Hari ini adalah hari terakhir dalam bulan September. bermakna, ini juga adalah hari terakhir kita melalui bulan Ramadhan pada kali ini.....
Bulan Ramadhan yang pergi diharap pergi dengan penuh bermakna. Adakah kita akan melalui Ramadhan akan datang? Hanya Allah yang tahu.. harap2, kita masih diberi peluang untuk menemui Ramadhan akan datang......insyaAllah
Ramadhan pergi, Syawal pula bakal menjelma, insyaAllah lepas maghrib ni, kita akan bergembira menyambut kemenangan melalui Ramadhan dengan alunan2 takbir.....
kepada semua yang mengenali diri ini..., Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan,
Mohon maaf segala salah n silap....
Tuesday, September 30, 2008
Selamat hari raya
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 5:45 PM 0 bicara anda
Friday, September 26, 2008
Selamat bercuti....
X aku sangka, begitu pantas masa berlalu...menghadapi bulan Ramadhan sebagai seorang perantau dan pelajar ni, memang x lain dan x bukan, saat yg dinanti adalah saat bercuti raya...bukan sebab excited sgt nk beraya (sbb umur pn dah tua...kasi peluang adik2 la plak yg bergembira...hehehe), tapi apa yang lebih penting adalah dapat pulang ke kampung halaman. mungkin bukan kepada pelajar sahaja, tapi kepada sumer org yg telah dewasa dan merantau jauh daripada keluarga...
Tapi, walaupun seronok nk balik ke kg halaman, jgn pula kita lupa muhasabah semula sepanjang Ramadhan kali ini....adakah kita semua akan bergraduasi dengan first class honour atau tidak?....
Ramadhan kali ini, bagi aku amat berlainan dengan tahun2 sebelumnya. Atas sebab2 tertentu, aku x melalui Ramadhan kali ini sepertimana aku lalui sepanjang aku bergelar pelajar undergrade... aku rasa agak terkilan, namun itulah suratan utk aku, mungkin inilah ujian daripadaNya utkku....
Walaupun rasa rindu bertandang juga dihati utk melalui Ramadhan seperti tahun2 sebelum ni...tapi aku redha...semoga apa yang kita kerjakan sepanjang Ramadhan pada kali ini akan membuahkan hasilnya, bagi bekalan perjalanan yang masih pjg lagi.Adakah kita bakal menempuhi Ramadhan akan datang, hanya Allah yang tahu......jd, gunakanlah masa yg berharga ini dengan sebaiknya
Peringatan kepada diriku sendiri dan pembaca.....jgn lepaskan peluang melalui bulan Ramadhan kali ini dengan sia-sia....masa berharga yang tinggal hanya 5 hari lagi.... utk rakan2 yang bergelar wanita,perempuan atau muslimah, kalu nak bershopping tu, ingat2 la jugak yer...jgn sampai membazir....sebab aku tau, memang dah lumrah wanita ni memang suka sangat bershopping....
InsyaAllah pagi ini aku akan bertolak separuh perjalanan pulang ke kampung...separuh jer, sebab akan menemankan kakakku dan pulang bersama2 dengan kakak pada hari Isnin...cuti dia x diluluskan,housemate sumer dah balik kg...so, hujung minggu ni aku akan menemankan kakakku dan akan balik ke Johor selepas habis waktu pejabat, hari Isnin...semoga semua dipermudahkan....
Labels: hometownku
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 5:21 AM 0 bicara anda
Monday, September 22, 2008
Semoga tak terlepas..
1. Keutamaan Lailatul Qadar (Malam al-Qadar)
Cukuplah untuk mengetahui tingginya kedudukan Lailatul Qadar dengan mengetahui bahawasanya malam itu lebih baik dari seribu bulan dan merupakan malam yang diberkahi, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:“Sesungguhnya Kami menurunkan al-Qur’an pada malam al-Qadar, tahukah engkau apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turunlah malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Rabb mereka (untuk mengatur) segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar.” (al-Qadar, 97: 1-5)Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan yagn penuh hikmah:“Sesungguhnya Kami menurunkan pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (ad-Dukhan, 44: 3-6)
2. WaktunyaDiriwayatkan dari Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa malam tersebut terjadi pada tanggal malam ke 21, 23, 25, 27, 29 dan malam-malam terakhir dari bulan Ramadhan. (Pendapat-pendapat yang terdapat dalam masalah ini berbeza-beza, Imam al-Iraqi telah mengarang suatu risalah khusus yang diberi judul Syarhush Shadr bi Dzikri Lailatil Qadar yang membawakan perkataan para ulama berkaitan permasalahan ini)Imam asy-Syafi’i berkata, “Menurut pemahamanku, wallahu a’lam, Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab bertepatan dengan yang ditanyakan, ketika ditanyakan kepada beliau, “Adakah kami mencarinya di malam ini?” Beliau menjawab, “Carilah di malam tersebut”.”Pendapat yang paling kuat, terjadinya Lailatul Qadar itu pada malam-malam terakhir bulan Ramadhan berdasarkan hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda:“Carilah Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/225) dan Muslim (1169))Jika seseorang merasa lemah atau tidak mampu, janganlah sehingga terluput dari tujuh hari terakhir, kerana riwayat dari Ibnu Umar, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka janganlah sampai terluput tujuh hari yang selebihnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/221) dan Muslim (1165))“Aku melihat mimpi kalian telah terjadi, barangsiapa yang mencarinya carilah pada tujuh hari terakhir.”
Telah diketahui di dalam as-sunnah, pemberitahuan ini wujud adalah kerana pada masa itu berlaku perselisihan di antara para sahabat. Dari Ubadah bin Shamit Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam keluar pada malam al-Qadar, ada dua orang sahabat berdabat, beliau bersabda:“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))Telah banyak hadis yang mengisyaratkan bahawa Lailatul Qadar itu pada sepuluh hari terakhir, yang lainnya menegaskan di malam-malam ganjil sepuluh hari terakhir. Hadis yang pertama sifatnya umum, manakala hadis kedua adalah khusus, maka riwayat yang khusus lebih diutamakan daripada yang umum. Dan ada beberapa hadis yang lain turut menjelaskan bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada tujuh hari terakhir bulan Ramadhan dan yang ini terikat kepada yang mengalami ketidakmampuan dan kelemahan, sehingga tidak ada masalah. Makanya, di sini hadis-hadis yang berkaitan adalah saling bersesuaian dan tidak bertentangan.Kesimpulannya, jika seorang muslim ingin mencari Lailatul Qadar, maka carilah ia pada malam-malam ganjil di sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, 21, 23, 25, 27 dan 29. Sekiranya tidak berupaya mencarinya pada sepuluh hari terakhir, maka carilah pada malam-malam ganjil tujuh hari terakhir iaitu 25, 27 dan 29. Wallahu a’lam.
3. Bagaimana Mencari Lailatul Qadar
Sesungguhnya malam yang diberkahi ini barangsiapa yang terhalang dari mendapatkannya, maka bererti dia telah terhalang dari seluruh kebaikan (baginya). Dan tidaklah terhalang dari kebaikan itu melainkan (bagi) orang yang rugi. Oleh kerana itu dianjurkan bagi kaum muslimin (agar) bersemangat dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah untuk menghidupkan Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan terhadap pahala-Nya yang besar, jika telah berbuat demikian niscaya akan diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu.Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Barangsiapa berdiri (solat) pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/217) dan Muslim (759)).
Disunnahkan untuk memperbanyakkan do’a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?” Beliau menjawab,“Ucapkanlah, Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)Semoga Allah memberkati dan memberi taufiq kepada kita dalam usaha mentaati-Nya. Berdasarkan beberapa penjelasan tadi, maka kita telah mengetahui serba sedikit bagaimana keadaan Lailatul Qadar dan keutamaannya untuk berusaha mendapatkannya.
Maka wajarlah kita berusaha untuk bangun (menegakkan ibadah, solat, dan berdoa) pada sepuluh malam-malam yang terakhir. Bersungguh-sungguhlah dalam menghidupkannya dengan ibadah dan menjauhi hubungan suami isteri. Juga perintahkanlah kepada keluarga kita untuk tujuan yang sama iaitu memperbanyakkan perbuatan ketaatan.Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha:“Adalah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam apabila memasuki sepuluh hari (terakhir bulan Ramadhan), beliau memperkuatkan ikatan kainnya sambil menghidupkan malam tersebut dan membangunkan keluarganya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/233) dan Muslim (1174))Juga dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata:“Adalah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam bersungguh-sungguh (dalam beribadah) apabila telah masuk sepuluh malam terakhir yang tidak beliau lakukan pada malam-malam pada bulan selainnya.” (Hadis Riwayat Muslim (1174))
4. Tanda-Tandanya
Mudah-mudahan Allah membantu kita dengan pertolongan-Nya dalam memahami datangnya malam al-Qadar. Dalam hal ini, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam menggambarkan (menyifatkan) paginya Lailatul Qadar agar seseorang muslim dapat mengetahuinya.Dari ‘Ubai radhiyallahu ‘anhu ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Pagi hari (setelah) Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinar), seakan-akan ia bejana sehinggalah ia meninggi.” (Hadis riwayat Muslim (762))
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu ia berkata, “Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, dan beliau bersabda:“Siapa di antara kalian yang masih ingat ketika terbit bulan yang ianya seperti syiqi jafnah (separuh mangkuk).” (Hadis Riwayat Muslim (1170). Kalimat syiqi jafnah, syiq membawa erti setengah, jafnah pula ertinya bejana. Al-Qadhi ‘Iyadh berkata, “Dalam hadis ini menunjukkan isyarat bahawa Lailatul Qadar hanya di akhir bulan, kerana bulan tidak akan berbentuk (berupa) sedemikian rupa ketika terbit melainkan ketika di akhir-akhir bulan”)Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar mataharinya kelihatan melemah kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat ath-Thayalisi (394), Ibnu Khuzaimah (3/231), al-Bazzar (1/486) dan sanadnya hasan)
Labels: muhasabah
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 11:09 AM 0 bicara anda
Wednesday, September 17, 2008
.......
Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.
(Surah Al-Kahfi, Ayat 46)
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 6:50 PM 0 bicara anda
Monday, September 15, 2008
Nuzul al-Quran
Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.
Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.
Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.
Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: "…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (TTQ 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.
Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). " Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…" (TTQ 8 : 41).
Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.
Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di "Baitul Izzah" di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.
Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-'Alaq.
Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 11:33 PM 0 bicara anda
Sunday, September 14, 2008
Kita hanya merancang.....
Sebenarnya, kebetulan pada petang Khamis aku turun ke KL, atas urusan2 tertentu yang aku tahu pada pagi Khamis jam 9 pagi, sedangkan urusanku yang perlu diselesaikan di tempat yang telah ditentukan adalah pada jam 8.30paagi, hari Jumaat. Juga, tiada dalam jadual perancangan. terima kasih yang x terhingga kepada 2 org sahabatku yang menerima nasib yang sama dan juga kepada supervisorku, yang x putus2 memberikan sokongan kepada kami.walaupun x berkesempatan nak berjumpa....
InsyaAllah, ptg ni aku akan bertolak balik ke Penang semula, sebab juga tiada dalam perancanganku untuk bercuti sebelum raya,kerana jika aku bercuti, maka perjalanan kerjaku mungkin sedikit sebanyak akan terganggu....dan banyak lagi aktiviti yang telah aku lakukan sepanjang hujung minggu ini yang bukan dalam perancanganku...
Kesimpulannya, kita hanya merancang dan sesungguhnya semuanya adalah dibawah ketentuan Allah...maka apabila berjanji atau merancang sesuatu, sebutlah insyaAllah dihujung. sebab sekiranya Allah tidak mengkehendaki sesuatu itu berlaku, kita tidak akan dapat melakukannya walau macamana rapi sekalipun perancangan yang telah dilakukan....ada hikmah yang terselindung disebaliknya....=)
Umar r.a yang bertanya Nabi s.a.w tentang amalan dengan mengatakan:
"Apakah pandanganmu tentang amalan (manusia) yang dilakukan adakah ia sudah ditetapkan sebelumnya atau baru berlaku? Maka dijawab oleh baginda dengan bersabda: Sesungguhnya segala sesuatu telah pun ditetapkan pada setiap perkara. Lalu dibalas oleh Umar: Kalau begitu, adakah kita harus menyerah sahaja? Baginda bersabda: Beramallah wahai anak al-Khattab. Segala sesuatu itu sudah dipermudahkan. Sesiapa yang tergolong di kalangan ahli kebaikan (syurga), maka dia dijadikan beramal dengan amalan ahli syurga dan sesiapa yang tergolong dalam ahli seksa, maka dia dijadikan beramal jahat untuk ke neraka."- Hadis sahih riwayat Ahmad, jil. 1, ms. 29).
WAllahu'alam...
Labels: aktiviti, hometownku
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 7:25 AM 0 bicara anda
Thursday, September 11, 2008
11 September
pada thn 2001, dunia digegarkan dengan kejadian runtuhan WTC, New York. Tv sibuk memaparkan perkembangan kejadian tersebut. Walaupun kita x berada di New York, sudah pasti kita mempunyai memori tentang tragedi pada tarikh ini. kan?..
Namun, bukan itu yang aku nak ceritakan pada hari ini.(20+ x) thn yang lepas, keluarga aku gembira pada tarikh ini...(agaknyer la, sebab aku x pernah plak tanya soalan samada mereka gembira atau x..). Sebab apa? sebab seorang lagi makhluk ciptaan Allah bernama manusia telah dilahirkan ke muka bumi (aku la tu....hehehe). terima kasih mak, sebab sanggup bersusah payah mengandungkanku, dan bertaruh nyawa untuk melahirkanku ke dunia ini........
Bukan hanya melahirkan aku ke dunia sahaja, tetapi mak n abah telah berusaha untuk membesarkanku dan mendidik aku, sehinggalah aku menjadi aku yang sekarang!....terima kasih x terhingga!....
Buat semua kawan2 yang x melupakan tarikh aku dilahirkan ke dunia, terima kasih juga atas ucapan yang diberikan....semoga dengan pertambahan usia ini, aku akan menjadi semakin matang dalam menghadapi kehidupan, menjadi seorang hamba yang selalu patuh pada suruhan sang Pencipta, menjadi seorang anak yang dapat membahagiakan mak n abah yang telah menjadi asbab lahirnya aku ke dunia...=)
Erm...bertambah lagi setahun usia aku, dah x bole mengaku umur (20+ x-1) thn...huhuhu. Kawan2, doakan aku menjadi orang yang lebih baik daripada dahulu yer....
aa....kita buat kira2 matematik utk umur aku erk...
20 + x-1=umur aku tahun lpas
20+ x= umur aku sekarang
x=berapa?
hehehhe. kalu tau berapa nilai x, tau la berapa umur aku....kuang3. sajer jer merepek2 di pagi hari yang hening ni.....
Adios.....
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 5:43 AM 2 bicara anda
Monday, September 8, 2008
Selamat hari Isnin
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 10:48 AM 0 bicara anda
Friday, September 5, 2008
Entry ke-50 =)
Abdullah berkata, defisit fiskal tahun ini meningkat kerana perbelanjaan mengurus dan pembangunan bertambah kepada RM9.6 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun lalu, berbanding lebihan sebanyak RM975 juta bagi tempoh sama tahun lalu. Mengenai nilai ringgit, Abdullah berkata: "Walaupun pada waktu ini nilai ringgit berkurangan, belum sampai pada peringkat membimbangkan" Terdahulu, ketika berucap pada mesyuarat itu, Abdullah berkata, Kementerian Kewangan akan memantau secara berterusan bagi memastikan jumlah pinjaman dan pendahuluan dibuat kerajaan negeri dijelaskan mengikut jadual. Katanya, tunggakan bayaran balik pinjaman kerajaan negeri sehingga 31 Disember 2007 berjumlah RM3.036 bilion manakala bayaran balik pinjaman yang dibuat kerajaan negeri daripada tempoh 1 Januari hingga 30 Jun lalu sebanyak RM87.54 juta berbanding jumlah anuiti sebanyak RM274.01 juta bagi tempoh sama.
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 10:47 AM 0 bicara anda
Tuesday, September 2, 2008
2nd Ramadhan
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 11:40 AM 0 bicara anda
Monday, September 1, 2008
1st Ramadhan
insyaAllah dengan pentarbiyyahan selama sebulan lamanya dalm madrasah Ramadhan pada kali ini dapat mendidik kita semua agar menjadi lebih bersemangat dalam beribadah dan membiasakan diri dengan amalan2 yang biasanya kita lupa...biasa la kan, sebagai manusia, memang akan sentiasa lupa...selama 12 bulan dlm setahun, hanya sebulan sahaja kita berjumpa dengan bulan Ramadhan yang sentiasa dihiasi dengan segala jenis ibadah.....
Pada bulan Ramadhan ni jer kita akan berjumpa dengan amalan ibadah yang dipanggil solat terawih, jadi jangan lepaskan peluang terhebat ini.....begitu juga dengan kehadiran malam al-Qadr.....
Maka, pergunakanlah dan mnfaatkanlah kehadiran bulan ini dengan sebaiknyer.....(nasihat kepada diri aku jugak nih....huhuhuhu).Semoga kita semua dapat bergrduasi drpd madrasah Ramadhan dengan jayanyer....dan biarkan syaitan2 tercabar pada 11 bulan berikutnya, sebab pada bulan ni kita dapat meningkatkan imunisasi daripada godaan syaitan dalam masa 11 bulan berikutnya...insyaAllah...
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 1:17 PM 0 bicara anda