assalamualaikum......
Thursday, September 29, 2011
Thursday, February 17, 2011
berlawan kata
Labels: politik
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 3:26 PM 0 bicara anda
Sunday, January 23, 2011
Treasure Hunt n bengkel
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 8:34 PM 3 bicara anda
Tuesday, January 18, 2011
terbukti sudah...
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 9:13 AM 0 bicara anda
Monday, January 17, 2011
Dunia akhir zaman (zaman sesumpah?)
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 9:51 AM 0 bicara anda
Wednesday, January 12, 2011
pertama kalinya...
Tabel Kategori Tekanan Darah Tinggi pada Orang Dewasa (dalam mmHg, atau milimeter merkuri) :
Category | Systolic (angka atas) | Diastolic (angka bawah) | |
---|---|---|---|
Normal | kurang dari 120 | dan | kurang dari 80 |
Prahipertensi | 120–139 | atau | 80–89 |
Tekanan Darah Tinggi | |||
Tahap 1 | 140–159 | atau | 90–99 |
Tahap 2 | 160 atau lebih | atau | 100 atau lebih |
Ukuran pentahapan diatas adalah untuk kebanyakan orang dewasa (umur 18 atau lebih) yang tidak memiliki penyakit serius. Tekanan darah diatas 120/80 mmHg sangat beresiko, dan resiko terus bertambah mengikuti naiknya tekanan darah. “PraHipertensi” berarti tahap mendekati seseorang mengalami penyakit tekanan darah tinggi, kecuali dilakukan langkah-langkah untuk mengatasinya. copy dr sini
Pendermaan darah boleh merangsang badan menghasilkan lebih banyak sel darah baru. Secara tidak langsung ia meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik berbanding sel lama.
Ini menyebabkan ramai penderma darah merasa lebih segar dan sihat selepas menderma darah, di samping dapat membantu orang lain. Malah, rata-rata penderma memberi maklum balas mereka lebih tenang kerana mengetahui darah mereka digunakan untuk menyelamatkan nyawa pesakit.
“Selain itu, penderma darah boleh berasa tenteram kerana mempunyai tahap kesihatan baik. Ujian darah dijalankan ke atas semua penderma, walaupun mereka penderma tetap.
- Pakar Patologi Pusat Darah Negara (PDN), Dr Norris Naim
dalam artikel Derma Darah Sihatkan Badan
Dismping itu, ada jugak cerita lain, yg terjadi smlm...cerita tu, kalau rajin aku sambung..hohohoh...
Labels: kesihatan
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 9:16 AM 2 bicara anda
Sunday, January 9, 2011
1 Hari 1 Kes !!
Angka itu perlu diberi perhatian serius dan bimbang dengan gejala yang berterusan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kerajaan akan memperhebatkan kempen kesedaran dalam usaha menyekat gejala itu daripada berlarutan.
"Kerajaan komited terhadap usaha membanteras perbuatan membuang bayi yang kini menuntut tindakan segera," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen 'Kami Prihatin' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.
Kempen itu adalah untuk mencetuskan rasa keinsafan dan menebalkan kembali nilai kemanusiaan di kalangan masyarakat dalam usaha menangani kes penderaan kanak-kanak dan buang bayi.
Shahrizat berkata kementerian akan terus mendekati golongan remaja hingga ke peringkat akar umbi selain mempergiatkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan dalam menjalankan kempen kesedaran mendidik masyarakat.
Beliau berkata media massa dan badan-badan agama juga perlu terus memainkan peranan yang lebih kritikal bagi membendung gejala itu.
- Bernama
AstaghfiruLlah.... perangkaan yg begitu meruncing! Kita memerlukan sebuah langkah yg lebih realistik, sebuah langkah yg lebih mendasar. bukan hanya sekadar mewujudkan sekolah utk pelajar yg mengandung Haram, bukan sekadar mengajar kanak2 matapelajaran seks, tapi lebih daripada itu!!
Rakyat Malaysia memerlukan suatu anjakan pembinaan jati diri yg solid dengan berpandukan al-quran sebagai panduan utama...bukan hanya berpandukan akal yg tidak sempurna. kita perlu membina semula kehidupan sekarang, utk kehidupan akan datang yg lebih terjamin insyaAllah....
sesungguhnya akal manusia adalah sangat lemah, tidak akan sesekali terbanding dgn semua aturan2 yg telah ditetapkan Sang Pencipta. Tapi, kita semua terlalu alpa n terlalu bangga dengan akal yg dianggap dapat memikirkan semua penyelesaian tanpa berpandukan manual Sang pencipta! kita terlalu bangga sehingga lupa untuk mengkaji semula bagi memahami manual tersebut...
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 12:17 AM 0 bicara anda
Thursday, January 6, 2011
SUK negeri selangor- dari berita harakah
Berkaitan dengan kemelut yg dimulakan dengan perlantikan SUK kerajaan negeri pakatan-Selangor (saudara Khusrin) yg tidak melalui perbincangan dan persetujuan pimpinan kerajaan negeri yg memimpin. Ini adalah pencabulan hak yg ternyata dimanipulasi dan diheret pula dengan institusi beraja... xtau la apa yg akan jadi pada negaraku tercinta-Malaysia. media massa arus perdana pulak, semakin lama semakin 'bias' dalam laporan...dimanakah keadilan?....
Labels: politik
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 3:16 PM 0 bicara anda
Wednesday, January 5, 2011
Bunuh Pengkritik Sultan, Satu Cadangan Yang Hina
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Seorang YB dan NGOs tertentu mencadangkan agar pengkritik sultan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Walaupun ada kaitan dengan politik kepartian tertentu -itu bukan urusan saya- tetapi saya ingin mengulas cadangan ini di sudut hukum Islam seperti berikut;
1. Cadangan ini sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau kesemua maksiat yang lain. Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain.
2. Sultan bukanlah nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik. Kepercayaan sesetengah pihak bahawa haram mengkritik atau berbeza pendapat dengan sultan seakan menyamakan kedudukan sultan dan raja melayu dengan para nabi a.s. Sedang para al-khulafa al-rasyidin iaitu Abu Bakr, Umar, Uthman dan ‘Ali yang jauh lebih mulia dari sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka. Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih.
Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini. Sahabat Nabi s.a.w tidak pernah menggesa agar dibunuh pengkritik mereka. Bahkan dalam Sirah, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi s.a.w dan membantah baginda seperti yang berlaku kepada ‘Umar r.a ketika perjanjian Hudaibiyyah, pun Nabi s.a.w tidak membunuh beliau.
3. Pada saya, pencadang hukuman tersebut; adalah pengampu yang melebihi had. Jika dia muslim, dia seorang yang ‘kering perasaan’ dan tidak takutkan Allah mengenai ‘darah orang lain’. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak. Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut.
Labels: copy n paste
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 2:52 PM 0 bicara anda
.m.a.r.a.h.
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 12:32 PM 2 bicara anda
Monday, January 3, 2011
ceritera tahun baru 2011
ini adalah laluan yg kami daki...curam!
Labels: gunung lambak, riadah
dicoretkan oleh bicarahatiey pada 9:39 AM 3 bicara anda