Tuesday, February 3, 2009

reunion..

AlhamduliLlah.....minggu lepas berjaya jugak aku menghadirkan diri ke sebuah lagi program dalam usaha menambahkan ilmu serta berjinak2 dengan dunia luar dan dunia berkerjaya. walaupun pada hakikatnya aku belum lagi boleh diklasifikasikan sebagai seorang yang berkerjaya lantaran masih lagi bergelar pelajar...=). namun, peluang yang ada aku gunakan untuk cuba melihat realiti dunia luar, walaupun ianya agak asing bagi aku,....

insyaAllah agak banyak yang aku dapat pada penyertaan program kali ini. walaupun secara kasarnya, yajuk2 yang dibentangkan aku rasakan seakan2 pernah aku dengar dikupas oleh ustaz2 lain dalam siri program sebelum ini.

pengisian paling berkesan dan menyentuh hati aku adalah ungkapan 'OUR MISSION IS TO SUBMIT TO ALLAH'. inilah hakikat dan tujuan hidup kita sebenarnya. namun, kita sering saja terlupa sebenarnya tentang tujuan utama kehidupan kita didunia. sebab itulah ada saja perkara2 yang x sepatutnya kita lakukan didunia ini, kita lakukan.

selepas slot pengisian itu berakhir, kami berbincang dalam kumpulan, bagaimana perancangan kehidupan yang kami ingin corakkan dalam kehidupan yang telah dipinjamkan kepada kami. (sebenarnye dalam aktiviti kumpulan tersebut aku x banyak bercakap pun...) tapi apa yang aku dapat dalam kumpulan tersebut semasa membincangkan perancangan kehidupan mengikut timeline (sekiranya umur kami panjang), menyedarkan aku yang selama ini, aku x mengatur aktiviti2 dalam kehidupan dengan selayaknya tanggungjawab yang aku sendiri pegang.sebagai seorang pelajar, anak, dan yang paling penting ialah sebagai khalifah ALLAH dimuka bumi! aku lupa misi sebenar aku!

dalam apa jua keadaan, sepatutnya dan seharusnya aku ingat aku adalah khalifah ALLAH. n misi terbesar aku adalah untuk berserah diri kepada ALLAH.....sepanjang 23 tahun yang telah berlalu dan x akan kembali lagi, aku perlu perbaiki di setiap detik yang aku lalui sekarang dan insyaAllah pada masa akan datang.sabda RasuluLlah s.a.w, "rugilah orang yang pada hari ini sama seperti semalam, beruntunglah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan celakalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam". begitulah lebih kurang maksud hadits nabi s.a.w.

dan kita semua juga harus sedar bahawa untuk mencapai sesuatu yang terbaik itu bukanlah mudah.insyaAllah akan sentiasa ada cabaran dan dugaan yang akan mendatang disepanjang perjalanan kehidupan kita dalam mencari yang terbaik. dan aku nak ingatkan pada semua, dan lebih2 lagi pd diri aku sendiri, OUR MISSION IS TO SUBMIT TO ALLAH!!.....

insyaAllah untuk siri yang seterusnya, akan ada lagi pengisian yang lebih baik daripada kali ini. dan aku sangat berterima kasih dan menghargai uasaha yang dilakukan oleh pihak urusetia dalam memastikan program yang dianjurkan berjalan lancar...=).

WAllahu'alam

tambah sedikit cerita lagi, sekiranya pada program yang aku hadiri, aku berjumpa kembali dengan rakan2 dari serata tempat, sebelumbalik ke kampus, aku sempat juga membuat reunion dengan adik beradikku yang lain..=) walaupun baru saja berjumpa pada cuti tahun barucina baru2 ni (kecuali abang sulongku)

selepas program tamat, aku berjumpa dengan adik dan kakakku di tempat yang telah dijanjikan. kemudian, kami pergi ke plaza low yat, untuk me'repair' skrin loptop yang telah terpecah kerana kecuaianku sebelum ini...kebetulan hard disk laptop tersebut telah aku keluarkan dan jadikan sebagai external hard disk untuk mengambil isi maklumat didalamnya, dan lupa plak nak bawa balik utk aku berikan pada adikku pada cuti thn baru cina lpas...jadi, aku perlu memberi hard disk tersebut pada hari tersebut, sambil menunggu waktu untuk aku menaiki bas pada 11.45 malam. alhamduliLlah...x la boring sgt aku menunggu seorang diri dalam masa yang lama.

mengikut perancangan, hanya aku, kakak n adik perempuanku sahaja yang akan berjumpa. tapi, selepas bertanya nama kedai yang sepatutnya kami pergi tuk repair laptop tersebut, abangku tiba2 sampai jugak di low yat. maka terjadilah reunion 4 beradik pada malam tersebut... sambil lepak2 n minum2 di kedai mamak, sambil menunggu masa untuk menaiki bas. dan kami berpisah untuk pulang ke destinasi masing2 setelah minum2 n borak2....



0 bicara anda: