Friday, May 16, 2008

Aktiviti hujung minggu

Pada hujung minggu ni, aku akan menyertai 1 program yang dianjurkan, khusus bagi 'fresh graduate' seperti aku. jadi, hujung minggu ni, mahasiswa/mahasiswi Muslim yang baru menamatkan pengajian akan berkumpul. Agenda utama, x lain dan x bukan adalah bagi mendapatkan hala tuju yang lebih jelas selepas berijazah...

Hala tuju yang aku maksudkan disini, bukan mengenai karier yang berkaitan dengan ijazah yang bakal diperoleh semata-mata, tapi lebih menjurus kepada 'karier' yang lebih awal dipertanggungjawabkan kepada diri kita..iaitu karier sebagai khalifah Allah dimuka bumi....

Kadang-kala, kita hanya memikirkan karier yang memberikan kita hasil segera a.k.a DUIT. Tapi, kita lupa bahawa tanggungjawab kita lebih daripada itu...Ya, kita mmg perlu berusaha keras mendapatkan duit, itu salah satu sebab kenapa kita melanjutkan pelajaran kan?...huhuhu. Ada sesetengah peserta yang x dapat menyertai program ini, disebabkan oleh kekangan tertentu... Tapi aku harap, bukanlah salah satu simptom futur...dan aku mmg ber husnu zhon dengan sahabat- sahabiah.... Apa pun, bagi yang akan menyertai program ini bersama-sama aku, selamat berprogram aku ucapkan...

hehehhehe....

Sebelum program bermula, aku dijemput oleh seorang junior datang ke rumahnya. Walaupun aku rasa agak malu nak bertandang ke rumah adik ni, tapi insyaAllah aku akan pergi juga...dan bermalam 1 malam disana. X sampai hati rasanya nak menghampakan adikku yang seorang ni.... =)

Dan, plan seterusnya untuk hujung minggu ni adalah, berkumpul dengan kakak dan adik perempuan yang dah lama x jumpa. Balik bercuti ke rumah sebelum ni, diorang xder cuti...so, kebetulan dah dekat dengan tempat program, aku akan mengambil peluang untuk berjumpa dengan mereka...=)

0 bicara anda: