Aku dapat forwarded emel yang bermula daripada <>.... mungkin ramai yg x tau atau x ambil pusing pasal hal ni...jadi disini, aku copy n paste apa yang ada dlm emel tersebut......
bagi mereka yang mempunyai akal...fikir2kanlah....
..........................................................................................
Assalamualaikum,
Naik meluat dan geli geleman kita bila membaca dan menonton media arus perdana terutamanya TV3 dan Utusan Malaysia yang hingga hari ini masih bersungguh2 memainkan isu kononnya PR dan pemimpinnya telah menderhaka kepada Raja Melayu. Yang teruk menjadi sasarannay ialah Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk menyaman Sultan Perak atas sebab tindakan Baginda dalam kes rampasan kuasa di Perak. Maka, melompatlan pemimpin2 UMNO dan media yang dikuasai mereka macam beruk digigit kerengga kerana marahkan Karpal Singh. Karpal dicop sebagai penderhaka yang perlu diambil tindakan undang-undang. Marahnya buka sikit, tapi betul2 marah sampai ke tahap nak mencabut kewarganegaraan Karpal dan nak diharamkan Karpal memijak bumi Perak.
Bukan hanya Karpal, YAB DS Nizar pun turut digelar 'perndehaka' kerana ingkar titah Sultan Perak supaya meletakkan jawatan sebagai MB Perak.
Saya merasa lucu bercampur geram melihat ketololan pemimpin UMNO dan juga golongan yang terpengaruh dengan isu ini yang kononnya begitu berang dengan Karpal. Saya tidak menyokong Karpal tapi saya sekadar nak mengatakan kalau Karpal yang baru mengacah untuk saman Sultan dikatakan derhaka, maka UMNO lah sebenarnya yang lebih dulu derhaka daripada Karpal. Ini kerana UMNO lah yang mencabut kekebalan Raja2 Melayu daripada disaman di Mahkamah.
Kita jangan lupa UMNO/BN yang menguasai Kerajaan telah pada tahun 1993 meminda Perlembagaan Persekutuan melalui suara majoriti yang dimiliki mereka di dalam Parlimen bagi menghapuskan kekebalan Raja-Raja Melayu. Sebelum 1993, tidak ada sebarang tindakan undang-undang (samada sivil dan jenayah) boleh diambil ke atas batang tubuh Raja-Raja Melayu. Peruntukan berkaitan dengan imuniti Raja ini telah ada dalam Perlembagaan kita sejak Merdeka lagi. Ianya telah menimbulkan banyak perasaan tidak senang di kalangan rakyat oleh kerana peruntukan imunit ini telah menjadikan sebahagian daripada Raja-Raja Melayu bertindak sesuka hati melanggar undang-undang tanpa sebarang tindakan boleh diambil.
Peristiwa jurulatih hoki Maktab Sultan Abu Bakar Johor, Douglas Gomes yang dibelasah oleh Sultan Johor di Istana Bukit Serene pada tahun 1992 dan beberapa isu lain yang membabitkan tabiat buruk Raja-Raja Melayu telah menyebabkan Kerajaan pada masa itu membentangkan Rang Undang-Undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang mana Rang -Rang UNdang-Undang ini akhirnya telah diluluskan di Parlimen pada 20 Januari 1993.
Rang Undang-Undang ini secara langsung telah menghapuskan kekebalan Raja-Raja Melayu daripada sebarang tindakan undang-undang di mana telah diadakan peruntukan baru iaitu Perkara 182 yang telah mengwujudkan satu Mahkamah Khas bagi membicarakan sebarang tindakan ke atas YDPA dan Raja-Raja Melayu samada berkaitan dengan kes sivil atau jenayah.
Perkara 182 inilah yang membenarkan Raja-Raja Melayu di saman di Mahkamah. saya masih ingt, dalam usaha untuk mendapatkan sokongan rakyat bagi menyokong pindaan ini, UMNO/BN telah mempergunakan sepenuhnya media-media utama dengan mencanang segala keburukan raja-raja melayu termasuklah segala kes-kes yang melibatkan secara langsung Raja-Raja dan kerabat mereka.
PAS yang pada peringkat awalnya menentang pindaan ini, namun akhirnya mengambil sikap berkecuali dalam pengundian yang dijalankan di Dewan Rakyat pada masa itu. Sebaik sahaja pindaan itu diwartakan, maka sejak dari itu Raja-Raja Melayu boleh disaman di Mahkamah.
Oleh sebab itulah, kita menyeru kepada orang-orang UMNO supaya berhentilah dari menggunakan isu derhaka ini kepada Karpal dan PR. Kalau Karpal derhaka semata-mata kerana dia ingin menyaman Sultan Perak, maka UMNO lah yang membuka pintu kepada Karpal untuk menderhaka.UMNOlah yang seharusnya disalahkan kerana merekalah yang beria-ia meminda Perlembagaan yang mencabut imunit Raja. Karpal hanya derhaka pada tahun 2009, tapi UMNO lebih dahulu menderhaka pada 1993. Karpal tidak boleh disalahkan seratus peratus kerana dia hanya bertindak menurut undang-undang yang dibuat oleh UMNO.
Sebelum sibuk membuat laporan plis ke atas Karpal di seluruh negara, saya cadangkan kepada Pemuda UMNO dan NGO-NGO nyamuk yang bersama mereka supaya turut membuat laporan terhadap kerajaan UMNO/BN pada 1993, yang bertanggungjawab membenarkan Raja-Raja Melayu disaman.
Cukuplah memperbodohkan rakyat dan orang Melayu dengan isu ini.
.........................................................................................................................
p/s: aku paste emel ni bukan sebab nak menjernihkan nama karpal...cuma nak share maklumat bagi yang mahu berfikir....
WAllahu'alam....
Saturday, February 14, 2009
Saper penderhaka sebenar??
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 12:15 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 bicara anda:
Post a Comment