Wednesday, December 17, 2008

Tutup aurat vs tutup rambut??

Dengarnya... Perihal tudung Siti
Oleh Normah Becok

Untuk tulisan seterusnya ni, tulisan cik normah, aku copy drpd berita hairan online...

CIK Normah tahu sangat, kalau Cik Normah sentuh perihal penyanyi yang seorang ini pasti ramai peminatnya akan melenting. Tapi memandangkan Cik Normah tak suka nak pilih bulu atau pilih kasih, jadi Cik Normah tetap hendak paparkan ceritanya dalam ruangan yang boleh tahan glamor ini. Lagi pun perkara ini juga turut diperkatakan peminat setia ruangan ini iaitu Miss Sukhinova yang mengirimkan e-mel kepada Cik Normah mengadu mengenai tudung penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza yang dilihatnya semakin lama semakin ke belakang sehingga menampakkan sebahagian rambutnya. Kata Miss Sukhinova lagi, memanglah sebelum ini Siti tidak menutup keseluruhan rambutnya, tetapi tak adalah macam sekarang yang menurut pandangan matanya tidak manis. Bebelnya lagi, kalau begitulah fesyen tudung Siti sejak kebelakangan ini, baik dia buka terus tudung atau selendang yang menghiasi kepalanya itu.

Lagi pun Siti akan lebih cantik jika dia kembali dengan imej terdahulu. Wah! Panas betul kata-kata yang disiarkan dalam e-mel itu. Banyak juga sebab yang diberikan, cuma Cik Normah tak mahu siarkan saja bimbang ruangan ini terbakar pula. Cik Normah kalau boleh tak mahu ikut campur tangan dalam hal seperti ini. Cik Normah pun tak bertudung dan masih lagi berkebaya ketat atau kadang-kadang memakai skirt kalau berjalan ke sana sini. Bagi Cik Normah terpulang kepada Siti hendak memakai tudung yang bagaimana. Lagi pun sebelum ini Siti pernah berkata yang dia akan memakai mengikut keselesaan sendiri.


Tak apalah Siti, anggap sajalah teguran itu sebagai sesuatu yang positif daripada peminat setia. Yang pasti, Cik Normah tak sabar nak dengar album terbaru Siti yang berjudul Lentera Timur. Khabarnya album itu akan berada di pasaran pada 26 Disember ini. Pada peminat Siti tu, jangan lupa dapatkan album itu di pasaran tau.
Ish3...apa nak jadila dengan manusia sekarang ni agaknya.....mungkin agak kasar perkataan aku kalau aku katakan, lebih baik x payah pakai tudung terus!sebab yang dia pakai tu, bukan tudung pun, cuma kain tutup kepala...tujuannya? WAllahu'alam..aku pun x tahu...
sebabnya, kalau kata nak ikut perintah Allah, memang x sempurna langsung.....malah, lebih teruk lagi, seakan memperlekeh suruhan ALlah...Allah dah terangkan dengan jelas dalam surah surah an-Nuur (24:31) yang bermaksud ; Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
Jelas bukan?...aku ingatkan n harapkan, dengan isu pemakaian 'tudung' DATUK SITI sebelum ni, dapatlah kiranya pemakaian 'tudung' bertambah baik, tp, sekarang inilah yang terjadi... bukan niat aku nak menghentam SITI jer.....tp, disebabkan beliau adalah public figure yang begitu tersohor, maka apa yang dilakukannya besar kemungkinan akan menjadi ikutan orang ramai...dan apa yang membimbangkan adalah bagi anak2 muda n budak2 sekolah yang hanya 'nampak' golongan artis jer depan mata depa.....walaupun bukan secara 'live' tapi hakikatnya depan mata mereka disogokkan dengan kehadiran selebriti2 ni....
Nampaknya rakyat malaysia sekarang ni, menjadikan artis2 dan selebriti2 pujaan mereka sebagai ikutan dan panduan. tidaklah aku membuat kajian dan penyelidikan yang mendalam mengenai hal ini, tapi semua ni berdasarkan kepada pemerhatian mataku secara kasar.....
Natijahnya?....apa yang dilakukan n dikatakan oleh mereka ini akan dijadikan sebagai rujukan.... amboi3...sedap2 jer mereka keluarkan statement seperti, "nak pakai tudung ikut keselesaan sendiri"...kalau macamtu, better x payah pakai....
Aishh.... susah nak terangkan bab ni sebenarnyer.... susah sangat ker nak faham, menutup aurat tu adalah tuntutan agama...bukan sebagai option... dan sebenarnya suruhan Allah adalah menutup aurat, bukan menutup kepala.... cuba lihat semula ayat surah an-Nuur diatas...bukan sahaja Allah memerintahkan hambanya yang beriman untuk melbuhkan tudung ke dada sahaja, malahan perhiasan2 yang sepatutnya tersimpan pun x boleh ditunjukkan kepada lelaki ajnabi...inikan pula anggota tubuh yang telah digariskan sebagai aurat bagi perempuan....
Abah aku selalu ingatkan, bawalah apa yang kita lakukan didalam sembahyang, ke luar sembahyang.Salah satu maksudnya, kalau kita sembahyang, kita tutup aurat dengan sempurna kan? kalau bagi rakyat Malaysia, kaum perempuan suka memakai telekung putih. tujuannya? untuk menutup aurat...jadi aurat yang kita tutup itu, samalah aurat yang perlu kita tutup bila berada di khalayak ramai dan dihadapan lelaki2 ajnabi. bukan aku nak suruh org2 perempuan di Mlaysia memakai telekung di jalanan, tapi cukuplah sekiranya pakaian yang kita pakai cukup panjang, cukup lebar, dan tudung juga cukup labuh ketika diluar sembahyang sehinggakan kita x merasa was2 untuk memakai pakaian tersebut tanpa telekung ketika hendak menunaikan ibadah sembahyang.....Kalau didalam sembahyang kita takutkan ALlha, maka diluar sembahyang kita juga perlu takutkan Allah...sebab Allah MAHA MELIHAT, MAHA MENGETAHUI.....
mungkin silibus pelajaran subjek pendidikan Islam perlu di'revise' semula... tekankan semula tuntutan2 fardhu ain ni dengan lebih jelas...bukan sekadar mengadakan ujian KAFA (ujian secara lisan sewaktu aku berada dizaman persekolahan dulu...xtau la sekarang ni ader lg atau x)
Jadi, perempuan2 beriman...ingatlah perintah dan lakukanlah suruhannya sebaik mungkin...bukan ammbil sekerat-sekerat jer...sebab kita perlu melakukan sesuatu kerja dengan sempurna...barulah kita akan merasai nikmatnya..insyaAllah
peringatan terakhir...WAHAI PEREMPUAN2 BERIMAN, TUTUPLAH AURATMU SEBELUM AURATMU DITUTUPKAN OLEH KAIN KAFAN.....
WAllahu'alam.....

0 bicara anda: