak2 lebih kurang ngn famili mak long,...kami pun balik semula ke rumah....kemudian, tetamu memang ramai sangat.....non-stop aku menjadi minah singki...asyik membasuh pinggan n cawan jer sepanjang hari......2 hari memang tetamu x henti2...tapi, sket jer aku mencelah bercerita dengan tetamu, selebihnya aku berkurung di dapur...(pasal penat sangat jadi minah singki la menyebabkan aku demam kot...hahhahah...kifarah dosa jugak tu sebebnarnyer...alhamduliLlah...)..

hari ke-4, abangku sudah bertolak balik...bukan naik basa, tapi kebetulan abang nak balik, jadi abah amik kesempatan nak melawat saudara kat KL disamping menghantar abang pulang...(macam manja jer kan...huhuhuh) jadi, raya ke-4 kami beraya di rumah saudara yang berdekatan dengan rumah sewa abang...(sebab mak dah janji dengan cik aim(adik bongsu mak) tuk dtg rumah dia raya kali ni...

Hari ke-5, hari aku bermalas-malasan..hanya sempat menziarah makcikku bersama kakak dan adik jer...mak n abah akan pergi di lain hari....kemudian, kakak meneruskan perjalanan pulang...malamnya, aku pula menaiki bas dan bertolak ke bumi usm...huhuhu.


eh...banyak plak aku cerita,

moral of d story: sayangilah ibu bapa kita selagi mereka ada di dunia....jangan nanti kita menyesal bila terlepas peluang keemasan tu......(ada kaitan ker? pandai2 la kaitkan sendiri.....hihihi)


WAllahu'alam....



Tuesday, September 30, 2008

Selamat hari raya

Hari ini adalah hari terakhir dalam bulan September. bermakna, ini juga adalah hari terakhir kita melalui bulan Ramadhan pada kali ini.....

Bulan Ramadhan yang pergi diharap pergi dengan penuh bermakna. Adakah kita akan melalui Ramadhan akan datang? Hanya Allah yang tahu.. harap2, kita masih diberi peluang untuk menemui Ramadhan akan datang......insyaAllah

Ramadhan pergi, Syawal pula bakal menjelma, insyaAllah lepas maghrib ni, kita akan bergembira menyambut kemenangan melalui Ramadhan dengan alunan2 takbir.....

kepada semua yang mengenali diri ini..., Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan,
Mohon maaf segala salah n silap....



Friday, September 26, 2008

Selamat bercuti....

Sedar x sedar, harini dah 26 hb september, bersamaan 26 Ramadhan, maksudnyer, Ramadhan dah hampir ke penghujungnya. Maka Syawal pula akan bakal menjelma.....

X aku sangka, begitu pantas masa berlalu...menghadapi bulan Ramadhan sebagai seorang perantau dan pelajar ni, memang x lain dan x bukan, saat yg dinanti adalah saat bercuti raya...bukan sebab excited sgt nk beraya (sbb umur pn dah tua...kasi peluang adik2 la plak yg bergembira...hehehe), tapi apa yang lebih penting adalah dapat pulang ke kampung halaman. mungkin bukan kepada pelajar sahaja, tapi kepada sumer org yg telah dewasa dan merantau jauh daripada keluarga...

Tapi, walaupun seronok nk balik ke kg halaman, jgn pula kita lupa muhasabah semula sepanjang Ramadhan kali ini....adakah kita semua akan bergraduasi dengan first class honour atau tidak?....

Ramadhan kali ini, bagi aku amat berlainan dengan tahun2 sebelumnya. Atas sebab2 tertentu, aku x melalui Ramadhan kali ini sepertimana aku lalui sepanjang aku bergelar pelajar undergrade... aku rasa agak terkilan, namun itulah suratan utk aku, mungkin inilah ujian daripadaNya utkku....

Walaupun rasa rindu bertandang juga dihati utk melalui Ramadhan seperti tahun2 sebelum ni...tapi aku redha...semoga apa yang kita kerjakan sepanjang Ramadhan pada kali ini akan membuahkan hasilnya, bagi bekalan perjalanan yang masih pjg lagi.Adakah kita bakal menempuhi Ramadhan akan datang, hanya Allah yang tahu......jd, gunakanlah masa yg berharga ini dengan sebaiknya

Peringatan kepada diriku sendiri dan pembaca.....jgn lepaskan peluang melalui bulan Ramadhan kali ini dengan sia-sia....masa berharga yang tinggal hanya 5 hari lagi.... utk rakan2 yang bergelar wanita,perempuan atau muslimah, kalu nak bershopping tu, ingat2 la jugak yer...jgn sampai membazir....sebab aku tau, memang dah lumrah wanita ni memang suka sangat bershopping....

InsyaAllah pagi ini aku akan bertolak separuh perjalanan pulang ke kampung...separuh jer, sebab akan menemankan kakakku dan pulang bersama2 dengan kakak pada hari Isnin...cuti dia x diluluskan,housemate sumer dah balik kg...so, hujung minggu ni aku akan menemankan kakakku dan akan balik ke Johor selepas habis waktu pejabat, hari Isnin...semoga semua dipermudahkan....


Monday, September 22, 2008

Semoga tak terlepas..

AlhamduliLlah...akhirnya dapat juga buka blog ni, setelah beberapa hari mencuba....beberapa hari kebelakangan ini, talian internet teramatlah slow....sehinggakan hampir keseluruhan blog dan website x dapat aku buka....xtau la samada bilik aku jer yg ader masalah atau semua pn mempunyai masalah yang sama dgn aku....
Antara sedar dan tidak, kita telah pun memasuki fasa terakhir Ramadhan, iaitu fasa yang dijanjikan pembebasan api neraka. Inilah peluang terakhir kita untuk merebut peluang mendapat keampunan setelah 2 fasa pertama yang telah kita lalui...
Pada fasa ke-3 ini juga, telah dijanjikan satu malam yang menyamai malam seribu bulan dan dipanggil malam al-qadr.
Berikut ini adalah di antara keutamaan malam Lailatul Qadar berdasarkan dalil-dalil yang sahih.

1. Keutamaan Lailatul Qadar (Malam al-Qadar)
Cukuplah untuk mengetahui tingginya kedudukan Lailatul Qadar dengan mengetahui bahawasanya malam itu lebih baik dari seribu bulan dan merupakan malam yang diberkahi, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:“Sesungguhnya Kami menurunkan al-Qur’an pada malam al-Qadar, tahukah engkau apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turunlah malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Rabb mereka (untuk mengatur) segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar.” (al-Qadar, 97: 1-5)Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan yagn penuh hikmah:“Sesungguhnya Kami menurunkan pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (ad-Dukhan, 44: 3-6)

2. WaktunyaDiriwayatkan dari Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa malam tersebut terjadi pada tanggal malam ke 21, 23, 25, 27, 29 dan malam-malam terakhir dari bulan Ramadhan. (Pendapat-pendapat yang terdapat dalam masalah ini berbeza-beza, Imam al-Iraqi telah mengarang suatu risalah khusus yang diberi judul Syarhush Shadr bi Dzikri Lailatil Qadar yang membawakan perkataan para ulama berkaitan permasalahan ini)Imam asy-Syafi’i berkata, “Menurut pemahamanku, wallahu a’lam, Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab bertepatan dengan yang ditanyakan, ketika ditanyakan kepada beliau, “Adakah kami mencarinya di malam ini?” Beliau menjawab, “Carilah di malam tersebut”.”Pendapat yang paling kuat, terjadinya Lailatul Qadar itu pada malam-malam terakhir bulan Ramadhan berdasarkan hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda:“Carilah Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/225) dan Muslim (1169))Jika seseorang merasa lemah atau tidak mampu, janganlah sehingga terluput dari tujuh hari terakhir, kerana riwayat dari Ibnu Umar, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka janganlah sampai terluput tujuh hari yang selebihnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/221) dan Muslim (1165))“Aku melihat mimpi kalian telah terjadi, barangsiapa yang mencarinya carilah pada tujuh hari terakhir.”

Telah diketahui di dalam as-sunnah, pemberitahuan ini wujud adalah kerana pada masa itu berlaku perselisihan di antara para sahabat. Dari Ubadah bin Shamit Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam keluar pada malam al-Qadar, ada dua orang sahabat berdabat, beliau bersabda:“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))Telah banyak hadis yang mengisyaratkan bahawa Lailatul Qadar itu pada sepuluh hari terakhir, yang lainnya menegaskan di malam-malam ganjil sepuluh hari terakhir. Hadis yang pertama sifatnya umum, manakala hadis kedua adalah khusus, maka riwayat yang khusus lebih diutamakan daripada yang umum. Dan ada beberapa hadis yang lain turut menjelaskan bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada tujuh hari terakhir bulan Ramadhan dan yang ini terikat kepada yang mengalami ketidakmampuan dan kelemahan, sehingga tidak ada masalah. Makanya, di sini hadis-hadis yang berkaitan adalah saling bersesuaian dan tidak bertentangan.Kesimpulannya, jika seorang muslim ingin mencari Lailatul Qadar, maka carilah ia pada malam-malam ganjil di sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, 21, 23, 25, 27 dan 29. Sekiranya tidak berupaya mencarinya pada sepuluh hari terakhir, maka carilah pada malam-malam ganjil tujuh hari terakhir iaitu 25, 27 dan 29. Wallahu a’lam.

3. Bagaimana Mencari Lailatul Qadar
Sesungguhnya malam yang diberkahi ini barangsiapa yang terhalang dari mendapatkannya, maka bererti dia telah terhalang dari seluruh kebaikan (baginya). Dan tidaklah terhalang dari kebaikan itu melainkan (bagi) orang yang rugi. Oleh kerana itu dianjurkan bagi kaum muslimin (agar) bersemangat dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah untuk menghidupkan Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan terhadap pahala-Nya yang besar, jika telah berbuat demikian niscaya akan diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu.Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Barangsiapa berdiri (solat) pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/217) dan Muslim (759)).

Disunnahkan untuk memperbanyakkan do’a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?” Beliau menjawab,“Ucapkanlah, Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)Semoga Allah memberkati dan memberi taufiq kepada kita dalam usaha mentaati-Nya. Berdasarkan beberapa penjelasan tadi, maka kita telah mengetahui serba sedikit bagaimana keadaan Lailatul Qadar dan keutamaannya untuk berusaha mendapatkannya.

Maka wajarlah kita berusaha untuk bangun (menegakkan ibadah, solat, dan berdoa) pada sepuluh malam-malam yang terakhir. Bersungguh-sungguhlah dalam menghidupkannya dengan ibadah dan menjauhi hubungan suami isteri. Juga perintahkanlah kepada keluarga kita untuk tujuan yang sama iaitu memperbanyakkan perbuatan ketaatan.Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha:“Adalah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam apabila memasuki sepuluh hari (terakhir bulan Ramadhan), beliau memperkuatkan ikatan kainnya sambil menghidupkan malam tersebut dan membangunkan keluarganya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/233) dan Muslim (1174))Juga dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata:“Adalah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam bersungguh-sungguh (dalam beribadah) apabila telah masuk sepuluh malam terakhir yang tidak beliau lakukan pada malam-malam pada bulan selainnya.” (Hadis Riwayat Muslim (1174))

4. Tanda-Tandanya
Mudah-mudahan Allah membantu kita dengan pertolongan-Nya dalam memahami datangnya malam al-Qadar. Dalam hal ini, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam menggambarkan (menyifatkan) paginya Lailatul Qadar agar seseorang muslim dapat mengetahuinya.Dari ‘Ubai radhiyallahu ‘anhu ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Pagi hari (setelah) Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinar), seakan-akan ia bejana sehinggalah ia meninggi.” (Hadis riwayat Muslim (762))

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu ia berkata, “Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, dan beliau bersabda:“Siapa di antara kalian yang masih ingat ketika terbit bulan yang ianya seperti syiqi jafnah (separuh mangkuk).” (Hadis Riwayat Muslim (1170). Kalimat syiqi jafnah, syiq membawa erti setengah, jafnah pula ertinya bejana. Al-Qadhi ‘Iyadh berkata, “Dalam hadis ini menunjukkan isyarat bahawa Lailatul Qadar hanya di akhir bulan, kerana bulan tidak akan berbentuk (berupa) sedemikian rupa ketika terbit melainkan ketika di akhir-akhir bulan”)Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar mataharinya kelihatan melemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat ath-Thayalisi (394), Ibnu Khuzaimah (3/231), al-Bazzar (1/486) dan sanadnya hasan)
malam ni adalah malam ke-23, semoga kita tidak terlambat dalam mengejar malam seribu bulan pada kali ini....Jom!! bangkit dan lebih bersemangat...
WAllahu'alam....