Monday, September 8, 2008

Selamat hari Isnin

Hari Isnin datang lagi, setelah 2 hari bercuti di hujung minggu. Hujung minggu lepas, xder aktiviti penting yang aku lakukan. Cuaca pula seakan-akan menggamit aku untuk tidak melakukan sebarang aktiviti. huhuhu.....hanya melakukan 'marathon' sahaja... marathon apa di bulan Ramadhan dan di musim hujan ni?... biarlah aku jer yang tau...hehhehe....
Pagi tadi aku ber'chatting' dgn kakakku...berbincang tentang perjalanan balik ke kampung pada cuti raya pada kali ini...disebabkan kenaikan harga tiket bas,...jadi aku pun cuba la untuk mengurangkan kos perjalanan....(bijak x?...hehehhe). Opss....bukan harga tiket bas naik la.... tambah harga surcharge jer...
Serius, aku memang x faham apa beza antara 'kenaikan harga tiket bas' dan 'penambahan kadar surcharge'. Bagi aku, sama jer....maksudnya: 'keluarkan-duit-lebih-untuk-tiket'. huhuuh.... mungkin isu ni dah lapuk....tapi baru kali ni aku terasa nak mencatatkan sesuatu mengenai perkara ni.... aku bukan nak menyalahkan sesiapa, cuma disebabkan rasa terbeban, jadi sebab tu la aku tulis kat sini.perbelanjaan daripada utara ke selatan memang bukan sikit...rm100 utk tiket bas sahaja memang dah x cukup.itu belum lagi termasuk harga teksi dari kampus ke stesen bas...huhuhuhu....
Ok la, x nak citer lagi benda yang x best...tapi, yang pastinya cuti agak singkat utk aku...aku akan balik ke johor pada hari Isnin, InsyaAllah...menunggu kakakku habis kerja pada hari Isnin, kemudian baru balik ke kampung ptg tersebut....secara kesimpulannya, aku x perlu pening2 fikir tuk beli tiket bas dah...hehehhe=). (Apa pasal la dgn aku ni? mcm xder benda lain jer boleh fikir...baru 8 Ramadhan dah fikir nak balik rumah...tp, mmg tu la yg selalu aku lakukan...hehhehe).
Ok, sebenarnya memang ada benda lain yang sedang aku fikirkan sekarang. aku xtau samada nak kategorikan cerita yang aku dengar daripada seorang sahabat ni cerita gembira, sedih, menakutkan atau bagaimana?....ish3....
Begini ceritanya, aku mendapat sms dari number yang x aku kenali pada jam 3 pagi, 7 september. waktu tu aku baru jer lepas meletakkan kepala diatas bantal dan nak tertidur...namun aku baca jugak sms tu, mana la tau, kot2 ader perkara penting...tapi, dlm sms tu, cuma cakap, dia dapat number fon daripada sahabat lain, n nak minta tolong sket daripada aku...x cakap plak nak minta tolong aper, cuma dlm sms tu cakap lagi, esok pagi dia akan call...jadi aku pun x reply apa2, sebab dalam keadaan kepala yang dah memberat, aku takut tersalah faham atau x bole concentrate kalu adik tu call...jadi, pagi selepas aku bangun, baru aku reply sms tu,utk menunjukkan aku dapat message daripadanya...
lebih kurang kul 11 baru aik yang bagi sms call...jadi aku pun bercakap la ngn adik tu.InsyaAllah, kalu mampu aku akan tolong apa yang patut...cuma, aku agak terkejut dengan permasalahan yang ditimbulkan...sebab berkaitan dengan salah seorang classmate aku (classmate sepanjang 4 thn waktu undergrade), -chinese boy.
mula2 adik ni tanya, aku school mana? jadi aku pun jawab la, school yang telah banyak menabur bakti selama 4 tahun, dan sekarang aku masih lagi berada disini..=). "kebetulan!", dia kata. dia tanya plak nama salah seorang classmate aku.of course la aku kenal. 4 tahun duk 1 kelas, kalu x kenal, aku xtau la nak kata apa....
panjang betul intro...hahhaha...ok.... kemudian dia pun terus terang dgn aku tujuan dia call. dia nak minta tolong aku carikan seseorang untuk 'tengok-tengokkan' classmateku. dia kata dia kenal classmate aku waktu ader program antara universiti di kampusnya. jadi, dia terus kepada maudhuk panggilan dibuat. dia kata, chinese boy ni seakan-akan berminat dengan Islam.! ya, x dinafikan classmate aku ni, agak 'banyak mulut' juga orangnya. jadi, mungkin sebab itu adik yang call aku ni bole berborak dengan chinese boy ni.....kemudian, dia terus bercerita macamana sampai dia boleh bercakap pasal Islam dengan classmate aku....aku dengar jer la, tapi aku cakap dgn adik ni, aku terkejut sebenarnyer dengar berita ni. gembira memang ader, sebab kalau benar ader lagi yang tertarik dengan Islam, akan bertambahlah seoarang lagi saudara kita....dia akan kembali kepada fitrah kehidupan yang suci, iaitu Islam..
kenapa aku terkejut? sebab, menjadi keraguan untuk aku yang telah menjadi classmatenya selama 4 tahun ni adalah...selama 4 tahun ni, dia bukan la jenis yang boleh mesra dengan student2 melayu-Islam. group dia ni adalah antara group yang x boleh nak share sedikit pun dengan orang melayu-Islam. namun, aku cuba bersangka baik dengan Allah, mungkin di bulan yang mulia ni, Allah telah membukakan pintu hatinya untuk lebih mengenali Islam. Mungkin aku x peka pada seorang yang berada begitu dekat dengan aku, selama 4 tahun, x nampak langsung potensi yang ada padanya.......memang kelemehan aku!
Aku kagum dengan adik ni, sebab berani menunjukkan keindahan Islam kepada seorang yang asing dengannya. tapi, disamping itu, aku juga bimbang, sebab dia telah menghadiahkan tafsir al-Quran kepada classmateku, sewaktu hari kovokasi yang lepas.....aku cakap dengan adik tu pandangan sebagai classmate yang duduk sama2 selama 4 tahun dalam 1 kelas...w/pun x rapat dan hanya sedikit sahaja perbualan yang terjadi antara aku dan classmateku yang seorang ini, tapi sedikit sebanyak aku ader gambaran tentang kelakuannya......jadi, bagi aku untuk terima berita ini adalah sesuatu yang mengejutkan bagiku...perasaanku bercampur baur....
Namun begitu, sekiranya classmateku ini jujur dengan adik yang call aku ni, insyaAllah aku akan carikan seseorang (sudah tentu kawan sejantina dengannya, utk lebih senang berinteraksi) untuk lebih dekat dengannya.....supaya dia lebih dekat dengan Islam......mungkin hanya sekadar itu yang mampu aku lakukan.....
Semoga aku diberi kekuatan untuk meneruskan langkah yang telah dibuka. dan hadiah tafsir al-Quran yang diterima digunakan sebaiknya.......
WAllahu'alam....

0 bicara anda: