Monday, June 9, 2008

hujung minggu yang padat....(sabtu)

2 hari x singgah ke blog...rasa rindu nak menaip...=)
hujung minggu kali ini aku lalui dengan pelbagai aktiviti, disebabkan oleh ramai yang turun ke kampus hujung minggu lalu.... depa datang untuk menyelesaikan urusan masing2....dan dah tentulah singgah ke bilik aku yg kesepian stay di kampus sebagai RA ni, n tumpang di bilik aku....hehheeh, maka ramai la kawan hujung minggu lpas....x seperti hujung2 minggu sebelum ini

pada hari sabtu, awal-awal pagi aku pergi ke program anjuran Nisa' kawasan Nibong Tebal, banyak info yang aku perolehi..info yg lebih mendalam mengenai Nisa' negeri pulau pinang dan juga kami sempat bersenam aerobik...best sgt, sbb sumer yg ader dlm tu adalah golongan wanita sahaja, so x perlu risau mengenai ikhtilat dsb.....hhehehe.

selepas bersenam n mkn pagi, kami dihidangkan plak dgn sajian rohani...mengenai seorang amilin, rahsia2 bai'ah yg dilakukan ketika zaman baginda Rasulullah s.a.w dan juga memberi motivasi kepada kami utk menjadi seorang mujahidah dakwah. Ustz terangkan dengan sangat berkesan dan rasa sangat berbekas dihati.

bagi sesuatu perjuangan, perkara asas yang paling penting adalah berkaitan dengan amilin(pengamal) dalam sesuatu pergerakan atau perjuangan. amilin yang dapat menghadapi pelbagai rintangan dalam apa yang diperjuangkan (dan dalam konteks ini, sudah tentulah memperjuangkan ISLAM), dapat menghidupkan semangat juang dalam diri mereka...serta mad'u. oleh itu, janji-janji dan sumpah yang ditaburkan oleh amilin perlu sentiasa dipegang dan ini akan sentiasa mengkoreksi jiwa para amilin....

Dari Jabir r.a, kami bertanya:"wahai Rasulullah, diatas dasar apakah kami berbai'ah?" Sabda Rasulullah s.a.w:"Diatas dasar mesti dengar dan taat samada dimasa cergas(rajin) atau malas, diatas dasar bernafqah (infaq) dimasa susah dan senang, diatas dasar menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, diatas dasar bangun kerana menegakkan agama Allah s.w.t tidak mengira celaan orang yang mencela, diatas dasar memberi pertolongan kepadaku apabila aku tiba kepadamu;kamu mempertahankan diriku seperti kamu mempertahankan diri kamu dan anak-anak kamu, jika kamu melakukan itu, nescaya diberikan utk kamu syurga".-Hadits.

jadi, ader 6 rahsia kejayaan dalam bai'ah Rasulullah s.a.w.
1. dengar dan taat samada dimasa cergas(rajin) atau malas
2.bersedia menginfaqkan harta pada masa susah dan senang

3.Amar ma'ruf nahi mungkar
4.bangun menegakkan agama Allah tanpa mengira celaan
5.memberi pertolongan kepada Rasulullah s.a.w
6.yakin dgn janji syurga Allah.
sekiranya setiap amilin dapat mempraktikkan dan selalu ingat akan sabda Rasulullah, insyaAllah perjuangan akan menjadi manis walaupun bukan permaidani merah yang dihamparkan dalam perjuangan, tetapi penuh dengan onak dan duri......

dakwah perlu sentiasa hidup, tidak kira dimana kita berada dan dalam keadaan apa pun juga....kerana menurut As-syahid imam Hassan al-Banna dakwah adalah proses melahirkan dai'e dan pejuang Islam, dan bukanlah semata2 suatu proses penyampaian sahaja....

betapa seronoknya sekiranya aku dapat menjadi sekuat mujahidah di Palestin yang sanggup mengorbankan nyawa untuk Islam...tapi, aku x mampu lagi sampai ke tahap itu,(betapa lemahnya aku!!) dan dalam waqi' kehidupan kita di Malaysia, kita x perlu bermujahadah sebegitu..... namun, dalam usaha dakwah pun byk kekosongan dan kelompangan yang perlu diisi...

melalui slot motivasi yang disampaikan oleh ustaz, aku menjadi semakin kagum dengan pejuang2 Islam yang terdahulu, aku mahu jadi seperti mereka,aku teringin mengikut jejak langkah para syuhada, tapi,aku juga malu dengan diri aku sendiri...... aku perlu mempertingkatkan diri aku dengan usaha dakwah......




Program yang dianjurkan oleh Nisa' kawasan Nibong Tebal bukan sahaja telah mengisi masa hujung minggu aku yang selalunya aku lebih banyak menghabiskan masa melepak dibilik, malah telah berjaya mengisi dan memberi makan kepada roh aku yang kelaparan....tentunya makanan yang enak=). Terima kasih Nisa'....bagi saper2 yg x join Nisa' lagi...silalah join, terbuka di seluruh Malaysia, bukan kat Nibong Tebal jer....(promote x berbayar....hehehhe)

dan, akhirulkalam, apa yang baik datangnya daripada Allah dan yang buruk datang daripada diri aku yang lemah, namun hakikatnya, kedua-dua baik dan buruk adalah daripada Allah jua.....

Wallahu'alam.....

0 bicara anda: