Monday, May 25, 2009

kenduri disana sini...

Cuti sekolah bakal menjelma, maka setiap hujung minggu dipenuhi dengan jemputan rakan2 ke majlis perkahwinan...majlis meraikan hari bahagia mereka yg telah disatukan dengan inkatan yang sah..

semalam (ahad-24 Mei 2009), aku berkesempatan menghadirkan diri ke majlis walimah salah seorang seniorku, yang selamat diijab qabulkan pd hari sabtu....majlis diadakan di Sungai Petani.... satu fenomena yang aku rasakan sgt soleh...kami (9 org) sampai ke rumah pengantin pada jam 11.30 pg...awal kan? mcm terlebih excited jer..hehehe...waktu tu pengantin perempuan xder, p kedai bersolek...kami bersalaman dgn ibu kepada pengantin dan kami dijemput mkn...apa lagi, kami pn mkn la..hehehhe...apa yg aku kata soleh adalah, sepanjang kami menjamu selera, halwa telinga kami dihidangkan dengan bacaan al-quran drpd ustz saal al-ghamidi.... x seperti kebiasaan org2 sekarang yg menyediakan perkhidmatan karaoke/ band di majlis perkahwinan...

suasana amat tenang n mknn pn sedap...hehehe...tahhniah kepada kak jus n suami...semoga Allah memberkati kehidupan anda berdua dan dapat mendirikan baitul muslim yg soleh n musleh....

insyaAllah hujung minggu ni kawan sebaya aku plak yg bakal melangsungkan perkahwinan dengan rakan se'U'....tahniah buat sahabatku safura...tp, maaf x dpt dtg, sbb terpaksa menghadiri kem BTN plak pd waktu tu....ruginyer x dpt bersama2 meraikan hari bahagia kalian...semoga Allah memberkati kalian juga.....

6 Jun 2009, lagila ramai yg melangsungkan perkahwinan... 2 org lg sahabatku bakal menamatkan zaman bujang mereka....

buat semua pasangan pengantin baru, semoga hidup kalian lebih barakah selepas ini...semoga baitul muslim yg dibina sentiasa berada dalam rahmat Allah n sentiasa diberkatiNya....

~~coret2 ketika xtau nak watper....hehehe...~~

0 bicara anda: