Thursday, July 17, 2008

Debat minyak



Pada hari selasa lepas (15 julai 2008) aku telah berpeluang menyaksikan siaran langsung ‘hari ini memerintah, esok harga minyak turun’ antara penasihat pakatan rakyat, DSAI dan juga menteri penerangan Malaysia Datuk Shabery Cheek. Satu isu yang panas, sejak keputusan Pak Lah dan menteri2 kabinetnya membuat keputusan bukan popular, iaitu menaikkan harga petrol sebanyak 78 sen, pada awal Jun lalu.

Telah lebih sebulan berikutan kadar baru harga minyak yang perlu dibayar oleh rakyat Malaysia telah berjalan. Dalam perdebatan yang berlangsung selama 1 jam, banyak informasi yang kita boleh teliti. Samada benar ataupun tidak, logik ataupun retorik, otak kita boleh menilai. Kredit dan pujian aku berikan pd DSAI kerana berjaya membincangkan perdebatan ini secara ilmiah dan penuh dengan fakta dan angka2, yang aku kira memang beliau layak utarakan berikutan kedudukannya sebagai mantan menteri kewangan dan timbalan perdana menteri suatu ketika dulu. Berbeza dengan lawan debat, iaitu menteri penerangan yang aku lihat lebih banyak menyerang peribadi DSAI berbanding isu yang sedang dibincangkan.

Untuk tidak bias, aku telah melihat 3 kali ulangan siaran,pertama siaran langsung, kemudian siaran pada jam 11 mlm, dan untuk lebih kepastian akan isi2 perdebatan, aku telah mendownload di youtube. Menjadikan total 3 kali siaran yang aku ikuti. dan, semakin aku amati, semakin aku lihat ketandusan fakta penerangan yang dibuat oleh menteri penerangan terhadap isu yang dibincangkan.

Bagi yang boleh dan mahu berfikir, mungkin dapat menimbang apa yang diperkatakan oleh DSAI. Kebejatan ekonomi yang dialami sepanjang pemerintahan Pak lah sebagai PM Malaysia memang amat dirasai. Kadar inflasi yang semakin meningkat membebankan rakyat. Pembangunan dan pembinaan infrastruktur pula, tidak selari dengan penjagaan kebajikan rakyat.

Jumlah tanggungan kerugian akibat kebocoran dan ketirisan pengurusan adalah tinggi,dan akhirnya rakyat yang menjadi mangsa akibat ketidak-bijakan YB-YB dan menteri-menteri mentadbir dan menguruskan hak-hak rakyat. Apabila dana disumbangkan oleh negara bagi membantu mengatasi masalah syarikat-syarikat besar daripada jatuh bankrap dan muflis, dipanggil insentif. Manakala duit rakyat daripada hasil khazanah negara yang dipunyai oleh rakyat keseluruhannya, juga duit hasil daripada kutipan cukai daripada rakyat dan sebagainya, akan dipanggil subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk rakyat! Adakah ini adil?

Memang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menguruskan harta rakyat. Mereka dipilih menjadi menteri bukan untuk menebalkan poket mana-mana pihak, tapi mereka diupah oleh rakyat dengan harga yang tinggi untuk mengurskan harta dan menjaga kebajikan rakyat.
Namun, mungkin semua rakyat Malaysia telah terlalu biasa dengan istilah-istilah yang digunakan oleh kerajaan BN yang memang dilihat rakyat ini sebagai orang yang suka meminta-minta. Penerangan dan penerapan ideologi ini amat berkesan dilakukan oleh kerajaan BN, sehinggaa ada yang mengatakan,’kalau bukan kerana kerajaan BN, mgkin negara kita tidak akan maju seperti sekarang’, ‘jgn tentang kerajaan BN, kalau kita tentang dan jadi pembangkang, macamana nak dapat kerja? macamana nak hidup?’. Sekiranya sampai ke tahap seperti ini, kita seakan-akan menafikan bahawa rezeki adalah ditangan Allah!

Bagi yang telah mendengar perdebatan ini, harap dapat diambil iktibar daripadanya, dan disampaikan pada sahabat-sahabat yang lain. Kita cuba gerakkan minda dan buka minda lebih luas agar kita tidak diperkotak-katikkan selepas ini.

WAllahu’alam

0 bicara anda: