Wednesday, June 4, 2008

Atas Nama Cinta




Tika mata Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika


Terlontar ke dunia khayalan

Hingga terlupa singkat perjalanan

Tersedar aku dari terlena

Dibuai lembut belaian cinta


Rela aku pendamkan

Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan

Gusar keindahannya

Merampas rasa cinta

Pada Dia yang lebih sempuna


Bukan mudah

Bernafas dalam jiwa hamba

Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya

Kerna tak upaya ku hadapinya

Andai murka-Nya menghukum leka


Diatas nama cinta

Pada yang selayaknya

Kunafikan yang fana

Moga dalam hitungan

Setiap pengorbanan

Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa

Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki

Sehingga ku rasai

Nikmat-Nya

Syurga-Nya

Cinta-Nya

Munsyid : UNIC


Cinta pd Allah adalah cinta yang hakiki. cinta pada manusia hanya sementara. namun, kita sering alpa dan leka dan lupa bahawa selayaknya cinta yang lebih utama adalah cinta pada sang Pencipta. moga kita semua dijauhkan dalam kealpaan ini.....

Namun begitu, cinta pada manusia juga perlu, cinta pada ayah n ibu, cinta pada sahabat (sejantina) cinta pada tetangga, juga cinta pada makhluk Allah keseluruhannya. Dan semestinya cinta itu disalurkan demi cinta yang satu, iaitu cinta pada Allah.bukan sekadar pengertian cinta yang semakin menyempit pada dewasa ini, dimana bila berkata tentang cinta, hanya terbayang cinta antara lelaki dan perempuan...bagi pasangan muda hari ini pula, cinta=couple... sedangkan Rasulullah pernah bersabda tiada yang layak cinta antara lelaki dan wanita melainkan dengan ikatan perkahwinan (x ingat sgt ayatnya, tapi begitulah lebih kurang maksudnya.....

Jadi, sebagai manusia yang tahu berfikir dan dikurniakan dengan fikiran yang waras dan otak yang cerdas, =) , janganlah kita tertipu dengan godaan syaitan...sebab cinta yang lebih lazat, iaitu cinta pada sang-Pencipta hanya boleh diperolehi dengan jalan dan cara yang diredhai-Nya sahaja

Wallahu'alam......

CINTALAH HANYA PADA YANG SELAYAKNYA.......
with
lot of love...., to all readers n me... =)


0 bicara anda: