Thursday, January 29, 2009

macam-macam ader...

cuti lagi....wah, rakyat Malaysia ni selalu jer dapat bercuti yer...al-maklumlah, rakyat majmuk yang menghuni negara yang dicintai, Malaysia.....AlhamduliLlah...aku baru jer sampai ke kampus pagi tadi (jam 5.45 pg), setelah bercuti selama 3 hari di rumah...walaupun cuti yang agak singkat, dan masa yang agak banyak aku habiskan diatas jalan ( pergi dan balik), namun aku gembira sebab dapat juga aku balik bercuti bertemu dengan famili....=).

sebenarnya dikalangan rakan2, aku dikenali sebagai seorang yang paling pantang melepaskan peluang untuk balik ke rumah..aku akan sentiasa cuba untuk balik ke rumah seawal mungkin dan pulang semula kesini selewat mungkin, selagi tiada apa yang menghalang.sebab tu selalunya pada hari Jumaat aku akan bertolak ke kampung. namun pada kali ini, aku cuti agak lewat disebabkan janji yang sudah diatur untuk membantu melaksanakan sebuah program. namun begitu program dibatalkan disaat2 akhir. aku cuba utk menukar tiket balik lebih awal, agak kecewa, tp alhamduliLlah...xdpt tukar tiket =)

disebabkan aktiviti yang sepatutnya aku jalankan x dapat dijalankan, jadi aku berfikir apa yang aku nak buat dikala kesunyian, keseorangn ketika kampus sudah kosong tanpa penghuni? alhamduliLlah...aku diberi kesempatan olehNya untuk menghadiri perhimpunan bagi menimbulkan kesedaran bagi masalah ummah Islam yang berlaku di Palestin sekarang, bersama 2 org lg rakan. mungkin inillah hikmahNya bila aku x dapat balik awal kali ini.... sekurang2nya, dapat refresh semula apa yang terjadi pada saudara seIslam kita di Palestin..

Banyak aktiviti dijalankan pada perhimpunan tersebut; bermula dengan solat hajat, ceramah untuk menimbulkan kesedaran pengunjung, ceramah daripada pemimpin dan persembahan daripada kumpulan nasyid in-team. selain itu, ada juga aktiviti sampingan seperti membaling kasut kearah pemimpin yang 'mencekik darah' rakyat palestin sebagai tanda mengutuk serangan yang mereka lakukan terhadap saudara kita di Palestin, dan juga kutipan derma....

InsyaAllah derma yang dikutip akan disalurkan terus pada mujahid2 di Palestin,sebab ustaz dan pemimpin yang hadir pada malam tersebut insyaAllah akan ke bumi tersebut ( x ingat plak bila tarikhnya)..... pada malam tersebut, ramai yang hadir dan insyaAllah akan lebih menginsafi apa yang terjadi pada bumi Palestin .....salah satu ceramah pada malam itu sempat juga menyentuh hati yang keras ini..muhasabah diri, betapa lemahnya aku, betapa tidak pedulinya aku akan kehidupan saudara seagamaku....ayuh kawan2, walaupun usaha sedikit yang kita cuba laksanakan, insyaAllah itulah salah satu usaha kita....

menunjukkan kita tidak redha akan kekejaman yang dilakukan terhadap saudara2 kita....

erm...habis sahaja program pada malam tu, kami pergi ke tempat kami parking motor kami. disana kami bercakap2 dengan pakcik polis ni...sempat la beramah mesra dengan pakkcik2 yang secara x langsung menjaga motor kami....=). kemudian baru jalan sket jer, ada polis wat pemeriksaan la plak...aku kena tahan, aku tanya kenapa puan? dia x jawab la plak...xper la...nasib baik bukan dapat surat saman...cuma amik nama jer....

ok la...sampai sini jer kali ni...
insyaAllah sambung lagi lain kali....
WAllahu'alam.... =)

2 bicara anda:

Sifrulmind said...

Sesungguhnya, malam itu adalah malam beramah mesra dengan pak/ibu polisi. Hua3....

bicarahatiey said...

sebab polisi di malaysia ni mmg suka beramah mesra kott.....mesra pengguna..=)