Sunday, September 14, 2008

Kita hanya merancang.....

AlhamduliLlah,pagi ini aku berada di rumah (kampung halamanku). semuanya tanpa dirancang. tiada dalam perancanganku untuk pulang ke rumah sebelum cuti hari raya yang bakal menjelma,namun perancanganku hanyalah sebagai perancangan,sedangkan segala yang berlaku adalah ketentuan Allah jua....

Sebenarnya, kebetulan pada petang Khamis aku turun ke KL, atas urusan2 tertentu yang aku tahu pada pagi Khamis jam 9 pagi, sedangkan urusanku yang perlu diselesaikan di tempat yang telah ditentukan adalah pada jam 8.30paagi, hari Jumaat. Juga, tiada dalam jadual perancangan. terima kasih yang x terhingga kepada 2 org sahabatku yang menerima nasib yang sama dan juga kepada supervisorku, yang x putus2 memberikan sokongan kepada kami.walaupun x berkesempatan nak berjumpa....

InsyaAllah, ptg ni aku akan bertolak balik ke Penang semula, sebab juga tiada dalam perancanganku untuk bercuti sebelum raya,kerana jika aku bercuti, maka perjalanan kerjaku mungkin sedikit sebanyak akan terganggu....dan banyak lagi aktiviti yang telah aku lakukan sepanjang hujung minggu ini yang bukan dalam perancanganku...

Kesimpulannya, kita hanya merancang dan sesungguhnya semuanya adalah dibawah ketentuan Allah...maka apabila berjanji atau merancang sesuatu, sebutlah insyaAllah dihujung. sebab sekiranya Allah tidak mengkehendaki sesuatu itu berlaku, kita tidak akan dapat melakukannya walau macamana rapi sekalipun perancangan yang telah dilakukan....ada hikmah yang terselindung disebaliknya....=)

Umar r.a yang bertanya Nabi s.a.w tentang amalan dengan mengatakan:
"Apakah pandanganmu tentang amalan (manusia) yang dilakukan adakah ia sudah ditetapkan sebelumnya atau baru berlaku? Maka dijawab oleh baginda dengan bersabda: Sesungguhnya segala sesuatu telah pun ditetapkan pada setiap perkara. Lalu dibalas oleh Umar: Kalau begitu, adakah kita harus menyerah sahaja? Baginda bersabda: Beramallah wahai anak al-Khattab. Segala sesuatu itu sudah dipermudahkan. Sesiapa yang tergolong di kalangan ahli kebaikan (syurga), maka dia dijadikan beramal dengan amalan ahli syurga dan sesiapa yang tergolong dalam ahli seksa, maka dia dijadikan beramal jahat untuk ke neraka."- Hadis sahih riwayat Ahmad, jil. 1, ms. 29).

WAllahu'alam...


0 bicara anda: