Wednesday, July 16, 2008

erm....

aku menulis dalam keadaan yang kurang selesa. sudah 2-3 hari aku rasa kurang sihat.dan hari ini, keadaan bertambah sedikit teruk, pernafasan tersekat2 dan batuk2,sehingga memaksaku menelan panadol tengahari tadi, bagi mengelakkan keadaan bertambah teruk. namun, aku tetap yakin bahawwa ubat hanya alat,dan yang menyembuhkan hanyalah Allah. simptom2 selesema yang akan menyerang...tapi xper, insyaAllah boleh menjadi kifarah dosa.

namun,apa yang aku nak sampaikan, bukanlah keadaan kesihatan aku yang kurang memuaskan, tetapi keadaan anak kepada supervisor yang merangkap sebagai bosku sekarang. anak supervisorku yang baru berumur 9 tahun, telah menjalani 3 pembedahan dalam masa x sampai 2 bulan kebelakangan ini. dan pembedahan ke-3 memakan masa selama 13 jam! kesihatannya x berapa memuaskan sehingga memaksa supervisorku sebagai seorang ibu yang bertanggungjawab untuk mengambil cuti tanpa gaji selama 3 bulan.

secara x langsung, ini juga bermakna aku akan bekerja dibawah pengawasan yang paling minimum. aku tahu, supervisorku amat bimbang akan pelajar2 postgrade dibawah jagaannya, lebih2 lagi akak2 yang sedang menyiapkan thesis n akan menghadapi viva sedikit masa lagi.

tapi, sebagai seorang ibu, memang beliau bertanggungjawab sepenuhnya keatas anak bongsunya itu. dan aku memuji sikap keibuannya yang sebelum ini, sangat kelihatan diwajahnya yang memaparkan sifat keibuan yang tinggi. nampaknya telahanku tidak meleset. dia memang seorang ibu yang penyayang dan bertanggungjawab.

tahniah Dr!,kerana menjadi contoh seorang wanita bekerjaya yang mementingkan keluarga. semoga anak Dr cepat sembuh, dan Dr boleh balik awal ke kampus, supaya boleh menjaga 'anak2' Dr disini juga ...=)

Moral of the story: family comes first, x kira la aper jawatan atau gelaran yang disandang. utk pengetahuan, supervisorku ini bukan hanya bergelar Dr, tapi telah bergelar Prof. Madya. cuma, kami panggil Dr, sebab susah nk sebut Prof madya...pjg sgt...huhuhu

Doakan kesejahteraan dan kesihatan sumer org yg kita sayangi dan sumer ummat Islam yang lain...thanx..

2 bicara anda:

Yan Norayhunt said...

Assalamualaikum

Dah namanya wanita, berhati lembut kn..apa2hal...mesti family dulu..ye tak cik adik..? ;)

Wallahualam.

p/s: ada blog..diam2 aaa...hehe..i've add you in mine..selamat berblog..dan semoga istiqamah...;)

bicarahatiey said...

Wa'alaikumsalam...
blog yg x seberapa la cik akak....dah lama gak register, tp baru2 ni jer berjinak2 semula...

sila beri tunjuk ajar yer,....=)
thanx sudi singgah..