Monday, July 7, 2008

PROTES turun!!

Hujung minggu yang lepas, aku berkesempatan menyertai himpunan rakyat, yang dipanggil PROTES...bukan kebetulan sebenarnya, tapi memang dah di'plan' sejak aku mengetahui tentang penganjuran program ini. 3 kali penukaran lokasi dilakukan. Samada ini disebabkan oleh pihak penganjur sendiri yang memikirkan inilah yang terbaik bagi program ini, atau tekanan daripada pihak kerjaan yang memaksa penukaran lokasi dilakukan, aku tidak tahu. Allahu'alam.... Disini, aku ingin meluahkan perasaan hati aku sebelum n sesudah aku menyertai PROTES.


Aku n seorang sahabat bertolak pada malam 5 julai, jam 12.30 mlm ke KL. terima kasih pada sahabatku yang sudi menghantarkan kami ke stesen bas pada malam tersebut, walaupun x dapat nak join PROTES atas sebab2 tertentu. TQ!

AlhamduliLlah, kami selamat sampai lebih kurang pada jam 5.00 pagi pada hari ahad tersebut. Oleh kerana kami x boleh kemana-mana disebabkan kenderaan awam yang belum bermula operasi pada awal pagi tersebut, maka kami membuat keputusan untuk duduk2 di hadapan menara Maybank....sambil melihat orang ramai lalu lalang kesana kemari, kami ingin melihat, ramaikah yang ingin turun ke PROTES..seronok bila dapat melihat banyak gelagat orang ramai ni...heheheh


Kami dapat melihat segerombolan manusia yang turun dari bas2 yang berikutnya. Dan kebetulan terdapat beberapa orang yang kami kenali menuruni bas dari bahagian utara tanah air. Aku hanya tersenyum dan mengangkat tangan dari jauh. Tidak berniat untuk menunjukkan aksi yang kami mengenali antara satu sama lain, kerana berjaga-jaga dengan keadaan. dan aku dapat melihat mereka berpecah kepada kumpulan yang lebih kecil, supaya x disyaki sebagai sebuah 'rombongan' mungkin....


Aku yakin mereka memang ingin pergi ke program PROTES di Kelana Jaya, sebab aku kenal sebahagian daripada mereka....dengan kehadiran adik2 undergrade, aku dapat merasakan semangat mereka, yang sanggup turun dari jauh, semata-mata untuk menunjukkan STUDENT'S POWER dan ingin menunjukkan bahawa student juga peka dengan masalah rakyat, dimana student juga adalah terdiri daripada rakyat!! itulah sebabnya mereka dapat merasakan apa yang dirasakan oleh rakyat lain....


Kami meneruskan perjalanan bila masa telah menunjukkan yang kami sydah boleh bergerak. sebelum meneruskan perjalanan, kami membeli tiket pulang, sebab takut sekiranya lewat, kami x dapat tiket pulang pada malam tersebut.


Kami telah berjanji dengan seorang sahabat untuk pergi bersama ke stadium MPPJ, kami berjanji untuk berjumpa di stesen KTM kajang, tapi terpaksa menunggu sehingga jam 9.30 pagi sebab mereka perlu menguruskan beberapa perkara sebelum join PROTES. Jadi, sambil menunggu mereka datang, kami mengalas perut dengan sarapan, supaya dapat menambahkan tenaga sekiranya perlu untuk berlari dsb di PROTES nnt.


Setelah kawan kami sampai, kami pun meneruskan perjalanan ke stadium MPPJ. Terima kasih kepada pasukan AMAL sebab dapat memudahkan perjalanan kami ke stadium. Mereka amat berdedikasi dengan berdiri ditepi2 jalan bagi menunjukkan arah kepada peserta PROTES.


Semangat aku membara dengan menganggap bahawa suara2 rakyat dapat dikumpulkan pada hari tersebut. Aku yakin bahawa kerajaan x akan menurunkan harga minyak walaupun sejuta rakyat hadir pada hari tersebut, tapi aku tetap menyertai untuk menyokong tindakan pakatan rakyat menunjukkan bahawa rakyat marah dengan kenaikan yang x masuk akal!! Aku juga yakin bahawa mereka yang hadir juga mengharapkan rakyat yang lain sedar bahawa kehidupan rakyat telah ditindas dengan kenaikan harga yang mendadak...dan mereka yang hadir adalah mereka yang peduli dengan rakyat.


Namun, apa yang berlaku didalam stadium melemahkan sedikit semangatku. bukan kerana jumlah kehadiran yang x mencapai target, tapi kerana cabaran yang aku nantikan x muncul. memang telah dimaklumkan bahawa perhimpunan kali ini tidak seperti perhimpunan2 yang sebelumnya, tapi aku inginkan yang lebih daripada sekadar perhimpunan yang menampilkan speaker2 yang aku anggap sebagai tangkap muat.sedangkan pimpinan2 tertinggi akan datang mulai petang hari. Aku agak kecewa sebab aku mengharapkan suara kami dapat dilihat oleh orang ramai yang x mahu sedar dari mimpi, sedangkan program yang diadakan ini bertempat ditempat tertutup yang x memungkinkan orang ramai dapat melihat apa yang berlaku, n yang lebih penting, kerajaan BN mgkin mentertawakan program yang dianjurkan ini...
Aku rasa sedikit terkilan..... bukanlah aku kuat sangat untuk menghadapi FRU n water cannon atau asap pemedih mata. Tapi semangat yang aku bawa daripada jauh bukan sekadar untuk duduk mendengar 'talk', tapi aku lebih rela bermandi air dari water cannon. Namun mungkin disebabkan aku yang lemah ini, maka memang disuratkan untuk aku duduk sahaja didalam stadium pada perhimpunan rakyat pada kali ini..huhuhuh. Walaupun terkilan, inilah tanda sumbangan aku terhadap keprihatinan aku terhadap maslah rakyat (termasuk aku sendiri la tu....)


Tapi, aku lebih kasihan kepada peserta2 yang hadir daripada pantai timur dan juga negeri kedah, kerana mereka perlu bercuti untuk hadir ke PROTES. Dan aku nampak dengan mata kepalaku sendiri akan kekecewaan mereka terhadap perhimpunan pada kali ini. Kebetulan, aku terjumpa dengan kakak2 Nisa' semasa kami berjalan keluar daripada stadium, dan sempat berborak seketika dengan mereka. Jelas, ahli-ahli Nisa' juga mempunyai kekuatan untuk menghadapi water cannon n asap pemedih mata walaupun mereka terdiri dari golongan muslimat ..=) Namun mereka terpaksa balik pada tengahari tersebut kerana acara kemuncak PROTES adalah pada sebelah malam. Ini menyulitkan bagi pihak yang datang dari jauh, termasuk aku kerana perlu mengejar masa. Dan kesudahannya, ramai yang terpaksa balik sekerat hari sahaja dengan sedikit perasaan kecewa.


Mungkin penganjuran himpunan rakyat kali ini ingin menunjukkan bahawa pakatan rakyat bukan berniat membuat onar dijalanan seperti yang digembar-gemburkan,(memang xder wat onar pun selalunya...cuma FRU jer yang lebih2...huhuhu) tapi ramai peserta yang kecewa (termasuk aku la tu...)sebab merasakan himpunan kali ini x mencapai objektif....dan dalam berita perdana hanya menunjukkan sebahagian sahaja berita mengenai himpunan kali ini. dengan bangganya TPM, najib mengatakan himpunan kita gagal...tanpa mengambil kira kehadiran pada bahagian malam himpunan....sesungguhnya mereka sentiasa menyembunyikan kebenaran daripada rakyat!! walaupun x mencapai julah sejuta rakyat, tapi sebenarnya, SELURUH rakyat marah dengan kenaikan harga minyak.


Kita perlu tunjuk pada kerajaan pimpinan pak lah, yang kita x takut! rakyat punya hak terhadap hasil negara, bukan untuk kroni2 pemimpin sahaja!!.... n kali ini, student juga sudah lebih berani turun dengan menunjukkan kain rentang 'STUDENT POWER'. Tahniah kepada student yang berani turun untuk bersama-sama rakyat!! Akak salute anda semua atas keberanian anda!!


Diharap himpunan rakyat pada masa akan datang akan jauh lebih berjaya daripada himpunan PROTES....

0 bicara anda: