Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.
AlhamduliLlah...selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. aku dapat lagi menjalani kehidupan pada hari ini, dengan nikmat2 yang tidak terkira dan tidak terhingga. diatas nikmat kesihatan pada hari ini....
Selawat syifa adalah salah sebuah selawat yang sering dikatakan mempunyai pelbagai fadhilat dan kelebihan, dan salah satu daripadanya adalah berkaitan dengan kesihatan dan menyembuhkan penyakit.
Walaupun pernah dikatakan selawat ini akan mendatangkan syirik, tapi ianya berlaku bila selawat ini disalahertikan dalam penterjemahannya. menurut Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, memang terdapat sedikit kekeliruan sekiranya ianya diterjemahkan terus 'words by words'. apa yang penting adalah kita perlu ingat bahawa segala penyakit dan musibah yang datang, penyembuhnya adalah ALLAH....
segala ubat adalah sebagai pengantara atau asbab,dan usaha kita sebagai hambaNYA yang tetap yakin Allah adalah musabab dan penentu diatas kesembuhan seseorang. dan insyaAllah selawat syifa' juga bole dijadikan salah satu amalan untuk menyembuhkan penyakit....
0 bicara anda:
Post a Comment