Oleh ZULKIFLI JALIL (Utusan online)
PUTRAJAYA 1 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) memastikan harga barangan di negara ini diturunkan selaras dengan penurunan harga minyak dan ia mestilah merupakan barangan kegunaan harian rakyat.
Sambil menyatakan rasa kesal dengan sikap liat sesetengah peniaga menurunkan harga barang setiap kali harga minyak diturunkan, Perdana Menteri secara sinis berkata, peniaga terbabit sewenang-wenang menaikkan harga barangan tanpa disuruh apabila harga minyak naik.
Menurut Abdullah, beliau telah memberitahu menteri berkenaan, Datuk Shahrir Abdul Samad bahawa harga barang-barang yang diturunkan oleh peniaga mesti barangan yang digunakan setiap hari.
“Dulu kalau harga minyak naik, pandai-pandai pula naikkan (harga barangan), tapi bila turun, tak pula turun-turun harganya. Inilah satu (masalah) kebiasaan yang dihadapi rakyat,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, JPM di sini hari ini.
Meskipun kerajaan telah menurunkan harga minyak sebanyak lima kali sejak Ogos lalu sejajar dengan penurunan harga bahan api itu di pasaran dunia namun tiada tanda-tanda ketara para peniaga di negara ini menurunkan harga barang terutama bahan makanan.
Pada 17 November lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta para peniaga mengambil langkah mengurangkan harga barangan selaras dengan penurunan harga petrol dan diesel supaya orang ramai mendapat manfaat sepenuhnya.
Utusan Malaysia semalam melaporkan harga kebanyakan sayur seperti cili merah, kubis dan sebagainya naik mendadak di Kedah walaupun harga petrol dan diesel sudah diturunkan sebanyak lima kali dalam tahun ini.
Ekoran kenaikan harga cili merah yang melambung tinggi di pasaran, para peniaga di Pasar Besar Alor Star dikatakan enggan menjual cili kepada pengguna kerana tidak mahu menanggung kerugian.
ish3...aku nk tergelak bila baca berita mcamni...saper la yg 'pandai' sgt menaikkn harga minyak secara mendadak dulu erk?....dah tau trend harga barangan yang apabila naik, hampir mustahil untuk diturunkan semula, masih lagi nk naikkn harga minyak dulu kan...inilah yang dikatakan kurang bijak, sebab x berpandangan jauh....even org mcm aku pn tau, bila harga barang dah naik, susah nak turun....huhuhu.
saje jer merepek pepagi ni, sbb rasa kelakar bila baca berita ni td...=)
Tuesday, December 2, 2008
PM arah peniaga turunkan harga
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 7:45 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 bicara anda:
Post a Comment