Tuesday, February 24, 2009

berjalan melihat dan mentafsir....

Alhamdulillah....hujung minggu lepas aku bersama 3 org lagi rakan berjaya melengkapkan perjalanan melihat dan mentafsir alam. sekali lagi kami ber-4 berjaya bermusafir dan bercuti melihat alam...heheheh. menjejakkan kaki ke bumi Allah bergelar sabah dibawah bayu.....

Pengembaraan selama 3 hari 2 malam .... sangat seronok dan berbaloi. insyaAllah kalu ader rezeki nak p sana lagi...seronok melihat keindahan alam, kebesaran ciptaan Allah dan x lupa jugak, bershopping (walaupun bajet aku kecik jer...).percutian bajet...heheheh

hari pertama kami sampai di sabah (Jumaat) lbh kurang pukul 10a.m. sesampai kami disana, kami terus mendapatkan teksi dan menghantar barang2 ke hotel tempat kami menginap... murah jer hotel tu rm 220 utk 2 mlm.kami kongsi 4 org....(percutian bajet la katakan..hehehe). sesudah meletakkan barang, kami terus bertolak ke jeti utk aktiviti yang kami rancang...island hoping. 2 pulau jer, sbb dh agak lewat...xperla, walaupun 2 pulau jer, tetap seronok!!....

pulau pertama pulau manukan. aku nak melihat kehebatan dan keindahan ciptaan Allah didalam air n snorkelling, tp x pandai berenang..... takut air plak tu...huhuhuaku try jugak mengapungkan diri dengan menggunakan life jaket n set snorkelling.xder la pandai sangat, tapi alhamduliLlah...bole la jugak tengok hidupan didasar laut tu...subhanAllah...cntik betul. 1st time aku melihat secara 'live' ikan2 berwarna warni dan juga coral di lautan... aku x p jauh dari pantai...takut..huhuhuh kemudian, kami ke pulau ke-2, pulau mamutik. disini aku turun sekejap jer bersnorkelling. sekali lagi terkesima dengan ciptaanNya... bila aku bagi ikan2 tu makanan, sumernyer berkerumun.... comelll sangatt....=).

Kemudian, kami pn balik ke hotel, sbb dah petang.sampai di hotel, berehat2 sebentar n membersihkan diri, kemudian keluar plak tuk dinner. kami makan makanan2 laut. memang murah dan berbaloi sangat2...sedap!!...lpas siap mengisi perut aktiviti diteruskan degan aktiviti mencuci mata plak... cuci mata kat pasar malam, dengan kemilauan batu2 dan mutiara..hehehhe. seronok gak kat pasar malam ni.harga barang2 yang dihasilkan dari batu2 ni murah kalu nak dibandingkan dengan harga disini..(aku x pandai sgt bab batu2 ni....)kena blajar lagi. byk sgt nama batu2..huhuhu. dah penat tu, balik n berehat la...=)

keesokan hari, pengembaraan diteruskan dengan menyewa sebuah kereta bersama seorang pemandu, membawa kami ke taman kinabalu, kundasang dan poring hot spring.... memang aktiviti yang sangat padat.masuk kereta jer, tidur, then bila sampai destinasi cergas semula...=). segan gak ngn pemandu tu, tp nk wat camner, sbb da penat...tido la jwpnnya..hehehhe

di taman kinabalu, kami x dapat melihat gunung kinabalu pun, sbb keadaan cuaca yang x mengizinkan. kabus terlalu tebal menyebabkan x nmpak pn gunung tu.... sejuk sangat,sampaikan bercakap pun keluar asap dari mulut....
kemudian ke kundasang plak...disana kami dapat melihat gerai2 yang menjual bermacam2 barangan n makanan....n kat hot spring plak, kami x mandi pun.sesak dengan orang, lagipun dah puas main air waktu snorkelling..=)di sana kami berjalan di kanopi walk. sangat tinggi! 550 meter diatas aras laut... walaupun aku tau aku adalah seorang yg gayat pd ketinggian, tp aku nk try jugak!...penat gak waktu nak naik keatas tu....waktu berjalan tu, aku hanya memandang beberapa kali jer ke bawah, sbb takut! tangan aku jadi sejuk jer...kwn2 yg lain ok jer...huhuhu. SubhanAllah! hebat betul ciptaanNya, x kira dimana2, dilaut, di daratan ataupun di awanan( betul ker ayat ni).... memang sumernyer cantik dan menakjubkan!....

slepas selesai aktiviti hari ke-2 disana, kami balik pd ptg tu semula ke hotel, utk berehat sebentar, dan bersiap2... 2 hari kami x amik lunch! sbb seronok sangat wat aktiviti..hehhehe. kemudian, keluar semula tuk dinner...aktiviti malam, sama lagi mcm mlm sebelumnya...cuci mata kat pasar malam...sambil membeli sedikit barang2,...

hari ke-3, aktiviti kami adalah shopping.....shopping tuk diri sendiri, tuk kaum keluarga n kawan2....

percutian bajet, yang memang x melebihi bajet yg telah aku tetapkan...=)

petang hari ahad tu, kami bertolak pulang semula ke semenanjug... sabah-KL-penang... wah, penat betul berada dalam perjalanan yang panjang ni, dan AlhamduliLlah, pada jam kurg lbh 4.00 pg sampai semula kekampus... sambung tido dan esoknyer nak sambung kehidupan sebgai pelajar plak..hehehhe

Alhamdulillah, selamat pegi n selamat sampai...insyaAllah lain kali akan dibincangkan semula utk berjalan2, melihat alam dan mentafsir ciptaan Allah.....(sambil beshopping)......=)

3 bicara anda:

safura said...

ohohoooooooo
bestnyer
nak p jugak!!!

bicarahatiey said...

ehehehe

insyaAllah next trip bole plan lain..=)

kita p ramai2...lagi ramai, insyaAllah lg best...

naimah27 said...

salam..
haha..kak rahmah klu bab2 story telling ni mmg pandai..
kanak2 riang pun mesti terpikat punyer...=)