Thursday, September 11, 2008

11 September

11 September dtg lagi =).

pada thn 2001, dunia digegarkan dengan kejadian runtuhan WTC, New York. Tv sibuk memaparkan perkembangan kejadian tersebut. Walaupun kita x berada di New York, sudah pasti kita mempunyai memori tentang tragedi pada tarikh ini. kan?..

Namun, bukan itu yang aku nak ceritakan pada hari ini.(20+ x) thn yang lepas, keluarga aku gembira pada tarikh ini...(agaknyer la, sebab aku x pernah plak tanya soalan samada mereka gembira atau x..). Sebab apa? sebab seorang lagi makhluk ciptaan Allah bernama manusia telah dilahirkan ke muka bumi (aku la tu....hehehe). terima kasih mak, sebab sanggup bersusah payah mengandungkanku, dan bertaruh nyawa untuk melahirkanku ke dunia ini........

Bukan hanya melahirkan aku ke dunia sahaja, tetapi mak n abah telah berusaha untuk membesarkanku dan mendidik aku, sehinggalah aku menjadi aku yang sekarang!....terima kasih x terhingga!....

Buat semua kawan2 yang x melupakan tarikh aku dilahirkan ke dunia, terima kasih juga atas ucapan yang diberikan....semoga dengan pertambahan usia ini, aku akan menjadi semakin matang dalam menghadapi kehidupan, menjadi seorang hamba yang selalu patuh pada suruhan sang Pencipta, menjadi seorang anak yang dapat membahagiakan mak n abah yang telah menjadi asbab lahirnya aku ke dunia...=)

Erm...bertambah lagi setahun usia aku, dah x bole mengaku umur (20+ x-1) thn...huhuhu. Kawan2, doakan aku menjadi orang yang lebih baik daripada dahulu yer....

aa....kita buat kira2 matematik utk umur aku erk...
20 + x-1=umur aku tahun lpas
20+ x= umur aku sekarang

x=berapa?
hehehhe. kalu tau berapa nilai x, tau la berapa umur aku....kuang3. sajer jer merepek2 di pagi hari yang hening ni.....

Adios.....

2 bicara anda:

Sifrulmind said...

Mmmm..adakah persoalan umur adalh persoalan yg sensitif bg sstgh org?? (Coz nk jawab soklan 'x=??' tu. Hahaha...). Abaikan..apa ada pada umur. Hanya satu tanda aras untuk menyedarkan kita, betapa lamanya kita telah diberi peluang untuk memanfaatkan hidup, yg akan menjadi bekal perjalanan di 'sana'. :)

bicarahatiey said...

hehe...sebenarnyer saje jer mengada-ngada, nak letak umur= 20 +x... xder masalah pn kalu org tau...

setuju2...semakin bertambahnya umur, maka semakin bertambahlah kita dekat dengan dunia yang satu lagi....

tapi, persoalannya, cukupkah bekalan sepanjang perjalnan ini?

sambungan matematik,
x=3, jadi umur=23
23-umur sebelum akil baligh-waktu rehat,tidur,makan,bermain,dan byk lg perkara yg kurang berfaedah= selama manakah masaku digunakan untuk menambah bekalan di dunia 'sana'