AlhamduliLlah...akhirnya aku sampai juga ke kampus.....
Seperti post sebelum ini, aku merancang untuk balik semula ke kampus pada petang Ahad. Tiket telah aku beli pada hari Jumaat, sebelum bertolak ke KL, sebab takut sekiranya lambat, aku x dapat mengikut perancangan balik ke kampus pada ptg Ahad...
Tapi, aku merancang, Allah juga merancang dan Dia lah sebaik-baik perancang... aku x sempat balik ke kampus pada petang Ahad seperti yabg dirancangkan...disebabkan oleh kelewatanku selama 5 minit....sedey... dan ader juga perasaan marah, walaupun ku tahu, memang kesalahanku, sebab lewat 5 minit..... bukan rezeki aku untuk menaiki bas itu pada petang itu kot... dan insyaAllah, syarikat bas itu akan di'banned' olehku, akan aku naiki jika dan hanya jika tiada bas lain yang boleh aku naiki...huhuhu. Disebabkan ketinggalan bas pada petang Ahad, maka aku terpaksa beli tiket baru, keesokan paginya sebab dah tiada kekosongan sehingga makam Ahad tersebut...jadi, terpaksalah aku menumpanag dirumah kakakku. Nasib baik aku ader kakak...huhuhu...dan aku menaiki bas pada jam 10 pagi, hari Isnin,....
Xperlah, walaupun x mengikut perancanganku, tapi sekurang-kurangnya, aku dapat temankan kakakku pada malam tersebut, sebab kedua-dua housematenya kebetulan tiada dirumah pada malam itu...hehehe. Dan pada malam itu, aku menemankan kakakku study untuk tugasan yang diperolehinya daripada bos dan akan 'diuji' kefahaman pada pagi Isnin,walaupun sbenarnya aku x faham apa yang dibaca, tapi teman jer la... n bila kakak tanya, aku jawab ikut kefahamanku jer....bantai jer la.... yer la kan, mana nak sama terms2 yang digunakan oleh orang2 IT n engineering kan? dah la aku amik chemical engineering. kalu electrical or software engineering lain la jugak kot....huhuhu..dan aku terlelap ditepi kakak, sebelum sempat kakakku menghabiskan bacaannya...hehehe.
Erm.... cuti hujung minggu ini aku rasakan sangat2 pack. Cuti selama 2 hari memang x mencukupi bagiku, rasanyer banyak masa habis dalam perjalanan jer berbanding berada di rumah... tapi, aku bersyukur juga, selamat pergi n selamat juga kembali.=) Aku n kakak sampai ke rumah hampir jam 12.00 tgh mlm...sedikit terlewat, sebab banyak singah ke tempat lain dalam perjalanan kot...=) dah sampai umah tu, kami pun berborak-borak sekeluarga, kebetulan semua orang ader di rumah pada hujung minggu lepas...borak sampai jam hampir 5 pagi...x sedar pun..uhuhuh. Keesokan paginya, mestilah aku qadha' tidur,...hehehhe
Tengahari Sabtu, kami sekeluarga keluar, nak sambut birthday adik bongsuku.... seronok jugak, sambil makan di pizza hut, kami beli kek dan makan2 dan borak2.....adikku suka bila dapat potong kek,...hehehhe. Mungkin sebelum ni, dia x dpat ingt memori potong kek, sebab masih terlalu kecil, tapi kali ini, dia memang bersungguh... comel jer aku tengok...untung jugak jadi adik bongsu ni, sumer org nak kasi sumthin pada dia...hehehhe.
Balik daripada sambut birthday adik, kami singgah ke umah tok sedara, dia accident waktu balik solat Jumaat, tapi isterinya saja yang kami panggil nyai uda ada di umah, sedangkan yai uda xder, dia pergi ke hospital, kata nyai uda.... so, xderla rezeki tuk berjumpa yai uda.... kesian juga ngn yai uda, yer la... dah lanjut usia, masih mengalami accident. moga accident tu menjadi asbab penghapus dosa....n semoga yai uda cepat2 sembuh....
Eh, macam banyak sangat plak aku berceloteh. Ok lah, aku stop dulu.... insyaAllah lain kali sambung lagi...
0 bicara anda:
Post a Comment