Assalamualaikum.....
lama plak rasanyer x update, sejak cuti hujung minggu aritu, sampai la skang ni, baru berkesempatan. Tapi, ni pun mata dah terasa berat jer.....huhuuhuh
Rasa teringin nak share apa yang aku peroleh sepanjang hujung minggu berprogram dan merayau di rumah junior n kakak.
Pertama-tamanya, kisah di rumah kakak junior aku.Tersangat terhibur dengan telatah anak buah junior aku...aku panggil dia adik, umur 4 tahun. Tersangatlah petah berkata-kata, berserta dengan gaya sekali plak tuh.... comeyy sesangat...hehheheh...Walaupun penat, aku dan kawan yang bersama-sama bermusafir denganku berasa seronok berada dirumah kakak junior aku tu... walaupun terpaksa melayan karenah adik yang mengikut kata ibunya, kalau dilayan, dia boleh bercakap tanpa henti hingga jam 2-3 pagi...Tersentuh dengan layanan kakak junior aku tu, pada kami, sebagai tetamu, dan juga pada anak-anak yang masih kecil dan perlukan belaian kasih sayang seperti adik. Tak tau la, samada aku mampu atau x buat macamtu bila sampai masanya untuk aku bertanggungjawab sebegitu rupa. Melayan karenah anak kecil, dengan penuh kasih sayang dan berhemah...semoga adik dapat membesar dan menjadi anak solehah. Semoga aku bakal menjadi ibu yang penyayang dan boleh mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh n solehah......amin...
Pagi Sabtu, aku n sahabat permusafiran meneruskan perjalanan ke tempat program.Terlalu banyak pengisian yang aku peroleh berkenaan tanggungjawab dan kontinuiti yang perlu dilaksanakan oleh aku dan seluruh ummat manusia rupanya. Namun, apa yang menyedihkanku adalah, terlalu sedikit sumbanganku terhadap agama Islam yang menjadi pegangan hidupku ini.... banyak sangat pengalaman yang aku nak share mengenai program ini, tapi, tunggulah untuk post akan datang, sebab mata dah mula memberat, minta ditutup, taku2 isi n penyampaian x berkesan n menyebabkan banyak kekhilafan plak nnt.
Petang ahad selepas tamat program, tibalah masa untuk aku bertemu dengan adik n kakakku yang dah lama sangat rasanya x bersua muka. AlhamduliLlah, dapat berjumpa dengan adikku di KL Central pada jam 6.15 petang. Sambil menunggu sahabatku yang lain untuk datang, kami berborak kosong sambil makan sundae..huhuhuh. Kemudian, setelah sahabatku sampai,n berceloteh seketika, aku meninggalkan sahabat2ku dan meneruskan perjalanan lagi, untuk ke tempat kakakku menunggu plak...
Waktu maghrib barulah kami sampai ke destinasi. jadi, kami berhenti solat sebelum menjamah makan malam. Kemudian, kami pun berborak-borak, lantaran terlalu x berjumpa. habis makan malam, kami balik ke rumah kakakku, n sambung borak lagi, mandi2, kemudian sambung borak lagi....kami berborak sehingga mata masing2 tertutup dengan sendirinya, tanpa perncangan.
Aku agak kesian dengan kakakku sebenarnya , kerana housematenya ada sejenis penyakit, tapi aku pun x berapa jelas dengan penyakit tersebut. Cuma, apa yang aku pasti, bau ubat mmg menguasai keseluruhan rumah tersebut, kecuali bilik kakakku yang sntiasa tertutup...huhuhh. Bab penyakit ni pun, akan aku ceritakan kemudian.Huhuhuhu...
Apa yang menariknya disini adalah bila adik beradik yang dah lama x bertemu, kemudian bertemu,mmg sgt byk cerita yang ingin dikongsi bersama....Benarlah kata pepatah yang mengatakan 'air dicincang x kan putus'...heheheh
Thursday, May 22, 2008
bertemu semula....
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 12:05 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 bicara anda:
Post a Comment