Saturday, May 31, 2008

takder rezeki


kali yang ke-2 utk minggu ini...
niat di hati ingin menghadiri kuliah maghrib di surau yang berhampiran dengan kampus. tapi, kuliah x diadakan pada hari-hari tersebut.
"xper, sekurang-kurangnya kita dah usaha kan?..." kata sahabaiah seniorku untuk menenangkan hati...huk3...

biasanyer, sebelum pergi ke kuliah, kami akan check jadual bulanan yang disediakan oleh surau, tapi disebabkan ketiadaan jadual untuk bulan May, kami meredah jer pada hari pertama. kemudian bertanya pada seorang sahabat yang kerap juga ke kuliah tersebut. dan mendapat info hari ini ader kuliah, tapi rupa-rupanya info tersebut salah....
nak buat camner kan?.... xder rezeki....

aper pentingnyer menghadiri kuliah2 atau majlis2 ilmu ni? banyak kepentingannyer.....
oleh kerana aku adalah seorang hamba yang lemah dan sering lupa (bak kata Dr.M), maka aku perlu kepada peringatan. aku perlu kepada ilmu baru. aku perlu top up rohaniku. aku perlu kasi makan yang secukupnya untuk jiwaku!!
tanpa menghadiri kuliah2 dan majlis2 ilmu, manakan mungkin aku dapat menambah ilmu ukhrawi yang sememangnya cetek sgt2 ni?....berhadapan dengan kerja sebagai research assistant (RA) ( itu pun kalu boleh dianggap sebagai kerja...huk3) agak susah untuk aku menelaah ilmu2 agama...hanya inilah medan aku untuk mendengar peringatan dan menambahkan ilmu....
namun begitu, setiap kali aku menghadiri majlis2 ilmu, hanya golongan emas yang memenuhi ruang. dimanakah golongan muda mudi yang bakal meneraju kehidupan baru pada masa akan datang? aku sendiri sering tertanya-tanya....

adakah mereka merasakan hanya bila usia mencapai usia emas, baru perlu melibatkan diri dengan kuliah2 agama sebegini? bagaimana sekiranya minggu depan, lusa, esok, atau dalam masa terdekat ni kita dijemput pulang oleh Sang Pencipta??? kita x dapat nak jamin sampai bila kita boleh teruskan kehidupan di bumi ini.....oleh sebab itu, kata salah seorang Sahabat Nabi 'bekerjalah seperti akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadatlah seperti akan mati esok hari'.....
disinilah kita sangat perlu untuk membahagikan masa secukupnya dan seadilnya, bukan untuk menjamin kehidupan yang selesa didunia semata-mata, tapi untuk menjamin kehidupan yang sangat3 dipenuhi dengan nikmat di akhirat kelak, insyaALlah....






moral of the story, berusahalah selagi mampu untuk mencapai kejayaan hidup. bukan hanya kehidupan didunia yang kita cari.....tapi lebih daripada itu, as a muslim, there's another world that we are looking for....the world that will never fade and will be no end....



I'M PROUD TO BE A MUSLIM !!

Friday, May 30, 2008

Semoga Allah memberkati kamu...

Hari ini adalah hari ulangtahun mak melahirkan kakakku yang ke-2.
Bertambah lagi usia kakak...
Setiap hari usia kita akan semakin bertambah, dan diharap dengan pertambahan usia, akan menambahkan juga pengalaman dan kematangan

khusus untuk kakakku...
selamat ulang tahun kelahiran ....
semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan rahmat dan diberikan kesihatan yang cemerlang diusia muda ini...
semoga akhlak kita bertambah baik dengan pertambahan usia...




HAPPY BIRTHDAY SIS!!....
LOVE U

Thursday, May 22, 2008

bertemu semula....

Assalamualaikum.....

lama plak rasanyer x update, sejak cuti hujung minggu aritu, sampai la skang ni, baru berkesempatan. Tapi, ni pun mata dah terasa berat jer.....huhuuhuh

Rasa teringin nak share apa yang aku peroleh sepanjang hujung minggu berprogram dan merayau di rumah junior n kakak.

Pertama-tamanya, kisah di rumah kakak junior aku.Tersangat terhibur dengan telatah anak buah junior aku...aku panggil dia adik, umur 4 tahun. Tersangatlah petah berkata-kata, berserta dengan gaya sekali plak tuh.... comeyy sesangat...hehheheh...Walaupun penat, aku dan kawan yang bersama-sama bermusafir denganku berasa seronok berada dirumah kakak junior aku tu... walaupun terpaksa melayan karenah adik yang mengikut kata ibunya, kalau dilayan, dia boleh bercakap tanpa henti hingga jam 2-3 pagi...Tersentuh dengan layanan kakak junior aku tu, pada kami, sebagai tetamu, dan juga pada anak-anak yang masih kecil dan perlukan belaian kasih sayang seperti adik. Tak tau la, samada aku mampu atau x buat macamtu bila sampai masanya untuk aku bertanggungjawab sebegitu rupa. Melayan karenah anak kecil, dengan penuh kasih sayang dan berhemah...semoga adik dapat membesar dan menjadi anak solehah. Semoga aku bakal menjadi ibu yang penyayang dan boleh mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh n solehah......amin...

Pagi Sabtu, aku n sahabat permusafiran meneruskan perjalanan ke tempat program.Terlalu banyak pengisian yang aku peroleh berkenaan tanggungjawab dan kontinuiti yang perlu dilaksanakan oleh aku dan seluruh ummat manusia rupanya. Namun, apa yang menyedihkanku adalah, terlalu sedikit sumbanganku terhadap agama Islam yang menjadi pegangan hidupku ini.... banyak sangat pengalaman yang aku nak share mengenai program ini, tapi, tunggulah untuk post akan datang, sebab mata dah mula memberat, minta ditutup, taku2 isi n penyampaian x berkesan n menyebabkan banyak kekhilafan plak nnt.

Petang ahad selepas tamat program, tibalah masa untuk aku bertemu dengan adik n kakakku yang dah lama sangat rasanya x bersua muka. AlhamduliLlah, dapat berjumpa dengan adikku di KL Central pada jam 6.15 petang. Sambil menunggu sahabatku yang lain untuk datang, kami berborak kosong sambil makan sundae..huhuhuh. Kemudian, setelah sahabatku sampai,n berceloteh seketika, aku meninggalkan sahabat2ku dan meneruskan perjalanan lagi, untuk ke tempat kakakku menunggu plak...
Waktu maghrib barulah kami sampai ke destinasi. jadi, kami berhenti solat sebelum menjamah makan malam. Kemudian, kami pun berborak-borak, lantaran terlalu x berjumpa. habis makan malam, kami balik ke rumah kakakku, n sambung borak lagi, mandi2, kemudian sambung borak lagi....kami berborak sehingga mata masing2 tertutup dengan sendirinya, tanpa perncangan.
Aku agak kesian dengan kakakku sebenarnya , kerana housematenya ada sejenis penyakit, tapi aku pun x berapa jelas dengan penyakit tersebut. Cuma, apa yang aku pasti, bau ubat mmg menguasai keseluruhan rumah tersebut, kecuali bilik kakakku yang sntiasa tertutup...huhuhh. Bab penyakit ni pun, akan aku ceritakan kemudian.Huhuhuhu...
Apa yang menariknya disini adalah bila adik beradik yang dah lama x bertemu, kemudian bertemu,mmg sgt byk cerita yang ingin dikongsi bersama....Benarlah kata pepatah yang mengatakan 'air dicincang x kan putus'...heheheh

Friday, May 16, 2008

Aktiviti hujung minggu

Pada hujung minggu ni, aku akan menyertai 1 program yang dianjurkan, khusus bagi 'fresh graduate' seperti aku. jadi, hujung minggu ni, mahasiswa/mahasiswi Muslim yang baru menamatkan pengajian akan berkumpul. Agenda utama, x lain dan x bukan adalah bagi mendapatkan hala tuju yang lebih jelas selepas berijazah...

Hala tuju yang aku maksudkan disini, bukan mengenai karier yang berkaitan dengan ijazah yang bakal diperoleh semata-mata, tapi lebih menjurus kepada 'karier' yang lebih awal dipertanggungjawabkan kepada diri kita..iaitu karier sebagai khalifah Allah dimuka bumi....

Kadang-kala, kita hanya memikirkan karier yang memberikan kita hasil segera a.k.a DUIT. Tapi, kita lupa bahawa tanggungjawab kita lebih daripada itu...Ya, kita mmg perlu berusaha keras mendapatkan duit, itu salah satu sebab kenapa kita melanjutkan pelajaran kan?...huhuhu. Ada sesetengah peserta yang x dapat menyertai program ini, disebabkan oleh kekangan tertentu... Tapi aku harap, bukanlah salah satu simptom futur...dan aku mmg ber husnu zhon dengan sahabat- sahabiah.... Apa pun, bagi yang akan menyertai program ini bersama-sama aku, selamat berprogram aku ucapkan...

hehehhehe....

Sebelum program bermula, aku dijemput oleh seorang junior datang ke rumahnya. Walaupun aku rasa agak malu nak bertandang ke rumah adik ni, tapi insyaAllah aku akan pergi juga...dan bermalam 1 malam disana. X sampai hati rasanya nak menghampakan adikku yang seorang ni.... =)

Dan, plan seterusnya untuk hujung minggu ni adalah, berkumpul dengan kakak dan adik perempuan yang dah lama x jumpa. Balik bercuti ke rumah sebelum ni, diorang xder cuti...so, kebetulan dah dekat dengan tempat program, aku akan mengambil peluang untuk berjumpa dengan mereka...=)

Saya, aku, ana dan I....

Rasa-rasanya, nak pilih aku sebagai kata ganti diri....
sbb, kalu dgn sahabat-sahabat terdekat dan rapat, memang kata ganti diri lebih dekat dengan orang yang diajak berbicara

So, secara rasminya, kata ganti diri 'aku' akan digunakan didalam blog 'bila hati berbicara'


.....

Mencari mood....

Assalamualaikum....

Sebenarnya, masih lagi tercari-cari mood tuk meneruskan blog ni,
waktu create blog ni, banyak idea nak bincangkan pelbagai isu.....
tapi dirasakan semacam x sesuai lagi......


walaupun dah lama menjelajah ke teratak bloggers2 yang sedia ada, tapi tetap dan
masih lagi mencari mood.....

Thursday, May 15, 2008

Munajat seorang hamba


Di kala mlm sunyi sepi
bagi insan tenggelam dlm mimpi
Musafir yg malang ini pergi membasuh diri
Utk megadapMu oh Tuhan
Lemah lututku berdiri dihadapan Mu
Tangisanku keharuan
Hamba yg lemah serta hina
Engkau terima juga mendekati
Bersimpuh di bwh duli kebesaranMu

Tuhan hamba belum pasti
Bagaimana penerimaan MU
Dikala mendengar pengaduanku
Ku yakin kau tak mungkiri
Dalam wahyu yg Kau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku
Dan Kau berjanji
Sudi mengampunkanku
Dari segala dosa yg kulakukan

Ampunan Mu tuhan lebih besar dari kesalahan insan
Hamba yakin pada keampunan Mu tuhan
Bukan tidak redha dgn ujian
Cuma hendak mengadu pada Mu
Tempat hamba kembali nanti disana

Wednesday, May 14, 2008

al-muqaddimah


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.....

Assalamualaikum w.b.t

Pertama-tama dan selama-lamanya, setinggi-tinggi kesyukuran pd Allah, kerana memberikan kekuatan mencoretkan sesuatu didunia maya ini..dan insyaAllah berkecimpung dalam dunia blogging selepas ini......

salam perkenalan.....


Sesungguhnya perjalanan ini masih panjang dan jauh menuju ke alam yang kekal abadi, namun kita hanya mampu berusaha dan berharap untuk memperoleh hasil yang diharap-harapkan oleh semua yang bergelar Muslim....iaitu balasan jannah....

Semoga coretan ini dan seterusnya menambahkan sedikit saham saya dalam meneruskan perjalanan hidup, yang sedang mencari-cari sinar kehidupan....

Wallahu'alam....