Sunday, September 20, 2009

Selamat hari raya

Selamat menyambut hari raya aidilfitri pd semua...

tahniah pada semua yg telah melalui 1 bulan bulan yg penuh barakah ini dengan cemerlang....semoga kita semua mendapat 'skroll' yg cemerlang sepanjang berada dalam madrasah tabiyyah selama sebulan ini......dan semoga 11 bulan akan dtg; yg insyaAllah kita akan melaluinya sekiranya masih lagi dipinjamkan nyawa oleh-Nya, dilalaui dengan cemerlang hasil didikan selama sebulan kita berada di dalam madrasah tabiyyah (Ramadhan) ini....insyaAllah....

Akhir kalam....

Salam Aidilfitri
Maaf zahir dan batin buat semua




kehadiran Syawal dirai,
pemergian Ramadhan dirindui...,


semoga kita sama2 beroleh peluang bertemu semula dengan tetamu yg ditunggu2 oleh org2 yg beriman.... bulan penuh barakah, bulan Ramadhan...aminn...



Tuesday, September 15, 2009

give thanks to Allah

Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
prays in all day full,
what is and what was
take hold of your iman
dont givin to shaitan
oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghefor Allahu Rahim Allahu yuhibo el Mohsinin,
hua Khalikhone hua Razikhone whahoa ala kolli sheiin khadir

Allah is Ghefor Allah is Rahim Allah is the one who loves the Mohsinin,
he is a creater, he is a sistainer and he is the one who has power over all.

Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
prays in all day full,
what is and what was
take hold of your iman
dont givin to shaitan
oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghefor Allahu Rahim Allahu yuhibo el Mohsinin,
hua Khalikhone hua Razikhone whahoa ala kolli sheiin khadir


Allah is Ghefor Allah is Rahim Allah is the one who loves the Mohsinin,
he is a creater, he is a sistainer and he is the one who has power over all.


~~michael jackson~~

Monday, September 14, 2009

masa semakin mencemburui...

owh....harini dah 14 september....bermakna lebih kurang 5 hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita....dan perlu menunggu 11 bulan lagi sebelum bertemu dgn Ramadhan seterusnya. entahkan sempat ketemu atau x, wAllahu'alam...kita semua x tahu samada boleh ketemu lg dgn bulan yg penuh barakah ini lagi....

oleh itu, marilah sama2 kita mempertingkatkan amalan di hari yg hanya tinggal baki2 ni...... fasa ke-3 Ramadhan, insyaAllah fasa dimana dijanjikan pembebasan dr api neraka...alangkah beruntungnya jika kita dapat memenuhi syarat2 tawaran yang sangat berbaloi ini.... dibebaskan dari api neraka...saper yg x mahu kan?.....

fasa ini jugak, fasa dimana ada 1 malam, malam yg lebih baik dr 1000 bulan... "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

SubhanAllah...betapa pemurahnya sang Pencipta...menawarkan ganjaran yang x terfikir dek aqal.....untuk mengupas malam al-qadr ni, aku bukanlah org yg mahir...jadi...silalah berkunjung ke sini atau mana2 laman sesawang ustaz2 yglebih bertaulaih bagi menerangkan ganjaran2, fadhilat2, dan segala apa yg dikatakan dengan malam al-qadr tersebut....

erm.....takut jugak aku menghadapi malam2 terkhir dlam bulan Ramadhan ni..yerla kan, bila dah sampai hujung2 bulan Ramadhan ni, pastinya sumer sibuk nak balik ke kampung halaman masing2...takut bila dah excited sgt nak balik kampung tu, kita terlupa akan hadiah2 yg dijanjikan Allah yg pastinya jauh2 lebih bermakna lagi ni.....

insyaAllah aku pn akan balik ke johor malam esok....utk meraikan kemenangan sebulan ummat Islam berpuasa bersama2 dgn famili....1 Syawal adalah saat yg menggembirakan bagi ummat Islam, sebab tulah kita nak share ngn famili kan....tp, jgnlah pulak gembira sampai gembira berlebihan yang membawa kepada pembaziran....( ada kaitan ker gembira n boros..hehehe...lantakla..) yang penting , keypoint disini adalah: jgn membazir!! =). pesanan utk semua n diri sendiri terutamanya.....

erm...

1 more thing....
pejam celik, pejam celik...

aku dah pn berumur 24 tahun secara rasminya pada 11 september yg lpas.....

dah x bole nak mengaku umur 23 dah...hehehe...

xperlah, mudah-mudahan dengan pertambahan usia ni akan mematangkan aku, menambahkan ilmu, mencambah pengalaman, dsb...

terima kasih pd sumer sahabat2 yg mengingati tarikh bermakna dalam hidup temanmu ini...segala ingatan kalian sangat bermakna utk diriku yg x seberapa ini...=)

n aku amat bersyukur n berterima kasih pada mak n abah, kerana merekalah asbab aku lahir ke dunia ini, dan kerana asuhan n didikan merekalah aku menjadi seorang aku.... (teringat plak pertandingan pidato yg telah diubah format oleh seorang peserta menjadi sajak semalam... nampak n rasa mcm lawak jer tp sebenarnyer banyak muhasabah yg ada dlm tu....)

Utk hari2 terakhir ni....selamat bermuhasabah n selamat beramal....=)

wAllahu'alam....


Tuesday, September 1, 2009

fasa ke-2

AlhamduliLlah, masih lagi dipinjamkan nyawa untuk terus bernafas dan meneruskan kehidupan dibumi Allah ni...pejam celik, pejam celik fasa pertama Ramadhan (rahmah) telah pun berlalu. sekarang masuk pula fasa ke-2 dlm bulan ramadhan, fasa yang dijanjikan dengan maghfirah (keampunan) dr Nya....

bagaimanakah dengan amalan2 kita sepanjang bulan Ramadhan ni?....harap2 semakin baik (khususnya utk diri aku ni.....) walaupun syaitan dah dibelenggu, tapi nafsu yang ada pd diri ni, masih lagi bermaharajalela....waktu tinggal sikit jer tuk menundukkan nafsu sementara syaitan xder ni....harap2, aku dapat mendidik nafsu ni... (walaupun terpaksa aku akui, mmg susah betul nak mendidik nafsu ni...huhuhu).....

actually, xtau naktulis apa ni...jiwa tgh kacau...huhuhu...nak run lab pn xleh, nk type pjg2 pn malas, n xder apa sgt yg nk dikongsikan...

selamat ber'amal...manfaatkanlah masa yg masih lagi dipinjamkan ini dengan sebaik2nya..insyaALlah...


Wednesday, August 26, 2009

Askar Yahudi curi organ mayat remaja Palestin

Tajuk akhbar berita hari ni..ni beritanya...


Israel turut biar pendeta cemar Masjid al-Aqsa hari ke-2 puasa

STOCKHOLM: Kerajaan Israel digegarkan dengan pendedahan mengenai kekejaman terbarunya di bumi Palestin apabila akhbar Sweden, Aftonbladet, menuduh tentera Yahudi mengambil organ mayat warga Palestin sebelum menyerahkannya semula kepada keluarganya.

Di Baitulmaqdis, laporan berita Palestin pula mendedahkan Israel cuba menghasut kekacauan pada Ramadan apabila sekumpulan pendeta Yahudi memasuki pekarangan Masjid al-Aqsa serta mengadakan majlis keagamaan pada hari kedua umat Islam berpuasa.

Yayasan al-Aqsa menggesa penduduk Palestin segera melindungi tanah suci ketiga Islam itu.

Artikel kedua Aftonbladet yang disiarkan Ahad lalu, melaporkan kejadian di kampung Imatin, utara Tebing Barat, lokasi Bilal Ahmad Ghanem, 19, terbunuh dalam satu pertempuran dengan tentera Israel pada 1992.

Mereka menuduh tentera Israel mengambil organ remaja Palestin dan mengembalikan mayatnya beberapa hari selepas itu.

Keluarga mangsa mendakwa, mayat Bilal dipulangkan dengan dibungkus dalam balutan hospital. Akhbar itu menyiarkan gambar mayat terbabit dengan kesan jahitan di leher hingga badan.

Artikel kedua bertajuk, Mother never stopped suffering; she never stopped wondering, memetik adik mangsa berkata, Bilal diburu Israel kerana mempertahankan Palestin.

"Sekumpulan askar Israel (IDF) menyerang dan melepaskan tembakan. Tembakan pertama mengenai dada (Bilal) dan kakinya.

Ibunya, Sadija memberitahu Aftonbladet 'mereka boleh menahan beliau tetapi memutuskan untuk membunuhnya. Keluarga itu mendakwa, IDF menuntut 5,000 shekel untuk menyerahkan mayat Bilal.

Mengulas isu itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang memulakan lawatan ke Eropah, semalam, berkata: "Kami tidak mahu kerajaan Sweden memohon maaf, kami mahu mereka mengutuk laporan akhbar itu."

.....................................................................


Astaghfirullahal'azhim...begitu byk dugaan yg dihadapi oleh saudar2 kita di Palestin sana.... semoga segala kekejaman yg dilakukan oleh pihak zionis laknatuLlah ini akan dibalas dengan balasan yang setimpal dr-Nya.....

Tuesday, August 25, 2009

taubat seorang hamba

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...

-hafiz hamidun feat irsyadee

Thursday, August 20, 2009

dia dtg lg...

pejam celik-pejam celik, bulan Ramadhan bakal menjelma lagi...bulan dimana kita diberikan masa selama sebulan utk mendidik diri dan jiwa. selama sebulan, insyaAllah hari2 kita akan diisi dengan perkara2 bermanfaat...dimana semua syaitan dibelenggu sepanjang bulan ini.....yang ada pd diri kita, itulah kita...bukan lagi atas dasar hasutan syaitan...jd, pd waktu inilah kita berpeluang mendidik diri menjadi hamba yang lebih baik...

insyaAllah, pd siang hari, kita belajar menundukkan nafsu makan yg selama 11 bulan sebelum ini diajar makan berkali-kali sehari....malam plak, disediakan hiburan khas bulan Ramadhan, yg hanya boleh dilakukan pd bulan yg penuh barakah ni jer...iaitu solat terawih. lain2 waktu mmg x akan dpt peluang nk lakukan aktiviti ni....waktu inilah semua surau2 dan masjid2 insyaAllah akan dipenuhi dgn org ramai.... rindunyerr dgn suasana ni....

semoga Ramadhan kali ini lebih baik dr Ramadhan yg sebelumnya, dan semoga kita semua diberi kekuatan utk melakukan amalan di bulan yg mulia ini....

renung2kanlah dan selamat beramal...~_^