Thursday, July 3, 2008

Selamat...!!

Kampusku kembali ceria....heheheh

setelah hampir 3 bulan kampus kesunyian, disebabkan oleh kesemua pelajar balik ke kampung bercuti panjang, akhirnya masa yang ditunggu-tunggu muncul kembali!..hehehe.

Adik2 yang baru mendaftar untuk 1st year telah mendaftar seawal 27 jun yang lepas... bbegitu juga dengan pelajar2 master yang mengambil mode campuran (mix mode) ,dan kakak2 n abang2 2nd- 3rd year insyaAllah akan kembali semula ke kampus pada 7 julai. jadi, kampus ini akan dipenuhi oleh students lagi. xder la boring macam sekarang ni, sunyi dan sepi jer....

Walaupun agak terlambat, aku nak ucapkan tahniah pada adik2 yang baru mendaftar di seluruh IPTA yang terdapat di Malaysia ni.... semoga adik2 semua dapat menjalankan amanah sebagai seorang pelajar yang baik sepanjang bergelar seorang pelajar. namun begitu, janganlah menjadikan pelajaran dan peperiksaan sebagai matlamat utama, niatkan hati ikhlas menuntut ilmu kerana Allah, insyaAllah akan dipermudahkan urusan.

bagi adik2 2nd-4th year, selamat meneruskan perjuangan anda!.... ingatlah bahawa gerakerja Islam dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar perlu berjalan seiring. tiada yang lebih dan tiada yang kurang. bukan seperti jongkang jongkit yang kadang2 pelajaran berada diatas dan dakwah berada dibawah, dan kadang2 dakwah berada diatas dan pelajaran berada dibawah... jadikan ianya seperti graf yang berkadar terus, walaupun mempunyai dua pemalar dan kondisi yang berbeza. memang bukan mudah, tapi ianya juga tidak susah!...


Dan satu berita gembira yang aku telah terima adalah tarikh convocation yang telah sah! kami bakal bergraduasi pada 15 Ogos 2008, pada jam 3.30 petang. kawan2 dah sibuk menempah baju, tapi aku masih x jumpa baju yang berkenan dihati...huhuhu....xperlah, pasal baju bisa diatur, kalu xder baju baru pun xper jer...sebab dah ditutp ngn jubah konvo... (hehehe...yer la tu, xnak beli baju baru....bole kerat jari la kalu x beli...kihkihkih)




Selamat bergelar siswa/siwi bagi adik2 yang baru mendaftar... =)
Selamat meneruskan pengajian bagi adik2 2nd-4th year,..=)
Selamat meneruskan perjuangan n dakwah di kampus..=)
Selamat meneruskan pengajian bagi yang nak sambung ke peringkat master..=)
dan akhir sekali
Selamat bergraduasi bagi sumer sahabat2 yang bakal bergraduasi..=)


0 bicara anda: