Berkaitan dengan kemelut yg dimulakan dengan perlantikan SUK kerajaan negeri pakatan-Selangor (saudara Khusrin) yg tidak melalui perbincangan dan persetujuan pimpinan kerajaan negeri yg memimpin. Ini adalah pencabulan hak yg ternyata dimanipulasi dan diheret pula dengan institusi beraja... xtau la apa yg akan jadi pada negaraku tercinta-Malaysia. media massa arus perdana pulak, semakin lama semakin 'bias' dalam laporan...dimanakah keadilan?....
Thursday, January 6, 2011
SUK negeri selangor- dari berita harakah
Labels: politik
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 3:16 PM 0 bicara anda
Wednesday, January 5, 2011
Bunuh Pengkritik Sultan, Satu Cadangan Yang Hina
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Seorang YB dan NGOs tertentu mencadangkan agar pengkritik sultan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Walaupun ada kaitan dengan politik kepartian tertentu -itu bukan urusan saya- tetapi saya ingin mengulas cadangan ini di sudut hukum Islam seperti berikut;
1. Cadangan ini sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau kesemua maksiat yang lain. Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain.
2. Sultan bukanlah nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik. Kepercayaan sesetengah pihak bahawa haram mengkritik atau berbeza pendapat dengan sultan seakan menyamakan kedudukan sultan dan raja melayu dengan para nabi a.s. Sedang para al-khulafa al-rasyidin iaitu Abu Bakr, Umar, Uthman dan ‘Ali yang jauh lebih mulia dari sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka. Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih.
Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini. Sahabat Nabi s.a.w tidak pernah menggesa agar dibunuh pengkritik mereka. Bahkan dalam Sirah, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi s.a.w dan membantah baginda seperti yang berlaku kepada ‘Umar r.a ketika perjanjian Hudaibiyyah, pun Nabi s.a.w tidak membunuh beliau.
3. Pada saya, pencadang hukuman tersebut; adalah pengampu yang melebihi had. Jika dia muslim, dia seorang yang ‘kering perasaan’ dan tidak takutkan Allah mengenai ‘darah orang lain’. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak. Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut.
Labels: copy n paste
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 2:52 PM 0 bicara anda
.m.a.r.a.h.
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 12:32 PM 2 bicara anda
Monday, January 3, 2011
ceritera tahun baru 2011
Labels: gunung lambak, riadah
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 9:39 AM 3 bicara anda
Wednesday, December 29, 2010
suara siswa-ikon; artis atau intelektual?
Labels: pelajar, perbincangan
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 9:37 AM 0 bicara anda
Tuesday, December 28, 2010
ubah sekarang selamatkan Malaysia...
Labels: pakatan
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 10:10 AM 0 bicara anda
Monday, December 27, 2010
sebelum menutup tirai..
Salam 'alaik...
fuh...fuhh...mmg bersawang sungguh rumah ni ditinggalkan tanpa dijejaki oleh tuan rumah. tahun hijrah telah masuk ke tahun yg ke 1432, tahun masihi 2010 pula bakal melabuhkan tirainya dan membuka lembaran baru, tahun 2011...
so many things happen through out the whole 2010...time sure flies verryyy fast... x terlarat nak kejar...renung2 kembali agak banyak perkara yg berlaku sepanjang blog ni x di update, cuma kekurangan kata2 n kekuatan untuk menaip di blog....
ive read a blog dat inspiring me a LOT few months back... jumpa blog tu kebetulan, linked dari blog suami seorang teman (kiranya, blog ni adalah blog adik ipar kpd kawan)...namun begitu, baru2 ini tuan blog tersebut telah dijemput pulang oleh sang Khaliq...TUAN kepada tuan blog tersebut ...
SubhanAllah...even though he's not around, he's still left sumthing precious to all of us....his words inspiring a lot of people....May Allah bless him, and place him in HIS jannah...
erhh...mula2 nak tulis lain sbenanyer, tp tertaip psl blog arwah plak...xperla..layankan ajer...semoga sedikit sebanyak memberi manfaat n dapat kita sama2 sedekahkan al-fatihah kepada arwah n kepada semua saudara2 kita yg telah meninggalkan kita di alam yg fana' ini....
ermm...nak cakap pasal bola boleh x? heheh...sbb skrg kan tgh hangat diperkatakan tentang perlawanan antara Malaysia vs Indonesia utk merebut piala AFF Suzuki kan...w/pn perlawanan dah 21 jam berlalu, tp penyokong2 masih lg x berpuas hati...ini semua disebabkan oleh pancaran laser yg dikatakan mengganggu konsentrasi pemain indonesia sehingga tidak dapat menewaskan Malaysia mlm td....
okayy...put aside this unethical audience....sbb sy percaya referee tlh melakukan tugasnya dgn baik kerana entertain aduan dr pemain indonesia yg mengadu dipancar laser...tp,mmg kalau tau saper yg buat ni, rasa mcm nak 'jotos' jer kepala dia tu..hahahha
nak cakap pasal penyokong2 plak...yg masih lg saling bertikam lidah..erkk, bukan lidah sebenaenyer...bertikam pendapat dialam siber, itu lebih tepat...makin lama, makin byk plak kata2 kesat n yang x enak didengar keluar....hanya kerana sebiji bola, umat manusia bergaduh. hanya kerana sebiji bola, manusia yg dikatakan serumpun mengutuk n mengeji antara 1 sama lain. hanya kerana sebiji bola jugak...manusia2 yg waras menjadi kurang waras...n the list goes down...(isila sendiri apa2 saja kemungkinan n yg telah terjadi kerana sebiji bola!!)
nampaknya, telah berjaya percaturan 'pencipta' game bola sepak ni.... dgn hanya sebiji bola, mcm2 dia dpt buat...maka, org2 yg kurang mahu berfikir ni plak, entah macam mana boleh 'naik syeikh'... tiba2, disitulah muncul semangat yg dikatakan semangat cintakan negara, semangat mempertahankan maruah negara dsb.....maka berbalah la sesama mereka yg berasal dr 1 rumpun ni....hanya dengan sebiji bola...senang kan manusia2 ni diperbodoh2kan?
so...kesimpulan daripada taipan kali ini adalah....
erkk...pikirlah sendiri, malas nak bg kesimpulan...hahhaha
~~entri ke 7 utk thn 2010, 5 hari sebelum tirai ditutup
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 5:24 PM 0 bicara anda
